Puasa Sunat
Ya, memang saya ada terima email dari kawan saya tentang puasa Rajab yang tidak ada asal suruhannya dari hadith2 Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam.
Ya, memang saya faham apa yang cuba dikatakan oleh artikel 'kopi pasta' itu. Tiada nas menyuruh kita puasa pada bulan Rajab.
Saya tidak berniat untuk bertelagah dengan beliau mahupun cuba mempertikaikan kata-kata beliau yang saya hormati. Tapi selaku seorang insan yang telah ditarbiyah oleh bunda dan ayahanda tercinta sejak kecil lagi tentang kemuliaan Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ini, saya cuba untuk memperjelas dari sudut pandangan mata saya yang berspek tebal ini. :D
Daripada apa yang saya faham, artikel itu sekadar untuk memberitahu betapa hadith ini palsu, dan hadith itu dhaif. Mungkin bagi orang yang biasa pergi ngaji ngan tok2 guru dan paham sanad2 hadith, dia boleh paham yang tersirat. Tapi bagaimana dengan kawan-kawan kita yang tidak ngaji agama, yang baru belajar2 nak kenal Islam. Kawan-kawan saya bila baca email tu, perkara pertama yang ditimbulkan ialah, "Habis akak, salah la ye posa Rejab ni? Kita posa ni dosa ke sebab Nabi tak buat? Bid'ah la kita ni ye, kak?"
Kesian kan kat kawan-kawan saya, dalam nak buat ibadah, jadi berdosa pulak sebab bid'ah dan amal hadith dho'if. Kesian kan?? Jadi, saya menelefon bonda saya yang tercinta untuk bertanya sebab saya sendiri bukanlah orang terbaik untuk menjawabnya.
"Adik, nak puasa, pauasa jelah. Bab pahala biarlah ALLAH yang uruskan. Kerana Asal suatu ibadah itu kerana ALLAH dan kita beribadah untuk mendekatkan diri padaNYA. Lagi pulak, kalau kita saja-saja nak puasa, tak kisah la bulan berapa pun, kerana ALLAH dan tambahan pula kita menghormati bulan Rajab yang mana dalam bulan itu berlakunya Isra' dan Mikraj, takkan ALLAH nak murka pulak?"
"Adik, anggap ja puasa kerana ALLAH, bukan kerana hadith begini dan begitu. Kalau kita tak puasa, tak belajar puasa masa Rajab, sepanjang tahun pun, kita hanya puasa Ramadhan dan puasa ganti saja. Kalau makan pun kita nak bertambah, takkan lah bab ibadat kita nak kurang-kurangkan pulak kan?"
(mak punya ayat macam lain, saya modified sikit ikut kefahaman saya)
Hmmm, betul kata mak. ALLAHYARHAMAH tok dulu, puasa straight Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Bukan sebab hadith-hadith fadhail sebagainya sebab tok bukan pakar hadith pon, tapi tok puasa sebab dia nak rasa sihat. Kan puasa itu menyihatkan? Lagi satu, orang yang rajin puasa ni, ALLAH sayang. Tok nak ALLAH sayang, tu aje. Jadi, tak salah la saya sebagai cucu tok nak puasa jugak kan?? Supaya ALLAH sayang saya dan saya harap saya ditempatkan di syurga ALLAH nanti dengan golongan rajin berpuasa dan bersama tok.
Ada juga kawan saya bagi jawapan dari Allahyarham mufti Mesir, Sheikh `Atiyyah Saqr:
"I would like to stress the fact that observing voluntary fasting during the sacred months or Al-Ashhur Al-Hurum, including the month of Rajab, is recommended or mandub. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have instructed his Companions (may Allah be pleased with them) to observe voluntary fasting in Al-Ashhur Al-Hurum.
He (peace and blessings be upon him) used to urge his Companions to fast three days of every month. Thus, fasting during the month of Rajab is recommended but there is no authentic hadith that indicates that fasting certain days of Rajab, for example the first day, entails a special reward."
Kata orang bila kita selalu buat amalan tu, amalan tu akan jadi darah daging. Harap2 dengan posa Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ni, amalan posa tu akan jadi darah daging saya. Ameen... Insya ALLAH...
12 comments:
Jalan terus...kita puasa takat mana kita larat...orang tak mau posa, biaq pi kat depa...
ustaz yg kasi kuliah tiap2 malam isnin kat surau taman bgdin di pahang ni kata:
golongan2 camni sebenarnya nak tunjuk diorang lebih banyak ilmu.
dia sebut jugak macam dikma kata, kalau tak larat buat, tak payah. Yang mahu buat, silakan. Buatlah banyak mana yang larat.
Yang tak mau buat jgn dok paksa orang lain yang dok buat amalan2 sunat tu ikut tak buat macam depa.
dah tak buat, kondem pulak orang yang beramal.
tiap2 isnin malam selasa...
saya sokong! artikel tu bukan tak bg posa, tapi menyatakan takde nas untuk posa Rajab ni. Tapi, kalo org awam ni baca, dia akan terus wat kesimpulan, posa Rajab bid'ah, kalo posa dosa, so jgn posa bulan Rajab. Betoi ni!! Kawan2 kami camtu la pahaman depa. Rasanya ttg hadith palsu, maudhu', dhaif, hassan ni, kita serah pada yang pakar lah. Kita buat amal setakat kita mampu. Dan jgn gelak2 kan org yang nak posa, mungkin kat akhirat nanti kita plak nangis coz timbangan mizan tak cukup.
Dari segi ilmu untuk memberitahu sesuatu hadis itu palsu, saya setuju, sebab yang palsu ni memang kena jauhi. Tapi yang dhoif, kadang2 ada banyak jugak 'khilaf' sama ada ia dhoif ataupun tidak.
Untuk segi amalan, apa salahnya kita berpuasa bulan rejab dengan iat untuk meningkatkan amalan kita? ya, depa kata tak boleh tetap waktu nak ibadat ni, sebab bid'ah tetap bulan2 ni untuk wat ibadat. masalahnya satu je, aku nak tanya gak depa, puasa yang orang duk buat bulan rejab ni, apa hukumnya?
HUKUMNYA SUNAT!
So bila sunat, maka? adalah perkara FURU'IYYAH! sebab perbahasan akan berlingkar hanya di sekitar sunatkah ia atau tidak sunatkah ia. Jika ianya bid'ah, maka apa hukunya? sunat ke? makhruh ke? harus ke? haram ke? wajib ke?
Puasa sunat bukan puasa bulan ramadhan yang wajib.
Payahla kalau kita tak boleh niat dalam hati nak buat amal ibadat bila dan di masa apa. Nak tunggu ada de ja vu baru nak buat?
Artikel tu, cadangan saya, instead of kata itu bid'ah ke ini bid'ah, baik dijelaskan bahawa puasa di bulan rejab hukumnya sama seperti puasa di bulan-bulan lain. Hukum berpuasa dan kaedah berpuasa adalah sunat. Kan senang cerita? takder salah FAHAM!
Tapi saya pelik juga dengan puak2 mcm ni. Depa bgtau hadis ini lemah dan palsu. Alright, tapi kenapa depa tak begtau sekali KAEDAH nak KAJI HADIS2 tu? Mengapa tak bgtau? jawapannya ialah mereka tak mampu bgtau. Kenapa? sebab ilmu tu kena belajar panjang dan lama dan bukan setakat baca buku dan hafal hadis kitab bukhari je boleh sampai tahap mujtahid.
sorry kak amni, merapu panjang malam2 hari
takpa, merapu pon ada isi :D
pakcik ada paparkan beberapa tulisan ttg posa rejab nih ... ada masa mai jengok kat fanshuri ... hehehe
saya pi tgk dah pakcik.. lepas baca tu baru rasa kuat sikit.. tima kasih
amni, hak orang tua-tua kita dok anjurkan tu, insyaAllah semuanya ada dalil belaka. depa tu dah la segan posa pastu menjauhkan orang dari posa sunat plak. apa raaa .... dok gaduh ka org yg posa ... yg tak posa tak fulak deme gaduh ... hehehe ... dunia akhir jaman ....
"depa" - geng tu lah ... :)
Salam.
saya ni tak la rajin berpuasa.tp secara logiknya,ada tak nas yang melarang kita berpuasa di bulan Rejab?
cik anonymous: tak ada nas melarang.. nak puasa niatkan ajer sebagai puasa sunat (kalo u tak payah ganti ler:P)
Post a Comment