Wednesday, June 15, 2005

hikmah doa makan

kemarin, mak buat bihun sup n soto.. apa lagi, saya mmg suka benor dgn bihun sup, terus ambk banyak2.. dah suap 3 kali, tetiba teringat, laa, lupa baca doa makan.. so stop jap.. pas tu nak sambung makan balik, tetiba nampak telur lalat. eee yuck, org kedah kata renga... geli btoi!!!

bila pk pk balik, itulah hikmah kita baca doa makan.. Allahumma baariklana fi maa razaqtanaa waqina 'azaabannar... supaya ALLAH berkati makan dan rezeki kita... bayang kan apa jadi kat saya kalo tak baca doa tadi??? huarghhh, sure lalat dah buat sarang dalam perut...

Sunday, June 12, 2005

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!

dah lama tak menulis, kekok pulak rasa tangan ni. baru2 ni berborak dengan kak cik, menceritakan perancangan yahudi. nampak gaya dengan "DEMAM AF" yang dialami penduduk malaysia sekarang, hampir berjaya rancgn2 yahudi tu. nak kata kt sapa? saya sendiri tercongok mengadap TV ari2. berjaya akhirnya.. hiburan boleh, ceramah boleh. tudung boleh, bukak bogelboleh. dosa boleh, pahala boleh. syurga boleh neraka boleh. MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!! inilah Islam hadhari yg dr. mashitah sokong2 sgt tu. nampak berubah btol muka dr. mashitah masa kat perkampungan hadhari hari tu coz ada peserta yg tanya ttg hadharah islamiyyah pulak... muakakakakka...

saya rasa yg senang ginilah, tak payah nak islam itu, islam ini... ISLAM!!! cukup.. titik

Friday, June 03, 2005

Alumni KISAS

JEMPUTAN KE SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ ISLAM DAN MAJLIS SANTAPAN DIRAJA KOLEJ ISLAM
Sejarah pendidikan negara telah merakamkan wawasan, keprihatinan, minat serta pengorbanan al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dalam membuka jalan ke arah kejayaan cemerlang Kolej Islam dalam pelbagai bidang sejak penubuhannya dalam tahun 1955. Baginda bukan sahaja memberikan bantuan kewangan kepada projek Kolej ini, tapi lebih dari itu memperkenankan Istana Jameiyah diwaqafkan untuk tujuan yang murni ini. Kolej Islam Sultan Alam Shah (dahulunya Kolej Islam Malaya dan Kolej Islam Kelang) adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang ulung di negara ini telah banyak melahirkan agamawan, pemimpin, pendidik, teknokrat, saintis, ekonomis dan sebagainya. Justeru itu, PIBG KISAS dan Persatuan Alumni Kolej Islam, Kelang, Malaysia (ALKIS) mengorak langkah mengadakan Sambutan Jubli Emas Kolej Islam dan Majlis Santapan Diraja Kolej Islam sebagai tanda penghargaan yang tinggi kepada para dermawan yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Kolej Islam ini.
Antara tujuan Sambutan Jubli Emas ialah
1. Untuk mengimbau kembali nostalgia penubuhan Kolej Islam dan seterusnya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada individu- individu dan organisasi yang terlibat dalam penubuhan Kolej Islam terutama al-Marhum Sultan Hisamudin, Majlis Raja-raja, pemimpin- pemimpin, dan para pendidik.
2. Untuk menghimpunkan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Kelang (KIK), dan Malaya (KIM) buat julung-julung kalinya di bawah satu badan Alumni yang diberi nama ALKIS.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Majlis Sambutan Jubli Emas Kolej Islam Tarikh: 18 Jun 2005 Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari Tempat: Dewan Besar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang.
Majlis Santapan Diraja Jubli Emas Kolej Islam Tarikh: 18 Jun 2005 Masa: 8.00 – 11.00 malam Tempat: Sunway Convention Center, Bandar Sunway..
PIBG KISAS dan ALKIS menjunjung kasih DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan yang Dipertuan Negeri Selangor sebagai Penaung Sambutan Jubli Emas kerana berkenan untuk mencemar duli ke kedua-dua majlis tersebut.
PIBG KISAS dan ALKIS turut menjemput Ibu Bapa, guru, bekas guru dan bekas pelajar Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Kelang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk memeriahkan lagi Majlis tersebut. Untuk maklumat lanjut dan tempahan ke Majlis Santapan Diraja berharga RM150 seorang (Bayaran adalah untuk Sumbangan Dana ALKIS dan PIBG KISAS), sila hubungi Hj. Jaafar (019-3160874), Sabki (019-3500903) sebelum atau pada 5 Jun 2005. Maklumat lanjut dan borang tempahan online juga boleh didapati di Laman Web ALKIS di
http://www.alumni3ki.org/
.
ANDA BOLEH MEMBANTU
1. Pihak kami memohon kerjasama pihak moderator dan pengguna e- groups untuk menghebahkan Majlis Sambutan di atas ke e-groups ex- Kolej Islam dan email kepada rakan-rakan ex-Kolej Islam batch masing- masing.
2. Hadir ke kedua-dua majlis di atas. Tempah tiket ke Majlis Santapan Diraja secepat mungkin sebelum kehabisan. Jualan berdasarkan "First come, first server". Anda digalakkan hadir bersama pasangan dan keluarga ke Majlis tersebut.
3. Bagi tokoh-tokoh korporat, pemilik-pemilik syarikat dan yang berkemampuan, anda boleh sponsor Meja Makan (RM1000.00 semeja). Majlis dijangka akan dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengarah Pendidikan Negeri dan ketua-ketua agensi kerajaan.
4. Sponsor cetakan buku "50 Tahun Kolej Islam" yang kosnya dianggarkan berjumlah RM105,000.00. Buku tersebut akan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor. Sila hubungi Hj Jaafar (019-3160874) untuk tujuan sumbangan bagi kedua-dua maksud di atas.
5. Ex-Kolej Islam yang bekerja dengan pihak media, boleh membuat hebahan melalui media masing-masing sebelum dan ketika majlis berlangsung. Temuramah dengan pihak PIBG KISAS dan ALKIS sebelum majlis berlangsung amat dialu-alukan. Sila hubungi Amzari (012-9123959) untuk tujuan hebahan dan publisiti.
6. Ex-Kolej Islam yang memiliki, menyelenggarakan portal, web, blog sama ada berbentuk komersil atau peribadi boleh menyiarkan ikon dan banner majlis sambutan di atas. Copy dan paste tag HTML berikut ke web anda

Ikon:
atau email amzari79@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
7. SMS semua rakan ex-Kolej Islam dalam senarai telefon bimbit anda untuk hadir ke kedua-dua majlis di atas. Standard SMS yang dicadangkan ialah:
Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS) menjemput semua lepasan KI ke Majlis Santapan Diraja pd 18/6/05. Hubungi Hj Jaafar 019- 3160874 atau lawati
http://www.alumni3ki.org/ utk tempahan. Fwdkn ke batch msg2.
Bantuan dan kerjasama anda semua dalam menjayakan Majlis ini kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Amzari bin Abu Bakar Jawatankuasa Perhubungan Awam Majlis Santapan Diraja Kolej Islam Sempena Sambutan Jubli Emas.
b/p Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Islam Sultan Alam Shah Persatuan Alumni Kolej Islam, Kelang, Malaya (ALKIS) 12 Mei 2005
Sambutan Jubli Emas Kolej Islam pada 18hb Jun 2005

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP