Manusia Duplicate Ciptaan ALLAH
Hari ni saya mengikuti satu bengkel yang dipanggil Bengkel Artificial Neural Network (ANN)atau Rangkaian Neural Buatan. Seronok sangat bengkel tu sebab disertai oleh pensyarah2 dan juga pelajar2 postgrad.
APLIKASI NEURAL NETWORK
Neural network ni menyerupai rangkaian saraf dalam otak kita. Macam mana kita memproses maklumat, kita belajar benda baru, kita bertindak balas, itu semua cuba diterjemahkan secara buatan oleh manusia melalui komputer. Macam contohnya, budak kecik mula nak berjalan. Mula dia melangkah dia terjatuh. Jadi saraf dalam otak dia dah ada memori tentang cara jalan dia yang salah sampai terjatuh tu. Jadi budak ni try lagi berjalan berulang-ulang kali sampai lah dia boleh berjalan dan berlari. Hinggalah memori dia dah ingat kaedah2 berjalan. Satu lagi contoh, budak2 kan suka je kacau time kita nak minum air. Walaupun air tu panas, dia tetap nak pegang dan kacau cawan tu. Tapi kita ambik tangan dia yang comel kiut miut tu, letak bagi dia sentuh tepi cawan. Jangan la tekan plak, kang melecur kena kes dera plak. (No tepon teledera 1-800-883040) Bila dia dah sentuh panas tu, kita tarik tangan dia dan cakap, "PANAS!" Memori budak ni akan paham, rasa sakit tu ialah panas. Lain kali dia dah tak berani nak main lagi.
Kepintaran buatan dan rangkaian neural buatan ni cuba nak imitate keadaan dalam otak kita macam contoh tadilah. Tapi dia adalah pengiraan methematics, guna beberapa algorithm dan formula. Banyak dah benda yang direka menggunakan ANN ni. Contohnya robot anjing ni. Boleh bantu orang buta melintas, menyalak bila disentuh, kawal rumah dari pencuri, kalau kita baling bola dia lari untuk tangkap. Cuma rasanya anjing ni taklah najis mughallazoh kot. Nanti kita tanya ulamak ye? Tapi penciptaan anjing robot ni memberi faedah pada golongan yang memerlukan anjing, cumanya alah pada anjing.
NEURON MANUSIA
Ni gambar neuron dalam otak manusia. Ada berbilion-bilion neuron ni dalam otak kita. Dan ia berangkai-rangkai dia antara satu sama lain. Dari axon tu dia akan sambung ke dendrite bagi satu neuron yang lain pulak. Ada ruang kecik di antara axon dan dendrite tu. Nama dia synapse. Maklumat yang otak kita dapat, akan dihantar kepada neuton ni lah. Dan dia akan pas-pas ke neuron bersebelahan. Maklumat dihantar dalam bentuk neurotransmitters. Neurotransmitters ni sejenis bahan kimia yang sangat sensitif. Saya pernah baca, semakin kita rajin berfikir (benda2 berfaedah je ye) semakin banyak neurotransmitters ni dihasilkan dan makin banyak neuron yang boleh digunakan dalam otak kita. Antara benda yang boleh halang neurotransmitters ni dari dihantar ialah arak dan dadah.
ARTIFICIAL NEURON
Macam mana pun manusia mencuba, tetap tak dapat nak menyamai ciptaan Yang Maha Kuasa. Kami cuba simulate data tadi dengan guna MATHLAB dan digital image processing (DIP). Kami disuruh tulis nombor 1. Pelbagai bentuk nombor 1 ditulis, yelah, tangan lain2, orang lain-lain. Tapi bila kita proses guna ANN dan DIP, masa yang diambil hampir 10 saat. Maha Berkuasanya ALLAH, bila manusia ni tengok imej yang tegak, kita pasti dapat kaitkan dengan nombor 1 atau huruf I atau huruf alif dalam tulisan jawi. Tak sempat nak sekelip mata pun, otak kita ni melalui neuron yang berbilion2 tu dapat dah proses maksud imej. Maira, student Dr. Suzuri buat kajian dalam bidang Intelligent Texture Classification cerita, dalam research dia, perlu tentukan texture tu kayu ke, besi ke, bangunan ke. Jadi, Maira run program, kadang-kadang untuk classified kan benda tu apa kebendanya, makan masa sehingga sehari semalam. Cuba banding dengan otak kita, kita tengok sekilas je, kita dah tau, itu kayu, dawai, bata pasir, bata tanah liat.
NILAI YANG HARUS DIBAYAR
Tapi yang membuatkan saya gerun bila Dr. Suzuri cakap, ANN ni bila dah dilatih dengan pelbagai data dan maklumat, dia akan jadi pandai. Boleh buat macam-macam kerja. Kan ada dah robot yang saintis Jepun cipta tahun lepas, boleh goreng telur. Kesan buruknya nanti, manusia makin ramai yang malas dan jadi obesiti.Kita jadi bergantung kepada robot. Kurang kasih sayang dan interaksi antara manusia dengan manusia, dan dengan alam. Saya risau akan berlaku kemusnahan akibat lalainya manusia ni bila dah diberikan kemewahan dan kemudahan.
Bila si buta deberi anjing robot, kurang rasa ingin membantu dalam hati manusia lain di sekeliling. Bila robot yang masak kat rumah, suami tak rasa lagi 'air tangan isteri', kurang kasih sayang dalam rumah tangga. Robot yang tidurkan anak, hilang kasih sentuhan ibu bapa. Robot ajar ngaji Quran (Boleh ke?) masih ada kah keberkatan ilmu antara guru dan murid?
Saya bimbang sangat. Walaupun teknologi adalah untuk kebaikan, tapi keburukan perlu difikir. Kalau saya, dapat robot seketul kat rumah, saya nak dia kemas rumah dan basuh baju dan pingan mangkuk. Jaga anak dan suami tak boleh la. Kang suami jatuh cinta dengan robot. Hari2 makan 'air tangan' robot!!
Sajalah nak kongsi apa yang saya belajar hari ni. Nak tengok kesan2 akibat terlalu ghairah dengan tekonologi boleh tengok siri cerita Terminator 1, 2, dan 3.
Satu lagi cerita i-Robot. Pun tentang Artificial Intelligent jugak. Best dan lawak citer ni. Tapi khayalan jelah. Jangan percaya sangat. Cuma, berhati-hati dalam setiap tindakan itu penting, walaupun demi nama sains dan teknologi.
Untuk lebih jelas tentang ANN, sila lawat web ni : Neural Network
2 comments:
Assalamualaikum,...
Pokok pangkalnya bergantung kepada kehendak dan akal fikiran kita sendiri....
Kita tentukan yang mana baik dan buruknya dan kita tentukan tindakan yg sewajarnya utk diambil....
'alaikumussalam..
btol2.. kita tentukan mengikut akal dan panduan alquran, hadith dan ijma' ulamak.
Post a Comment