Khabar Gembira!!
Pagi ni dapat mesej bertalu2 dari kak cik dan abang yus, saya dah dapat anak sedara baru!! Anak sedara ke 10.. Isk2, dah tua saya ni, dah nampak kedutan kat dahi. Kawan-kawan semua dah kawin, Raihan pun dah 3 anak.
Takpe, yang penting mak dan abah happy, cuba untuk menggembirakan depa berdua. Macam kakak-kakak selalu pesan, time belum kawin ni nak betul2 gembirakan mak abah. Nanti dah kawin, perhatian dah mencapah, dan ada 2 keluarga yang perlu diberi perhatian.
Sapa2 ada idea nak bagi nama anak sedara baru ni boleh la cadangkan kat ruang komen. Biasa org2 tua combine 1 huruf dari nama ayah, mak, hari lahir dan bulan hijri. Nama ayah mohd yusri, mak norizah, hari isnin, bulan rejab. Alhamdulillah.. bulan rejab dan hari Isnin pulak, insya ALLAH jadi anak yang soleh.
Saya berkenan dengan nama Aqil sebab bila besar nak suara sedap dan hensem macam ustaz Aqil Hayy. Hehehe.. Kalau letak nama Swordofdeen boleh? Kena bagi royalti tak? Sebab huruf Ya untuk yusri, huruf nun untuk norizah dan isnin. Eh, excited juga nak cari nama untuk anak menakan ni. Nak balik, tapi bulan depan baru ada masa. Mesti muka dah lain sket.
Cakap pasal anak menakan ni, nak kongsi satu video Ayman tidur kat Pizza Hut. Tak larat nak gelak, tiap2 kali tengok pon nak gelak jugak. Ni gambar nya:
Ni gambar Mu'ammar menang tempat kedua pertandingan bercerita peringkat daerah. Bravo anak menakan ku!!! Besar nanti jadi wakil debat cam Cu Adik ok??
Ish, ish.. ni yang tak sabar nak balik ni... huwaaaaa!!!!
p/s: Tahniah kepada abg yus dan kak zah sebab dah 5 anak dan tahniah buat mak dan abah sebab cucu yang ke 10!! Wow, family kita dah besar!! Best2, raya ni kita buat gathering.. Hehehe...
4 comments:
Saya dah 11 kot anak buah. Tapi masih lagi rasa diri ini muda :D
saya sedar saya dah tua.. huhuhu...
Salam...
Anak lelaki kan?
Nama Fikriey Idham pun sedap...
lagi best kalau ADam Idham ...
Hheheheh!!!
yes, baby boy la adam.. nama idham tu sedap jugak kan??? kalau ahmad idham nanti jadi pelakon plak. hehehe...
thanx...
Post a Comment