PTPTN yang macam-macam
Minggu lepas mak telepon cerita tentang dapat surat dari PTPTN. Sebelum ni, 12 Disember dapat surat dari Zaid Ibrahim & co. kononnya nak saman dan mintak bayar balik. Saya sedar saya berhutang dengan ptptn ni, bukan saya tak nak bayar. Saya dah dua kali hantar surat penangguhan kerana saya sedang sambung buat master.
Apa yang buat saya bertambah geram, surat peguam tu nak saya tanggung kos guaman RM10, dahla bayar bulan2 RM50 tu sekadar bayar kos pentadbiran sahaja. Macam mana dengan surat penangguhan yang saya hantar tu? Diterima atau tidak. PTPTN sepatutnya hantar surat pengesahan jika dia ada terima surat dari saya. Kesian mak abah saya risau-risau tentang hutang ni. Bukan sedikit, RM21584.84!!! Saya boleh diisytihar muflis!!!
Lepas tu, dahla kena bayar kos pentadbiran, kena pulak charge lagi dengan bank RM2.50! Apa kata, PTPTN wujudkan One Stop Center (OSC) macam kat KL Sentral tu kat setiap ibu negeri. Saya lagi rela pergi ke KT, sambil2 bayar duit loan keta, singgah kat OSC tu berbanding nak kena charge pulak RM2.50. Lepas makan nasi lauk telur goreng dan air sirap satu gelas tuuu...
Sekarang ni pulak, PTPTN hantar surat mintak penjamin tandatangan. Risau abah saya. Bukan saya sorang tau! 5 beradik!! Dahla abah dah tua, nak jadi penjamin lagi??
Saya cadangkan la pada kerajaan, kurangkanla kos pentadbiran tu. RM50 sebulan boleh buat topup tepon untuk setengah bulan tau!!
Saya bertekad dalam diri saya, INSYA ALLAH anak-anak saya nanti, saya akan cuba tanggung sendiri dan tak nak mintak pinjaman. Saya akan usaha dengan tulang 4 kerat saya yang terkehel di sana sini ni untuk masa depan anak-anak saya agar mereka tak terbeban dengan pinjaman yang luarnya cantik dan nampak nak memudahkan, tapi di dalamnya berkulat dan menyusahkan hingga ke cucu cicit!!
3 comments:
aku pun ader gak utang ngan ptptn :p ader lagi sket lagik nak bayar :)
memang ptptn ni. gila kot! kak cik byq 100 every month. tapi service charge dia 65 sebulan, tak gila tu? bila nak abih utang aku kalu gitu punya gaya??? mcm bayaq 35 ringgit ja. bila nak dpt 3000 sebulan ni. nak mintak sponsor byq ptptn ni.... wa wa wa
adik byq rm100, servis charge rm48. umur 43 tahun barui habih bayaq
Post a Comment