Kecil Tapi Perkasa
Mungkin sebelum ini kita tak pernah endahkan perkara-perkara kecil dalam hidup kita. Kita tak pernah terfikir bahawa perkara-perkara kecil inilah yang membentuk jiwa yang besar. Kalau tidak kerana sebutir pasir yang kecil, tidak akan terbentuk pantai yang memanjang. Kalu bukan kerana paku yang sebentuk, tidak tercipta rumah bertingkat. Kalau bukan kerana skru yang cinonet, tak terjadi pesawat AIRBUS yang MAS beli baru-baru ni.
Saya mula perasan, sejak-sejak diri saya dilanda penyakit procrastinate yang melampau-lampau itu. Saya mula menekankan benda-benda kecil dalam hidup saya, yang sebelum ini saya ingat tak penting, tapi rupanya signifikan dalam hidup (baca blog Prof Kamil: Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan).
Sebelum ni, saya tak pernah fikir masa nak menyarung pakaian ke badan, kiri ke kanan ke asal pakai sudah siap, cukup! Tapi rupanya ada hikmah sunnah Rasul di situ, bila kita mulakan dengan yang kanan. Saya ditegur kakteh kerana menyarung stokin kaki sebelah kiri dulu. Jadi saya cuba mulai hari itu, saya pakai baju masuk tangan kanan dulu, lepas tu pakai stokin kaki kanan dulu, stongan kanan dulu, masuk rumah kaki kanan, masuk lab kaki kanan, basuh tangan kanan dulu. Saya mulakan kerja yang mulia dengan tangan kanan dahulu dan iringan BISMILLAH. Alhamdulillah, saya dapat rasakan berkat dariNYA. Segala paper, buku, nota dan formula-formula yang dahulu saya susah betul nak hafal, sekarang dapat saya hadam sedikit demi sedikit.
Lagi benda-benda kecil yang saya buat seperti bangun awal pagi (walaupun agak susah, hehehehe), potong rumput sendiri, cuci kereta sendiri, senyum pada kawan, kutip sampah yang kecil, basuh baju sedikit setiap hari, menabung duit syiling, makan RM3 sehari, usap kucing depan lab, taip paper 2 muka surat setiap hari dan banyak lagi. Saya tidak sangka bila kita ambil berat benda-benda kecil ini, rupanya benda-benda besar terjadi dengan sendiri.
Rupanya bila saya potong rumput sendiri, saya jimat duit dari bagi kat pemotong rumput tiap2 bulan, saya keluar peluh dan good news!! Berat saya turun lagi sekilo!! Hehe.. BEST! Bila saya cuci kereta sendiri, saya dapat jimat lagi RM10 dan keluar peluh lagi. Saya menabung duit syiling, sekarang dalam masa 2 minggu saya dah simpan RM10. Jimat kan? Bila saya taip paper 2 ms tiap hari, saya hampir habis menaip BAB2 tesis saya dalam sebulan (Senyum lagi dan lagi). Bila saya bangun pagi setiap hari, saya dapat pergi lab dan siapkan kerja saya. Saya tak terlepas sarapan pagi (Which is the most important meal in our day), berat saya makin turun, saya boleh baca paper dan ikuti perkembangan semasa.
Apa lagi benda-benda kecil yang kita nampak tak penting? Buang sampah misalnya. Kita memang ingat pembalut cekelat HACKS yang kita makan tu kecik je, jadi kita buang camtu je kat luar tingkap kereta. OK, cuba kita kira ye, 1 pembalut cekelat tu katakan beratnya 1gram. Kita buang 1, kawan-kawan kita buang 9, dah jadi 10gram. Kalau dalam 1 hari tu 1000 orang buang plastik cekelat, dah jadi 1KG, cuba pulak seluruh penduduk Kuala Terengganu 25 000 orang, jadi maknanya kita dah ada 25KG sampah. Kalaulah setiap hari 25 000 orang ni buang sampah, dalam sebulan dah jadi 750KG sampah tau! Kalau setahun dah 9000KG sampah. Kecik tu asalnya, tapi kalau kita kira sampai setahun, dah jadi banyak kan?
Jadi, kita mulakan hari kita dengan ambil berat benda-benda yang kecil. Senyum kat orang, bangun pagi-pagi, mula dengan yang kanan, mula kerja baca BISMILLAH, percayalah, setiap yang kecil, bila kita buat berterusan selama 40 hari, akan menjadi tabiat dan darah daging kita. INSYA ALLAH, ada kebaikan buat kita dan orang-orang yang di sekeliling.
Renung-renungkan dan.. Selamat Beramal!! (Professor Izi Haji Ali HOT FM)
5 comments:
salam ya amni,
Alhamdulillah dan terima kasih atas posting 'Al-'Ilmu fis Sudur'.
Akak pun pinjam kalimah 'Al -ilmu fis Sudur, wala fi kutub'dan tulis di buku akak, kebetulan ustaz akak pun mengeluarkan kalimah 'Al -ilmu fis Sudur, wala fi kutub' apabila kami semua tidak dapat menjawab soalan nya smlm..
jazakallahu khairan
sama-sama.. sharing is caring.. tapi ni akak mana pulak eh?
salam ya amni,
akak kwn kak teh awak juga, takpe..suka2 visit your blog...next time akak visit lagi, insyaAllah.
alhamdulillah, amni, mari kita amalkan sama2.
terkena pada saya juga sebenarnya, kadang2 nk cepat, sikit pun x pedulikan yg kecil2 ni kan..huk!
selamat beramal :D
marliana datang tganu n kirim salam kat awak. baie pon kirim salam. saya n mar pg umah dia kat bukit payong marang
len kali mai tganu inform tau!! saya akan menjejaki awak walau di mana jua.. huhuhu
Post a Comment