Sunday, June 11, 2006

A new brand me...

Hari ni saya bangun dengan sangat bermotivasi. Saya pon tak tahu kenapa, tapi selepas TAMPARAN semalam, saya sedar, manusia berkehendak, tapi kehendak manusia, taklah sepenting kehendakNYA.

Sementara tunggu housemate saya bersiap, saya buka TV3, ada Motivasi Pagi oleh Dr. Shukri Abdullah. Tertarik dengan apa yang beliau perkatakan, saya keluarkan dreambook saya dan catit. Pagi ini tentang visi.

Ada satu cerita, di suatu tempat ada 3 orang lelaki. Kerja mereka ialah mengangkat dan menyusun bata di tempat yang sama. Bila ditanya kepada lelaki pertama, "Apakah pekerjaanmu?" Dengan wajah yang masam dan ekspresi muka yang meggambarkan kebosanan, lelaki itu menjawab, "Kerja apakah lagi yang mahu aku lakukan. Inilah, mengangkat dan menyusun batu bata sahaja!!." Lelaki kedua juga ditanya,"Apakah pekerjaanmu?" Beliau dengan wajah yang sedikit ceria menjawab, "Kerjaku mengangkat dan menyusun bata, mencari rezeki, menyara keluarga dan memberi nafkah untuk keluargaku." Begitu juga lelaki ketiga ditanya, "Apakah pekerjaanmu?" Beliau dengan wajah yang gembira dan bersungguh-sungguh menjawab, "Aku mengangkat bata dan menyusunnya, agar menjadi bangunan. Dan kebetulannya, bangunan yang aku sedang bina ini ialah sebuah masjid. Aku berharap, apabila ada orang beribadah di dalamnya, aku mendapat pahala dan ganjaran dari ALLAH, selagi masjid ini digunakan orang ramai."

Perbezaan ketiga-tiga lelaki tadi ialah visi masing-masing. Yang pertam tiada visi langsung!! Kerana itu hidupnya kebosanan. Setiap hari melakukan ritual yang sama. Lelaki yang kedua mempunyai visi, tapi hanya bersifat sementara. Bagaimana jika beliau tidak mempunya sesiapa? Pasti beliau juga akan menjadi seperti yang pertama juga. Yang ketiga adalah yang terbaik dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadi seperti beliau. Apa-apa sahaja usaha, perbuatan dan amalan disandarkan padaNYA pasti membuatkan hati kita tenang dan kita akan redha. Tambahan pula jika kita niatkan untuk kepentingan umat ISLAM bersama.

Apa yang Dr. Shukri sebutkan lagi, guru-guru di sekolah harusnya meniatkan tugas mereka sebagai pendidik kepada pewaris negara. Hairan juga kenapa wujudnya guru-guru yang malas dan membuat kerja sambil lewa dan sekadarnya, sedangkan begitu besar tanggungjawab mereka.

Setelah berlaku TAMPARAN semalam, saya rasakan setiap detik dalam hidup saya hari ini sebagai peringatan kepada saya. Bangun pagi, saya diberi motivasi di TV3, sampai di kampus saya ternampak satu wisdom depan pintu bilik pensyarah. Selama ini saya melalui hadapan biliknya, tak pernah saya terperasankan wisdom tu, tapi hari ini agaknya saya telah terjaga hasil TAMPARAN itu, baru saya terperasankannya. Berikut saya petik wisdom words dari depan bilik pensyarah saya.


Menuntut ilmu ialah TAQWA,
Menyampaikan ilmu ialah IBADAH,
Mengulang-ulang ilmu ialah ZIKIR,
Mencari ilmu ialah JIHAD.
(Al-Ghazali)


Dari buku Sun Tzu & Management karya Khoo Kheng-Hor pula, saya mendapat satu lagi wisdom words. Buku ini saya pinjam dari pakcik AT.

Know yourself, know your enemy, one hundred battles, one hundred victories (Mao Tse-Tung)


MASYA ALLAH, TABARAKALLAH.. Banyak betul peringatan dari ALLAH. Dan banyak juga perkara yang menenangkan yang diberinya, sama ada dari manusia lain ataupun alam sekitar. ALHAMDULILLAH...

p/s: Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak kau sukai tapi sebenarnya ia adalah yang terbaik buat mu, kadang-kadang sesuatu perkara itu kau cintai sedangkan itu bukanlah yang sebaiknya buat mu. Terima kasih buat kak teh, Roslan, pak long, kak su, fiza, sal, sarah, wana dan haiqal. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian. Dan DIA juga sebaik-baik peneman dan penghibur.

2 comments:

~albazrah~ 5:37 PM

Alhamdulillah... semoga Allah merahmatimu adikku.

Anonymous 12:54 PM

salam...
dah dapat rumah baru kan? baiti jannati :)

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP