Nikmat!
Dalam derita ada bahagia, dalam gembira ada duka dan di dalam ujian ada nikmatnya. Seringkali kita mengeluh pabila datang ujian tuhan bertimpa-timpa, meratap tangis menyesali apa salah kita. Berdukacita, hiba hingga lupa rahmat dari tuhan!
Seorang sahabat meningatkan aku betapa aku perlu bersyukur setiap kali ujian ditimpakan ke atas aku, "Kenapa pula?" "Itu tandanya ALLAH mengingati dirimu, bersyukur kerana ALLAH masih mahu uji engkau supaya tahap keimanan engkau meningkat, bagaimana dengan manusia lain yang dilalaikannya, tidak diuji? Bersyukurlah walaupun terlalu pedih untuk diterima akal nyata. ingatlah, engkau insan terpilih di kalangan jutaan manusia, terpilih untuk menerima ujian!!"
Nah, terpana aku seketika. Benar sekali katanya. Ketika artikel ini kutaip, bulu roma ku meremang mengenangkan bahawa setiap patah huruf ku merupakan amanah Tuhan ke atas ku, ujian Tuhan agar aku benar-benar melaksanakan tuntutannya, agar aku benar-benar bertanggungjawab ke atas setiap pembaca ku. Bimbang aku ujianNya tak dapat aku harungi, risau aku kasihNYA tertolak.
Kini aku hilang risau ujian yang bakal aku terima, kerana bagiku semua itu bukti cintaNya padaku, ingatanNya, kasihNya. Aku cuma bimbang apabila aku tak lagi diuji...
0 comments:
Post a Comment