Monday, July 09, 2007

Resepi Untuk Orang Bujang

Saya pernah tulis tentang murtabak megi kat sini tahun 2006 dulu. Tapi kali ni nak bagi resepi yang best sikit la, lain sikit dari murtabak megi. Tapi memang sesuai untuk orang-orang bujang sebab simple sangat cara nak masak dia. Bak kata orang, sharing is caring, so nak share satu resepi yang memang sedap sangat.

KUETEOW KUNGFU/HONGKONG/KANTONIS

1. Kueteow ikut banyak mana nak makan
2. Telur 2 biji
3. Air setengah cawan
4. Tepung jagung 1 sudu kecik
5. Sayur-sayur fresh (carrot, bunga kobis, sawi, anak jagung (org tganu panggil ketiak jagung, maybe sebab ada bulu..heheheh), daun bawang, daun sup)
6. Sotong atau ayam atau udang
7. Bawang putih tumbuk sikit (titik)
8. Sos tiram
9. Garam

Cara-cara nak masak:
1. Letak 2 kuali atas api.
2. Ambik telur dan pecahkan. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar.
3. Masukkan kueteow kat dalam telur tadi dan gaul sampai sebati.
4. Tuang adunan tu dalam kuali pertama yang kita dah panaskan dengan minyak sikit.
5. Goreng macam buat murtabak megi.
6. Kuali no.2 tu kita tumis bawang putih yang dititik.
7. Air setengah cawan tu, campur dengan tepung jagung dan kacau sampai larut semua, tuang dalam kuali.
8. Masuk sotong, atau ayam atau udang ke dalam kuah tu, bagi masak, letak garam sikit, letak sos tiram sikit.
9. Bila dah masak lauk tu, masuk sayur-sayur tu dan jangan sampai masak sangat la.
10. Kueteow yang kita goreng tadi, lepas dah masak tu kita letak dalam pinggan yang cantik.
11. Tuang kuah yang dalam kuali kedua, tabur sayur2 kat atas dia.
12. Hias bagi cantik baru rasa sedap nak makan. :D

Bon Appetite!!

p/s: Nama dia kueteow kung fu pasal kita kena berkungfu masa tengah masak sebab ada dua kuali, silap2 hangit salah satu kuali tu.

5 comments:

Tawel Sensei 6:43 AM

Aduh, baru baca resepi nak dah rasa meleleh air liur. Tak tipu ni :) Tapi kat sini nak cari kueteow payah la. Boleh ke ganti dengan pasta atau spaghetti?

amni 10:42 AM

boleh2.. tapi kurang minyak la sket.. pakai bihun boleh, mee kuning pon boleh.. pakai kuewteow lagi sedap sebab dia melekat elok je lepas goreng atas kuali tu.. Selamat mencuba. :D

swordofdeen 6:58 PM

Tak boleh buat kuew teow stail lain? hehe:

1.Kuew teow silat = ada bunga2 dan kuda2 ketika memasak

2.Kue Teow taekwando : kena pusing2 kuali keliling kaki

3.Kuew Teow Tomoi : masakkuew teow sambil tengok TV

p/s: dah tak jadi makanan dah kot untuk tiga2 tuh..

amni 4:08 PM

that's why nama dia kungfu.. dan orang yang paling pandai skali masak kueteow kungfu ni ialah jackie chan dan jet li..
:P

Anonymous 7:46 AM

wow.beshnyaaa...huhu kena cuba resepi neh..br semalam mkn..tp bengang sbb tukang kedai tu masak tak sedap..sib baik tak g dapur tolong dia..hahah

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP