Tuesday, May 29, 2007

Kecil Tapi Perkasa

Mungkin sebelum ini kita tak pernah endahkan perkara-perkara kecil dalam hidup kita. Kita tak pernah terfikir bahawa perkara-perkara kecil inilah yang membentuk jiwa yang besar. Kalau tidak kerana sebutir pasir yang kecil, tidak akan terbentuk pantai yang memanjang. Kalu bukan kerana paku yang sebentuk, tidak tercipta rumah bertingkat. Kalau bukan kerana skru yang cinonet, tak terjadi pesawat AIRBUS yang MAS beli baru-baru ni.

Saya mula perasan, sejak-sejak diri saya dilanda penyakit procrastinate yang melampau-lampau itu. Saya mula menekankan benda-benda kecil dalam hidup saya, yang sebelum ini saya ingat tak penting, tapi rupanya signifikan dalam hidup (baca blog Prof Kamil: Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan).

Sebelum ni, saya tak pernah fikir masa nak menyarung pakaian ke badan, kiri ke kanan ke asal pakai sudah siap, cukup! Tapi rupanya ada hikmah sunnah Rasul di situ, bila kita mulakan dengan yang kanan. Saya ditegur kakteh kerana menyarung stokin kaki sebelah kiri dulu. Jadi saya cuba mulai hari itu, saya pakai baju masuk tangan kanan dulu, lepas tu pakai stokin kaki kanan dulu, stongan kanan dulu, masuk rumah kaki kanan, masuk lab kaki kanan, basuh tangan kanan dulu. Saya mulakan kerja yang mulia dengan tangan kanan dahulu dan iringan BISMILLAH. Alhamdulillah, saya dapat rasakan berkat dariNYA. Segala paper, buku, nota dan formula-formula yang dahulu saya susah betul nak hafal, sekarang dapat saya hadam sedikit demi sedikit.
Lagi benda-benda kecil yang saya buat seperti bangun awal pagi (walaupun agak susah, hehehehe), potong rumput sendiri, cuci kereta sendiri, senyum pada kawan, kutip sampah yang kecil, basuh baju sedikit setiap hari, menabung duit syiling, makan RM3 sehari, usap kucing depan lab, taip paper 2 muka surat setiap hari dan banyak lagi. Saya tidak sangka bila kita ambil berat benda-benda kecil ini, rupanya benda-benda besar terjadi dengan sendiri.
Rupanya bila saya potong rumput sendiri, saya jimat duit dari bagi kat pemotong rumput tiap2 bulan, saya keluar peluh dan good news!! Berat saya turun lagi sekilo!! Hehe.. BEST! Bila saya cuci kereta sendiri, saya dapat jimat lagi RM10 dan keluar peluh lagi. Saya menabung duit syiling, sekarang dalam masa 2 minggu saya dah simpan RM10. Jimat kan? Bila saya taip paper 2 ms tiap hari, saya hampir habis menaip BAB2 tesis saya dalam sebulan (Senyum lagi dan lagi). Bila saya bangun pagi setiap hari, saya dapat pergi lab dan siapkan kerja saya. Saya tak terlepas sarapan pagi (Which is the most important meal in our day), berat saya makin turun, saya boleh baca paper dan ikuti perkembangan semasa.
Apa lagi benda-benda kecil yang kita nampak tak penting? Buang sampah misalnya. Kita memang ingat pembalut cekelat HACKS yang kita makan tu kecik je, jadi kita buang camtu je kat luar tingkap kereta. OK, cuba kita kira ye, 1 pembalut cekelat tu katakan beratnya 1gram. Kita buang 1, kawan-kawan kita buang 9, dah jadi 10gram. Kalau dalam 1 hari tu 1000 orang buang plastik cekelat, dah jadi 1KG, cuba pulak seluruh penduduk Kuala Terengganu 25 000 orang, jadi maknanya kita dah ada 25KG sampah. Kalaulah setiap hari 25 000 orang ni buang sampah, dalam sebulan dah jadi 750KG sampah tau! Kalau setahun dah 9000KG sampah. Kecik tu asalnya, tapi kalau kita kira sampai setahun, dah jadi banyak kan?
Jadi, kita mulakan hari kita dengan ambil berat benda-benda yang kecil. Senyum kat orang, bangun pagi-pagi, mula dengan yang kanan, mula kerja baca BISMILLAH, percayalah, setiap yang kecil, bila kita buat berterusan selama 40 hari, akan menjadi tabiat dan darah daging kita. INSYA ALLAH, ada kebaikan buat kita dan orang-orang yang di sekeliling.
Renung-renungkan dan.. Selamat Beramal!! (Professor Izi Haji Ali HOT FM)

Friday, May 25, 2007

Kenangan Bersama 5 Anak Pak Khassim

Selalu orang buat tag sana, tag sini. Posting kali ni saya nak buat tag sendiri pulak. Orang yang saya tag nanti kena cerita, saat2 paling menarik bersama adik beradik dia.
saya mula dulu. Bagi saya, saya paling teringat masa satu hari tu abah dgn mak keluar pi mana tak taulah. Tinggal kami 5 beradik, abang Yus, kak abi, kak cik, kak teh dan saya.
Kalau tak silap, arwah tok pon ada gak kat rumah tu. Tak tau sapa punya idea, tiba-tiba terkeluar idea paling gila dalam hidup. Kami kena pakai macam lelaki. Kak abi pakai style mat rock balik surau. T-shirt selebet, kain pelikat lusuh abah, pahtu kopiah sapa tah. Memang sebijik macam mat rock.
Kakcik pulak rambut dia tgh panjang time tu. Dia pakai ala-ala cina. Baju batik sheqal, seluar slack kembang, kopiah cina merah kelabu, tak tau dia kutip mana, pahtu siap mekap bedak bertampung putih gila! Kening pulak, tok bagi celak Mekah, kakcik lukis bagi nampak mata dia sepet. Masa amik gambaq, siap buat gaya ala2 kungfu. Hehehehe... Kak cik, masihkah kau ingat?
Kakteh tu jangan tak sangka tau! Dia pon join jugak!! Dia pakai ala2 ustaz kampung baju melayu kelabu abah, kain pelikat dan songkok. Serius ni.. Hensem jugak kakteh! heheheh...
Saya pulak macam tok lebai balik Masjid. Seluar slack hitam abah, baju melayu biru, serban coklat, kopiah putih. Pahtu kakcik lukis misai pakai celak tok bagi. Gila btoi rasa waktu tu. Tah apa yang kami pikir.
Abang yus lagi tak tahan! Dia pakai jubah kakteh kaler hijau lumut dengan tudung serban mak punya. Pahtu wat jalan ala2 ayu ja. Kalau tak silap, gambar2 tu semua ada lagi. Dalam bilik kat rumah di terengganu sekarang pon ada gambar tu. Mak abah tengok pon tergelak2.. Habis baju dan kain pelikat abah kami selongkar. Nasib baik tak kena marah. Bila ingat2 balik, i miss my childhood day...

Orang yang saya tag, kena cerita saat2 paling gila atau happy bersama-sama adik beradik dia. Tak kisah la zaman kanak2 ke dah besar ke. Saja suka2.. boleh le mengimbas saat2 manis.
1. Yan 2. Nuruddin 3. Adam

Tuesday, May 22, 2007

Manusia Duplicate Ciptaan ALLAH

Hari ni saya mengikuti satu bengkel yang dipanggil Bengkel Artificial Neural Network (ANN)atau Rangkaian Neural Buatan. Seronok sangat bengkel tu sebab disertai oleh pensyarah2 dan juga pelajar2 postgrad.

APLIKASI NEURAL NETWORK


Neural network ni menyerupai rangkaian saraf dalam otak kita. Macam mana kita memproses maklumat, kita belajar benda baru, kita bertindak balas, itu semua cuba diterjemahkan secara buatan oleh manusia melalui komputer. Macam contohnya, budak kecik mula nak berjalan. Mula dia melangkah dia terjatuh. Jadi saraf dalam otak dia dah ada memori tentang cara jalan dia yang salah sampai terjatuh tu. Jadi budak ni try lagi berjalan berulang-ulang kali sampai lah dia boleh berjalan dan berlari. Hinggalah memori dia dah ingat kaedah2 berjalan. Satu lagi contoh, budak2 kan suka je kacau time kita nak minum air. Walaupun air tu panas, dia tetap nak pegang dan kacau cawan tu. Tapi kita ambik tangan dia yang comel kiut miut tu, letak bagi dia sentuh tepi cawan. Jangan la tekan plak, kang melecur kena kes dera plak. (No tepon teledera 1-800-883040) Bila dia dah sentuh panas tu, kita tarik tangan dia dan cakap, "PANAS!" Memori budak ni akan paham, rasa sakit tu ialah panas. Lain kali dia dah tak berani nak main lagi.

Kepintaran buatan dan rangkaian neural buatan ni cuba nak imitate keadaan dalam otak kita macam contoh tadilah. Tapi dia adalah pengiraan methematics, guna beberapa algorithm dan formula. Banyak dah benda yang direka menggunakan ANN ni. Contohnya robot anjing ni. Boleh bantu orang buta melintas, menyalak bila disentuh, kawal rumah dari pencuri, kalau kita baling bola dia lari untuk tangkap. Cuma rasanya anjing ni taklah najis mughallazoh kot. Nanti kita tanya ulamak ye? Tapi penciptaan anjing robot ni memberi faedah pada golongan yang memerlukan anjing, cumanya alah pada anjing.

gambar robot anjing


NEURON MANUSIA

Gambar neuron manusia


Ni gambar neuron dalam otak manusia. Ada berbilion-bilion neuron ni dalam otak kita. Dan ia berangkai-rangkai dia antara satu sama lain. Dari axon tu dia akan sambung ke dendrite bagi satu neuron yang lain pulak. Ada ruang kecik di antara axon dan dendrite tu. Nama dia synapse. Maklumat yang otak kita dapat, akan dihantar kepada neuton ni lah. Dan dia akan pas-pas ke neuron bersebelahan. Maklumat dihantar dalam bentuk neurotransmitters. Neurotransmitters ni sejenis bahan kimia yang sangat sensitif. Saya pernah baca, semakin kita rajin berfikir (benda2 berfaedah je ye) semakin banyak neurotransmitters ni dihasilkan dan makin banyak neuron yang boleh digunakan dalam otak kita. Antara benda yang boleh halang neurotransmitters ni dari dihantar ialah arak dan dadah.

Gambar Synapse


ARTIFICIAL NEURON

Gambar Neuron Buatan Manusia


Macam mana pun manusia mencuba, tetap tak dapat nak menyamai ciptaan Yang Maha Kuasa. Kami cuba simulate data tadi dengan guna MATHLAB dan digital image processing (DIP). Kami disuruh tulis nombor 1. Pelbagai bentuk nombor 1 ditulis, yelah, tangan lain2, orang lain-lain. Tapi bila kita proses guna ANN dan DIP, masa yang diambil hampir 10 saat. Maha Berkuasanya ALLAH, bila manusia ni tengok imej yang tegak, kita pasti dapat kaitkan dengan nombor 1 atau huruf I atau huruf alif dalam tulisan jawi. Tak sempat nak sekelip mata pun, otak kita ni melalui neuron yang berbilion2 tu dapat dah proses maksud imej. Maira, student Dr. Suzuri buat kajian dalam bidang Intelligent Texture Classification cerita, dalam research dia, perlu tentukan texture tu kayu ke, besi ke, bangunan ke. Jadi, Maira run program, kadang-kadang untuk classified kan benda tu apa kebendanya, makan masa sehingga sehari semalam. Cuba banding dengan otak kita, kita tengok sekilas je, kita dah tau, itu kayu, dawai, bata pasir, bata tanah liat.

NILAI YANG HARUS DIBAYAR

Tapi yang membuatkan saya gerun bila Dr. Suzuri cakap, ANN ni bila dah dilatih dengan pelbagai data dan maklumat, dia akan jadi pandai. Boleh buat macam-macam kerja. Kan ada dah robot yang saintis Jepun cipta tahun lepas, boleh goreng telur. Kesan buruknya nanti, manusia makin ramai yang malas dan jadi obesiti.Kita jadi bergantung kepada robot. Kurang kasih sayang dan interaksi antara manusia dengan manusia, dan dengan alam. Saya risau akan berlaku kemusnahan akibat lalainya manusia ni bila dah diberikan kemewahan dan kemudahan.
Bila si buta deberi anjing robot, kurang rasa ingin membantu dalam hati manusia lain di sekeliling. Bila robot yang masak kat rumah, suami tak rasa lagi 'air tangan isteri', kurang kasih sayang dalam rumah tangga. Robot yang tidurkan anak, hilang kasih sentuhan ibu bapa. Robot ajar ngaji Quran (Boleh ke?) masih ada kah keberkatan ilmu antara guru dan murid?
Saya bimbang sangat. Walaupun teknologi adalah untuk kebaikan, tapi keburukan perlu difikir. Kalau saya, dapat robot seketul kat rumah, saya nak dia kemas rumah dan basuh baju dan pingan mangkuk. Jaga anak dan suami tak boleh la. Kang suami jatuh cinta dengan robot. Hari2 makan 'air tangan' robot!!
Sajalah nak kongsi apa yang saya belajar hari ni. Nak tengok kesan2 akibat terlalu ghairah dengan tekonologi boleh tengok siri cerita Terminator 1, 2, dan 3.

Terminator 1


Satu lagi cerita i-Robot. Pun tentang Artificial Intelligent jugak. Best dan lawak citer ni. Tapi khayalan jelah. Jangan percaya sangat. Cuma, berhati-hati dalam setiap tindakan itu penting, walaupun demi nama sains dan teknologi.

Untuk lebih jelas tentang ANN, sila lawat web ni : Neural Network

Detective Del Spooner dok cari Sonny tak jupe, padahal depan dia je

Thursday, May 17, 2007

Dosa Pada Binatang

Pernah baca tak kisah seorang nenek tua ditaqdir ke neraka sebab kurung kucing sampai mati?
Pasal Nabi Sulaiman alaihissalam suruh hati-hati jalan sebab takut terpijak semut?
Pasal pelacur bani Israel diampunkan dosa kerana bagi makan anjing yang kehausan?
Pernah baca pasal anjing Qitmir yang dijanjikan syurga?

Macam mana kalau kita pernah menganiaya binatang? Macam mana nak mintak maaf kat binatang? Kalau dosa dengan manusia kita perlu mohon ampun dari tuan punya badan, kalau kucing? Macam mana ye?

Nampak ada orang sepak kucing kat kafe tadi. Rasa sedih :'( sedih sangat-sangat. Kucing tu pun lapar macam kita jugak. Dia takde duit nak beli makanan. Apa salahnya baki-baki nasi dan lauk tu bagi kat dia? Sombong betul manusia ni.

Teringat kucing masa darjah 4 nama dia Kurap. Yes, KURAP! Sebab banyak kurap. Tapi kurap dia dah sembuh sebab tok ajar saya suruh letak minyak gamat. Walaupun, Kurap suka jilat minyak gamat tu. Sedap kot, Ntah la.. Tak pernah rasa. Kurap seekor kucing yang mempunyai self esteem yang rendah. Sesuai dengan namanya. Walaupun begitu, saya sayang Kurap. Hadi dan Huda anak Kak Jah pun sayang Kurap. Kak Long Hana pun sayang jugak. Selalu lauk nasi tengah hari yang tak habis kami bagi kat Kurap dan anak-anak dia.

Kurap dengan masalah low self esteem dia tu sangat melucukan. Dia takkan mendekati orang yang tak pernah baik dengan dia. Kurap akan terkencing-kencing jika kita tengking dia. Dia akan menyorok bawah meja aluminium belakang rumah kakJah. Mata dia akan pandang kita dengan penuh persoalan. "Kenapa kau tengking aku?" "Apa salah aku?" Kurap akan jadi cantik jika saya dan kak long tukar nama dia jadi Comel atau Cantik. Tapi dia yang tak nak. Bila kami panggil Kurap, baru dia akan datang. Saya ingat, saya pernah tengking Kurap sebab tak datang bila saya panggil, Kurap terus terkencing kat situ. Kesian pulak saya rasa. =(

Saya rindu kat Kurap. ALLAH ampunkan saya... Saya telah menengking Kurap. Dia juga ada perasaan. ALLAH maafkan saya. Saya terus panggil dia dengan nama yang tidak baik hingga menyebabkan dia mendapat penyakit low self esteem. Kucing yang disepak di kafe tadi rupanya seperti Kurap. Cuma dia tidak berkurap. Seperti gambar kucing ini:

Kucing itu tidak berkurap. Tapi kaler dia serupa. Kurap adalah jenis Calico Cat. Lagi contoh jenis Calico Cat:

Calico Cat biasanya betina. Pernah dengar tak cerita kalau anak kucing jantan 3 warna, bapak kucing akan makan sebab tak mau ada pesaing? Maybe itu jadi sebab kenapa Calico ni banyak betina.
Saya teringin nak jumpa Kurap. Mungkin kalau tak dapat jumpa dia sekalipun (maybe dia dah mati), saya teringin nak bela kucing yang ala-ala Kurap (tapi kali ni tak nak la berkurap) dan takkan panggil nama yang tak elok lagi pada binatang. Mereka pun ada perasaan. Saya tak mahu kucing rasa low self esteem sebab saya pun tak suka rasa begitu.
Betul, tak percaya? Cuba panggil kucing dengan nama yang buruk, confirm dia tak nak datang dekat. Kucing pun ada maruah tau!

Sunday, May 13, 2007

PTPTN yang macam-macam

Minggu lepas mak telepon cerita tentang dapat surat dari PTPTN. Sebelum ni, 12 Disember dapat surat dari Zaid Ibrahim & co. kononnya nak saman dan mintak bayar balik. Saya sedar saya berhutang dengan ptptn ni, bukan saya tak nak bayar. Saya dah dua kali hantar surat penangguhan kerana saya sedang sambung buat master.
Apa yang buat saya bertambah geram, surat peguam tu nak saya tanggung kos guaman RM10, dahla bayar bulan2 RM50 tu sekadar bayar kos pentadbiran sahaja. Macam mana dengan surat penangguhan yang saya hantar tu? Diterima atau tidak. PTPTN sepatutnya hantar surat pengesahan jika dia ada terima surat dari saya. Kesian mak abah saya risau-risau tentang hutang ni. Bukan sedikit, RM21584.84!!! Saya boleh diisytihar muflis!!!
Lepas tu, dahla kena bayar kos pentadbiran, kena pulak charge lagi dengan bank RM2.50! Apa kata, PTPTN wujudkan One Stop Center (OSC) macam kat KL Sentral tu kat setiap ibu negeri. Saya lagi rela pergi ke KT, sambil2 bayar duit loan keta, singgah kat OSC tu berbanding nak kena charge pulak RM2.50. Lepas makan nasi lauk telur goreng dan air sirap satu gelas tuuu...
Sekarang ni pulak, PTPTN hantar surat mintak penjamin tandatangan. Risau abah saya. Bukan saya sorang tau! 5 beradik!! Dahla abah dah tua, nak jadi penjamin lagi??
Saya cadangkan la pada kerajaan, kurangkanla kos pentadbiran tu. RM50 sebulan boleh buat topup tepon untuk setengah bulan tau!!
Saya bertekad dalam diri saya, INSYA ALLAH anak-anak saya nanti, saya akan cuba tanggung sendiri dan tak nak mintak pinjaman. Saya akan usaha dengan tulang 4 kerat saya yang terkehel di sana sini ni untuk masa depan anak-anak saya agar mereka tak terbeban dengan pinjaman yang luarnya cantik dan nampak nak memudahkan, tapi di dalamnya berkulat dan menyusahkan hingga ke cucu cicit!!

Saturday, May 12, 2007

Al-'Ilmu fis Sudur

Al-'Ilmu fis Sudur(betul ke tak ejaan?) satu pepatah yang saya belajar di KISAS. Maknanya, ilmu itu perlulah diingat di dalam hati. Ada sambungannya lagi, "wala fi kutub" yang bermaksud, bukan hanya di dalam buku.
Sempena pesta buku baru-baru, saya pergi selama 2 hari berturut-turut. Bagi saya, walaupun akan ada orang kata saya membazir duit dan masa, saya tidak pernah berfikir begitu. Mak dan abah telah ajar dan didik kami adik beradik, duit kita tak kata membazir kalau guna untuk 3 benda, 1. sedekah 2. beli buku 3. makan (hehehe, my favourite). Walaupun mak dan abah takla cakap terus terang macam tu, tapi kami dapat tengok dari perbuatan depa.
Saya nak cerita dari segi buku lah dalam posting ni. Masa kecik, setiap kali datang hari lahir, mak dan abah tak pernah lupa bagi hadiah. Hadiah-hadiah favourite mak dan abah ialah buku, alat tulis, dan pakaian. Tapi paling selalu ialah buku. Secara tak langsung, tindakan mak dan abah ni membuatkan kami semua suka membaca. Punyalah suka membaca, sampai bila abah bawak kami pi jalan-jalan makan angin, saya akan baca nama jalan, nama kedai, signboard, apa-apa aja yang bertulis. Mak dan abah tak pernah marah sebab bising, malahan depa siap tanya lagi kat saya, "Adik, tu kedai tu nama apa?" "tu yang warna hijau tu apa dia?" Pernah satu kali kami pi KL, saya tak ingat darjah berapa, tapi saya berjaga dalam perjalanan. Abah ikut jalan Selama kedah-Selama Perak. Saya excited sebab ni jalan yang tak pernah guna sebelum ni. Saya baca semua tanda jalan yang ada. Waktu balik, mak lena dan abah drive sorang-sorang. Saya tolong abah baca tanda jalan yang saya ingat dalam perjalanan waktu balik. Abah puji saya sebab ingat dan tak sesat jalan. Kalau tak silap saya, di jalan Selama itu ada jambatan timbang. Tapi sekarang, saya dah tak ingat jalan tu sebab dah ada lebuhraya. Heheheh... Sikap mak dan abah yang menggalakkan kami membaca ni banyak membantu kami dalam pelajaran.
Dulu di koperasi sekolah, ada majalah kecik yang ada kartun ala-ala Doraemon. Setiap minggu pasti saya mintak duit dengan mak untuk beli dan mak tak kisah pun bagi duit untuk itu. Kadang-kadang kalau lupa mintak kat mak, saya dengan muka tak malu pi jumpa abah kat bilik guru, mintak tolong belikan. Kandungan dalam majalah tu banyak yang saya masih ingat. Ada satu segmen dalam majalah tu, katanya khalayan kadang-kadang boleh menjadi kenyataan. Dia tunjukkan bahawa tak mustahil satu hari nanti jam tangan kita ada televisyen kecik. Sekarang jam tangan televisyen dah menjadi realiti.

Antara buku-buku yang saya masih ingat, mak dan abah hadiah pada kami ialah Himpunan Kisah-kisah Lelaki dan Wanita Dalam Al-Quran dan Hadith. Kami ada koleksi dari jilid 1 sampai akhir terbitan syarikat Nurulhas. Setiap kali mak abah beli, kami akan paham-paham giliran, mula dengan Kak Abi, Kakcik, Kakteh dan akhir sekali tentunya saya. Tapi kadang-kadang saya suka potong line kakteh. heheheh, dia jarang marah... Ada jugak kisah Nabi Muhammad mak beli satu set, ensiklopedia satu set, buku cerita mak bagi kat kakteh tajuk "Yang di Atas Lebih baik dari yang di bawah", buku kakcik "Setangkai tak Sebau", buku cerita abah bagi "The Rabbit and the Tortoise", buku cerita "Musang yang Bijak", dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakan buku tu dah rosak kerana banjir besar tahun 2005. Sedih...
Sebenarnya, sifat membaca yang kerajaan dok buat kempen tu takkan berjaya kecuali bermula dari rumah. Ibubapa yang harus mulakan dan tanam sifat itu. Kalau ibubapa pun asyik tidur dan tengok tv, astroguide, katalog AVON je waktu lapang, anak-anak lagi la tak buat apa-apa. Kami adik-beradik tak digalakkan baca komik dan kartun. Tengok cerita kartun pun abah tak bagi.(Tapi saya curi-curi tengok) Saya pernah kantoi dalam kelas Pendidikan Islam dengan Ustaz Ismail sebab baca Doraemon pinjam dari Azwan. Saya pon dah tak ingat kat mana Azwan sekarang, tapi dialah supplier Doraemon kelas kami waktu tu. Nak beli takut kat abah, jadi pinjam jelah.
Balik dari sekolah, abah marah saya sampai abah nangis sebab malu dan geram kat saya yang tak bagi tumpuan dalam kelas. Saya taubat dah lepas tu tak buat lagi. Uiksss, bukan senang nak tengok laki menangis, tambah pulak abah saya. Dan yang paling insaf tu sebab saya yang jadi penyebab. Taubat saya tak buat lagi lepas tu. Jadi Azwan dan kurang seorang pelanggan. Muahahaha...
Saya sendiri bila dah ada duit sendiri sekarang ni, saya lebih suka membeli pelbagai buku dan majalah. Saya belajar untuk lebih terbuka sekarang. Saya baca Mingguan Wanita, The Malaysian Women's Weekly, CLEO, Motor Trading, Novel-novel Alaf21, Novel-novel Creative Enterprise. Tapi semua tu saya pinjam. Saya hanya habiskan duit untuk majalah Dewan Masyarakat, MASSA (sayang, dah berkubur), PC Magazine, Novel-novel sastera dan ilmiah, buku-buku motivasi karya Zig Ziglar, John C. Maxwell, Robert T. Kiyosaki, John Fuhrman, David J. Schwartz, Badiuzzaman Said Nursi, novel John Grisham dan beberapa lagi buku yang serius . Saya ingat lagi seorang sahabat di matrikulasi bila saya bercerita tentang buku-buku yang saya baca dan saya suka. Dengan nada mengejek, dia kata pada saya, "Buku-buku yang awak baca itu, buku karangan Yahudi, Kristian dan Sufi! Awak takkan dapat semangat untuk berjuang dengan membaca buku sebegitu!" Tapi, saya dapat buktikan, dengan buku karangan ahli Sufi lah saya belajar berdakwah dengan kasih sayang dan bukan kebencian. Dengan buku karangan orang Yahudi lah saya belajar menghargai manusia di sekeliling, dengan buku karangan orang kristian lah saya belajar memperbaiki kelemahan diri saya. Dan saya tak pernah menyesal atas segala pembacaan saya, sekurang-kurangnya saya tahu, semakin banyak saya membaca, rupanya makin sedikit yang saya tahu tentang ilmu ALLAH, menambahkan lagi semangat saya untuk banyakkan bacaan saya. Untuk kawan yang berkata begitu, kita lihat, hasil karya siapakah yang awak baca untuk membolehkan awak dapat degree dalam Mechanical Engineering itu? Karya Said Hawa atau karya Anthony Croft?
Sehingga hari ini, apa yang paling buatkan saya gembira dan tenang bila balik Kedah, bila melihat buku-buku dan kitab-kitab yang tersusun di dalam almari gergasi kat ruang tengah, dan berbaring bersama mak lepas solat zohor dengan masing-masing diam dan membaca majalah atau akhbar terbaru. Semoga semangat IQRA' dalam keturunan family kita diwarisi kepada anak-anak kita nanti.
Cakap pasal buku terbaru, saya beli buku Computer Network: A system Approach dari Larry L. Peterson and Bruce S. Davie di Book Fair. Best tau, sebab congestion control dan flow control yang Prof Yazid dok cerita saya tak paham-paham tu ada dalam tu. Saya akan cuba habiskan chapter tu dan review dalam tesis saya. Satu lagi saya beli novel Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara. Lain dari novel dia sebelum ni, sebab ada unsur drama macam Usman Awang punya karya Uda dan Dara, tapi buatkan saya tergelak dengan watak Razlan yang tak habis-habis dengan bunker dan paduka ratu yang gatal menggeletis. Saya juga dah habis baca buku Siddharta karya Hermann Hesse yang telah diterjemah oleh Institut Terjemahan Negara. Apa-apa pun, saya harap saya dapat teruskan hobi saya ni dan saya nak cari duit banyak-banyak sebab saya nak buat perpustakaan kat depan tanah lapang depan rumah saya. Jangan gelak! Saya memang suka berangan, tapi mana tau kan? Impian saya boleh jadi kenyataan. Amin!!!

SELAMAT HARI IBU, MAK!! Selamat hari-hari!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP