Thursday, July 05, 2007

Good Things 3: Hargai Kawan Anda

Dah 2 malam saya tengok TV cerita berkaitan friendship. Selasa malam, saya tengok cerita The Hurricane, pelakon utama Denzel Washington. Cerita tentang peninju kulit hitam yang dianiayai dan meringkuk dalam penjara selama 20 tahun dan kawan-kawan rapat dia tak pernah putus asa untuk menyelamatkan dia. Malam Rabu pula, saya tengok cerita cina tajuk Prison on Fire. Best jugak. Yang berlakon ialah Chow Yuen Fatt. Cerita ni tentang politik dan persahabatan dalam penjara.

Good Things yang saya nak cerita hari ini tentang menghargai kawan. Saya bersyukur sebab saya mempunyai begitu ramai kawan dan mereka datang dari pelbagai negeri, bangsa dan agama. Saya mula berkawan sejak kecil dengan jiran-jiran dan yang paling saya rapat masa saya kecik ialah Hasni, Syimah, Ida dan Sarah. Bila zaman sekolah bermula di SKJ, saya mula rapat dengan Salwa, Dilla, Mardiana, Acik dan ramai lagi.


Saya masuk ke SMKAK dan saya mula rapat dengan Raihan. Persahabatan kami kekal hingga sekarang. Walaupun ada beberapa perkara yang saya kurang senang dengan dia, tapi sikap kami yang serupa iaitu menghargai kawan membuatkan kami rapat hingga sekarang. Raihan banyak membantu dari segi pelajaran, emosi dan kewangan. Raihan juga kawan yang berjaya menaikkan self esteem saya. Dia menggalakkan saya bercakap, meluahkan perasaan. Saya mampu bercerita apa saja dengan Raihan. Terima kasih Raihan, I LOVE U!

Di KISAS, saya bertemu dengan ramai lagi manusia dari pelbagai negeri. Pelbagai ragam manusia saya hadapi. Situasi di KISAS juga banyak membentuk saya menjadi diri saya yang sekarang. Hidup di KISAS yang kebanyakan pelajar yang lama tahu, mendidik kita supaya pandai dalam survivor. Kita perlu bijak memilih kawan. Saya berkawan dengan semua golongan. BADAR, KP, MANDS, orang perseoranagn dan lain-lain. Di KISAS saya cuba mencari identiti saya sendiri. Kawan-kawan banyak membentuk fikrah saya.

Di KMNS pula, saya menyertai golongan yang mungkin boleh dikatakan merasa diri seperti posting Tawel. Bukan menuduh tapi itulah kenyataannya. Kami cuba mengislahkan suasana di sana sedangkan dalam hati kami, masih merasa kami yang terbaik berbanding orang lain. Namun taqdir ALLAH di sini saya mengenali Marliana, dia antara insan yang banyak membantu dan hingga kini saya boleh katakan selain Raihan, Marliana lah teman terbaik saya. Terima Kasih RABBI. Marliana dan saya sama-sama menyertai kumpulan itu. Kami bergerak dan cuba memperbaiki waqi' di KMNS. Tapi di saat saya dan sahabat2 yang lain mula merasa holier than thou, Marliana akan mendekati saya dan dari kata-katanya yang lembut dan penuh bermakna, saya menyedari saya tidak patut menanamkan sikap itu dalam hati saya. Saya cuba masuk dan bergaul dengan kelompok yang lain, dan saya berjaya. Saya menjalin hubungan yang baik dengan Yan, hingga sekarang. Saya pernah jatuh tangga surau semasa di KMNS dan pinggang saya sakit. Saya tak mampu berjalan jauh apatah lagi jalan untuk naik ke blok kediaman saya di C3 yang berbukit. Marliana mendukung saya di belakangnya selepas kami habis program kawad kaki. Marliana bantu saya dalam menyelesaikan assignment, eksperimen dan fotostat nota-nota bila saya sakit pinggang dan tak dapat ke kuliah. Saya tak mampu nak bayar budi Mar pada saya. Cuma saya mampu doakan agar Mar bahagia dunia dan akhirat.

Di KUSTEM, saya ditempatkan sebilik dengan Mar jugak. Macam-macam yang kami hadapi dan pelbagai orang yang menyelit di celah-celah hubungan kami. Tapi Alhamdulillah, saya dan Mar masih terus bersahabat hingga sekarang. 2 minggu mendaftar di KUSTEM, saya jatuh basikal dan tangan kiri saya patah. Mar menguruskan saya, membasuh baju saya, suapkan saya makan, tukarkan pakaian saya dan macam-macam lagi budinya pada saya. Pernah juga tangan Mar luka sebab mengelupas guna sabun basuh yang tak sesuai dengan kulit dia. Mar tak dapat makan. Saya suapkan Mar makan. Nak pegang sudu pun Mar tak mampu. Saya sangat sayang dengan Mar. Bulan lepas Mar datang ke Terengganu semata-mata ingin melawat saya. Saya terharu. Kami bersembang sampai pukul 4.30 pagi. Saya bawak Mar jalan-jalan sekitar Terengganu dan melawat Baie di rumahnya di Marang.

Mar cakap dia dan Abang Man akan datang ke sini hari ini. Saya tak sabar nak sambut kedatangan Mar. Dia sahabat saya yang terbaik, yang setia dan yang mulia. Sahabat saya ini masih single tau! Hehehehe... Saya harap Mar akan berjumpa dengan lelaki yang semulianya juga. Saya harap Mar dan Raihan juga kawan-kawan saya yang lain, sama ada kenal di alam realiti mahupun alam siber akan turut menghargai persahabatan kita. Kerana insya ALLAH, persahabatan yang ikhlas dan saling menyayangi antara satu sama lain kerana ALLAH itu, pasti membuahkan pahala dan kita juga akan dicintai ALLAH.

Good things yang kita boleh buat, telefon kawan kita, sms, email atau apa-apa saja untuk rapatkan balik ukhuwah kita. Insya ALLAH, jika hubungan kita semata-mata kerana ALLAH, hidup kita akan sentiasa diberkati. Bak kata Linda Onn dalam ERA.fm, "Kalau anda ada kawan, hubungi kawan anda sekarang. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Hargailah kawan anda."

8 comments:

Anonymous 6:25 AM

Ingatkan kumpulan nasyid Raihan tadi :D

amni 3:19 PM

raihan rosdina

Mawardi 5:03 PM

Salam, stumbling across your blog from "Tawel's Technorati Blog Reactions". hehe.

KMNS amni ni KMNS batch mana ye?

amni 9:14 PM

kak amni batch jun 2000-2002 :)

Anonymous 9:26 PM

Nama aku jugak yang kau jaja di sini ye Faqir, hehe. Ada satu lagi movie pasal friendship dalam penjara. The Shawshank Redemption. Among the best movie all time.

swordofdeen 12:22 AM

Macam-macam ya..adakah aku juga tergolong dalam 'golongan' yang dimaksudkan penulis di KMNS? heheh...

amni 4:01 PM

tawel: shwshank redemption mmg fav movie all the time. still teringat muka warden penjara tu..
sword: terasa ke?? heheheh...

Unknown 3:53 PM

Syukran Amni...kejujuran adalah kunci kepada perhubungan berpanjangan...hipokrasi & prejudis sesaat mampu memusnahkan persahabatan yang terjalin seabad...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP