Monday, October 01, 2007

Kalau ALLAH Izinkan...

Saya baru lepas baca blog Kereta Mayat, memang ngeri baca blog dia. Macam ada mayat tengah usha2 saya kat tepi ni, macam malaikat maut tgh renung saya dan bajet2 bila la masanya nak ambik nyawa budak Amni nih... Saya betul-betul ngeri. Tambah lagi ngeri bila saya baca artikel ni:
http://keretamayat.blogspot.com/2006/02/kenapa-org-masuk-neraka.html

Quote sikit:

Sabda Nabi s.a.w(plus-minus): “kalau semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah tauhid”

Korang paham tak?
Cuba renung ayat ni pulak(versi ulangan)

“KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA NAK, BILA KEINGINAN KITA SAMA DENGAN KEINGINAN ALLAH…

KITA TAK DAPAT HALANG APA YANG KITA TAK SUKA DATANG PADA KITA APABILA ALLAH NAK IANYA DATANG KEPADA KITA”


Saya jadi insaf.. Jadi adakah selama ni saya tak dapat apa yang saya nak kerana ALLAH tak nak perkara tu jadi pada saya? Saya kurang amalan, saya pendosa, saya cuai, saya lalai, saya mintak ampun Ya ALLAH...

Macam mana untuk kita tahu sama ada kehendak kita sama dengan kehendak ALLAH? Macam mana kita nak capai apa yang kita inginkan selepas kita usaha dengan sepenuh daya dan berdoa?

Macam mana seorang Noor Amni layak untuk terus bernafas atas muka bumi ini dengan terus melakukan dosa-dosa? Adakah itu juga kehendakNYA?

Ada sesiapa boleh tolong jawab? Saya tidaklah sehingga mahu menghilangkan penggantungan dan pengharapan saya kepada Rahmat dan Kasih sayang DIA yang MAHA ESA...

ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI...


===========================================================

UPDATED!!

Saya dapat dah jawapan kepada persoalan saya di atas, pun dalam blog kereta mayat jugak. (dia ni jawab kena dengan logik dan kena dengan hati saya.)

So THE MORAL OF THE STORY IS: mengapa Allah tak Pilih korang untuk buat amal kebaikkan, buat amal soleh?mengapa? sebab korang tak tunjukkan yg korang ni perlu pada ugama, korang kena tunjukkan pada Allah yg korang akan mati tanpa-Nya, korang sanggup buat apa saje untuk-Nya..ini tidak! ! korang ingat korang kaya korang boleh Bantu Allah? Allah tak perlukan korang punya harta, rupa! pangkat, Allah mahu lihat kesungguhan korang harap/takut padaNya..Allah nak korang Menangis, merayu, merintih padaNya..Allah nak korang bertasbih memujinya, Allah nak korang Berjuang di jalannya dengan Harta, Diri dan Masa yg Allah bagi pinjam kat korang, sampai masa ambil balik! itulah maksud cinta ugama dan kerana inilah maka ramai org Allah tak Pilih jadi ahli syurga..korang tak tunjukkan yg korang ni ingin yg Amat Sangat pada Allah/shurga Allah….Tunjukkanlah wahai sahabat akan kecintaan korang(termasuk aku ) pada Allah!!!

That’s why firaun, Qarun, Haman, namrud pergi mampus dengan korang punya harta, punya tahta, Allah tak perlu semua itu…Agama telah Hebat dengan kekuatan dalaman, tak perlu pada kekutan luaran,,,ingat senjata kita org islam: Daqwah dan Doa…..!


Jom kita USAHA, DAKWAH DAN DOA!!

2 comments:

Anonymous 3:48 PM

Salam

Kadang-2 bila kitab baca / tahu sesuatu kita akan dapat sesuatu dan kadang-2 tak dapat apa-2 pun.. Kalau tersentuh dihati tu Alhamdulillah, moga-2 hati kita masih lagi di hidupkan oleh Allah.

Untuk bagi mudah paham lagi cubalah baca 2 kitab dibawah ini:

Tajuk 1: Mengapa Harus Berserah - Panduan Menyenangi Setiap Kenyataan
Terjemahan dari kitab : Kitab At-Tanwiir fii Isqaathit Tadbir
Oleh: Ibn 'Athaillah Al-Sakandari
Keluaran: Serambi
http://www.bukukita.com/infodetailbuku.php?idBook=2138&PHPSESSID=5b1ea83ffeb5d7dcb063f219ab99e6de

Atau boleh diperolehi di Fajar Ilmu Baru (Pustaka Indonesia):

Dan

Tajuk 2: Penawar Hati Bersama Tadbir Dan Ikhtiar Allah Taala.
Terjemahan dari kitab : Tanwirul Qulub fi Isqati Tadbiril 'Uyub
Oleh: Amdan Bin Hamid
Keluaran: Jahabersa
http://www.jahabersa.com.my/store/My/productdetail.asp?ISBN=978-983-3817-69

Kalau ada masa tu bacalah kitab-2 tu..

amni 2:38 PM

insya ALLAH.. tenkiu

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP