Saturday, July 28, 2007

saya baru belajar nak insert emoticons dalam posting saya.. tutorial kat sini

http://ien247.blogspot.com/2007/07/dua-cara-letakkan-icon-yahoo.html


maludoaduitsiulencemtumbukpeacebabaitensiongelakgulingtepuktangangarupaletakboleketukmejerindubanyakckpsembahgilecelebrateblurpenatihikhiktandukadacalldoaciumputuscinterosrosminummen2startopisetansurprised

Thursday, July 26, 2007

Cikgu Pukul Anak: Wajar ke?

Selalu sangat dengar tentang pukul-pukul pelajar ni. Jadi isu negara pulak. Nak tangani masalah disiplin kena kerjasama semua pihak. Kerajaan, sekolah, guru dan ibu bapa. Semua pihak kena jalankan tanggungjawab masing-masing n tak boleh tuding sana, tuding sini.

Cuba cek balik, cikgu tu takkan tak pasal-pasal dia nak marah budak kalau budak tak buat salah? Mesti ada sebab. Budak2 pulak, dia buat salah pun mesti ada sebab jugak. Takkan tak pasal-pasal dia nak ponteng kelas, tak buat kerja rumah dan sebagainya? Kita kena cek semua benda. Mungkin dia tak siap kerja sekolah sebab sibuk tolong mak kat rumah, jaga adik, buat kuih dan lain-lain. Mungkin jugak pengaruh kawan macam dalam iklan kat ERA.fm.

Kita kena cek satu-satu semua masalah ni. Cikgu pulak nak pukul pun kena tengok la pukul kat mana. Kalau main tampar kat muka mmg tak boleh terima la.. Buatnya sekali tampar terus pekak budak tu nanti. Kalau nak pukul pun agak-agakla... Jangan la sampai patah riuk budak tu. Teringat abah pernah cerita, ibu bapa zaman dulu, kalau hantar anak pergi sekolah jumpa cikgu, dia akan cakap, "Cikgu, kalau anak saya ni ada buat salah, tak nak dengar kata, pukul aje cikgu. Jangan sampai patah sudah le!"

Acah aje tu, sebenarnya cikgu pun tak sampai hati nak pukul kecuali melampau sangat. Cikgu-cikgu zaman saya dulu pun, pukul-pukul sayang je. Cuma nak ajar agar rasa takut dan hormat. Cikgu Barishah dulu suka pukul pakai pembaris panjang satu meter. Cikgu Gayah suka pulas pusat.. Uiiii... gerunnn... Nasib baik tak pernah kena. Kalau arwah cikgu Gayah suruh hafal sifir, biar la tunggang terbalik macam mana pun, nak jugak hafal, tak pasal2 kena pulas pusat nanti. Naik darjah 3, dengan cikgu Halim pulak. Pon jenis ketuk tangan pakai pembaris 1 meter. Darjah 4, abah sendiri ajar. Heheheh.. Memang tableh main2 la... Tapi Sir Rahim garang jugak. Kena jemur luar kelas kalau tak siap homework. Rasanya, biasa je cikgu denda ni. Untuk mendisiplinkan budak jugak kan??

Saya dulu pernah kena kurung kat luar rumah. Lepas pukul 7 memang dah kena masuk rumah. Satu hari tu ralit main dengan hadi dan huda. Kena kurung kat luar rumah sama-sama ngan sepupu, kak long. Menangis-nagis merayu kat mak nak masuk. Mak tak bukak. Kakak-kakak pon dok senyap dalam rumah, abah pon pakat sekali dok diam tak bukak pintu. Huhuhu.. Rasa macam kena abandon betul waktu tu. Tapi memang insaf la... Taubat dah tak buat. Sebelum pukul 7, memang masuk dok senyap dalam rumah prepare untuk maghrib. Sampai sekarang jadi amalan. Pukul 7, memang masuk rumah.

Untuk menyelesaikan perkara ni, ibu bapa dan guru serta pihak sekolah perlu ada hubungan yang erat. Walaupun abah ngajar sekolah yang sama dengan saya dulu, abah tak bagi muka. Kalau silap, tetap silap. Kalau balik ngadu kat mak, mak tambah lagi kena cubit. Padan muka.

Tak caya cuba tengok balik cerita 'Anakku Sazali' kalau anak ni kita tak ajar betul2, asik ok ok kan je cakap dia.. Last2 jadi macam Sazali la.. "Bapak hanya percaya apa sahaja yang Sazali katakan.." "Kerana bapaklah Sazali jadi begini!" "Apa yang bapak tahu hanyalah berkata "Anakku Sazali..."!!" "Sazali mahu duit, bapak bagi, apabila Sazali besar..." dah dah.. sambung sendiri..

Nak ke anak2 kita jadi macam Sazali?? Kalau taknak ape lagi, balik la jenguk anak2 kat rumah dan bina hubungan dengan pihak sekolah. Ingat la, anak-anak pewaris bukan sekadar di dunia, tapi amanah yang akan dipersoal di akhirat.



p/s: Dari kiri: mad nor(anak raihan), nuha, hanna, cu :D oh ya.. nama anak sedara baru, naseem wajdi. ntah sapa kasi.. oklah, sedap nama tu. tak sabar nak balik tengok baby baru!

Tuesday, July 24, 2007

World of Peace!!

Selalu bila saya balik dari lab tengah-tengah malam, dah takde cerita apa yang tinggal kat tv. Biasanya ada Martha Stewart Living dan Bicara Mufti aje. Tapi sementara nak tunggu mata ngantuk tu, layan lah dulu. Boleh la dari takde kan!!

Semalam saya balik dari lab pukul 11.30 selepas mengalter blog Muna, saya buka tv nak tengok citer apa yang ada. Nasib baik ada CSI. Lepas CSI saya sambung tengok Martha Stewart ajar buat White cake yang nampak sedap. Saya plan nak balik buat nanti masa raya. Yummm!! Sure Hanna, Mu'ammar, Ayman dan Nuha akan 'membantu' saya di dapur dengan jayanya seperti tahun-tahun lepas. Heheheh...

Tetamu undangan Martha semalam ialah Sharon Stone. Dia cerita macam-macam. Tapi yang paling menarik perhatian saya, dia dijemput ke Israel oleh Simon Perez Peace Foundation. Di sana dia terlibat dalam kempen anti perang. Macam pelik pulak ye, Zionis ni yang mulakan perang, depa pulak anjur kempen anti perang. Tapi, mungkin jugak rakyat Israel sendiri yang tak nak perang ni dan anjurkan kempen tu, kerajaan dia nak perang. Rasa cam insaf la pulak kan. Kat negara sendiri buat demo anti perang, kena sembur ngan FRU pulak.

Bila dah habis cerita Martha Stewart Living tu, buka TV 1 sebab ada Bicara Mufti. Eh eh, tau tak sapa?? Mufti Perlis la... Pening-pening.. Tok mufti tak habis2 dok suruh kita sendiri kaji hadith dan quran, mintak kita sendiri buat penilaian. Saya tak kata dia salah. Dah mmg tugas mufti tu untuk kaji semua2 tu, kami yang rakyat ni ikut ja lah.. Lagipun apa guna ada ulama kalau bukan sebagai port utk rujukan?

Takkan kami2 yang tak paham bahasa arab setakat tahu makna bismillah, assalamualaikum, syukran, afwan ni nak tafsir hadith tok mufti oiii.. Jangan la buat kami ni pening. Kami ni harap sangat tok mufti yang jelaskan kat kami. Tok mufti cakap jangan asik ikut amalan ulama dulu2 tak semestinya betul, mesti ikut cara solat Nabi. Tapi kami ni nabi pon tak penah tengok, macam mana nak tau cara solat nabi? Of coz kami kena rujuk ulamak jugak. Tapi antara ulama tahun 1428 hijrah dengan ulama tahun 100 hijrah sapa lagi dekat dengan nabi? Sapa lagi rapat dengan tabiin dan tabiin tu rapat ngan sahabat nabi?

