Siri Good Things 2: Memelihara Adab
Semalam saya ke rumah Cikgu Sabri, lecturer saya semasa degree dahulu. Memang rapat dengan family dia dan isteri dia saya panggil Ummi. Kami berbual tentang akhlak dan adab terutamanya bagi masyarakat melayu dan umat Islam. Memang best sembang dengan mereka sebab banyak input-input baru yang saya dapat.
Satu benda yang kami bualkan dengan agak panjang ialah tentang semakin hilangnya adab dalam masyarakat kita. Terutamanya bagi yang membawa imej sebagai seorang pejuang Islam yang sepatutnya menjadi contoh bagi orang-orang yang baru memeluk Islam ataupun yang sudah lama Islam, tapi baru nak berjinak-jinak dengan Islam.
Saya ada melawat pelbagai laman web yang menulis tentang Islam, tentang ingin memperjuangkan Islam, tentang politik dan sebagainya yang Islamik, tapi saya cukup-cukup terkilan dengan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang mereka gunakan di dalam tulisan mereka. Sepanjang saya hidup dan belajar tentang ilmu-ilmu Islam, saya menemui pelbagai contoh bahawa pendakwah yang memelihara adab dan tutur kata lebih dihormati dan diikut oleh ramai org.
Ada golongan yang mendakwa memperjuangkan Al-Quran dan Sunnah namun mereka tidak mengikut sunnah Rasulullah yang utama dalam memelihara percakapan dan perbuatan. Ya! Memang Nabi kita maksum, sedangkan kita manusia biasa, tapi memelihara mulut, tangan, kaki, lidah dan anggota badan kita boleh kita lakukan dengan kehendak sendiri kan? Tiada satu nas pun yang saya temui menyatakan Nabi memaki hamun orang yang tak nak ikut dakwah dia. Sedangkan kita dengan selamba saja sudah melabelkan seseorang itu babi, monyet, setan, iblis, laknatullah, firaun dan sebagainya!
Macam mana orang nak ikut dakwah kita kalau perkara-perkara kecil macam tu pon kita tak boleh nak jaga? Nak kontrol mulut sendiri pon tak dapat, ni kan pulak nak kontrol umat dan negara? Cara penulisan tu kasar sangat lah! Satu contoh ye, dari sebuah web saya petik ayat forumer dia "kita tengok..saper hebat?? mangkuk hayun nie ker...Tuhan?? " Pada pendapat saya, tak perlulah nak melabelkan sesiapa pon sebagai "mangkuk hayun". Saya sebagai pembaca rasa sakit hati dan tak boleh nak terima walaupun apa yang dia maksudkan tu memang benar.
Cuba kita renungkan ayat ALLAH ni.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
Surah Al-Hujuraat, Ayat 11
Saya rasa, sudah cukuplah kita mengotorkan mulut kita dengan mencaci mencerca orang lain walaupun mereka melakukan salah. Kita tegur adalah lebih baik, bukan dengan cara memaki hamun. Good things di sini, sambil-sambil kita berdakwah, janganlah adab kita kita lupakan kerana sebagai manusia, kita dinilai oleh orang yang kita dakwah itu dari luaran. Kalau luaran kita tiada adab, lari semua mad'u kita. Mungkin kita tak sedar, kita ingat kita dah cuba nak tarik orang ke arah Islam, tapi, sebenarnya kitalah punca mereka lari dari Islam akibat kurangnya adab kita.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 comments:
Post a Comment