Friday, June 01, 2007

Hai Perempuan! Tak Serik-serik Lagi?

Metro Online, Jumaat, 01 Jun 2007

Remaja dirogol empat lelaki angkara SMS

KUALA NERANG: Akibat nombor telefon bimbitnya diedarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki, termasuk seorang remaja seusia dengannya, di Kampung Alor Imboi, Jalan Padang Sanai-Sintok, Selasa lalu.

Gadis bawah umur berkenaan yang juga pelajar sebuah sekolah menengah mendakwa dirogol empat lelaki di sebuah pondok kosong di kawasan pembalakan antara jam 11 malam Selasa lalu hingga 5 pagi kelmarin selepas dibawa bersiar-siar dengan kereta bersama suspek.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Hamzan Darus, berkata seorang daripada suspek yang mendapat nombor telefon mangsa menghubungi gadis itu pada jam 9.30 malam Selasa lalu dan mengajaknya bertemu.

“Selepas berjumpa, suspek yang datang bersama seorang rakan lain kemudian membawa mangsa ke Kampung Tualak untuk mengambil dua lagi rakan mereka termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan menuju ke Kampung Alor Imboi di mana kejadian didakwa berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan malam itu adalah kali pertama mereka berjumpa.

Mangsa membuat aduan di Balai Polis Kuala Nerang sekitar jam 7 pagi kelmarin manakala empat suspek, dua berusia 20 tahun, 26 dan 15 tahun ditahan di rumah masing-masing tengah hari kelmarin.

©The New Straits Times Press (M) Berhad
-------------------------------------------------------------------------------------

Who should be blame? Hai perempuan, kalau ada nombor yang kita tak tahu sapa yang hantar tu, padam je mesej tu. Yang awak sendiri pergi layan buat apa? Kadang-kadang saya tak paham kenapa adik-adik kita ni mudah sangat ikut lelaki yang baru kenal 2-3 minit naik motor, naik kereta, tidur rumah kawan lelaki yang baru kenal dan sebagainya. ISH3x!!! Geram betul bila baca berita macam ni. Takkan lah tak reti-reti!! dah banyak kali cerita berlaku!!!!
Nauzubillahi min zaalik! Semoga tidak berlaku pada diri sendiri, sahabat2 dan keluarga saya.
Risau saya tengok jenayah bunuh dan rogol makin meningkat. Saya nak keluar rumah pun naik risau. Lelaki yang melakukan jenayah itu memang perlu dipersalahkan, tapi sebelum nak salahkan orang lain,perlu menyalahkan diri terlebih dahulu. Cubalah fikir, yang kita perempuan ni gatal-gatal melayan mesej2 dari orang yang tak dikenali, lepas tu keluar rumah nak pergi jumpa pulak. Dah la malam pulak tu!! Berani betul budak perempuan sekarang ni. Saya nak pergi kampus malam2 pun pikir banyak kali, takut ada orang jahat. Malaysia ni bukannya aman sangat!
Dari dulu lagi, sejak saya mula pakai henpon, tiap kali ada nombor yang saya tak kenal, saya buat tak layan saja. Kecuali lah pemilik nombor tu memperkenalkan diri sebagai teman lama di sekolah ke apa ke, baru saya akan balas. Buang kredit saja layan orang yang kita tak kenal. Jangan jadi alasan la nak tambah kawan baru konon! Buang masa dan kredit telefon.
Buat mak bapak pulak, tolong lah pantau anak2 tu. Jangan biar tak tentu hala. 15 tahun tu bukannya reti berfikir lagi. Budak lagi. Jangan biar keluar rumah malam-malam. Jangan biasakan biar anak keluar sorang-sorang dengan alasan nak jumpa kawan. Dah jadi macam ni, baru nak nyesal.
Saya memang sangat-sangat mengkagumi didikan mak abah saya. Kami dulu bukan senang-senang nak keluar rumah jumpa kawan dan sebagainya. Mak abah saya dah pesan, kalau kawan nak jumpa, suruh datang rumah. Makan dan minum pun free, tak bazir duit kat kedai buat kaya tokey kedai makan saja. Apa-apa nak bincang datang ke rumah. Senang, mak abah boleh pantau, dengan sapa kita berkawan.Memang la nampak macam menyekat, tapi percayalah, prevention is better than cure. Biar kita berhati-hati sebelum jadi macam-macam benda yang tak elok. Abah jarang benarkan kami bermalam kat rumah kawan. Ajak kawan datang bermalam kat rumah kami tak pa. Malahan abah dan mak akan layan macam anak sendiri. Kalau abah nak bawak kami pi mana-mana sekalipun, dengan kawan-kawan sekali abah bawak pergi. Saya tak paham kenapa ibu bapa zaman sekarang terlalu melepas bebaskan anak-anak mereka. Jangan terlalu percaya dan jangan terlalu kawal. Ada pepatah, menjaga anak-anak seperti menggenggam burung. Jika terlalu kuat kita mencengkam, burung akan mati. Jika terlalu lemah pegangan, burung akan terlepas.
Ibu bapa sekarang, perlu menuntut ilmu keibubapaan. Walaupun mak abah saya dah tua dan kami semua dah besar-besar, tapi mak dan abah sentiasa memperbaharui ilmu keibubapaan mereka. Ada buku yang abah beli, 20 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak. Walaupun mak dan abah dan berpuluh-puluh tahun menjadi parents, tapi ilmu keibubapaan tu sentiasa cuba ditambah dan diperbaharui mereka. MAK and ABAH! I Salute You!! Tolong lah, tolong lah. Saya dah penat dan sedih membaca dan melihat kes-kes seperti di atas berlaku di Malaysia yang tercinta ini.
Ibu bapa sekalian, jagalah anak-anak kamu, mereka pewaris kamu dan amanah kamu. Yang akan ALLAH persoalkan di akhirat nanti. Janganlah kamu mengandaikan seolah-olah perbuatan di dunia ini tidak akan ada pengadilannya.
Wahai adik-adik perempuan yang dikasihi, jagalah diri kamu. Jagalah maruah kamu. Sesungguhnya permata yang bertutup dan dijaga itu lebih dihargai dan dipuja orang manusia yang ramai.
Wahai adik-adik yang lelaki, ingat-ingatlah setiap tingkah dan laku kamu. Semuanya akan diadili di dunia yang satu lagi. Mahukah kamu jika ibumu atau adikmu atau kakakmu diperlakukan sedemikian oleh orang lain. Sebelum bertindak, fikirkan, apakah yang akan berlaku jika kamu di tempat orang yang kamu ingin aniayai itu.
Tolonglah, tolonglah!! Saya inginkan Malaysia yang aman dan tenteram. Baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur!

2 comments:

Humyrah 4:20 PM

nampaknya perempuan sekarang dah tak ada sifat malu, amni...

malu itu kan sebahagian dari iman, alahai perempuan....15 tahun pula tu.

nauzubillah, jgn la terjadi di kalangan kita

amni 7:51 PM

saya juga risau kalau2 saya yg berkata-kata ni turut terlajak. minta ALLAH jauhkan lah..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP