Thursday, June 14, 2007

Siri Good Things 1: Be A Morning Person

Posting dalam web Martha Stewart ini mengajak kita menjalani hidup yang lebih sihat dengan menjadi seorang yang suka bangun pagi. Saya akui saya memang cukup liat bangun pagi. Bak kata mak dan kak cik "Jenuh kena cungkil!" Tapi selepas saya mengalami masalah bertangguh yang kronik, saya dinasihat dan dimarahi oleh ahli keluarga saya agar berubah. Saya mula sedikit demi sedikit. Mula dengan membiasakan diri bangun pagi. Ya ALLAH! Susah nak ubah habit ni. Tapi kata orang, kalau kita amal selama 40 hari, amalan tu akan jadi darah daging kita. Insya ALLAH, sama-samalah kita bangun pagi ye.

Antara kebaikan-kebaikan bagun pagi ni:

1. Dapat menyedut udara yang segar.

Udara yang lebih segar pada waktu pagi dapat membantu membuka ruang ke paru-paru dan membekalkan lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Ini sekaligus dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan tubuh lebih segar dan muda.

2. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik.

Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D. Vitamin D dipercayai boleh membantu ke arah kulit yang lebih cantik. Lagi pulak bagi yang tak mau kulit gelap tu boleh la pergi jogging waktu pagi. Tapi kalau jenis tak kisah, pegi la tengah hari. Biar rentung!

3. Tengok tumbuhan hijau.

Kalau mengikut martha, Look At the Blue, tapi saya ikut petua orang tua-tua, tengok tumbuhan hijau lah. Dapat mencerahkan penglihatan dan mengurangkan rabun. Agaknya saya ni sebab susah bangun pagi tu yang power spek makin naik ni. Kalau ikut arwah tok, bangun pagi-pagi ni, nak tengok pokok-pokok hijau kan, sambil tu tolong la siram pokok. Yang ni kak teh rajin la buat. Patut la, mata kak teh dah tak payah pakai spek.

4. Mandi waktu pagi.

Ada orang kata mandi air sejuk waktu pagi boleh menyebabkan selsema dan asthma. Saya tak tau la, tapi abah mandi air suam pon semput jugak. Mandi di waktu pagi ni boleh menggalakkan pembakaran lemak sebab bila sejuk, lemak-lemak kat badan kita akan usaha untuk melindungi kita dari sejuk tu. Jadi, mandi waktu pagi ni jugak boleh menguruskan badan. Satu lagi, ada petua jugak, mandi waktu pagi ni boleh mencerahkan mata.

5. Senaman

Mak dan tok selalu bangun pagi senaman. Saya jugak yang tak reti nak senaman waktu pagi. Biasanya saya pergi gym sebelah petang je. Pagi tu biasanya buat stretching saja. Pakar kesihatan suruh kita buat apa saja senaman termasuk meditasi dan yoga. Tapi percaya tak, dalam solat kita kepada ALLAH menggabungkan kedua-dua unsur ini. Kalaulah kita bangun awal, boleh buat solat-solat sunat dan solat subuh, kita dapat 3 good things, dapat meditasi(menenangkan minda), yoga(regangan, senaman) dan ibadah kepada ALLAH sekaligus. Tapi jangan la solat macam ayam patuk padi. Perlu lengkap la rukun dan tertib. Sekali tomakninah.

6. Merapatkan hubungan keluarga

Bila kita sama-sama bangun pagi, banyak aktiviti dapat kita buat sama-sama. Macam kak teh dengan arwah tok, Tok siram pokok, kak teh sidai baju. Sambil tu boleh sembang-sembang. Mak pulak selalu 'cungkil' saya bangun pagi untuk pergi beli sarapan kat pasar atau pergi dapur buat sarapan. Dapat merapatkan hubungan dengan mak. =) Kalau semua bangun pagi, boleh bahagi-bahagi tugas sekitar rumah tu.

Ni je yang saya dapat pikir dulu. Nanti ada lagi siri GOOD THINGS yang akan menyusul.

4 comments:

Anonymous 4:52 PM

Aiseh, jenuh kak teh terbatuk-batuk...rupanya byak nama ku disebut di dalam entri ni. Pakat2 kita buat good things...

amni 6:15 PM

insya ALLAH... adik takleh pi laa.. nak prepare paper utk conference..

amdang81 9:54 PM

Ye laa, ye laahh.. dah bangun dah ni... huhuh

amni 11:18 AM

alhamdulillah.. ada jugak manusia yang amik pengajaran :D

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP