Al-'Ilmu fis Sudur
Al-'Ilmu fis Sudur(betul ke tak ejaan?) satu pepatah yang saya belajar di KISAS. Maknanya, ilmu itu perlulah diingat di dalam hati. Ada sambungannya lagi, "wala fi kutub" yang bermaksud, bukan hanya di dalam buku.
Sempena pesta buku baru-baru, saya pergi selama 2 hari berturut-turut. Bagi saya, walaupun akan ada orang kata saya membazir duit dan masa, saya tidak pernah berfikir begitu. Mak dan abah telah ajar dan didik kami adik beradik, duit kita tak kata membazir kalau guna untuk 3 benda, 1. sedekah 2. beli buku 3. makan (hehehe, my favourite). Walaupun mak dan abah takla cakap terus terang macam tu, tapi kami dapat tengok dari perbuatan depa.
Saya nak cerita dari segi buku lah dalam posting ni. Masa kecik, setiap kali datang hari lahir, mak dan abah tak pernah lupa bagi hadiah. Hadiah-hadiah favourite mak dan abah ialah buku, alat tulis, dan pakaian. Tapi paling selalu ialah buku. Secara tak langsung, tindakan mak dan abah ni membuatkan kami semua suka membaca. Punyalah suka membaca, sampai bila abah bawak kami pi jalan-jalan makan angin, saya akan baca nama jalan, nama kedai, signboard, apa-apa aja yang bertulis. Mak dan abah tak pernah marah sebab bising, malahan depa siap tanya lagi kat saya, "Adik, tu kedai tu nama apa?" "tu yang warna hijau tu apa dia?" Pernah satu kali kami pi KL, saya tak ingat darjah berapa, tapi saya berjaga dalam perjalanan. Abah ikut jalan Selama kedah-Selama Perak. Saya excited sebab ni jalan yang tak pernah guna sebelum ni. Saya baca semua tanda jalan yang ada. Waktu balik, mak lena dan abah drive sorang-sorang. Saya tolong abah baca tanda jalan yang saya ingat dalam perjalanan waktu balik. Abah puji saya sebab ingat dan tak sesat jalan. Kalau tak silap saya, di jalan Selama itu ada jambatan timbang. Tapi sekarang, saya dah tak ingat jalan tu sebab dah ada lebuhraya. Heheheh... Sikap mak dan abah yang menggalakkan kami membaca ni banyak membantu kami dalam pelajaran.
Dulu di koperasi sekolah, ada majalah kecik yang ada kartun ala-ala Doraemon. Setiap minggu pasti saya mintak duit dengan mak untuk beli dan mak tak kisah pun bagi duit untuk itu. Kadang-kadang kalau lupa mintak kat mak, saya dengan muka tak malu pi jumpa abah kat bilik guru, mintak tolong belikan. Kandungan dalam majalah tu banyak yang saya masih ingat. Ada satu segmen dalam majalah tu, katanya khalayan kadang-kadang boleh menjadi kenyataan. Dia tunjukkan bahawa tak mustahil satu hari nanti jam tangan kita ada televisyen kecik. Sekarang jam tangan televisyen dah menjadi realiti.
Antara buku-buku yang saya masih ingat, mak dan abah hadiah pada kami ialah Himpunan Kisah-kisah Lelaki dan Wanita Dalam Al-Quran dan Hadith. Kami ada koleksi dari jilid 1 sampai akhir terbitan syarikat Nurulhas. Setiap kali mak abah beli, kami akan paham-paham giliran, mula dengan Kak Abi, Kakcik, Kakteh dan akhir sekali tentunya saya. Tapi kadang-kadang saya suka potong line kakteh. heheheh, dia jarang marah... Ada jugak kisah Nabi Muhammad mak beli satu set, ensiklopedia satu set, buku cerita mak bagi kat kakteh tajuk "Yang di Atas Lebih baik dari yang di bawah", buku kakcik "Setangkai tak Sebau", buku cerita abah bagi "The Rabbit and the Tortoise", buku cerita "Musang yang Bijak", dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakan buku tu dah rosak kerana banjir besar tahun 2005. Sedih...
Sebenarnya, sifat membaca yang kerajaan dok buat kempen tu takkan berjaya kecuali bermula dari rumah. Ibubapa yang harus mulakan dan tanam sifat itu. Kalau ibubapa pun asyik tidur dan tengok tv, astroguide, katalog AVON je waktu lapang, anak-anak lagi la tak buat apa-apa. Kami adik-beradik tak digalakkan baca komik dan kartun. Tengok cerita kartun pun abah tak bagi.(Tapi saya curi-curi tengok) Saya pernah kantoi dalam kelas Pendidikan Islam dengan Ustaz Ismail sebab baca Doraemon pinjam dari Azwan. Saya pon dah tak ingat kat mana Azwan sekarang, tapi dialah supplier Doraemon kelas kami waktu tu. Nak beli takut kat abah, jadi pinjam jelah.
Balik dari sekolah, abah marah saya sampai abah nangis sebab malu dan geram kat saya yang tak bagi tumpuan dalam kelas. Saya taubat dah lepas tu tak buat lagi. Uiksss, bukan senang nak tengok laki menangis, tambah pulak abah saya. Dan yang paling insaf tu sebab saya yang jadi penyebab. Taubat saya tak buat lagi lepas tu. Jadi Azwan dan kurang seorang pelanggan. Muahahaha...
Saya sendiri bila dah ada duit sendiri sekarang ni, saya lebih suka membeli pelbagai buku dan majalah. Saya belajar untuk lebih terbuka sekarang. Saya baca Mingguan Wanita, The Malaysian Women's Weekly, CLEO, Motor Trading, Novel-novel Alaf21, Novel-novel Creative Enterprise. Tapi semua tu saya pinjam. Saya hanya habiskan duit untuk majalah Dewan Masyarakat, MASSA (sayang, dah berkubur), PC Magazine, Novel-novel sastera dan ilmiah, buku-buku motivasi karya Zig Ziglar, John C. Maxwell, Robert T. Kiyosaki, John Fuhrman, David J. Schwartz, Badiuzzaman Said Nursi, novel John Grisham dan beberapa lagi buku yang serius . Saya ingat lagi seorang sahabat di matrikulasi bila saya bercerita tentang buku-buku yang saya baca dan saya suka. Dengan nada mengejek, dia kata pada saya, "Buku-buku yang awak baca itu, buku karangan Yahudi, Kristian dan Sufi! Awak takkan dapat semangat untuk berjuang dengan membaca buku sebegitu!" Tapi, saya dapat buktikan, dengan buku karangan ahli Sufi lah saya belajar berdakwah dengan kasih sayang dan bukan kebencian. Dengan buku karangan orang Yahudi lah saya belajar menghargai manusia di sekeliling, dengan buku karangan orang kristian lah saya belajar memperbaiki kelemahan diri saya. Dan saya tak pernah menyesal atas segala pembacaan saya, sekurang-kurangnya saya tahu, semakin banyak saya membaca, rupanya makin sedikit yang saya tahu tentang ilmu ALLAH, menambahkan lagi semangat saya untuk banyakkan bacaan saya. Untuk kawan yang berkata begitu, kita lihat, hasil karya siapakah yang awak baca untuk membolehkan awak dapat degree dalam Mechanical Engineering itu? Karya Said Hawa atau karya Anthony Croft?
Sehingga hari ini, apa yang paling buatkan saya gembira dan tenang bila balik Kedah, bila melihat buku-buku dan kitab-kitab yang tersusun di dalam almari gergasi kat ruang tengah, dan berbaring bersama mak lepas solat zohor dengan masing-masing diam dan membaca majalah atau akhbar terbaru. Semoga semangat IQRA' dalam keturunan family kita diwarisi kepada anak-anak kita nanti.
Cakap pasal buku terbaru, saya beli buku Computer Network: A system Approach dari Larry L. Peterson and Bruce S. Davie di Book Fair. Best tau, sebab congestion control dan flow control yang Prof Yazid dok cerita saya tak paham-paham tu ada dalam tu. Saya akan cuba habiskan chapter tu dan review dalam tesis saya. Satu lagi saya beli novel Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara. Lain dari novel dia sebelum ni, sebab ada unsur drama macam Usman Awang punya karya Uda dan Dara, tapi buatkan saya tergelak dengan watak Razlan yang tak habis-habis dengan bunker dan paduka ratu yang gatal menggeletis. Saya juga dah habis baca buku Siddharta karya Hermann Hesse yang telah diterjemah oleh Institut Terjemahan Negara. Apa-apa pun, saya harap saya dapat teruskan hobi saya ni dan saya nak cari duit banyak-banyak sebab saya nak buat perpustakaan kat depan tanah lapang depan rumah saya. Jangan gelak! Saya memang suka berangan, tapi mana tau kan? Impian saya boleh jadi kenyataan. Amin!!!
SELAMAT HARI IBU, MAK!! Selamat hari-hari!!
5 comments:
beberapa buku yg disebut hadiah dari sekolah, PPD dan kerajaan negeri.
Yes, Razlan yang abis2 dgn bunker..terrorist lah katakan.
Adik dulu masa umur tiga tahun hafal buku2 cerita,lancar sgt, kalau kak teh tak tau nak eja mcmana, adik lah yg kak teh tanya.
Tapi jenuh nak tunggu, sebab adik akan hafal dari mula buku sampailah ke tmpt yg kak teh tanya. Baru adik dpt bg jawapan.
Membaca quran juga,jenuh kena rotan dgn abah.
at least, we learn something very valuable about that. and it really develop us into the person we are today.
hmm, squeeze me!
setangkai tak sebau? which one ek? lupa la... hmm penangan beranak dua ni. citer dia cemana ha? kak cik mcm ingat2 lupa, cite adik beradik ka yg len fiil, ka?
Assalamualaikum Tuan,..
Izinkan saya datang bertandang kemari...
Sejuk benar saya membaca tulisan tuan di posting ini membuatkan saya teringin sekali bersama berdoa agar niat suci tuan untuk membuka perpustakaan itu tercapai...
Aminnnn!!
setangkai tak sebau tu cerita pasal kawan-kawan sekelas tapi depa selalu bergaduh. ada sorg ni nama apa tak ingat perangai dia kepala hongga sikit. tapi last2 depa kawan baik balik la semua
Post a Comment