Thursday, April 27, 2006

Faedah Drama Cina

Saya rasa para pemimpin nak belajar mentadbir negara boleh lah menggunakan formula dalam drama kantonis TV3 6-7 petang atau RTM2 7-8 malam Isnin-Jumaat. (saya tak dibayar untuk promo ini). Contoh-contohnya:

1. Nak memajukan industri kecil dan sederhana - To Love With No Regrets tentang pembuatan kicap dan perusahaan makan (Dah lepas RTM2)

2. Menjaga kebajikan rakyat - Seeds of Hope tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat, penglibatan syarikat korporat dalam menjalankan tanggungjawab sosial, tanggungjawab keluarga dan masyarakat (Dah lepas TV3)

3. Kecekapan polis - Armed Reaction tentang kecekapan polis, konspirasi dalaman, forensik dan kerjasama polis dan masyarakat (Dah lepas TV3)

4. Pentadbiran syarikat penerbangan (MAS boleh ambik iktibar) - Triumph in The Skies tentang Syarikat Penerbangan SOLAR Airways, kehidupan staf, latihan juruterbang, pramugara/ri, friendship, persaingan, amanah (Masih ditayangkan TV3)

Jadi, bila buka tv pukul 6 tu jenguk-jenguklah TV3. Best dosh!! Sampai family saya dah set dah, pukul 6 sure saya terpacak depan tv. Hanna my niece siap cakap, "Ni cerita Cu Adik!" Wah besar pengaruh saya. Hehehe... Bukan, saya bukan minat pada yang SEPET, juga bukan pelakon SEPET (Sharifah Amani vs Noor Amni). It's just a coincidence. Saya minat yang mata dia macam ni:

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP