Karenah Pelajar Yang Tak Tua Tak Muda
Hari ni lab pertama OOD. Pelajar2 kelas ni dalam lingkungan 20 an. Tak la tua sangat dan tak jugak muda. Yang sedang2 saja, nyanyi dangdut ala2 Iwan. Dengan demam yang belum kebah lagi, terpaksa menguatkan suara bagi mengatasi suara depa yang terlebih lantang berbanding saya. Saya bawak cerita tentang Angsa dan Katak. Tak guna kalau pandai, tapi suka berlagak sombong dan membangga diri.
Ada juga di kalangan mereka yang tidak menghormati. Ya, mungkin mereka fikir saya hanya demo/tutor yang hampir sama baya, tapi mereka mungkin jugak lupa, walaupun begitu saya masih guru bagi mereka. Sikap kurang hormat dan bangga diri ini yang menghasilkan pelajar2 IPT yang bijak tapi kurang integriti. Sia-sia saja kempen kerajaan menyemai integriti di kalangan kakitangan awam dan swasta jika masalah ini berpunca semasa masih belajar di sekolah dan di IPT lagi. Buku Pelan Integriti Nasional tu pon, buat membazir saja.
Ada juga yang cuba mencuri2 surf internet. Hairan jugak ya! Punyalah panjang lagi masa untuk cek email dan sebangainya, time lab jugak depa ni nak surf. Nak marah pun, tak tau nak marah macam mana. Saya terfikir, mereka tidak dididik ke kat dalam keluarga? Atau mungkin didikan ibu bapa mereka tu, dicampak ke tanah dan dipijak2 saja?
Semester lepas saya cuba bertolak ansur dengan meringankan beban assignment, tapi sikap melampau hingga En. Zailani pun tak tahu nak cakap apa dah yang depa buat ni, membuatkan saya sakit hati. Agaknya depa ni suka kalau kena marah. Sifat azali dalam diri manusia yang tak suka kena marah dan suka kelembutan tu, dah hilang dalam diri depa. Kena marah pun, kerja yang diberi tak hantar2 jugak.
Saya selalu memulakan kelas dengan Al Fatihah, moga berkat Ummul Kitab itu, dipermudahkan ALLAH segala urusan ilmu, dan ALLAH lembutkan hati2 mereka untuk terima ilmu. Tapi saya sedih bila ada yang tak baca dan gelak2 kat belakang. Tak hormat pada saya tak apa, sebab saya akan tinggalkan mereka satu hari nanti. Tapi, sikap tidak hormat pada Al Quran itu akan mereka bawa sampai bila2, dan dosa itu terus2an dihitung hingga Kiamat. Kita tidak mahu pendidikan terhadap generasi ini hanya pada kulit, di dunia saja. Saya ingin ilmu yang cuba saya kongsi ini, terus2an hingga saat mengadap ALLAH.
Mungkin soalan2 Database, JAVA dan OOD tak ditanya di Padang Mahsyar. Tapi ALLAH akan tanya, di mana masa mudamu dihabiskan? Kenapa tak menghormati guru? Kenapa tak laksanakan amanah ibu bapa, masyarakat, negara dan agama iaitu menuntut ilmu? Adik2 saya ni, tak fikir agaknya, setiap gerak hati, tutur kata dan tingkah laku bahkan gerakan jari menekan keyboard ini akan ALLAH persoalkan nanti. Di hari yang dibekukan lidah2 manusia, di hari yang semua orang menyibukkan diri dengan urusan diri sahaja. Di hari yang dipisah2kan hubungan saudara. Di hari yang hanya amal dan rahmat ALLAH sahaja dikira. Di hari itu, segala kepandaian programming tak mampu untuk hack sistem timbangan yang ALLAH cipta. Tak ada satu virus pon yang akan mampu memadam atau redundant data dalam database amalan2 manusia.
Saya berdoa, moga2 ALLAH lembutkan hati2 mereka, sebagaimana DIA melembutkan besi bagi Nabi Daud, dan semoga hati2 mereka mampu mencerap ilmu2 ALLAH dan menjadikan mereka tunduk dengan kebesaran dan kemuliaanNYA, yang tak ada sebarang batasan ruang dan masa. Wahai Tuhan, semoga Kau lindungi kami dan mereka dari segala sifat2 keji dan permudahkan kami dalam menerima ilmu sehingga kami tunduk tawaduk dengan segala puji kepada MU.
Ameen Ya ALLAH!
4 comments:
ameen.... =)
kadang2 sebagai seorang guru ni, terdetik di hati. salah siapa generasi kini mula jauh dari quran, solat jarang-jarang. 5 waktu tinggai 1 atau 2 je. mak ayah? ustaz ustazah? atau diri sendiri yg tak mau berubah...?
diaorang excited kot.
Tapi tang baca al fatihah tu lama lama baru dia dapat rasakan bertapa berserinya kelas tu nanti.
Dan bila dia orang meninggalkan tempat kolej tu nanti baru dia sedar kehadiran gurunya yang ikhlas itu. Teruskan mengajar dengan Ikhlas. Saya doakan anda.
alqamaru: ameen...
kak cik: btoi2.. kita plak tumpang risau kat depa.. harap2 depa sedar dan berubah
cik nony: tima kasih.. insya ALLAH saya ikhlas.. tolong doa bagi depa berubah
Post a Comment