Sunday, July 08, 2007

Good Things 4: Belajar Memaafkan

Mesti dalam hidup kita pernah kita buat silap yang mengharap orang memaafkan sangat kesilapan kita. Dan kita harap orang tak akan ungkit2 lagi kesilapan tu dan kita juga akan cuba untuk tak lagi ulangi kesilapan yang sama.

Tapi bercakap taklah semudah nak melakukan. Dalam setahun ini dan terutamanya seminggu ini, saya betul-betul belajar untuk 'salamatus sadri' dan memaafkan orang. Walaupun insan itu sangat-sangatlah menyakitkan hati saya dan saya telah cuba bertolak ansur atas sikapnya selama setahun ini. Saya jadi heran jugak, tak ke dia sedar, sepanjang dia di sini, dia telah menyakiti hati ramai orang yang menyayangi dia dan yang betul-betul ikhlas dengan dia?

Si Dia yang saya maksudkan ini telah menfitnah dan memburuk-burukkan saya di pandangan mata junior dan student-student saya sehingga ke tahap student saya naik takut nak datang tanya soalan berkenaan subjek yang saya ajar. Yang membuatkan saya lagi naik angin betul semalam sampai saya tak boleh tidur hingga pagi ialah sikap kurang diajarnya dia dan tak bersyukurnya dia pada ALLAH dan berterima kasih pada kami yang telah banyak kali menyelamatkan dan tolong dia dari sikap dia yang penting diri tu. Saya cuba tahankan sudah hampir setahun, dah banyak air mata saya tumpah.

Di kalangan kawan-kawan dia, si dia ini cerita seolah-olah saya melakukan penderaan fizikal dan emosi pada dia sedangkan saya sedikit pun tak pernah usik dia. Saya hargai dia dan masak untuk dia, saya tolong dia dalam pelajaran, tapi macam ni balasan dia kepada saya. Sesungguhnya saya memang sangat-sangat kecewa dan marah dengan manusia ini. Apabila saya dengar fitnah-fitnahnya, seolah-olah saya lebih jahat dari Rika Sumanto dan dia lebih baik berbanding Alya Bawang Putih! Saya menggeletar seluruh tubuh menahan marah. Saya ditenangkan oleh sahabat-sahabat dan adik-adik di lab ini. Kalau diikutkan hati, saya nak pergi belasah dia puas-puas dan buat announcement tentang segala penipuan dia.

Tapi, saya tahu, kalau saya buat macam itu, serupalah saya macam dia jugak. Saya akan kelihatan macam Mr. Bean di pandangan mata orang. Dan yang penting, saya harap dengan saya lupakan kesilapan dan segala keburukannya, ALLAH akan ampunkan dosa-dosa saya dan menutup aib saya di mata manusia yang lain di Padang Mahsyar. Ameen.

Bukanlah saya ini malaikat atau dewa-dewi dari syurga di langit lazuardi (ni pinjam ayat Zen), tapi saya cuba belajar untuk memaafkan. Bila saya cerita pada mak pun, mak yang sentiasa 'salamatus sadri' itu, akan cakap, "Adik, takpa lahhh.. Biaqlah kat dia.. Insya ALLAH, doakan bagi dia berubah. Adik kena belajaq sabaq dan memaafkan." Rupanya berkat doa mak yang tak putus-putus tu, saya mampu meng'kool'kan diri. Saya jadi dah tak kisah, dan saya gembira sebab dia dah tak dak dalam hidup saya. Saya tak disusahkan lagi, dan life must go on as suppose to be.

Good things di sini, belajarlah memaafkan dan lepaskan apa yang terpendam. Sebab bila kita cuba nak balas balik perbuatan manusia tu, sampai bila hidup kita akan kembali tenteram dan aman kan?

Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).

Rasulullah juga ampunkan kaum kafir Makkah yang pernah menyakiti Baginda semasa Fathul Makkah. Jadi siapalah saya untuk hold all the grudges kan? Sekarang saya dah boleh tersenyum dan yang paling best Prof Yazid nak beli PC baru untuk saya buat network!! Tak payah guna PC buruk saya lagi. Macam lirik Apa-apa Saja dari kumpulan Aboi yang glamer sangat dulu tu, "Buat apa gaduh-gaduh sama kita, Malaysia kita ini kecik aja, Kalau semua nak gaduh sapa nak jaga!" YAY!!

2 comments:

swordofdeen 8:01 PM

Heheh...macam kisah apa yang pernah terjadi kepada kamek pulak..tapi kamek lagi dahsyat..duduk di malaysia timur beberapa tahun bila balik, ramai junior-junior menjauhkan diri...takut nak bercakap dengan saya

Alahai, rupa-rupanya ada orang yang bagitau junior-junior saya ni saya memecah belahkan umat di sana. best giler punya ayat. Saya ditreat macam orang punya lah teruk..isk2.. lantak la..malas nak layan heheh :D

p/s: siapa yang cakap benda2 nih? orang-orang yang rasa 'holier than thou' di posting penulis blog ini sebelum nih...ala..penulis blog ni kenal diorang tuh.

amni 10:44 PM

kenal... dan dah blajar untuk memaafkan org tu.. :D
pernah juga ada konflik dengan dia...

Tapi pengalaman tu mmg banyak mengajar kita dalam menghadapi pelbagai karenah manusia, kan??

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP