Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, April 03, 2008

I LOVE DEMI AND DEBAT SO MUCH!!



We sharing, caring and loving each other...

Tuesday, January 22, 2008

Hanya ALLAH Sebagai Pelindung dan Pemelihara

Petang. Saya dapat SMS Kak cik. Mak abah eksiden. Ada keta langgar dari belakang.
Mee dalam pinggan tak dapat ditelan. Air laici rasa macam pasir.
Saya telefon mak. Pelik!! Cerianya suara? Tak macam kena eksiden pon?Tiba-tiba terfikir, patutlah mak beria-ia suruh saya balik mintak kerja di Kedah, mungkin saya boleh balik kerja di sana. Boleh saya jaga mereka. Insya ALLAH...

Alhamdulillah, kereta hanya rosak bumper, tapi masih boleh berjalan. But, my parents... =) They are such a dear. Boleh pulak berkawan dengan orang yang langgar tu. Orang tu satu family dengan kereta Wira. Tapi kereta dia kena baiki dulu kat Ah Chai. Abah ajak depa satu famili balik solat kat rumah. Lepas maghrib mak n abah hantar dia sefamily balik rumah depa.

Abah dan mak dapat kawan baru.. =) My parents are very sweet, they turn hatred into love... I try to be like them too, insya ALLAH...

Sunday, December 02, 2007

Prof Kamil, Debat Diraja, Family DEMI, Adab dan Santun

Dah seminggu tak blogging. Pegi Royal Debate di UiTM Shah Alam. So, kena rangkumkan posting kali ni selama seminggu.

1. Prof Kamil jemput ke rumah dia. Sempena saya pergi ke Shah Alam, sempat lah singgah makan2. Paling best sekali Cheese Cake kak Roza. Puding tu pon best. Layanan? 5 star! Thanks Prof Kamil n Family.

2. Seminggu di UiTM untuk Royal Debate. Jadi juri untuk debat BM. Saya melihat peningkatan yang agak ketara bagi UMP dan USIM. Ditakdirkan UIAM menang melawan UM di final. Tahniah UIAM. Namun, jauh di sudut hati saya, saya kurang senang dengan kebongkakkan pendebat di sesi penggulungan. Ada sesetengah orang cakap itu adalah keyakinan. Namun saya berpendapat itu adalah kebongkakkan apabila kenyataan itu diluahkan pada akhir penggulungan. Semua yang ke sana tahu apa dan siapa yang saya maksudkan. Selaku seorang bekas pendebat dan kini ahli Alumni Debat Malaysia (ADAM), saya rasa pendebat2 tidak perlu bersikap angkuh dan sombong walaupun anda terpilih sebagai Idol Mahasiswa sekalipun, jika anda merendah diri, di sisi ALLAH itu yang lebih utama. Mungkin adik2 pendebat tidak sedar, dalam kita berdebat, pelbagai faktor lain perlu diambil kira. Isu ini akan saya sentuh sekejap lagi.

3. Kelab DEMI UMT lebih dikenali di kalangan ahli2nya sebagai Keluarga atau Family Demi.
Alhamdulillah, dari dulu hingga sekarang ukhuwah dan persaudaraan ahli2nya masih lagi kukuh. Cuma jika ada selisih faham tu, haruslah ditangani dengan cara yang bijaksana. Saya bersyukur dengan wujudnya Family DEMI ni. Sebab hari tu saya dan adik2 ni keluar ke Monsoon Cup sebab banyak gerai yang buat sale. Tapi 2 kejadian sedih menimpa saya. Kasut saya baru beli di Vinci Mid Valley last sunday RM45 hilang di tangga Masjid Abidin. Menangis saya masuk kereta tanpa kasut. Zenita dan DJ teman saya pegi beli kasut baru kat VISS. Melayang RM39. Lepas makan malam kat Mayang Village, kami nak balik ke hostel. Tiba dekat kereta, bumper kereta saya jatuh ke bawah kesan langgar dan lari. Sekali lagi saya nangis kat situ. Fizah, Zenita, DJ dan Fadz yang pujuk saya. Sedihnye!!!! Nape orang2 kat Terengganu hari ni jahat? Dah la curi kasut kat masjid, pahtu langgar lari pulak kereta saya! Masa saya langgar keta pakcik mana tah pakai keta sewa dulu, saya tunggu sampai pakcik tu datang dan bayar gantirugi tau! Dosa la korang! Saya dah maafkan pencuri dan pelanggar tu. Tapi hati saya sedihla sebab nampak sangat masyarakat Malaysia tak beramadun dan tak bertanggungjawab. Patut ramai orang suka tulis surat layang dan jadi anonymous di blog2. patutnya kita berani menyatakan nama kita. Takpelah, buat si pencuri dan pelanggar, saya maafkan kamu. Tapi kamu jawablah depan ALLAH nanti di padang Mahsyar kerana kamu berlaku zalim pada orang terutama student sengkek macam saya. Huwaaaaaaaaaa!!! Buat adik2 DEMI, thanx a lot. Moga ukhuwah kita kekal selamanya.

4. Santun dan Adab. Ini antara nilai2 yang semakin hilang dalam diri kita. Terutamanya dalam generasi pendebat zaman ini, yang konon2nya mengatakan kita harus praktis sokmo berdebat dengan belajar membidas dan melaser. Sesungguhnya adik2, pemahamanmu itu salah, laser melaser itu bukan membentuk generasi pendebat yang baik, tapi melahirkan manusia yang kurang ajar dan biadab. Contoh: Kakak A menyatakan, "Cantiknya baju anak dara ni." Kakak B menjawab, "Habis, yang bercakap tu tak ada dara kah?" Malunya adik2.. Adakah itu contoh bidasan yang tepat dan wajar sesuai dengan ilmu selaku pendebat dan muslimah? Isu dara atau tidak seseorang itu isu maruah. Tambahan diucap dihadapan lelaki ajnabi. Hilang sudahkah rasa malumu? Sekiranya anda ingin membidas sekalipun, cukplah sekadar mengatakan, "Itu puji ke perli tu?Heheh" Sekurang2nya tiada hati yang terguris. Sebagai pendebat kita diajar dan dilatih untuk menilai dan mempersoalkan segala kesilapan dan kelemahan pihak lawan. Namun, yang menjadi pengamalan para pendebat Junior ini, ialah mengutuk2 kekurangan fizikal. Bila kita mepersoalkan kekurangan fizikal seseorang sekaligus kita mempersoalkan hasil ciptaan ALLAH. Kita selaku pendebat belajar membidas kesalahan fakta, bukan saiz badan, warna kulit, bentuk hidung, suara mahupun kelemahan peribadi manusia.
Jadilah pendebat yang bijak, beradab dan bersantun. Menghormati orang akan membuatkan kita dihormati. Mengeji orang akan membuatkan kita dikeji. Jadi lah Mahasiswa yang pandai berdebat dan intelek. Sesuai dengan nama keluarga kita, Keluarga DEbat dan Mahasiswa Intelektual, UMT.

Wednesday, September 19, 2007

Sami Yusuf - Al Mu'allim

Lirik ni untuk kakak fauwaz

Al-Mu'allim
Album : Al-Mu'allim
Munsyid : Sami Yusuf
credit to: http://liriknasyid.com


We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we?ve shamed ourselves
We?ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we?ve wronged ourselves
What will we say in front of him?
O Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he?d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Monday, September 17, 2007

Kisah Bunga Api dan Mercun

Pernah masa umur 5 tahun ke 6 tahun tah kalo tak silap, ada beli bunga api. pahtu nak main bunga api tu dengan kak teh pagi2 raya. Baju raya dah cantik tu, takut mak marah pulak kan bila kena serbuk bunga api. So, kami 2 orang ni sorok2 main bunga api tu dalam stor tempat basuh kain kat belakang rumah. Tengah2 best main dua2 orang, saya terpijak bara bunga api tu. Saya tak pakai kasut sebab stor tu simen ja. Apa lagi menangis la saya sebab kaki dah berlubang. Kakteh menggelabah jugak la... Tapi kami tak bagitau kat sapa2 pon sampai sekarang. Heheheh... tak pasal2 kang kena marah. Kakteh senyap2 ambik minyak gamat tolong letak kat kaki saya. Raya hari tu spoiled sikit la sebab tak boleh pakai kasut raya.

Masa darjah 3 pulak, saya dengan sepupu, kak long pegi beli mercun gasing. Senyap2 balik simpan celah2 lipatan baju kat rak baju kami. Kak long balik sekolah kat Jitra waktu tu sebab mak dia balik bersalin. Seronok rasa nak main mercun tu. Tapi tak tau sapa tolong bagi kantoi dengan abah. Ada la tu sapa2 tu yang repot. Geram sungguh rasanya! Abah pulas telinga dua2 orng. Huhu.. Sedih, dah la 1 biji mercun tu 50sen. Beli 3, tiga2 abah rampas. Yang tak best nya, abah suruh kak cik pulak yang cucuh mercun tu!! Tah puas hati betul laaaaa....

Bila dah besar2 ni, ada jugak main mercun dan bunga api dengan kawan2. Kat matrix pernah, kat KUSTEM pon pernah. Haha, sekali sekala nak jadi budak2 balik. Tapi saya pulak naik risau tengok anak2 menakan main bunga api. Agaknya macam tu la perasaan mak abah dulu kan?

Muammar pon pernah kena bunga api gak. Kat tepi mulut lagi. Heheh.. Dia balik main kat Air Hitam. Nak main kat Jitra tak boleh, abah tak bagi. Lagi pon asap bunga api tu bagi batuk. Cucu batuk, tok wan dia lagiii la batuk kan??

Anyway, ni gambaq masa sambut besday Ziyad. Kartun atas kek tu muka macam muka Ziyad lah. Heheh...

Dari kiri: Syuhada (anak jiran), Nuha (tak sabar nye nak makan kek ni!!), Hanna (tak mandi n pakai baju tido pon buleh makan kek jugak tau!), Didi (nasib baik Didi lagi tinggi dari Hanna), Ziyad (kek ni abg yang punya! Semua kena tunggu abg!), Damya (heee, mya la yang calit sikit aising kek tu, nampak dak?heee...), Muammar (besday aku nanti nak letak toy ni pulak atas kek), Ayman (ish2, geram nih, bila buleh makan ni?), Kakak Fauwaz (tak pa, sabaq, Najlaa bukan makan pon kek, nanti kakak amik kek dia. Hehehe, upah dukung!) dan Najlaa(ait!!Awat ramai sangat orang ari nih?).


Monday, August 20, 2007

Nervous Breakdown!!

Banyak benda jadi hari ni.

1. Bincang ngan En. Zai tadi kena submit paper untuk seminar postgraduate sebelum 1 Sept. Seminar pada 11 Sept. Format IEEE. Nak wat tajuk apa ye? (sapa2 pandai network, TOLONG!!)

2. Pejam celik pejam celik lagi 4 bulan kena habiskan master. Kalau tak, akan timbul masalah kewangan. Lepas ni dah kena jimat cermat. Tak boleh balik Kedah selalu. Insuran keta bulan Nov. Road tax lagi. Terpaksa cari keje part time plak. En. Zai nak tolong. Tapi ajar Database sem depan tu just dapat RM600 je. Kena la ikat perut. Nak bayar keta n nak saving utk kawin lagi. Prof Yazid ada cakap suruh jadi RA dia. RM1500. Harap2 dapat la.

3. He say sumthing yang menakutkan!! Nak nangis!!! Too early laa.. Banyak lagi cita2 tak tercapai nih. Cana nih.. nangihnangih

4. Stuck dengan analysis. PC wat hal lagi. Tak detect hard disk plak!!! marahmarah

5. Student 'menari ronggeng' coz kelas kena batal 2 minggu berturut2 sebab nak pegi konvo kak teh. Heheh.. Hepi ye?? Nah, amik korang assignment untuk 2 minggu. Hahaha... setansetan Don't play play with me sengihnampakgigi

6. Nak stop blog coz nak tumpu writing thesis. Tapi, blog ni lah tempat nak lepaskan segala yang terbuku. Nak mengelak dari buang masa mungkin kena stop blog hopping. Huhu...

7. Rabbi Yassir, wala tu'assir. Rabbi tammim wa kammil bil khayr.. Ilahi Anta maqsudi wa ridhaka mathlubi, waghfirli kulli zanbi..

8. Insaf tgk ada satu family OKU pagi tadi naik motor roda 3. 4 beranak. Anak 2 org bawak motor. Bawak mak ayah kat compartment tepi kiri motor dia. Huhu... Nak nangess.. Rasa cam nak bagi tumpang aje. Tapi haluan lain2.

9. Nak dengar nasyid arab best2 boleh bukak blog saya lagi satu. Blog Lirik Nasyid.

10. Abah cakap kalo rindu cepat2 balik jumpa abah. Balik peluk abah n teman abah. Huwaaaaaaaa!! Lagi la breakdown arini. Huwaaaa!! Nak balik recharge semangat la depan mak abah.

11. Makna nervous breakdown dari web http://www.mayoclinic.com/health/nervous-breakdown/AN00476:

The term "nervous breakdown" is used by the public to characterize a wide range of mental illnesses. Nervous breakdown is not a medical term and doesn't indicate a specific mental illness. Generally, the term describes a person who is severely and persistently emotionally distraught and unable to function at his or her normal level.

Often, when people refer to having a nervous breakdown, they're describing severe depression. Signs and symptoms of severe depression include:

  • Agitation or restlessness
  • Difficulty or inability to stop crying
  • Sleeping difficulties
  • Dramatic appetite changes
  • Indecision

The causes of mental illness usually aren't clear. But these factors may play a role:

  • Stress
  • Drug and alcohol use
  • Coexisting medical conditions, such as thyroid disorders and certain vitamin deficiencies
  • Genetics

Currently having all those 5 symptoms. Too much stress. Too much pressure. Too much hope. Too much work. I think I must have a break. I must go somewhere else where only me, and mother nature. I must recharge to survive.
ALLAH! Help me!Please help me, your poor slave..

Tuesday, August 07, 2007

Posting Cover Cerita Seminggu

Balik kedah 1 week. Best sangat2 cuti kali ni. Tapi tak sempat pi mana-mana sangat coz bz dengan family je. Ada ke patut balik2 ke lab ni depa tanya, "Amni balik bertunang ka?" Muahaha.. gelak guling-guling!! gelakguling

Hari pertama balik tu, dok bz tolong abang Yus bawak baby pi ambik darah coz jaundice. Nasib baik darah dia dah ok.. dah turun sket.. Tapi bengang dengan nurse tu coz picit2 kaki Naseem macam dia perah santan dengan alasan darah takmo kuar banyak. Menangis2 la Naseem. Muka abang Yus dah merah cam bengang ja. Saya plak cam biasa la, bukan buleh tengok orang nangis, dengan saya2 skali kuar ayaq mata.. Huhuhu.. Mengulang kisah bawak Habil pi cucuk, mak dia tak nangis, saya yang bengkak2 mata... Soooo drama queen kan?? malu

Petang tu bawak mak and abah pi tengok tokwan. Sian tokwan tak boleh bangun. Dia suruh urut n sapu2 kaki dia dengan minyak. Sorry la tokwan, adik memang kalo mengurut, sure tekan kuat punya! Tapi tok wan takmo kuat2, mengerang lagi dia.. "Adoila.. adoilaa... sudah, sudah!! HUHUHU!!!" Takpa2, len kali urut tokwan jgn kuat2, tokwan tak tahan sakit. Abah tak pa la...

Cerita pasai makan pulak. Mai mood rajin, cuba resepi dari Lily pulak. Puding Roti. Simple dan sedap. Tapi tak jadi!! Huhuhu!! ketukmejeketukmeje Awat tak jadi? Kurang gula jadi tawar macam makan roti saja. Abang Yus suruh modified, letak air gula merah macam makan puding karamel. Or letak aiskrim cam banana split. OK la, boleh la nak dimakan. Tapi kak teh tu, tawar2 pon puji kata sedap! Bodek ka?? jelir

Ada satu hari tu malas nak masak sayur2 yang dibeli dari pasar, so suggest kat mak, buat gulai daun Juaq saja. Sudahnya, kakteh yang kena buat. Hehehehe.. Ok2, sedap laaa... Tambah lagi dengan Daun Ginseng Masak Kicap. Semua ulam2 amik sekitar rumah saja. Jimat hari tu. Ada jugak masak Tempe+Suphun+Kentang. Hmm, masa buat yang tak garing habis licin, bila buat yang garing tak habis pulak sebab abah sakit gusi kalau garing n keras. Sian abah.

Hari apatah tak ingat, try buat kuih keria pulak. Isk2, terlajak tepung sikit. Jadi liat. Tapi rasa dia okla. Cuba nak buat frosting macam Kak Eyta ajar, tapi tak tunggu sampai betul2 pekat air gula tu dah masuk kuih, so, frosting tak jadi berkeping2, tapi jadi gula halus pulak. HUH! 2 kali tak jadi!! Takpa, abah n mak makan jugak dan cakap lain kali buat lagi. Lagi sikit lagi, jadi lah tu.. Semangat ni. Kak teh pon tolong so rasa semangat sket.

Hari Jumaat teman kakcik n anak2 menakan pi Aloq Staq beli buku n hadiah untuk besday Najlaa. Jadi bendahari untuk kak Zah. hehehe... Tolong atur duit untuk belanja anak-anak. Nasib baik cukup. Dan sebagai bendahari yang punyai kuasa veto ke atas kewangan Kakak, Abang dan Didi, saya kontrol duit depa untuk benda2 yang betul2 penting saja. Abang Ziyad cam biasa la, nak konar2 jugak. Huhuhu... Takde2, Cu dengan garangnya takbole telah menetapkan hanya buku2 yang berfaedah saja boleh dibeli. Buku Disney, Katun2 tak boley!! Novel cintan2 tak boley!! Kakak beli buku motivasi, Didi beli kamus bergambar dan buku kisah tauladan dan lastly Abang Ziyad beli buku Crossword Puzzle untuk improve English dia dan 1 buku kisah remaja Islam ke kalau tak silap. Haha.. Sungguh VETO diriku, seperti US yang menguasai IMF hingga PBB pon tabley buat apa2... Hahah... setansetan Saya pon beli satu buku, tu pon hutang dulu dengan kakteh. Huhu.. Personality Plus, by Florence Littauer. Dah habis baca. Dan akan diamalkan insya ALLAH.. Saya akan lebih menghargai orang-orang disekeliling saya lepas ni. Another Paradigm Shift, cuma harap tak jadi hangat2 tahi lembu depan Taman Desa Perwira, Pantai Tok Jembal dahle.. sengihnampakgigisengihnampakgigi

Merancang dengan kakteh nak pi KL dengar kuliah Habib Salim, tapi demam dan selsema. Blood pressure rendah. 100/60. Patut pening2, maybe bz sangat n dok ngadap pc kat kampus dari pagi sampai tengah malam. Harap2 kakteh balik nanti tolong cerita na??

Pagi ni nak start keta nak mai kampus, tiba2 keta bunyi dengan sangat kuat. Tension nya!! Rupanya bateri dah kong. Tableh nak buat apa laaa... Melayang RM130. Tu pon pinjam dari anis, coz UMT lom bank in duit bulan Julai. Apala... UMT ni bab mintak duit nak cepat2, bab nak bagi duit, ade je alasan nya. Tak caya, try tanya Loque, nak pi present paper kat International Conference wakil U pon kena pakai duit sendiri. Takde bajet. Dah dok perabih bajet kat karpet baru, cat baru dll. Mana nak ada duit nak bagi untuk student kan? Even budak2 debat nak pi debat Alam Sekitar baru ni pon depa kata pegi sendiri, takde transport. Bas parking banyak2 depan BS tu buat tukun tiruan laaa... Berkarat la kat situ. Beli coaster sampai 2 bijik, tapi driver tanak tambah. Macam mana student nak buat aktiviti? Terpaksa team UMT tumpang satu bas nak pegi UPM. Hampeh!! Sian adik2 ku itu.

