Monday, August 13, 2007

Di Mana Umar? Di Mana Salahuddin?

Di saat-saat Fatah berbunuhan dengan Hamas,
Di saat Taliban menggegar bumi Afghan,
Di saat Al Qaeda berselindung di sebalik wajah membela Islam,
Di saat UMNO dan PAS saling bercakaran,

Di waktu JIM, IRC, ABIM dan NGO lain mengaku pembela,
Di waktu salafi wahabi membid'ah mencela,
Di waktu khazanah sejarah Islam dihancur musnah,
Di waktu ukhuwah punah ranah,

Aku menelusuri sirah Rasul dan Sahabah,
Aku menangisi kelemahan ummah,
Aku bertafakur menghadap ALLAH,
Datangkanlah Ummar, Muhammad Al Fateh, Salahuddin,
Datangkanlah Nasrallah,
Datangkanlah pembela kami Wahai ALLAH!!

3 comments:

amdang81 4:53 PM

Usah disoal di mana Salahudin, di mana Ummar.. Selagi mana berpegang dengan Quran dan Sunnah selagi itu BENAR.

Apakah jika ada Salahudin, UMNO akan menerima Islam?

Apakah Jika ada Ummar, Fatah tidak akan bersekongkol dengan Yahudi?

Allah sudah sebut yang KEBENARAN akan berlawanan dengan KEBATILAN. Ini SUNNATULLAH!. Jadi, kita pilih sahaja KEBENARAN. Jika KEBENARAN itu tidak dihalang dan tidak BERTEMBUNG dengan KEBATILAN, di situ kita perlu lihat betapa benarkah KEBENARAN itu..

BENAR itu bukan pada ramai, bukan pada senang, bukan juga pada aman.

Wallahua'lam.

amni 11:27 PM

Perlu kita soal.. sebab kita2 ni jugak akan mendidik generasi akan datang menjadi Umar dan Salahuddin.

Bila imam mahdi dan nabi Isa dah datang, UMNO atau PAS tak tentu wujud lagi. Dunia terlalu kacau bilau untuk mempertahankan aqidah berbanding urusan politik

p/s:pendapat saya saja.

Tawel Sensei 10:06 AM

Aku cari mana dia al-Ghazali. Aku cari mana dia as-Shafi'i. Kita bongkar rahsia kitab suci.

Serius, aku tengah mencari. Ini bukan satira mahupun parodi.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP