World of Peace!!
Selalu bila saya balik dari lab tengah-tengah malam, dah takde cerita apa yang tinggal kat tv. Biasanya ada Martha Stewart Living dan Bicara Mufti aje. Tapi sementara nak tunggu mata ngantuk tu, layan lah dulu. Boleh la dari takde kan!!
Semalam saya balik dari lab pukul 11.30 selepas mengalter blog Muna, saya buka tv nak tengok citer apa yang ada. Nasib baik ada CSI. Lepas CSI saya sambung tengok Martha Stewart ajar buat White cake yang nampak sedap. Saya plan nak balik buat nanti masa raya. Yummm!! Sure Hanna, Mu'ammar, Ayman dan Nuha akan 'membantu' saya di dapur dengan jayanya seperti tahun-tahun lepas. Heheheh...
Tetamu undangan Martha semalam ialah Sharon Stone. Dia cerita macam-macam. Tapi yang paling menarik perhatian saya, dia dijemput ke Israel oleh Simon Perez Peace Foundation. Di sana dia terlibat dalam kempen anti perang. Macam pelik pulak ye, Zionis ni yang mulakan perang, depa pulak anjur kempen anti perang. Tapi, mungkin jugak rakyat Israel sendiri yang tak nak perang ni dan anjurkan kempen tu, kerajaan dia nak perang. Rasa cam insaf la pulak kan. Kat negara sendiri buat demo anti perang, kena sembur ngan FRU pulak.
Bila dah habis cerita Martha Stewart Living tu, buka TV 1 sebab ada Bicara Mufti. Eh eh, tau tak sapa?? Mufti Perlis la... Pening-pening.. Tok mufti tak habis2 dok suruh kita sendiri kaji hadith dan quran, mintak kita sendiri buat penilaian. Saya tak kata dia salah. Dah mmg tugas mufti tu untuk kaji semua2 tu, kami yang rakyat ni ikut ja lah.. Lagipun apa guna ada ulama kalau bukan sebagai port utk rujukan?
Takkan kami2 yang tak paham bahasa arab setakat tahu makna bismillah, assalamualaikum, syukran, afwan ni nak tafsir hadith tok mufti oiii.. Jangan la buat kami ni pening. Kami ni harap sangat tok mufti yang jelaskan kat kami. Tok mufti cakap jangan asik ikut amalan ulama dulu2 tak semestinya betul, mesti ikut cara solat Nabi. Tapi kami ni nabi pon tak penah tengok, macam mana nak tau cara solat nabi? Of coz kami kena rujuk ulamak jugak. Tapi antara ulama tahun 1428 hijrah dengan ulama tahun 100 hijrah sapa lagi dekat dengan nabi? Sapa lagi rapat dengan tabiin dan tabiin tu rapat ngan sahabat nabi?
Tok mufti oi, kami ni balik penat-penat dari kerja, nak dengar jugak tentang macam mana kami nak susun hidup kami ke arah nak menyatukan ummah, ke arah nak selamat kan aqidah. Kami tak mau dok dengaq tuduh sana sini, kutuk ulamak itu ini. Kami dah pening dok pikiaq pasai apa la coding kami tak jalan-jalan, pasai apa simulation kami stuck, kami jadi tambah pening bila tok mufti suruh kami pi kaji hadith pulak. Tadi cakap jangan asik ikut ajaran ulama, habis tu kami nak ikut sapa lagi? Takkan kami nak ikut kata hati sendiri? Kalau ikut kata hati, tak solat pon ok kan??
Sebelum ni tengok bicara mufti tu, rasa sejuk ja hati ni. Dengar nasihat-nasihat iman, even Noh Gadut yang time Forum Perdana tak best tu, time Bicara Mufti jadi best pulak. Macam mana nak tambah iman, nak kekalkan iman, nak seimbang dunia dan akhirat, nak wujudkan individu muslim, usrah muslim, masyarakat muslim. Saya tak mau pening-pening kepala pikir orang nu salah, orang ni tak betul.
Sudahlah tok Mufti, WORLD PEACE!! Saya nak tidur dulu...
7 comments:
Hang memang baghus...,
tak lama lagi tuk mufti tu pun terjun tingkap lah bila jumpa ngan hang..., Hang cuci dia macam cuci kain je..,, amalkanlah selalu. Cammana pun patut hang senyum besaq noo... dah tambah anak menakan tu. Tahniah..
aku pi perlis masjid kunci.. kena smbyg kt koridor je.. apekehey?
tetibe je.. lari topik ke? sape ek mufti negeri jiran kita 2?
aitt.. cik nony, apa cuci2 kain ni?? tak paham.. tok mufti tadak masa nak baca blog saya, kot2 anak buah tok mufti ada la kot.
muna, tok mufti jiran kita tu Dr. MAZA.
Adik, jgn balek lewat2 sgt. kalau ada teman tak pa la..
ada teman... jgn risau.. :D
Hmm..tak pernah pulak dengar mana-mana doktor yang suruh pesakit selak-selak sendiri buku anatomi, farmasi, fisiologi, dll, dan kemudian buat penilaian sendiri.
Macam-macam.. Ular dipaksa menjadi naga.
tawel.. itulah yang kita nak cakap kat depa ni.. tapi depa tak paham2.. ular dipaksa jadi naga, yang naga plak jadi apa?? kena rantai n berkawan dengan donkey macam dalam shrek... hehehe...
Post a Comment