Friday, June 22, 2007

Mandom

Sapa penah dengar perkataan ni? MANDOM. Selalu dengar zaman kanak-kanak dulu, abah selalu cakap camtu kat kami kalau nampak kami ni lambat buat keja sikit. Ala-ala slow and kebosanan nak buat keja. Bagi aku, tu la tafsiran yang aku paham. Tapi sejak-sejak lama tak dengar perkataan tu, aku pon dah tak sure apa maksudnya lagi.

Aku sekali lagi dilanda penyakit mandom ni. Programming yang aku buat mula tersekat-sekat dan cam dah jadi satu penyakit kat aku, kalau dah tak jadi, maleh dah nak buat. Pi rehat sat, pahtu baru teruskan. Aku rasa kemandoman aku ni sebab dalam otak dok terpikir nak balik ja. Rindulah kat mak n abah. Tiap kali balik kedah, baru rasa semangat balik nak buat kerja. Dapat tengok muka depa macam henpon baru lepas kena cas bateri. Semangat woooo!!

Satu lagi sebab nak balik Kedah pasal dengar cerita tok su Ali meninggal. Al-Fatihah. Dia pon dah tua. Punca dia meninggal sebab tali perut terbelit dan rosak sepanjang 2 meter. Macam mana terjadi, aku pon tak tau. Maklumla, tak jadi doktor pon, tu la time matrix orang suruh blajaq asik bercinta, kan dah kantoi!! Takpalah, at least tak dapat jadi doktor pon, dapat title DR. pon ok. Insya ALLAH nak habiskan master cepat-cepat dan nak bincang projek phd seterusnya dengan Prof. Yazid. Harap-harap rezeki itu ada.

Pening jugak nak embed QoS dalam queuing data tu. Dengan nak kena pikir pasal WiMAX nyer requirement lagi. Ada sembang dengan Lud Adha gak aritu, n Dilla Hanim. Depa ni antara kawan aku yang blajaq bidang IT jugak. Tapi ntah la, depa lebih maju dari aku. Ok, aku tumpang bangga.

Nak cerita pasal FORKAD. Baru melibatkan diri. Cuba buat sekadar yang termampu. Keluar jumpa KN baru2 ni. Dapat assignment dari dia. Kena jaga sorg saudara baru. So far, ok je. Harap-harap boleh luangkan masa lebih banyak. Yalah, dah berapa tahun tak terlibat dengan masyarakat ni kan? Teringin nak melihat masyarakat Malaysia yang bahagia dan penuh dengan kasih sayang.

Ada jugak join group zaman sekolah dulu yang berjanji sama-sama nak berdakwah untuk Islam. Insya ALLAH kami semua akan teruskan. Tapi macam rasa pelik jugak, ramai yang dulu syadid, sekarang dah kurang. Alhamdulillah. Aku cuba untuk tidak meletakkan sebarang tanggapan kepada sesiapa. Biar aku hadapi depa semua dengan zhon yang nihil. Aku dah malas nak simpan sebarang perasaan marah, kecik hati, dan sebagainya. Bagi aku, kami semua perlu bergerak dengan wajah yang baru dan lebih ceria dan penuh kasih sayang. Kita perlu bawa unsur cinta dalam dakwah kita.

Cuma yang tak best bila dah ramai cam tu kadang2 terkeluar jugak email2 yang rubbish. Aku dah letih, dah cukup sibuk dengan tesis dan pelabagai aktiviti. Aku takde masa nak baca email2 yang bosan dan tak menambah walau sedikit pon ilmu dan iman aku. Aku bukan cuba untuk menjadi terlalu idealistik dengan suasana dunia hari ini, tapi aku cuba menghadkan diri aku dari terlibat dengan hal2 yang boleh memesongkan arah aku. Aku dah pernah terpesong suatu masa dulu dari jalan yang sepatutnya, dan aku tak mahu lagi terjebak dalam jalan tu. Aku nak, biar kita dalam suasana mesra namun masih tidak merepek-repek. Aku bosan dengan manusia yang mengaku sebagai daie dan sebagainya namun masih ada masa dalam hidup mereka untuk merepek-repek. Aku bosan.

Lagu ruang rindu kat bawah ni untuk my dearest abah n mak. Rindu sangat2. Adik akan balik ahad ni. Tak sabar rasanya. Tambah pulak dah 3-4 bulan tak balik. Untuk mak, adik beli garlic spread macam yang mak suka tu. Ada baiknya jugak MYDIN besar tu. Banyak jenis makanan yang sebelum ni takde kat Terengganu dah ada pulak. Macam cheese contohnya. Sebelum ni boleh jumpa cheese yang nak letak dalam roti tu je, sekarang macam2 jenis dah ada. Mozarella, cheddar, Edam dan lain-lain. Lepas ni makin rajin la aku masak pasta. Baru belajar buat garlic pasta. Nanti ada duit lebih, beli cheese tu semua, aku buat.

Pasal aktiviti luaran, sejak2 dah tak ikut team debat ni, aku boleh jadi penasihat jelah. Tapi lebih banyak masa kot yang boleh aku peruntukkan untuk FORKAD. Aku kena blajaq macam mana nak masuk dengan masyarakat dan cuba untuk membuang prasangka dengan depa. Kadang2 depa ni jadi macam-macam sebab sejak kecik jadi mangsa dera, atau memang tiada asas2 agama langsung. Aku cam sedih bila dengar cerita2 KN aritu. Rasa cam bersalah mula masuk dalam hati aku. Aku rasa bersalah jika disebabkan kelalaian aku selama ni yang menjadi antara faktor penyumbang ke arah semakin ramai yang murtad di sekeliling aku selama ni.

Wahai ALLAH, bantulah kami semua, permudahkanlah urusan kami dalam membantu saudara-saudara kami ya ALLAH. Dan KAU tetapkan hati kami di dalam agamaMU ini ya ALLAH. Wahai ALLAH, jadikanlah amalan kami ini hanya semata-mata atas rasa kasih dan sayang kepada saudara-saudara kami dan hanya demi agama MU ya ALLAH. Hanya KAU yang menentukan segalanya dan tempat kami menumpu harap. Ameen ya ALLAH!

Thursday, June 21, 2007

Ruang Rindu - Letto

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu

Wednesday, June 20, 2007

I Won't Let It Happen Again!

Insya ALLAH, I won't let that thing happen again to me! I hate being so vulnerable and let people making fun out of me. After they squeeze all my effort, now they just let me being 'terkapai-kapai' and now I myself have to struggle to sort my life back.

No, people! I made a promise to myself, I won't follow you anymore! You can walk away out of my life and don't show your ugly faces in front of me anymore.

That is a promise!

Sunday, June 17, 2007

Siri Good Things 2: Memelihara Adab

Semalam saya ke rumah Cikgu Sabri, lecturer saya semasa degree dahulu. Memang rapat dengan family dia dan isteri dia saya panggil Ummi. Kami berbual tentang akhlak dan adab terutamanya bagi masyarakat melayu dan umat Islam. Memang best sembang dengan mereka sebab banyak input-input baru yang saya dapat.

Satu benda yang kami bualkan dengan agak panjang ialah tentang semakin hilangnya adab dalam masyarakat kita. Terutamanya bagi yang membawa imej sebagai seorang pejuang Islam yang sepatutnya menjadi contoh bagi orang-orang yang baru memeluk Islam ataupun yang sudah lama Islam, tapi baru nak berjinak-jinak dengan Islam.

Saya ada melawat pelbagai laman web yang menulis tentang Islam, tentang ingin memperjuangkan Islam, tentang politik dan sebagainya yang Islamik, tapi saya cukup-cukup terkilan dengan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang mereka gunakan di dalam tulisan mereka. Sepanjang saya hidup dan belajar tentang ilmu-ilmu Islam, saya menemui pelbagai contoh bahawa pendakwah yang memelihara adab dan tutur kata lebih dihormati dan diikut oleh ramai org.

Ada golongan yang mendakwa memperjuangkan Al-Quran dan Sunnah namun mereka tidak mengikut sunnah Rasulullah yang utama dalam memelihara percakapan dan perbuatan. Ya! Memang Nabi kita maksum, sedangkan kita manusia biasa, tapi memelihara mulut, tangan, kaki, lidah dan anggota badan kita boleh kita lakukan dengan kehendak sendiri kan? Tiada satu nas pun yang saya temui menyatakan Nabi memaki hamun orang yang tak nak ikut dakwah dia. Sedangkan kita dengan selamba saja sudah melabelkan seseorang itu babi, monyet, setan, iblis, laknatullah, firaun dan sebagainya!

Macam mana orang nak ikut dakwah kita kalau perkara-perkara kecil macam tu pon kita tak boleh nak jaga? Nak kontrol mulut sendiri pon tak dapat, ni kan pulak nak kontrol umat dan negara? Cara penulisan tu kasar sangat lah! Satu contoh ye, dari sebuah web saya petik ayat forumer dia "kita tengok..saper hebat?? mangkuk hayun nie ker...Tuhan?? " Pada pendapat saya, tak perlulah nak melabelkan sesiapa pon sebagai "mangkuk hayun". Saya sebagai pembaca rasa sakit hati dan tak boleh nak terima walaupun apa yang dia maksudkan tu memang benar.

Cuba kita renungkan ayat ALLAH ni.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Surah Al-Hujuraat, Ayat 11



Saya rasa, sudah cukuplah kita mengotorkan mulut kita dengan mencaci mencerca orang lain walaupun mereka melakukan salah. Kita tegur adalah lebih baik, bukan dengan cara memaki hamun. Good things di sini, sambil-sambil kita berdakwah, janganlah adab kita kita lupakan kerana sebagai manusia, kita dinilai oleh orang yang kita dakwah itu dari luaran. Kalau luaran kita tiada adab, lari semua mad'u kita. Mungkin kita tak sedar, kita ingat kita dah cuba nak tarik orang ke arah Islam, tapi, sebenarnya kitalah punca mereka lari dari Islam akibat kurangnya adab kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Thursday, June 14, 2007

Siri Good Things 1: Be A Morning Person

Posting dalam web Martha Stewart ini mengajak kita menjalani hidup yang lebih sihat dengan menjadi seorang yang suka bangun pagi. Saya akui saya memang cukup liat bangun pagi. Bak kata mak dan kak cik "Jenuh kena cungkil!" Tapi selepas saya mengalami masalah bertangguh yang kronik, saya dinasihat dan dimarahi oleh ahli keluarga saya agar berubah. Saya mula sedikit demi sedikit. Mula dengan membiasakan diri bangun pagi. Ya ALLAH! Susah nak ubah habit ni. Tapi kata orang, kalau kita amal selama 40 hari, amalan tu akan jadi darah daging kita. Insya ALLAH, sama-samalah kita bangun pagi ye.

Antara kebaikan-kebaikan bagun pagi ni:

1. Dapat menyedut udara yang segar.

Udara yang lebih segar pada waktu pagi dapat membantu membuka ruang ke paru-paru dan membekalkan lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Ini sekaligus dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan tubuh lebih segar dan muda.

2. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik.

Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D. Vitamin D dipercayai boleh membantu ke arah kulit yang lebih cantik. Lagi pulak bagi yang tak mau kulit gelap tu boleh la pergi jogging waktu pagi. Tapi kalau jenis tak kisah, pegi la tengah hari. Biar rentung!

3. Tengok tumbuhan hijau.

Kalau mengikut martha, Look At the Blue, tapi saya ikut petua orang tua-tua, tengok tumbuhan hijau lah. Dapat mencerahkan penglihatan dan mengurangkan rabun. Agaknya saya ni sebab susah bangun pagi tu yang power spek makin naik ni. Kalau ikut arwah tok, bangun pagi-pagi ni, nak tengok pokok-pokok hijau kan, sambil tu tolong la siram pokok. Yang ni kak teh rajin la buat. Patut la, mata kak teh dah tak payah pakai spek.

4. Mandi waktu pagi.

Ada orang kata mandi air sejuk waktu pagi boleh menyebabkan selsema dan asthma. Saya tak tau la, tapi abah mandi air suam pon semput jugak. Mandi di waktu pagi ni boleh menggalakkan pembakaran lemak sebab bila sejuk, lemak-lemak kat badan kita akan usaha untuk melindungi kita dari sejuk tu. Jadi, mandi waktu pagi ni jugak boleh menguruskan badan. Satu lagi, ada petua jugak, mandi waktu pagi ni boleh mencerahkan mata.

5. Senaman

Mak dan tok selalu bangun pagi senaman. Saya jugak yang tak reti nak senaman waktu pagi. Biasanya saya pergi gym sebelah petang je. Pagi tu biasanya buat stretching saja. Pakar kesihatan suruh kita buat apa saja senaman termasuk meditasi dan yoga. Tapi percaya tak, dalam solat kita kepada ALLAH menggabungkan kedua-dua unsur ini. Kalaulah kita bangun awal, boleh buat solat-solat sunat dan solat subuh, kita dapat 3 good things, dapat meditasi(menenangkan minda), yoga(regangan, senaman) dan ibadah kepada ALLAH sekaligus. Tapi jangan la solat macam ayam patuk padi. Perlu lengkap la rukun dan tertib. Sekali tomakninah.

6. Merapatkan hubungan keluarga

Bila kita sama-sama bangun pagi, banyak aktiviti dapat kita buat sama-sama. Macam kak teh dengan arwah tok, Tok siram pokok, kak teh sidai baju. Sambil tu boleh sembang-sembang. Mak pulak selalu 'cungkil' saya bangun pagi untuk pergi beli sarapan kat pasar atau pergi dapur buat sarapan. Dapat merapatkan hubungan dengan mak. =) Kalau semua bangun pagi, boleh bahagi-bahagi tugas sekitar rumah tu.

Ni je yang saya dapat pikir dulu. Nanti ada lagi siri GOOD THINGS yang akan menyusul.

Tuesday, June 12, 2007

Good Things

Siapa yang pernah tengok Martha Stewart Show 10 pagi atau 12.45 pagi (ulangan)? Saya suka sangat tengok rancangan tu. Rancangan ni banyak membantu bagi suri-suri rumah. Ada diajar memasak, resepi-resepi baru, hiasan rumah, kraftangan, hiasan taman, kanak-kanak dan untuk perkahwinan. Memang lebih kepada cara barat. Tapi tak salah kalau kita ambik yang baik. Terutamanya bagi isteri-isteri yang dah tak tau nak cuba resepi apa kat rumah tu, nak tambat balik hati suami dah 10 tahun asyik makan ikan goreng masak kicap je kan, apa kata try resepi martha stewart tu? Tapi jangan la buat resepi yang ada letak wine, arak apa segala tu. Pandai-pandai la pilih yang halal.

Satu lagi yang menrik ialah ruangan "Good Things" yang memaparkan Martha ajar penonton perkara-perkara yang baik yang boleh dilakukan. Macam-macam ada.

Ini membuatkan saya terfikir untuk menulis tentang Good Things yang boleh kita sebagai MUSLIM lakukan dalam hidup. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menulis. Kalau ada sebarang kekurangan harap dapat ditegur, ditambah dan dikomen di ruangan komen. Saya tulis sebagai peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Harap kita sama-sama dapat amalkan. Ameen, insya ALLAH.

Sebelum itu, buat sahabat saya, Yan Humayrah, tabahlah dalam hidup. Itulah cabaran bergelar ibu dan isteri. Saya tak mampu nak tolong, saya cuma mampu mendoakan awak dari kejauhan. Insya ALLAH, ALLAH jadikan seorang ibu itu lengkap dengan pelbagai sifat, kekuatan itu ada, cuma awak perlu cungkil dan pupuk. Dalam keadaan berjauhan itu, ALLAH saja yang menjadi kekuatan kita. Macam tu lah yang abang din dan kak cik min rasa. Boleh kontek kak cik min mintak nasihat dari dia. Dia juga manusia dan ibu yang tabah seperti awak. Memelihara dan mendidik anak di kala berjauhan dengan suami. Insya ALLAH, kita sama-sama doakan. Di masa-masa sebeginilah kita lebih perlu meletakkan ALLAH itu terkehadapan dalam setiap usaha. Didoakan Yan berjaya sebagai pelajar, ibu, isteri, hamba dan pendidik. Ameen...

p/s: Saya bangga dikelilingi manusia2 hebat dan ibu-ibu yang tabah macam kak cik min, kak zah, kak albi dan Yan.

Saturday, June 09, 2007

Bingkisan Rindu Anakanda...

Anakanda rindu pada ayah dan bonda di Kedah,
Tapi apakan daya anakanda,
Tuntutan tanggungjawab ini terlalu besar,
Jika anakanda ikutkan hati,
Mahu saja diri ini berangkat pulang menatap dua wajah,
Yang anakanda rindu,
Yang banyak memberi perangsang,pemberi semangat,
Yang berkerut melihat kurang adab anakanda ini,
Yang menegur ketika tersalah tingkah...

Bonda,
Anakanda ingin berlari mendakapmu,
Tapi kaki ini dirantai tuntutan duniawi..

Ayahanda,
Anakanda ingin melutut di hadapanmu,
Memohon kuntuman doa,
Dari lidahmu yang penuh kata-kata hikmah...

Ampunkan anakanda jika tersalah tingkah,
Halalkan segala pemberian,
Doakan agar anakanda ditunjukkan jalan,
Dipermudahkan urusan,
Diterangi hati, dimurahkan rezeki,
Agar dapat kita bertemu lagi,
Sama-sama membuka bingkisan rindu,
Yang disandarkan dengan kasih ILAHI.

Buat bonda terimalah lagu ini:



Buat ayahanda ini untukmu:



Anakanda kirimkan bingkisan rindu!!!

Penyakit budak IT

Q. What is a Repetitive Strain Disorder?
A. A repetitive strain disorder is an injury to a part of the body that is caused by overusing or straining that body part.

Strain occurs when the body part is called on to work harder, stretch farther, impact more directly or otherwise function at a greater level then it is prepared for. The immediate impact may be minute, but when it occurs repeatedly the constant straining cause damage.

The term repetitive strain disorder identifies a large group of conditions that result from using the body in a way it is not designed for or capable of comfortably working.

These conditions are often focused on a joint and usually affect the muscle, bone, tendon or bursa of the joint. However other anatomical features and areas can be stressed and their response to that strain can be an injury.

Some common examples of repetitive strain disorders are:

* Carpal Tunnel Syndrome
* Tendonitis
* Bursitis
* Tennis Elbow
* Trigger Finger
* Blackberry Thumb
* Vibration White Finger
* Shin Splints
* Calluses
* Bunyan

The full list of what can be classified as a repetitive stress injury is quite extensive.

Other terms used interchangeably with Repetitive Stress Injury are:

* Repetitive stress injury (RSI)
* Repetitive stress disorder (RSD)
* Repetitive strain injury (RSI)
* Repetitive motion injury (RMI)
* Repetitive motion disorder (RMD)
* Repetitive injury
* Overuse syndrome
* Cumulative trauma disorder (CTD)
* Musculoskeletal disorder (MSD)

http://ergonomics.about.com/od/repetitivestressinjuries/f/whatisrstraind.htm

----------------------------------------------------------------------------------

History

Fibromyalgia has been studied since the early 1800s and referred to by a variety of former names, including muscular rheumatism and fibrositis.[6] The term fibromyalgia was coined in 1976 to more accurately describe the symptoms, from the Latin word fibra, meaning fiber, and the Greek words myo, meaning muscle, and algos, meaning pain.

Fibromyalgia was first recognized by the American Medical Association as a true illness and the cause of disability in 1987. In an article the same year, in the Journal of the American Medical Association, a physician named Dr. Don Goldenberg called the syndrome Fibromyalgia.

Symptoms

The defining symptoms of fibromyalgia are chronic, widespread pain and tenderness to light touch, and usually moderate to severe fatigue. Those affected may also experience heightened sensitivity of the skin (also called allodynia), tingling of the skin (often needle-like), achiness in the muscle tissues, prolonged muscle spasms, weakness in the limbs, and nerve pain. Chronic sleep disturbances are also characteristic of fibromyalgia, and some studies suggest that these sleep disturbances are the result of a sleep disorder called alpha-delta sleep , a condition in which deep sleep (associated with delta EEG waves) is frequently interrupted by bursts of brain activity similar to wakefulness (i.e. alpha waves). Deeper stages of sleep (stages 3 & 4) are often dramatically reduced.

In addition, many patients experience cognitive dysfunction (known as "brain fog" or "fibrofog"), which may be characterized by impaired concentration and short-term memory consolidation, impaired speed of performance, inability to multi-task, and cognitive overload.[7] Many experts suspect that "brain fog" is directly related to the sleep disturbances experienced by sufferers of fibromyalgia. However, the relationship has not been strictly established.

Other symptoms often attributed to fibromyalgia (possibly due to another comorbid disorder) may include Myofascial pain syndrome, chronic paresthesia, physical fatigue, irritable bowel syndrome, genitourinary symptoms (such as those associated with the chronic bladder condition interstitial cystitis), dermatological disorders, headaches, myoclonic twitches, and symptomatic hypoglycemia. Although it is common in people with fibromyalgia for pain to be widespread, it may also be localized in areas such as the shoulders, neck, back, hips, or other areas. Many sufferers also experience varying degrees of temporomandibular joint disorder. Not all patients have all symptoms.

Fibromyalgia can, but does not always, start as a result of some trauma (such as a traffic accident), major surgery, or disease. Some evidence shows that Lyme Disease is a common trigger of fibromyalgia symptoms.[8] However, there is currently no known strong correlation between any specific type of trigger and the subsequent initiation of symptoms. Symptoms can have a slow onset, and many patients have mild symptoms beginning in childhood, that are often misdiagnosed as growing pains. Symptoms are often aggravated by unrelated illness or changes in the weather. They can become more tolerable or less tolerable throughout daily or yearly cycles; however, many people with fibromyalgia find that, at least some of the time, the condition prevents them from performing normal activities such as driving a car or walking up stairs. The syndrome does not cause inflammation as is present in rheumatoid arthritis, although some anti-inflammatory treatments, such as Ibuprofen and Iontophoresis, may temporarily reduce pain symptoms in some patients.

Variability of Symptoms

The following factors have been proposed to exacerbate symptoms of pain in patients:

* Increased psychosocial stress
* Physical exertion (exercise seems to decrease the pain threshold of people with Fibromyalgia but increase it in healthy individuals)[9]
* Cold weather, especially when damp
* Changes in barometric pressure
* Lack of deep (stage 4) sleep

http://en.wikipedia.org/wiki/Fibromyalgia

------------------------------------------------------------------------

Kemungkinan untuk kehilangan kudrat menggunakan anggota yang terlibat. In my case maybe my right hand. But still can't be confirm yet. Been asked by few friends to do check up at KT Specialist Hospital. Tengoklah dalam sehari dua lagi. Kalau the symptom still occurred, i'll go and have a check.

Pray for me...

Friday, June 01, 2007

Hai Perempuan! Tak Serik-serik Lagi?

Metro Online, Jumaat, 01 Jun 2007

Remaja dirogol empat lelaki angkara SMS

KUALA NERANG: Akibat nombor telefon bimbitnya diedarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki, termasuk seorang remaja seusia dengannya, di Kampung Alor Imboi, Jalan Padang Sanai-Sintok, Selasa lalu.

Gadis bawah umur berkenaan yang juga pelajar sebuah sekolah menengah mendakwa dirogol empat lelaki di sebuah pondok kosong di kawasan pembalakan antara jam 11 malam Selasa lalu hingga 5 pagi kelmarin selepas dibawa bersiar-siar dengan kereta bersama suspek.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Hamzan Darus, berkata seorang daripada suspek yang mendapat nombor telefon mangsa menghubungi gadis itu pada jam 9.30 malam Selasa lalu dan mengajaknya bertemu.

“Selepas berjumpa, suspek yang datang bersama seorang rakan lain kemudian membawa mangsa ke Kampung Tualak untuk mengambil dua lagi rakan mereka termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan menuju ke Kampung Alor Imboi di mana kejadian didakwa berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan malam itu adalah kali pertama mereka berjumpa.

Mangsa membuat aduan di Balai Polis Kuala Nerang sekitar jam 7 pagi kelmarin manakala empat suspek, dua berusia 20 tahun, 26 dan 15 tahun ditahan di rumah masing-masing tengah hari kelmarin.

©The New Straits Times Press (M) Berhad
-------------------------------------------------------------------------------------

Who should be blame? Hai perempuan, kalau ada nombor yang kita tak tahu sapa yang hantar tu, padam je mesej tu. Yang awak sendiri pergi layan buat apa? Kadang-kadang saya tak paham kenapa adik-adik kita ni mudah sangat ikut lelaki yang baru kenal 2-3 minit naik motor, naik kereta, tidur rumah kawan lelaki yang baru kenal dan sebagainya. ISH3x!!! Geram betul bila baca berita macam ni. Takkan lah tak reti-reti!! dah banyak kali cerita berlaku!!!!
Nauzubillahi min zaalik! Semoga tidak berlaku pada diri sendiri, sahabat2 dan keluarga saya.
Risau saya tengok jenayah bunuh dan rogol makin meningkat. Saya nak keluar rumah pun naik risau. Lelaki yang melakukan jenayah itu memang perlu dipersalahkan, tapi sebelum nak salahkan orang lain,perlu menyalahkan diri terlebih dahulu. Cubalah fikir, yang kita perempuan ni gatal-gatal melayan mesej2 dari orang yang tak dikenali, lepas tu keluar rumah nak pergi jumpa pulak. Dah la malam pulak tu!! Berani betul budak perempuan sekarang ni. Saya nak pergi kampus malam2 pun pikir banyak kali, takut ada orang jahat. Malaysia ni bukannya aman sangat!
Dari dulu lagi, sejak saya mula pakai henpon, tiap kali ada nombor yang saya tak kenal, saya buat tak layan saja. Kecuali lah pemilik nombor tu memperkenalkan diri sebagai teman lama di sekolah ke apa ke, baru saya akan balas. Buang kredit saja layan orang yang kita tak kenal. Jangan jadi alasan la nak tambah kawan baru konon! Buang masa dan kredit telefon.
Buat mak bapak pulak, tolong lah pantau anak2 tu. Jangan biar tak tentu hala. 15 tahun tu bukannya reti berfikir lagi. Budak lagi. Jangan biar keluar rumah malam-malam. Jangan biasakan biar anak keluar sorang-sorang dengan alasan nak jumpa kawan. Dah jadi macam ni, baru nak nyesal.
Saya memang sangat-sangat mengkagumi didikan mak abah saya. Kami dulu bukan senang-senang nak keluar rumah jumpa kawan dan sebagainya. Mak abah saya dah pesan, kalau kawan nak jumpa, suruh datang rumah. Makan dan minum pun free, tak bazir duit kat kedai buat kaya tokey kedai makan saja. Apa-apa nak bincang datang ke rumah. Senang, mak abah boleh pantau, dengan sapa kita berkawan.Memang la nampak macam menyekat, tapi percayalah, prevention is better than cure. Biar kita berhati-hati sebelum jadi macam-macam benda yang tak elok. Abah jarang benarkan kami bermalam kat rumah kawan. Ajak kawan datang bermalam kat rumah kami tak pa. Malahan abah dan mak akan layan macam anak sendiri. Kalau abah nak bawak kami pi mana-mana sekalipun, dengan kawan-kawan sekali abah bawak pergi. Saya tak paham kenapa ibu bapa zaman sekarang terlalu melepas bebaskan anak-anak mereka. Jangan terlalu percaya dan jangan terlalu kawal. Ada pepatah, menjaga anak-anak seperti menggenggam burung. Jika terlalu kuat kita mencengkam, burung akan mati. Jika terlalu lemah pegangan, burung akan terlepas.
Ibu bapa sekarang, perlu menuntut ilmu keibubapaan. Walaupun mak abah saya dah tua dan kami semua dah besar-besar, tapi mak dan abah sentiasa memperbaharui ilmu keibubapaan mereka. Ada buku yang abah beli, 20 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak. Walaupun mak dan abah dan berpuluh-puluh tahun menjadi parents, tapi ilmu keibubapaan tu sentiasa cuba ditambah dan diperbaharui mereka. MAK and ABAH! I Salute You!! Tolong lah, tolong lah. Saya dah penat dan sedih membaca dan melihat kes-kes seperti di atas berlaku di Malaysia yang tercinta ini.
Ibu bapa sekalian, jagalah anak-anak kamu, mereka pewaris kamu dan amanah kamu. Yang akan ALLAH persoalkan di akhirat nanti. Janganlah kamu mengandaikan seolah-olah perbuatan di dunia ini tidak akan ada pengadilannya.
Wahai adik-adik perempuan yang dikasihi, jagalah diri kamu. Jagalah maruah kamu. Sesungguhnya permata yang bertutup dan dijaga itu lebih dihargai dan dipuja orang manusia yang ramai.
Wahai adik-adik yang lelaki, ingat-ingatlah setiap tingkah dan laku kamu. Semuanya akan diadili di dunia yang satu lagi. Mahukah kamu jika ibumu atau adikmu atau kakakmu diperlakukan sedemikian oleh orang lain. Sebelum bertindak, fikirkan, apakah yang akan berlaku jika kamu di tempat orang yang kamu ingin aniayai itu.
Tolonglah, tolonglah!! Saya inginkan Malaysia yang aman dan tenteram. Baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP