Thursday, May 18, 2006

Perjalanan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 1

11/5/2006

Kami berkumpul di Jembal Inn bagi memulakan sessi latihan. Very disappointing!! Dah berkumpul sejak 5hb tapi latihan masih belum mula, fakta kes belum susun. Malam tu saya mengerah mereka untuk berlatih. Hmm... nampaknya ada kekurangan dari tahap yang biasa, tapi masih boleh dibaiki. Selepas latihan dalam pukul 2.15 pagi, buat keja gila beramai-ramai, makan tengah malam. Seperti biasa diketuai oleh Gary dan Rais. Biasa lah, bab makan-makan sure depa berdua jadi ketua.. ihikss...

12/5/2006

Semua berkumpul untuk bertolak naik bas dalam pukul 10 pagi. Alhamdulillah, perubahan yang baik untuk team KUSTEM, kerana mula berubah ke arah lebih punctual. Respek lah Syahmi!!
Dalam bas, tak larat nak melayan kerenah mereka, dengan lawak bodoh, lawak spastik tapi menghiburkan, buat saya terkenang zaman saya sebaya mereka dulu. Bermula sebagai researcher dan tukang angkat kotak, kepada pendebatuniversiti, dan sekarang dah naik satu tahap lagi, jadi HAKIM! Diulangi, jadi HAKIM!! Lawak juga rasa, tapi insya ALLAH saya akan cuba buat yang terbaik.

Kami tiba di UiTM Dungun sebelum waktu solat Jumaat, so, masa orang lelaki solat, sempat la saya tidur sekejap. Dalam 2.30 ptg, Syahmi telefon ajak keluar makan. Kami ke bandar Dungun makan di gerai yang ada di situ. Yang seronoknya senior-senior dan sifu pon turun. Abg Achoy, Abg Anep, Kak Ecah, Abg Zahirin dan isteri Abg Achoy, Kak Yat dan baby mereka Danish. Seronok sangat rasa.

Balik ke UiTM dan petang tu ada taklimat untuk hakim oleh Abg Achoy, Abg Anep dan Abg Zahirin. Saya dah nampak ada beberapa pasang mata kurang senang masa sesi suaikenal bila saya kenalkan diri dari KUSTEM. Tak faham saya kenapa perlu menyampah dengan KUSTEM. Kalau mahu merampas piala itu, lakukanlah dengan profesional dan tunjukkan kelebihan pasukan. Lebih mengejutkan UiTM Dungun menghantar 4 pasukan bagi setiap kategori. Nampak sangat mahu monopoli. Alahhh, tak kisahlah. Mereka kan penganjur. Asalkan jangan main kotor sudah.

Malamnya ada taklimat untuk peserta. Saya turut serta dan selepas itu keluar dengan Madam Azida dan Uzair untuk beli makanan. Lapar betul adik-adik ni. Takpe, duit makan KUSTEM bayar. heheheh.. Makan lewat malam lagi kami malam ni. Sambil makan kami bincang strategi untuk esok. Saya tumpang tidur di bilik Laila, Ila dan Mai sebab takut tidor sorang dan tolong mereka susun fakta kes untuk esok. Selesai semua, kami tidur pukul 3.00 pagi.


bersambung....

1 comments:

Anonymous 4:16 PM

hye... nape tak abiskan perjalanan debat PISZA..camner pun tahniah utk team KUSTEM..tup2 lagu BERHENTI BERHARAP..waktu mlm kebudayaan..anyway aku raser sistem penghakimam tak telus lorr..klu nak diikutkan naper perlu ambik juri2 dari x-student uitm dungun.. anyway.. team aku cam malas dah nak antar lg next year..tgklah camna nanti...jumpa lg..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP