cinta ilmu
aku pernah mendengar sahabatku berkata semasa di matrix, apa yg dipelajari sekadar masuk di telinga kanan dan keluar di telinga kiri. bukan tujuan aku utk mengkritik, tapi aku serius rasa sedih dgn pernyataan tu.
seperti tazkirah yg sering ku dengari lewat pengajian yg lepas, betapa tingginya martabat ilmu hinggakan wahyu TUHAN yang pertama merupakan tentang penekanan ilmu iaitu IQRA'. benar!tanpa membaca mustahil ilmu masuk ke hati... sungguh mustahil.
aku ingin bawa korang ke satu tempat. iaitu hati kita, cuba korang lawati dan selami di manakah letaknya martabat ilmu di hati kita?? seringkali aku dengari rungutan mereka ttg kecelaan guru, takkah mereka sedari tanpa guru siapa kita?tanpa guru dari mana kita perolehi ilmu? tanpa guru di mana tahap kita?
kecik hati aku bila ada yg mempertikaikan sikap pensyarah, katanya kenapa perlu pelajar sahaja menghormati guru, kenapa guru tidak perlu hormat pada pelajar?? agak tersentak jugak aku, tapi aku paham, itu sekadar luahan seorg pelajar. tapi bagi diri aku sendiri, aku tak kisah ttg pandangan org pada aku, yang penting diri aku sendiri perlu hormatkan guru, abaikan kelemahan dia. ini kerana aku terinspirasi dengan satu kisah saiyidina Ali. bagaimana beliau begitu hormatkan gurunya seorang YAHUDI!malahan ilmu yg diberinya cuma bagaimana mahu tahu anjing sudah baligh atau belum!! aku kagum sekali, seorang yang karamallahu wajhah berdiri menghormati yahudi, kerana ilmu sekecil cuma. sedangkan kita lagi diajar bagaimana mahu menjadi insan berguna masih meremehkan martabat guru dan ilmu. aku terkesan sendiri...
agaknye benar kata mak dan abah, ini lah kesan hedonisme, hiburan lebih utama berbanding ILMU!
1 comments:
Untuk dapatkan ilmu tak kira besar mana sekali pun perlulah dijaga adabnya.
Tanpa adab jadi maklumat je...taanpa redha...tanpa berkat.
Betapa ilmu penting l-Zarnuji menulis adab al-alim wa al-muta'alim
Di alaf baru ni, Ust. Nuruddin marbu al-banjari yang pernah ngajar di Derang, kedah...menulis satu buku tentang adab-adab penuntut ilmu.
Kalau minat nak bca yang paling baru, baca "Budaya Ilmu" Profesor Wan Mohd. Noor Wan Daud, Timb. Prof Naquib al-Attas.
Cari ilmu jangan tak cari, cinta ilmu jangan tak cinta.
Post a Comment