Thursday, May 06, 2004

DENGARLAH ADIK


DENGARLAH WAHAI ADIK SAYANG
KANDA INGIN BERBICARA
INGIN MENYAMPAIKAN PESANAN
UNTUK KEBAIKAN

DUNIA HANYALAH DI TANGAN
AKHIRAT TETAP DI HATI
DUNIA HANYALAH JALAN
AKHIRAT JADI IDAMAN

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH
PATUHI SEGALA PERINTAHNYA
TURUTILAH SUNNAH RASULULLAH
SELAMAT DUNIA BAHAGIA DI SANA

TAATILAH DUA IBU BAPA
JANGAN SEKALI KAU MENDERHAKA
AWASILAH TIAP TINGKAH KATAMU
DOAKANLAH MEREKA

BERSUNGGUHLAH DALAM USAHA
MOGA CAPAI KECEMERLANGAN
JANGAN BERMALAS SAHAJA
HIDUPMU KAN SIA-SIA

SAYANGILAH TEMAN RAKANMU
SAMA-SAMA BERGANDINGAN
TEMPUH HIDUP MENUJU BAHAGIA
HIDUPMU BAKAL SEJAHTERA

SEDARLAH WAHAI ADIKKU SAYANG
JANGAN KAU BERMURAM DURJA
CERIAKANLAH WAJAHMU ITU
DIDOAKAN SEJAHTERA

p/s:lagu ini khas ku tujukan buat adik-adikku di KISAS, KMNS, SMKAK dan sesiapa sahaja yg pernah ku panggil adik esp my dear syaffa (as)

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP