Monday, May 17, 2004

apa ada dgn cinta

tazkirah di ambil dari laman web aku yg lama www.geocities.com/sinarkeimanan


APA ADA DENGAN CINTA?



Kita sering berbicara tentang cinta...apa itu cinta??? Di zaman remaja ini sering
disinonimkan dengan zaman percintaan.. Sebelum itu ingin saya bawakan di sini pengertian
cinta itu sendiri... Harapan saya, sahabat-sahabat masih sudi membaca kalam yang seterusnya...

MELAYU :AKU CINTA PADAMU, SAYA SAYANG AWAK

INGGERIS :I LOVE YOU

MANDARIN :WO AI NEE

HINDI :MUJHE PYAR KARTE, MUJHE TUMSE MOHABBAT PYAR KARTE HAI

ARAB :ANA UHIBBUKA, ANA UHIBBUKI

Ha...tengok tu...pengertian ttg cinta ni terdapat dalam semua bahasa dalam dunia (setakat yg saya boleh catatkan jelah)... kata kawan saya, masa bercinta, hati sentiasa rasa berdebar-debar setiap kali teringatkan si dia... kenapa??? Ada apa dengan cinta???

Islam meletakkan cinta itu ditempat yang tinggi kerana perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusialah yang mewujudkan keharmonian dan keseimbangan alam sejagat...

Namun sejauh manakah kita telah memuliakan dan mensucikan satu perasaan khusus anugerah Allah kepada kita??? Oleh kerana perasaan itu adalah suci, maka perlulah kita meletakkannya di tempat yang baik dan kita jaga sebaik-baiknya, kita baja dengan taqwa,kita siram dengan iman, dan kita belai dengan tawadhuk...

Manusia tak terlepas dari perasaan ingin menyayangi dan disayangi oleh kaum yang berlawan jantina dengannya.. dan menyedari hakikat inilah racun-racun musuh Islam cuba nak diterapkan dalam pemikiran remaja Islam yang masih naif dan suci bersih..

Membawa kepada isu semasa, saya masih lagi dapat melihat di kalangan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian ni masih belum mengenali dengan sebenarnya makna cinta yang suci itu.. Berjalan berdua-duaan, berpimpin tangan, membonceng motosikal antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram...

Adakah itu dapat membuktikan kepada kekasih bahawa kita benar-benar mencintainya??? Adakah itu dapat membuktikan sucinya cinta kita kepadanya??? Selama ini kita dipengaruhi oleh media yang menonjolkan situasi yang sebegitu sebagai satu tanda kasih sayang sesama manusia...

Ingatlah kengkawan, bercinta itu tak salah dan tak pernah salah... tapi kitalah sendiri dengan bantuan syaitan dan hasutan nafsu, telah menyalahgunakan perasaan cinta. Teringat saya pada kata-kata yang pernah sahabat saya beritahu:
"Tanpa cinta, suramlah dunia.. Nabi Adam juga mencintai dan memerlukan Hawa di sisi..."

Haa...mesti pernah dengan nasyid Siti Khadijah dendangan kumpulan in-team kan???
Saiyidatina Siti Khadijah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah... Rasulullah mencintai Saiyidatina Aisyah dan memberi gelaran Humaira' kepadanya kerana rasa cinta Rasulullah kepada beliau??? Tak teringin ke kita mencontohi cara bercinta para rasul???

Saiyidina Ali juga sangat mencintai Saiyidatina Fatimah Az-Zahra' dengan sepenuh hati dan begitu juga Saiyidatina Fatimah.namun kerana ketaqwaan kepada Allah, rumah tangga mereka bahagia hingga ke akhir hayat... hingga ada pepatah yang diucapkan,"kalau tak dapat menjadi sebaik Saiyidina Ali, jangan bermimpi beristerikan wanita sebaik Saiyidatina Fatimah."

Kita bandingkan pula dengan kisah berikut yang berlawanan dengan syariat Islam:

1) Cleopatra, wanita cantik yg cerdik, berjaya menundukkan pahlawan gagah Mesir, Anthonio, untuk kepentingan dirinya sendiri.

2) Kisah rekaan Shakespearre, Romeo and Juliet, betapa kerana terlalu mencintai manusia, nyawa sendiri sanggup ditarik dengan meminum racun.

Dalam pada itu muncul pula, Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW, wanita kaya yg berjiwa hamba, pemurah dengan harta dan tenaga. Melihat wajah dan perilakunya mengundang tenang,hingga kerana itu Rasulullah SAW terdorong semahu-mahunya berkorban menyebar risalah TUHAN.

Datang pula sesudah itu, Siti Fatimah binti Rasulullah. Dik kerana besar jiwanya, hidup yg susah disamping suaminya, diterima dengan wajah penuh senyuman, bahkan dilayan suaminya bagaikan seorang raja. Anak-anak dididik dengan penuh mesra.

Taknak ke kita mencontohi mereka tu??? Alaaa... saya dah tahu jawapannya dalam hati sahabat semua, cuma malu nak luahkan je kan??? Namun sentiasalah ingat, cintailah manusia itu kerana si dia yang kita berharap dapat mendekatkan diri kita kepada cinta Allah.

Okeh, sekarang saya harap sahabat semua dapat letakkan harga kepada percintaan sahabat-sahabat sama ada percintaan yang mahal tak ternilai oleh dunia, yang diharap kekal hingga akhirat, atau harga cinta yang lebih murah dari biskut marie...letakkan harga cinta anda, dua saat dari...sekarang!!!!

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP