Saturday, February 23, 2008

Update lagu

Saya dah update nasyid kat sebelah. Antara nasyid yang best ialah Mawlayya (remix), ni burdah cam kat blog kak teh yang di remix. Sesuai untuk org cam saya yang lebih prefer burdah rancak.. Dalam kepanasan pilihanraya ni, elok jugak kita sejukkan hati dengan selawat dan burdah, memuji ALLAH dan Rasulnya.

To all: Ganbatte Kudasai!

Tuesday, February 19, 2008

Berita Sedih

1. Takziah buat sahabat saya Yan dan Amin, di atas pemergian anakanda yang tercinta Muhammad Abid Hayyan. Insya Allah, dia pasti menanti kalian di syurga sana dengan penuh senyuman.

2. Takziah juga buat keluarga Allahyarham Ustaz Mat Isa Lubuk Kawah. Beliau merupakan guru saya di SMKAK. Guru yang sangat dedikasi dengan menyampaikan ilmu, dan juga dalam bidang dakwah. Guru yang sangat sayang pada anak muridnya dan tak lekang dengan senyuman. Anak beliau, 'Athirah juga sahabat saya. Ustaz Mat Isa juga merupakan kawan abah. Jadi pertalian kami sangat rapat. Semoga ALLAH merahmati roh beliau.

Saya pohon, agar sahabat2 yang membaca posting ini, mari kita hadiahkan Al Fatihah, selawat dan Al Ikhlas sebanyak-banyaknya buat kedua2 si mati. Semoga sampai amalan kita kepada mereka. Buat keluarga mereka, yakinlah janji ALLAH bahawa kematian pasti berlaku dan redhalah kerana sabar dan redha itu memungkinkan kalian dipertemukan semula di akhirat nanti di dalam Jannah. Insya ALLAH...

Monday, February 18, 2008

Macam Mana ni Syeikh?

Monday, February 11, 2008

Kena Tag dengan JB

Jaybee tag saya:

Tag 1

1. Name one person who made you laugh last night?
Kak Mas

2. What were you doing at 0800?
Bersiap nak gi ngajar

3. What were you doing 30 minutes ago?
Makan


4. What happened to you in 2006?
Tok meninggal =(

5. What was the last thing you said out loud?
LIPAS, KAK MAS!!

6. How many beverages did you have today?
Air masak 2 gelas, teh ais 1 bungkus

7. What color is your hairbrush?
Blue

8. What was the last thing you paid for?
Lunch

9. Where were you last night?
Rumah Ummi

10. What color is your front door?
Cream

11. Where do you keep your change?
Tabung

12. What's the weather like today?
Cerah

13. What's the best ice-cream flavor?
vanilla and chocolate

14. What excites you?
Food!!

15. Do you want to cut your hair?
Tak nak dah

16. Are you over the age of 25?
Yes

17. Do you talk a lot?
yup

18. Do you watch the O.C.?
only twice

19. Do you know anyone named Steven?
steven gerrard, stephen chow?

20. Do you make up your own words?
yup (mengkura-kurakan diri)

21. Are you a jealous person?
very much!

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'
adib

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'
Kak mas?? boleh ke?

24. Who's the first person on your received call list?
Kak mas

25. What does the last text message you received say?
"Tengah meeting ni"

26. Do you chew on your straw?
Nope

27. Do you have curly hair?
Nope

28. Where's the next place you're going to?
UDM

29. Who's the rudest person in your life?
Ntah la, tak ingat.


30. What was the last thing you ate?
Nasi putih, ayam madu, sayur, teh ais


31. Will you get married in the future?
Yes, A.S.A.P

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Around the World in 80 Days (Jackie Chan)


33. Is there anyone you like right now?
Roslan =">


34. When was the last time you did the dishes?
Last Nite


35. Are you currently depressed?
Tak, energetic la..

36. Did you cry today?
Yes


37. Why did you answer and post this?
Saja2..


Tag 2

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs.


Rule 1 dah...

Rule 2...

anyway, 8 facts about me:

  1. Nama Noor Amni binti Mohamad Khassim

  2. A good promoter

  3. Nak cepat-cepat siapkan master di UMT

  4. Tutor di UDM

  5. Hectic, bouncy, cool

  6. suka citer korea n japan

  7. rindu kat mak dan abah sekarang ='<

  8. seorang yang straightforward tapi pelupa
Skang masanye nak tag orang. 8 orang kan? So hopefully korang yang bertuah nih dapat le buat aktiviti mengisi masa lapang nih. hahaha~

  1. kak mas
  2. kakak fauwaz
  3. encik ubi @ unicae yang selalu bagi komen tu
  4. kak cik
  5. bang din
  6. iwan indonesia
  7. semua org yang baca blog ni. hahah..
  8. -

Sunday, February 03, 2008

Perkampungan Hadhari 2008

Semalam saya bersama Lily dan Kak Lida ke sana untuk melawat-lawat masjid kristal yang cantik tu. Memang cantik sungguh! Di sebelah malamnya dipasang lampu berwarna warni. Sepanjang-panjang perjalanan untuk ke masjid tu, ada pelbagai miniature atau replika masjid2 cantik seluruh dunia dibina tapi tak siap lagi. Saya paham matlamat kerajaan negeri nak menjadikan Taman Tamadun Islam ni sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke Terengganu.

Kita tengok la beberapa keping gambar yang kami amik masa kat sana.




Depan2 Masjid Kristal, ada bendera Bulan. Patutla 'cerah' semacam je kawasan tu. Heheh...


Masjid Kristal di waktu malam.


Lagi bendera Bulan


Kubah Emas, Masjid Al-Aqsa.


Masjid Mohamed Ali, Kaherah.


Hayya A'lassolah... Dah masuk maghrib ni. Sedap qari' semalam. Dengar kata Syeikh Jibril. Tak tahu betul ke tak.


Peace, peace.. Sorang Imam Hadhari, sorang menteri Hadhari. Hehe.. Jangan marah Pak Lah...

Saturday, February 02, 2008

Buku Ahadiat Akashah Jadi Teks Rujukan

Syabas Kementerian Pelajaran. Sesuai sangat buku-buku beliau jadi teks rujukan. Maklumla, ada diajar tentang cara-cara bercinta, mengorat, nak membuli orang, nak kelentong supaya tak kantoi dan pelbagai lagi taktik2 nak hidup di atas dunia ni. Tahniah KPM.

Yelah, buat apa letak karya-karya sasterawan negara (SN) yang berat2 tu. Kita jangan menyusahkan otak budak2 ni semua ye tak? Biarla umur remaja ni kita ringankan otak mereka. Ajar benda2 simple dan kaedah2 bercinta aje, kan?

Lepas ni, kita tak payah buat silibus kimia, fizik, bio yang susah2 pulak. Sampai sekolah menengah kita ajar je campur, tolak, darab bahagi. Lagi senang. Cikgu nak tanda kertas jawapan pon tak payah nak pening2 kepala. Maklumla, kita nak bagi semua student lulus kan?? Supaya kita boleh isytihar "Negara Malaysia rakyatnya bijak2, SPM 100% A1" sebab soalan senang2.

Bijak betul mereka ni kan? Lepas ni kalau makin ramai remaja bercinta, ngandung luar nikah, buang anak semua tak kisah dah.. Kita kan menuju ke arah negara maju. Ya, negara maju kadar ngandung luar nikah kan tinggi, so nak jadi negara maju, kenala kita tinggi kan kadar ngandung luar nikah ye dak?

MALAYSIAKU GEMILANG!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP