Pilihanraya Kampus - Suram dan Muram Lagi Malu...
Diumumkan... Saya baru lepas mengundi!!!
Saya seumur hidup tak tahu pun rupanya pelajar master dan Phd kena jugak mengundi dalam pilihanraya kampus. Saya pergi pun sekadar nak tunjukkan sokongan saya pada adik tersayang saya, Erny Haslina yang jadi calon Umum. Rupanya masih kena mengundi. Sepanjang 5 tahun di sini, saya mangundi pada tahun 1 dan 2 sahaja. Tahun ke3 hampir tiada pertandingan sebab kebanyakan calon menang tanpa bertanding. Tahun ke 4 saya balik kampung waktu PRK.
Saya melangkah ke Dewan Sultan Mizan dalam keadaan terpinga-pinga bila diberitahu saya pelajar siswazah pertama yang datang mengundi. Ada sorang staf yang jaga kaunter untuk pelajar siswazah, datang dan salam dengan saya sambil ucapkan tahniah. Malu pun ada. Heheh...
Lepas tu bila saya nak ambil giliran mengundi, nama saya tak ada dalam senarai pelajar siswazah. Haaa, sudahh... Saya tiap-tiap semester tak pernah miss pendaftaran hari pertama sebab ada jamuan makan dan dapat goody bag tau!! Rupanya SPR salah label, patutnya depa letak lah label tu untuk pelajar Aquatrop dan INOS saja. Macam saya ni, bawah FST. Saya pun jadi bingung jugak ni. Depa ni nak bagi aku ngundi ke tak? Kang aku balik kang!!
Tiba-tiba pegawai belia dan sukan, En. Rafee datang tepi saya. "Terima kasih datang mengundi, Lama saya tak nampak awak. Bila nak kawen? Jangan lupa jemput ye?" Huk Alooo... Soalan bonus tu lagi.. Jawapan bijak dari seorang pelajar master IT pun kuar dari mulut ini, "Saya just nak tunaikan tanggungjawab saya je. Insya ALLAH, rancangnya tahun depan nak kawen, kalo en. rafee nak sponsor, lagi cepat. Heheheh..."
Lepas sorang, sorang datang tegur. Yang tak pernah kenal pon datang tegur. Glamer sekejap kat situ. Pak guard-pak guard pon datang tepi saya. Semua macam kagum tengok saya pegi ngundi. Uishhh.. Malunyaaaa... Prof. Majid TNC HEP pun datang cakap terima kasih. Aiiyyakk.. Kenapa ni?? Nak buat macam mana, pelajar siswazah UMT tak tahu pun kena ngundi. Saya pun nasib baik Erny yang bagitahu. Kalo tak, sekarang ni saya sure dah pergi shopping di Giant baru dengan Kak Eyta. Heheheh..
Saya layan lah kejap staff-staff tu sembang. En. Badrul ada, En. Syahrul, En. Rafee, Kak Syimah dan ramai lagi staff HEP baru yang saya tak tahu nama. Lepas tu masa nak balik naik keta, en. wan azmani pun ada kat tepi tiang besar tu. Saya malu sangat. Saya satu satunya pelajar siswazah yang mengundi!! Hahaha.. Tu yang jadi tumpuan ramai.
Suram betul suasana dalam dewan tu. Dah la tak kenal mana sangat pun. Saya cuma kenal 2 orang calon, Erny dan Ainun. Yang lain tu saya main klik aje. Dalam hati berdoa, "Ya ALLAH, semoga pilihan aku ni membawa kebaikan dan keberkatan kepada seluruh penghuni UMT."
Ada juga orang mempertikaikan sistem pemilihan secara elektronik ni. Saya tak mahu la nak memihak kepada sapa-sapa. Tapi sebagai seorang pelajar IT, saya tahu keselamatan sistem ini sangat terjamin. Lagipun, pereka sistem ini ialah pensyarah saya yang dihormati, En. Sharif Manaf, dan saya sangat yakin dengan ketelusan dia. Data memang boleh diubah-ubah, tapi hanya pentadbir sistem yang ada kuasa untuk buat semua tu. Saya yakin dengan integriti En. Sharif. Dia pun ada sekali kat DSM tadi.
Masa saya bertanding untuk jawatan NYD MPP di KMNS dulu macam lagi meriah je PRK. Ni kat kampus besar pun tak semeriah tu. Maybe sebab UMT ni kecik je, tak macam UNI lain. Yang lagi tambah muram, ramai pelajar tak nak mengundi. Alasan? Tak kenal calon, malas, undi pun bukan dapat apa-apa (tapi masa saya 3rd year HEP buat kenduri pulut durian dan sate, saya lah tukang perabih. Heheh), dan macam-macam lagi.
MPP pulak bila dah menang tu, jadi kerek semacam. Asik melepak kat depan kaunter HEP, pahtu orang yang nak masuk urusan dengan HEP pun rasa terganggu, siap ditanya-tanya lagi apa urusan kita kat situ. EH!! Sukati saya la nak pergi HEP buat apa pun! Seingat saya, masa Rais jadi YDP MPP je baru rasa nikmat ada MPP. Baru nampak ada aktiviti kat kampus, baru nampak MPP ialah kawan mahasiswa. Sebelum-sebelum ni, MPP macam musuh je. Bosan!!
Yang lagi lawak tu, ada la masa saya 3rd year jugak, ada bekas calon MPP yang tak menang, HEP lantik jadi JKPP. Dia dan makwe dia kena tangkap khalwat. Masuk harian Metro lagi. Dan didakwa kat mahkamah syariah pun. Tapi takde tindakan pun diambil ke atas dua2 tu. Boleh je habiskan pelajaran dengan gembiranya. Patut HEP gantung atau buang kan? Entah la...
Saya rasa macam dah merepek2 saya tulis ni. Dari isu PRK sampai isu calon PRK. Heheh.. Yang penting sekali, semua mahasiswa patut turun mengundi walaupun tak kenal. Haha.. YES!!! Jumaat ni saya balik Kedah.. Tak sabar rasanya. Dah habis dah shopping raya. Serunding ayam dan ikan pon dah beli. Baju kelawar kak cik, kak zah dan anak2 dah beli, tudung maksu dah beli. Tudung saya je belum. Tahun ni tema apa tah? Tapi baju saya kaler hijau petronas, plain color. Maybe nak pegi Syurga Tudung kat Batu 6 beli tudung yang saya berkenan tu. Kenapa la tudung saiz besar tak secantiktudung kecik2? Ramai orang suka pakai tudung kecik ke sekarang? Esok lah lepas ngajar nak pergi tengok kejap lah. Harap-harap ada la yang berkenan.
OK! Selamat berpuasa dan PRK.
2 comments:
iskh..
tak patut btul calon mpp kena tgkap kalwat.. huhu.. nasib baik dia bukan mpp..
tula skrg ni bnda2 mcm ni dah xde tindakan tegas.. :(
dah lama dah.. tu tahun 2004.. yg sekarang ni tak tau la... saya pon tak amik tau sgt dah..
Post a Comment