Tuesday, April 18, 2006

hijrah pemikiran.. suatu yang dinantikan

Tahun-tahun lepas, dan yang pasti akan datang juga, rakyat malaysia terus dengan tema yang sama dan komen2 yang sama apabila ditanya 'apakah erti kemerdekaan' iaitu 'negara yang bebas dari penjajahan.'

Apa bila bermulanya tahun hijrah, itu itu juga yang timbul, hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Sedangkan kita semua tahu apabila sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku, yang perlu kita nampak mulanya di permukaan ialah peristiwa itu sendiri secara zahiri, namun perlu kita selami ke dasarnya untuk memahami secara maknawi.

Apalah hikmahnya kemerdekaan dan peristiwa hijrah Junjungan kita? Menunjukkan kita mampu untuk berubah dan mampu menegakkan negara, mahupun pendapat kita, mengikut acuan kita sendiri. Mungkin mengikut acuan penjajah kita perlu terus menggunakan undang-undang mereka, tapi bila kita sudah merdeka, itu bermakna kita merdeka untuk menentukan undang-undang apa yang kita mahu gunakan, acuan bersegi yang bagaimana yang boleh kita guna untuk mencantikkan kuih demokrasi negara kita.

Hijrahnya Rasul telah menjadi satu anjakan pemikiran kita. Berhijrah dari menurut kata orang lain kepada menurut kata hati kita dengan petunjuk yang benar sepanjang zaman iaitu petunjuk dari ALLAH.

Inilah yang ingin saya jelaskan dalam posting saya kali ini iaitu perlunya hijrah pemikiran kita. Telah lama hijrah pemikiran ini kita sebut-sebutkan, tapi belum ada yang berani di dalam negara kita mahu merealisasikannya. Mungkin ada secara sedikit-sedikit, bukan secara total. Namun cukuplah itu sebagai penggerak ke arah matlamat yang kita tujui.

Melihat kesengsaraan rakyat melalui pelbagai program, yang ditayangkan di kaca televisyen mahupun yang ditayangkan di hadapan mata sendiri apabila pergi melawat kawasan-kawasan penempatan rakyat berpendapatan rendah, mencetuskan kesedaran di hati, sama ada tidak wujudkah hijrah mereka yang tinggal di situ atau pemimpin yang tidak hijrah pemikiran mereka untuk membantu rakyat tanpa mengharap pulangan undi yang ditaburi kes-kes rasuah?? Betapa pun kita sebagai rakyat biasa meluahkan melalui tulisan-tulisan di internet ini yang entah dibaca atau tidak oleh para pemimpin kita, atau melalui apa jua cara, adakah berlaku perubahan yang kita harapkan itu?

Sebelum mengharapkan berlaku perubahan itu di luar, perlulah kita ubah diri kita dahulu, kerana untuk membina sebuah negara Islam itu, kita perlu membinanya di dalam hati kita terlebih dahulu. Islamkan hati kita, niat kita, nafsu kita, tindak-tanduk kita. Kemudian Islamkan keluarga kita, kawan-kawan kita, saudara-mara dan kenalan-kenalan kita. Pengajaran yang diperolehi dari Multi Level Marketing, seorang cari dan ajak 3 orang masuk, kemudian 3 orang cari lagi 3 org, jumlah sudah 10 orang. Apabila dicari lagi, maka makin bertambah downline kita. Itu juga boleh dilakukan dalam proses Islamisasi ini. Islamkan hati dan kehidupan kita, Islamkan keluarga kita. Kemudian cari lagi kawan-kawan kita.

Dari kesungguhan itu Islam pasti berkembang. Insya ALLAH, kita sama-sama cuba pakai kaedah MLM** ini. Tak salahkan kita guna cara yang baik??

Sedikit catatan dari usrah di KISAS:
Ke arah mewujudkan negara Islam perlulah
1. Individu Muslim
2. Keluarga Muslim
3. Masyarakat Muslim
4. Jamaah Islamiyah
5. Negara Islam

Pinjam kata-kata Abg. Mirul dan Kak Elin dalam Omegatrend: JOM KITA BUAT SAMA-SAMA!


footnote:
** kalau tak silap saya Datuk Seri Rafidah Aziz telah guna cara ini untuk menarik golongan wanita menyertai wanita UMNO.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP