erti nama
beberapa hari lepas, ada aku berchatting dgn beberapa org kawan baru yg ditemui dalam chat room YM. aku berikan link blog aku ni sebagai satu cara utk memperkenalkan blog aku(marketing strategy gituh!!!).
ada ditanya pada aku, apa erti nama blog ini sinar keimanan.
meh aku nak terang satu- satu.
nama di beri Noor Amni. Noor = bererti cahaya, sinar. Amni = kemananku, keimananku, cita - cita tertinggiku.
satu ketika dulu, aku guna kan cahaya keimanan, namun bila ku fikir semula, cahaya bererti sesuatu yg amat terang. sedangkan apalah yang ada pada diriku ini untuk menerangi manusia sekitarku. jadi aku tukar kan kepada sinar yang mana pengertiannya lebih lembut, sinar yg lebih mesra (user friendly??), yg lebih memberi pengharapan, kerana tatkala manusia di dalam kegelapan, apa yg diperlukan adalah secebis sinar yang menerangi lalu menjadi pendorong ke arah cahaya.
satu lagi, nama chatting di YM, zirwatulhanna. aku suka nama tu, nama sahabat kepada sorg kakakku. zirwatul bererti kemuncak, hanna pula bererti ketenangan. apa yg kita cari dalam hidup selain ketenangan? kalau pun senang namun tak tenang, tak bahagia hidup. biarlah hidup kita simple asalkan kita tenang dalam hidup seharian. jgn pening - peningkan kepala kita berfikir sesuatu yang tak kita mampu utk tanggungi. bak kata sorang sahabat aku, "kepala tu lama lagi nak pakai!"
jadi, di sini istilah, "alah, apa ada pada nama..." perlu di hapuskan, kerana kita mulia dgn nama kita, agar nama sedap dipanggil di hadapan ALLAH nanti. cintai nama kita =)
2 comments:
baik, saya pun sayangkan nama saya :)
*once, an irish guy asked me ; what's the meaning of 'noor'? n i couldnt think of 'light' at that time, instead i said : noor means 'glimmering ray'! :D :D
glimmering ray :)
i agree with u, actually we should be proud of our name. but for whom that their name have no meaning, they should take a step forward, n let people call u with name that have good meaning. as example, name of prophet, sahabah, on so on...
di akhirat nanti, kita akan dipanggil mengikut nama kita dipanggil di dunia. jadi, buat sahabat2, berhati hatilah nak letak nama baby nanti ;wink:
Post a Comment