Tok mufti oi, kami ni balik penat-penat dari kerja, nak dengar jugak tentang macam mana kami nak susun hidup kami ke arah nak menyatukan ummah, ke arah nak selamat kan aqidah. Kami tak mau dok dengaq tuduh sana sini, kutuk ulamak itu ini. Kami dah pening dok pikiaq pasai apa la coding kami tak jalan-jalan, pasai apa simulation kami stuck, kami jadi tambah pening bila tok mufti suruh kami pi kaji hadith pulak. Tadi cakap jangan asik ikut ajaran ulama, habis tu kami nak ikut sapa lagi? Takkan kami nak ikut kata hati sendiri? Kalau ikut kata hati, tak solat pon ok kan??

Sebelum ni tengok bicara mufti tu, rasa sejuk ja hati ni. Dengar nasihat-nasihat iman, even Noh Gadut yang time Forum Perdana tak best tu, time Bicara Mufti jadi best pulak. Macam mana nak tambah iman, nak kekalkan iman, nak seimbang dunia dan akhirat, nak wujudkan individu muslim, usrah muslim, masyarakat muslim. Saya tak mau pening-pening kepala pikir orang nu salah, orang ni tak betul.

Sudahlah tok Mufti, WORLD PEACE!! Saya nak tidur dulu...

Monday, July 23, 2007

Khabar Gembira!!

Pagi ni dapat mesej bertalu2 dari kak cik dan abang yus, saya dah dapat anak sedara baru!! Anak sedara ke 10.. Isk2, dah tua saya ni, dah nampak kedutan kat dahi. Kawan-kawan semua dah kawin, Raihan pun dah 3 anak.

Takpe, yang penting mak dan abah happy, cuba untuk menggembirakan depa berdua. Macam kakak-kakak selalu pesan, time belum kawin ni nak betul2 gembirakan mak abah. Nanti dah kawin, perhatian dah mencapah, dan ada 2 keluarga yang perlu diberi perhatian.

Sapa2 ada idea nak bagi nama anak sedara baru ni boleh la cadangkan kat ruang komen. Biasa org2 tua combine 1 huruf dari nama ayah, mak, hari lahir dan bulan hijri. Nama ayah mohd yusri, mak norizah, hari isnin, bulan rejab. Alhamdulillah.. bulan rejab dan hari Isnin pulak, insya ALLAH jadi anak yang soleh.

Saya berkenan dengan nama Aqil sebab bila besar nak suara sedap dan hensem macam ustaz Aqil Hayy. Hehehe.. Kalau letak nama Swordofdeen boleh? Kena bagi royalti tak? Sebab huruf Ya untuk yusri, huruf nun untuk norizah dan isnin. Eh, excited juga nak cari nama untuk anak menakan ni. Nak balik, tapi bulan depan baru ada masa. Mesti muka dah lain sket.

Cakap pasal anak menakan ni, nak kongsi satu video Ayman tidur kat Pizza Hut. Tak larat nak gelak, tiap2 kali tengok pon nak gelak jugak. Ni gambar nya:



Ni gambar Mu'ammar menang tempat kedua pertandingan bercerita peringkat daerah. Bravo anak menakan ku!!! Besar nanti jadi wakil debat cam Cu Adik ok??



Ish, ish.. ni yang tak sabar nak balik ni... huwaaaaa!!!!

p/s: Tahniah kepada abg yus dan kak zah sebab dah 5 anak dan tahniah buat mak dan abah sebab cucu yang ke 10!! Wow, family kita dah besar!! Best2, raya ni kita buat gathering.. Hehehe...

Wednesday, July 18, 2007

Puasa Sunat

Ya, memang saya ada terima email dari kawan saya tentang puasa Rajab yang tidak ada asal suruhannya dari hadith2 Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam.
Ya, memang saya faham apa yang cuba dikatakan oleh artikel 'kopi pasta' itu. Tiada nas menyuruh kita puasa pada bulan Rajab.

Saya tidak berniat untuk bertelagah dengan beliau mahupun cuba mempertikaikan kata-kata beliau yang saya hormati. Tapi selaku seorang insan yang telah ditarbiyah oleh bunda dan ayahanda tercinta sejak kecil lagi tentang kemuliaan Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ini, saya cuba untuk memperjelas dari sudut pandangan mata saya yang berspek tebal ini. :D

Daripada apa yang saya faham, artikel itu sekadar untuk memberitahu betapa hadith ini palsu, dan hadith itu dhaif. Mungkin bagi orang yang biasa pergi ngaji ngan tok2 guru dan paham sanad2 hadith, dia boleh paham yang tersirat. Tapi bagaimana dengan kawan-kawan kita yang tidak ngaji agama, yang baru belajar2 nak kenal Islam. Kawan-kawan saya bila baca email tu, perkara pertama yang ditimbulkan ialah, "Habis akak, salah la ye posa Rejab ni? Kita posa ni dosa ke sebab Nabi tak buat? Bid'ah la kita ni ye, kak?"

Kesian kan kat kawan-kawan saya, dalam nak buat ibadah, jadi berdosa pulak sebab bid'ah dan amal hadith dho'if. Kesian kan?? Jadi, saya menelefon bonda saya yang tercinta untuk bertanya sebab saya sendiri bukanlah orang terbaik untuk menjawabnya.

"Adik, nak puasa, pauasa jelah. Bab pahala biarlah ALLAH yang uruskan. Kerana Asal suatu ibadah itu kerana ALLAH dan kita beribadah untuk mendekatkan diri padaNYA. Lagi pulak, kalau kita saja-saja nak puasa, tak kisah la bulan berapa pun, kerana ALLAH dan tambahan pula kita menghormati bulan Rajab yang mana dalam bulan itu berlakunya Isra' dan Mikraj, takkan ALLAH nak murka pulak?"
"Adik, anggap ja puasa kerana ALLAH, bukan kerana hadith begini dan begitu. Kalau kita tak puasa, tak belajar puasa masa Rajab, sepanjang tahun pun, kita hanya puasa Ramadhan dan puasa ganti saja. Kalau makan pun kita nak bertambah, takkan lah bab ibadat kita nak kurang-kurangkan pulak kan?"
(mak punya ayat macam lain, saya modified sikit ikut kefahaman saya)

Hmmm, betul kata mak. ALLAHYARHAMAH tok dulu, puasa straight Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Bukan sebab hadith-hadith fadhail sebagainya sebab tok bukan pakar hadith pon, tapi tok puasa sebab dia nak rasa sihat. Kan puasa itu menyihatkan? Lagi satu, orang yang rajin puasa ni, ALLAH sayang. Tok nak ALLAH sayang, tu aje. Jadi, tak salah la saya sebagai cucu tok nak puasa jugak kan?? Supaya ALLAH sayang saya dan saya harap saya ditempatkan di syurga ALLAH nanti dengan golongan rajin berpuasa dan bersama tok.

Ada juga kawan saya bagi jawapan dari Allahyarham mufti Mesir, Sheikh `Atiyyah Saqr:
"I would like to stress the fact that observing voluntary fasting during the sacred months or Al-Ashhur Al-Hurum, including the month of Rajab, is recommended or mandub. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have instructed his Companions (may Allah be pleased with them) to observe voluntary fasting in Al-Ashhur Al-Hurum.

He (peace and blessings be upon him) used to urge his Companions to fast three days of every month. Thus, fasting during the month of Rajab is recommended but there is no authentic hadith that indicates that fasting certain days of Rajab, for example the first day, entails a special reward."

Kata orang bila kita selalu buat amalan tu, amalan tu akan jadi darah daging. Harap2 dengan posa Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ni, amalan posa tu akan jadi darah daging saya. Ameen... Insya ALLAH...

Kalau boleh...

Kalau boleh, aku ingin puaskan hati semua orang...
Kalau aku boleh, aku ingin manusia-manusia sekitar gembira denganku...
Kalaulah aku boleh, aku ingin menyambut huluran tangan-tangan mereka itu...

Tapi aku hanya aku, dan aku tahu aku tak mampu...
Aku tak mampu sambut tangan mereka, tapi bukan niatku membiarkan mereka terus lemas...
Aku telah cuba...

Aku ada matlamat yang lebih besar,
Aku ada tanggungjawab yang lebih aula,
Aku perlu tunaikan tanggungjawabku pada bonda,
Aku perlu lunaskan janji pada ayahanda.

Aku tahu tangan kaki ALLAH kurnia hanya dua,
Aku cuba guna sehabis daya,
Aku sedih dengan manusia yang hanya mencerca,
Tanpa memahami letak duduk suatu perkara.

Tak apalah kata bonda,
Kita buat apa kita suka,
Asal tak langgar syariat DIA,
Kita saja yang tahu siapa kita,
Manusia memang suka mencari cela,
Ayah dan bonda menyokong anakanda,
Yang paling penting, hukum dan nama anakanda jaga.

p/s: MISS U MAK n ABAH!!

Monday, July 16, 2007

Baru ku Tahu ya...

You Are 25 Years Old

Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.

13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!

40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.


Your Hidden Talent

You are a great communicator. You have a real way with words.
You're never at a loss to explain what you mean or how you feel.
People find it easy to empathize with you, no matter what your situation.
When you're up, you make everyone happy. But when you're down, everyone suffers.


Your Blog Should Be Purple

You're an expressive, offbeat blogger who tends to write about anything and everything.
You tend to set blogging trends, and you're the most likely to write your own meme or survey.
You are a bit distant though. Your blog is all about you - not what anyone else has to say.


You Should Get a JD (Juris Doctor)

You're logical, driven, and ruthless.
You'd make a mighty fine lawyer.


Haha... i Don't want to be a lawyer, i like purple, i like to communicate with others, i like debate, and yess, i'm 25 years old..

Muka Saya.. Haha

http://www.myheritage.com


pernah letak gambar abah kat situ, 69% macam Osama Laden katanya.. hehehe.. Jadi, Osama Laden ni celebrity lah ye?? Face recognition ni sangat berguna dalam crime investigation macam dalam CSI. Ada kawan saya buat projek tentang face recognition ni dan mendapat gold award dalam satu pameran invention 2 tahun lepas di KL. Rasanya, elok juga kalau ramai orang Islam jadi pakar dalam bidang ni...

Thursday, July 12, 2007

Tun Dr. Mahathir Mohamad, cuba teka sapa kat belakang dia?

Cuba teka sapa kat belakang dia?? Kiut kann???

Monday, July 09, 2007

Resepi Untuk Orang Bujang

Saya pernah tulis tentang murtabak megi kat sini tahun 2006 dulu. Tapi kali ni nak bagi resepi yang best sikit la, lain sikit dari murtabak megi. Tapi memang sesuai untuk orang-orang bujang sebab simple sangat cara nak masak dia. Bak kata orang, sharing is caring, so nak share satu resepi yang memang sedap sangat.

KUETEOW KUNGFU/HONGKONG/KANTONIS

1. Kueteow ikut banyak mana nak makan
2. Telur 2 biji
3. Air setengah cawan
4. Tepung jagung 1 sudu kecik
5. Sayur-sayur fresh (carrot, bunga kobis, sawi, anak jagung (org tganu panggil ketiak jagung, maybe sebab ada bulu..heheheh), daun bawang, daun sup)
6. Sotong atau ayam atau udang
7. Bawang putih tumbuk sikit (titik)
8. Sos tiram
9. Garam

Cara-cara nak masak:
1. Letak 2 kuali atas api.
2. Ambik telur dan pecahkan. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar.
3. Masukkan kueteow kat dalam telur tadi dan gaul sampai sebati.
4. Tuang adunan tu dalam kuali pertama yang kita dah panaskan dengan minyak sikit.
5. Goreng macam buat murtabak megi.
6. Kuali no.2 tu kita tumis bawang putih yang dititik.
7. Air setengah cawan tu, campur dengan tepung jagung dan kacau sampai larut semua, tuang dalam kuali.
8. Masuk sotong, atau ayam atau udang ke dalam kuah tu, bagi masak, letak garam sikit, letak sos tiram sikit.
9. Bila dah masak lauk tu, masuk sayur-sayur tu dan jangan sampai masak sangat la.
10. Kueteow yang kita goreng tadi, lepas dah masak tu kita letak dalam pinggan yang cantik.
11. Tuang kuah yang dalam kuali kedua, tabur sayur2 kat atas dia.
12. Hias bagi cantik baru rasa sedap nak makan. :D

Bon Appetite!!

p/s: Nama dia kueteow kung fu pasal kita kena berkungfu masa tengah masak sebab ada dua kuali, silap2 hangit salah satu kuali tu.

Sunday, July 08, 2007

Good Things 4: Belajar Memaafkan

Mesti dalam hidup kita pernah kita buat silap yang mengharap orang memaafkan sangat kesilapan kita. Dan kita harap orang tak akan ungkit2 lagi kesilapan tu dan kita juga akan cuba untuk tak lagi ulangi kesilapan yang sama.

Tapi bercakap taklah semudah nak melakukan. Dalam setahun ini dan terutamanya seminggu ini, saya betul-betul belajar untuk 'salamatus sadri' dan memaafkan orang. Walaupun insan itu sangat-sangatlah menyakitkan hati saya dan saya telah cuba bertolak ansur atas sikapnya selama setahun ini. Saya jadi heran jugak, tak ke dia sedar, sepanjang dia di sini, dia telah menyakiti hati ramai orang yang menyayangi dia dan yang betul-betul ikhlas dengan dia?

Si Dia yang saya maksudkan ini telah menfitnah dan memburuk-burukkan saya di pandangan mata junior dan student-student saya sehingga ke tahap student saya naik takut nak datang tanya soalan berkenaan subjek yang saya ajar. Yang membuatkan saya lagi naik angin betul semalam sampai saya tak boleh tidur hingga pagi ialah sikap kurang diajarnya dia dan tak bersyukurnya dia pada ALLAH dan berterima kasih pada kami yang telah banyak kali menyelamatkan dan tolong dia dari sikap dia yang penting diri tu. Saya cuba tahankan sudah hampir setahun, dah banyak air mata saya tumpah.

Di kalangan kawan-kawan dia, si dia ini cerita seolah-olah saya melakukan penderaan fizikal dan emosi pada dia sedangkan saya sedikit pun tak pernah usik dia. Saya hargai dia dan masak untuk dia, saya tolong dia dalam pelajaran, tapi macam ni balasan dia kepada saya. Sesungguhnya saya memang sangat-sangat kecewa dan marah dengan manusia ini. Apabila saya dengar fitnah-fitnahnya, seolah-olah saya lebih jahat dari Rika Sumanto dan dia lebih baik berbanding Alya Bawang Putih! Saya menggeletar seluruh tubuh menahan marah. Saya ditenangkan oleh sahabat-sahabat dan adik-adik di lab ini. Kalau diikutkan hati, saya nak pergi belasah dia puas-puas dan buat announcement tentang segala penipuan dia.

Tapi, saya tahu, kalau saya buat macam itu, serupalah saya macam dia jugak. Saya akan kelihatan macam Mr. Bean di pandangan mata orang. Dan yang penting, saya harap dengan saya lupakan kesilapan dan segala keburukannya, ALLAH akan ampunkan dosa-dosa saya dan menutup aib saya di mata manusia yang lain di Padang Mahsyar. Ameen.

Bukanlah saya ini malaikat atau dewa-dewi dari syurga di langit lazuardi (ni pinjam ayat Zen), tapi saya cuba belajar untuk memaafkan. Bila saya cerita pada mak pun, mak yang sentiasa 'salamatus sadri' itu, akan cakap, "Adik, takpa lahhh.. Biaqlah kat dia.. Insya ALLAH, doakan bagi dia berubah. Adik kena belajaq sabaq dan memaafkan." Rupanya berkat doa mak yang tak putus-putus tu, saya mampu meng'kool'kan diri. Saya jadi dah tak kisah, dan saya gembira sebab dia dah tak dak dalam hidup saya. Saya tak disusahkan lagi, dan life must go on as suppose to be.

Good things di sini, belajarlah memaafkan dan lepaskan apa yang terpendam. Sebab bila kita cuba nak balas balik perbuatan manusia tu, sampai bila hidup kita akan kembali tenteram dan aman kan?

Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).

Rasulullah juga ampunkan kaum kafir Makkah yang pernah menyakiti Baginda semasa Fathul Makkah. Jadi siapalah saya untuk hold all the grudges kan? Sekarang saya dah boleh tersenyum dan yang paling best Prof Yazid nak beli PC baru untuk saya buat network!! Tak payah guna PC buruk saya lagi. Macam lirik Apa-apa Saja dari kumpulan Aboi yang glamer sangat dulu tu, "Buat apa gaduh-gaduh sama kita, Malaysia kita ini kecik aja, Kalau semua nak gaduh sapa nak jaga!" YAY!!

Thursday, July 05, 2007

Good Things 3: Hargai Kawan Anda

Dah 2 malam saya tengok TV cerita berkaitan friendship. Selasa malam, saya tengok cerita The Hurricane, pelakon utama Denzel Washington. Cerita tentang peninju kulit hitam yang dianiayai dan meringkuk dalam penjara selama 20 tahun dan kawan-kawan rapat dia tak pernah putus asa untuk menyelamatkan dia. Malam Rabu pula, saya tengok cerita cina tajuk Prison on Fire. Best jugak. Yang berlakon ialah Chow Yuen Fatt. Cerita ni tentang politik dan persahabatan dalam penjara.

Good Things yang saya nak cerita hari ini tentang menghargai kawan. Saya bersyukur sebab saya mempunyai begitu ramai kawan dan mereka datang dari pelbagai negeri, bangsa dan agama. Saya mula berkawan sejak kecil dengan jiran-jiran dan yang paling saya rapat masa saya kecik ialah Hasni, Syimah, Ida dan Sarah. Bila zaman sekolah bermula di SKJ, saya mula rapat dengan Salwa, Dilla, Mardiana, Acik dan ramai lagi.


Saya masuk ke SMKAK dan saya mula rapat dengan Raihan. Persahabatan kami kekal hingga sekarang. Walaupun ada beberapa perkara yang saya kurang senang dengan dia, tapi sikap kami yang serupa iaitu menghargai kawan membuatkan kami rapat hingga sekarang. Raihan banyak membantu dari segi pelajaran, emosi dan kewangan. Raihan juga kawan yang berjaya menaikkan self esteem saya. Dia menggalakkan saya bercakap, meluahkan perasaan. Saya mampu bercerita apa saja dengan Raihan. Terima kasih Raihan, I LOVE U!

Di KISAS, saya bertemu dengan ramai lagi manusia dari pelbagai negeri. Pelbagai ragam manusia saya hadapi. Situasi di KISAS juga banyak membentuk saya menjadi diri saya yang sekarang. Hidup di KISAS yang kebanyakan pelajar yang lama tahu, mendidik kita supaya pandai dalam survivor. Kita perlu bijak memilih kawan. Saya berkawan dengan semua golongan. BADAR, KP, MANDS, orang perseoranagn dan lain-lain. Di KISAS saya cuba mencari identiti saya sendiri. Kawan-kawan banyak membentuk fikrah saya.

Di KMNS pula, saya menyertai golongan yang mungkin boleh dikatakan merasa diri seperti posting Tawel. Bukan menuduh tapi itulah kenyataannya. Kami cuba mengislahkan suasana di sana sedangkan dalam hati kami, masih merasa kami yang terbaik berbanding orang lain. Namun taqdir ALLAH di sini saya mengenali Marliana, dia antara insan yang banyak membantu dan hingga kini saya boleh katakan selain Raihan, Marliana lah teman terbaik saya. Terima Kasih RABBI. Marliana dan saya sama-sama menyertai kumpulan itu. Kami bergerak dan cuba memperbaiki waqi' di KMNS. Tapi di saat saya dan sahabat2 yang lain mula merasa holier than thou, Marliana akan mendekati saya dan dari kata-katanya yang lembut dan penuh bermakna, saya menyedari saya tidak patut menanamkan sikap itu dalam hati saya. Saya cuba masuk dan bergaul dengan kelompok yang lain, dan saya berjaya. Saya menjalin hubungan yang baik dengan Yan, hingga sekarang. Saya pernah jatuh tangga surau semasa di KMNS dan pinggang saya sakit. Saya tak mampu berjalan jauh apatah lagi jalan untuk naik ke blok kediaman saya di C3 yang berbukit. Marliana mendukung saya di belakangnya selepas kami habis program kawad kaki. Marliana bantu saya dalam menyelesaikan assignment, eksperimen dan fotostat nota-nota bila saya sakit pinggang dan tak dapat ke kuliah. Saya tak mampu nak bayar budi Mar pada saya. Cuma saya mampu doakan agar Mar bahagia dunia dan akhirat.

Di KUSTEM, saya ditempatkan sebilik dengan Mar jugak. Macam-macam yang kami hadapi dan pelbagai orang yang menyelit di celah-celah hubungan kami. Tapi Alhamdulillah, saya dan Mar masih terus bersahabat hingga sekarang. 2 minggu mendaftar di KUSTEM, saya jatuh basikal dan tangan kiri saya patah. Mar menguruskan saya, membasuh baju saya, suapkan saya makan, tukarkan pakaian saya dan macam-macam lagi budinya pada saya. Pernah juga tangan Mar luka sebab mengelupas guna sabun basuh yang tak sesuai dengan kulit dia. Mar tak dapat makan. Saya suapkan Mar makan. Nak pegang sudu pun Mar tak mampu. Saya sangat sayang dengan Mar. Bulan lepas Mar datang ke Terengganu semata-mata ingin melawat saya. Saya terharu. Kami bersembang sampai pukul 4.30 pagi. Saya bawak Mar jalan-jalan sekitar Terengganu dan melawat Baie di rumahnya di Marang.

Mar cakap dia dan Abang Man akan datang ke sini hari ini. Saya tak sabar nak sambut kedatangan Mar. Dia sahabat saya yang terbaik, yang setia dan yang mulia. Sahabat saya ini masih single tau! Hehehehe... Saya harap Mar akan berjumpa dengan lelaki yang semulianya juga. Saya harap Mar dan Raihan juga kawan-kawan saya yang lain, sama ada kenal di alam realiti mahupun alam siber akan turut menghargai persahabatan kita. Kerana insya ALLAH, persahabatan yang ikhlas dan saling menyayangi antara satu sama lain kerana ALLAH itu, pasti membuahkan pahala dan kita juga akan dicintai ALLAH.

Good things yang kita boleh buat, telefon kawan kita, sms, email atau apa-apa saja untuk rapatkan balik ukhuwah kita. Insya ALLAH, jika hubungan kita semata-mata kerana ALLAH, hidup kita akan sentiasa diberkati. Bak kata Linda Onn dalam ERA.fm, "Kalau anda ada kawan, hubungi kawan anda sekarang. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Hargailah kawan anda."

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP