Posting Cover Cerita Seminggu
Balik kedah 1 week. Best sangat2 cuti kali ni. Tapi tak sempat pi mana-mana sangat coz bz dengan family je. Ada ke patut balik2 ke lab ni depa tanya, "Amni balik bertunang ka?" Muahaha.. gelak guling-guling!!
Hari pertama balik tu, dok bz tolong abang Yus bawak baby pi ambik darah coz jaundice. Nasib baik darah dia dah ok.. dah turun sket.. Tapi bengang dengan nurse tu coz picit2 kaki Naseem macam dia perah santan dengan alasan darah takmo kuar banyak. Menangis2 la Naseem. Muka abang Yus dah merah cam bengang ja. Saya plak cam biasa la, bukan buleh tengok orang nangis, dengan saya2 skali kuar ayaq mata.. Huhuhu.. Mengulang kisah bawak Habil pi cucuk, mak dia tak nangis, saya yang bengkak2 mata... Soooo drama queen kan??
Petang tu bawak mak and abah pi tengok tokwan. Sian tokwan tak boleh bangun. Dia suruh urut n sapu2 kaki dia dengan minyak. Sorry la tokwan, adik memang kalo mengurut, sure tekan kuat punya! Tapi tok wan takmo kuat2, mengerang lagi dia.. "Adoila.. adoilaa... sudah, sudah!! HUHUHU!!!" Takpa2, len kali urut tokwan jgn kuat2, tokwan tak tahan sakit. Abah tak pa la...
Cerita pasai makan pulak. Mai mood rajin, cuba resepi dari Lily pulak. Puding Roti. Simple dan sedap. Tapi tak jadi!! Huhuhu!! Awat tak jadi? Kurang gula jadi tawar macam makan roti saja. Abang Yus suruh modified, letak air gula merah macam makan puding karamel. Or letak aiskrim cam banana split. OK la, boleh la nak dimakan. Tapi kak teh tu, tawar2 pon puji kata sedap! Bodek ka??
Ada satu hari tu malas nak masak sayur2 yang dibeli dari pasar, so suggest kat mak, buat gulai daun Juaq saja. Sudahnya, kakteh yang kena buat. Hehehehe.. Ok2, sedap laaa... Tambah lagi dengan Daun Ginseng Masak Kicap. Semua ulam2 amik sekitar rumah saja. Jimat hari tu. Ada jugak masak Tempe+Suphun+Kentang. Hmm, masa buat yang tak garing habis licin, bila buat yang garing tak habis pulak sebab abah sakit gusi kalau garing n keras. Sian abah.
Hari apatah tak ingat, try buat kuih keria pulak. Isk2, terlajak tepung sikit. Jadi liat. Tapi rasa dia okla. Cuba nak buat frosting macam Kak Eyta ajar, tapi tak tunggu sampai betul2 pekat air gula tu dah masuk kuih, so, frosting tak jadi berkeping2, tapi jadi gula halus pulak. HUH! 2 kali tak jadi!! Takpa, abah n mak makan jugak dan cakap lain kali buat lagi. Lagi sikit lagi, jadi lah tu.. Semangat ni. Kak teh pon tolong so rasa semangat sket.
Hari Jumaat teman kakcik n anak2 menakan pi Aloq Staq beli buku n hadiah untuk besday Najlaa. Jadi bendahari untuk kak Zah. hehehe... Tolong atur duit untuk belanja anak-anak. Nasib baik cukup. Dan sebagai bendahari yang punyai kuasa veto ke atas kewangan Kakak, Abang dan Didi, saya kontrol duit depa untuk benda2 yang betul2 penting saja. Abang Ziyad cam biasa la, nak konar2 jugak. Huhuhu... Takde2, Cu dengan garangnya telah menetapkan hanya buku2 yang berfaedah saja boleh dibeli. Buku Disney, Katun2 tak boley!! Novel cintan2 tak boley!! Kakak beli buku motivasi, Didi beli kamus bergambar dan buku kisah tauladan dan lastly Abang Ziyad beli buku Crossword Puzzle untuk improve English dia dan 1 buku kisah remaja Islam ke kalau tak silap. Haha.. Sungguh VETO diriku, seperti US yang menguasai IMF hingga PBB pon tabley buat apa2... Hahah... Saya pon beli satu buku, tu pon hutang dulu dengan kakteh. Huhu.. Personality Plus, by Florence Littauer. Dah habis baca. Dan akan diamalkan insya ALLAH.. Saya akan lebih menghargai orang-orang disekeliling saya lepas ni. Another Paradigm Shift, cuma harap tak jadi hangat2 tahi lembu depan Taman Desa Perwira, Pantai Tok Jembal dahle..
Merancang dengan kakteh nak pi KL dengar kuliah Habib Salim, tapi demam dan selsema. Blood pressure rendah. 100/60. Patut pening2, maybe bz sangat n dok ngadap pc kat kampus dari pagi sampai tengah malam. Harap2 kakteh balik nanti tolong cerita na??
Pagi ni nak start keta nak mai kampus, tiba2 keta bunyi dengan sangat kuat. Tension nya!! Rupanya bateri dah kong. Tableh nak buat apa laaa... Melayang RM130. Tu pon pinjam dari anis, coz UMT lom bank in duit bulan Julai. Apala... UMT ni bab mintak duit nak cepat2, bab nak bagi duit, ade je alasan nya. Tak caya, try tanya Loque, nak pi present paper kat International Conference wakil U pon kena pakai duit sendiri. Takde bajet. Dah dok perabih bajet kat karpet baru, cat baru dll. Mana nak ada duit nak bagi untuk student kan? Even budak2 debat nak pi debat Alam Sekitar baru ni pon depa kata pegi sendiri, takde transport. Bas parking banyak2 depan BS tu buat tukun tiruan laaa... Berkarat la kat situ. Beli coaster sampai 2 bijik, tapi driver tanak tambah. Macam mana student nak buat aktiviti? Terpaksa team UMT tumpang satu bas nak pegi UPM. Hampeh!! Sian adik2 ku itu.
Kalau nak cerita lagi, panjang lagi. Tangan dah letih menaip. Tapi nak mintak la bantuan dari sesapa yang sudi dan ada duit lebih nak bagi kat FORKAD (Front Anti Murtad) Terengganu. Sebab nak agih bantuan pada umat Islam yang memerlukan. Sian sangat ni. Sampai ada di antara depa ni terima bantuan dari gereja. Kesian pada saudara seIslam kita. Sebarang sumbangan boleh kontek saya kat email : zirwatulhanna (at) yahoo (dot) com. Insya ALLAH ada saham kita kat akhirat kerana nak selamatkan aqidah sedara2 kita ni. Ehem.. Rasanya ada kot yang tak bayar zakat pendapatan lagi kan?? Boleh la sumbang2 kan ye?? Terima kasih.
p/s: Boleh jugak refer kat blog amdang81.
3 comments:
hmmm... jgn lupa utang ek bile dah dpt gaji...
insya ALLAH tak lupa :D
Hello
Thank you for this site, very interesting info.
--
[url=http://corperful.blogspot.com]corel perfume lab[/url] , [url=http://camera-batterie.blogspot.com/2009/11/digital-camera-rechargeable-batteries.html]digital camera rechargeable batteries[/url] , [url=http://coretehig.blogspot.com]corel tea high[/url] , [url=http://advancwatchinformatio.blogspot.com]advanced watches information[/url] , [url=http://googlwatehar.blogspot.com]google water harry[/url]
Post a Comment