Kalau nak cerita lagi, panjang lagi. Tangan dah letih menaip. Tapi nak mintak la bantuan dari sesapa yang sudi dan ada duit lebih nak bagi kat FORKAD (Front Anti Murtad) Terengganu. Sebab nak agih bantuan pada umat Islam yang memerlukan. Sian sangat ni. Sampai ada di antara depa ni terima bantuan dari gereja. Kesian pada saudara seIslam kita. Sebarang sumbangan boleh kontek saya kat email : zirwatulhanna (at) yahoo (dot) com. Insya ALLAH ada saham kita kat akhirat kerana nak selamatkan aqidah sedara2 kita ni. Ehem.. Rasanya ada kot yang tak bayar zakat pendapatan lagi kan?? Boleh la sumbang2 kan ye?? Terima kasih.

p/s: Boleh jugak refer kat blog amdang81.

Thursday, July 26, 2007

Cikgu Pukul Anak: Wajar ke?

Selalu sangat dengar tentang pukul-pukul pelajar ni. Jadi isu negara pulak. Nak tangani masalah disiplin kena kerjasama semua pihak. Kerajaan, sekolah, guru dan ibu bapa. Semua pihak kena jalankan tanggungjawab masing-masing n tak boleh tuding sana, tuding sini.

Cuba cek balik, cikgu tu takkan tak pasal-pasal dia nak marah budak kalau budak tak buat salah? Mesti ada sebab. Budak2 pulak, dia buat salah pun mesti ada sebab jugak. Takkan tak pasal-pasal dia nak ponteng kelas, tak buat kerja rumah dan sebagainya? Kita kena cek semua benda. Mungkin dia tak siap kerja sekolah sebab sibuk tolong mak kat rumah, jaga adik, buat kuih dan lain-lain. Mungkin jugak pengaruh kawan macam dalam iklan kat ERA.fm.

Kita kena cek satu-satu semua masalah ni. Cikgu pulak nak pukul pun kena tengok la pukul kat mana. Kalau main tampar kat muka mmg tak boleh terima la.. Buatnya sekali tampar terus pekak budak tu nanti. Kalau nak pukul pun agak-agakla... Jangan la sampai patah riuk budak tu. Teringat abah pernah cerita, ibu bapa zaman dulu, kalau hantar anak pergi sekolah jumpa cikgu, dia akan cakap, "Cikgu, kalau anak saya ni ada buat salah, tak nak dengar kata, pukul aje cikgu. Jangan sampai patah sudah le!"

Acah aje tu, sebenarnya cikgu pun tak sampai hati nak pukul kecuali melampau sangat. Cikgu-cikgu zaman saya dulu pun, pukul-pukul sayang je. Cuma nak ajar agar rasa takut dan hormat. Cikgu Barishah dulu suka pukul pakai pembaris panjang satu meter. Cikgu Gayah suka pulas pusat.. Uiiii... gerunnn... Nasib baik tak pernah kena. Kalau arwah cikgu Gayah suruh hafal sifir, biar la tunggang terbalik macam mana pun, nak jugak hafal, tak pasal2 kena pulas pusat nanti. Naik darjah 3, dengan cikgu Halim pulak. Pon jenis ketuk tangan pakai pembaris 1 meter. Darjah 4, abah sendiri ajar. Heheheh.. Memang tableh main2 la... Tapi Sir Rahim garang jugak. Kena jemur luar kelas kalau tak siap homework. Rasanya, biasa je cikgu denda ni. Untuk mendisiplinkan budak jugak kan??

Saya dulu pernah kena kurung kat luar rumah. Lepas pukul 7 memang dah kena masuk rumah. Satu hari tu ralit main dengan hadi dan huda. Kena kurung kat luar rumah sama-sama ngan sepupu, kak long. Menangis-nagis merayu kat mak nak masuk. Mak tak bukak. Kakak-kakak pon dok senyap dalam rumah, abah pon pakat sekali dok diam tak bukak pintu. Huhuhu.. Rasa macam kena abandon betul waktu tu. Tapi memang insaf la... Taubat dah tak buat. Sebelum pukul 7, memang masuk dok senyap dalam rumah prepare untuk maghrib. Sampai sekarang jadi amalan. Pukul 7, memang masuk rumah.

Untuk menyelesaikan perkara ni, ibu bapa dan guru serta pihak sekolah perlu ada hubungan yang erat. Walaupun abah ngajar sekolah yang sama dengan saya dulu, abah tak bagi muka. Kalau silap, tetap silap. Kalau balik ngadu kat mak, mak tambah lagi kena cubit. Padan muka.

Tak caya cuba tengok balik cerita 'Anakku Sazali' kalau anak ni kita tak ajar betul2, asik ok ok kan je cakap dia.. Last2 jadi macam Sazali la.. "Bapak hanya percaya apa sahaja yang Sazali katakan.." "Kerana bapaklah Sazali jadi begini!" "Apa yang bapak tahu hanyalah berkata "Anakku Sazali..."!!" "Sazali mahu duit, bapak bagi, apabila Sazali besar..." dah dah.. sambung sendiri..

Nak ke anak2 kita jadi macam Sazali?? Kalau taknak ape lagi, balik la jenguk anak2 kat rumah dan bina hubungan dengan pihak sekolah. Ingat la, anak-anak pewaris bukan sekadar di dunia, tapi amanah yang akan dipersoal di akhirat.



p/s: Dari kiri: mad nor(anak raihan), nuha, hanna, cu :D oh ya.. nama anak sedara baru, naseem wajdi. ntah sapa kasi.. oklah, sedap nama tu. tak sabar nak balik tengok baby baru!

Wednesday, July 18, 2007

Puasa Sunat

Ya, memang saya ada terima email dari kawan saya tentang puasa Rajab yang tidak ada asal suruhannya dari hadith2 Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam.
Ya, memang saya faham apa yang cuba dikatakan oleh artikel 'kopi pasta' itu. Tiada nas menyuruh kita puasa pada bulan Rajab.

Saya tidak berniat untuk bertelagah dengan beliau mahupun cuba mempertikaikan kata-kata beliau yang saya hormati. Tapi selaku seorang insan yang telah ditarbiyah oleh bunda dan ayahanda tercinta sejak kecil lagi tentang kemuliaan Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ini, saya cuba untuk memperjelas dari sudut pandangan mata saya yang berspek tebal ini. :D

Daripada apa yang saya faham, artikel itu sekadar untuk memberitahu betapa hadith ini palsu, dan hadith itu dhaif. Mungkin bagi orang yang biasa pergi ngaji ngan tok2 guru dan paham sanad2 hadith, dia boleh paham yang tersirat. Tapi bagaimana dengan kawan-kawan kita yang tidak ngaji agama, yang baru belajar2 nak kenal Islam. Kawan-kawan saya bila baca email tu, perkara pertama yang ditimbulkan ialah, "Habis akak, salah la ye posa Rejab ni? Kita posa ni dosa ke sebab Nabi tak buat? Bid'ah la kita ni ye, kak?"

Kesian kan kat kawan-kawan saya, dalam nak buat ibadah, jadi berdosa pulak sebab bid'ah dan amal hadith dho'if. Kesian kan?? Jadi, saya menelefon bonda saya yang tercinta untuk bertanya sebab saya sendiri bukanlah orang terbaik untuk menjawabnya.

"Adik, nak puasa, pauasa jelah. Bab pahala biarlah ALLAH yang uruskan. Kerana Asal suatu ibadah itu kerana ALLAH dan kita beribadah untuk mendekatkan diri padaNYA. Lagi pulak, kalau kita saja-saja nak puasa, tak kisah la bulan berapa pun, kerana ALLAH dan tambahan pula kita menghormati bulan Rajab yang mana dalam bulan itu berlakunya Isra' dan Mikraj, takkan ALLAH nak murka pulak?"
"Adik, anggap ja puasa kerana ALLAH, bukan kerana hadith begini dan begitu. Kalau kita tak puasa, tak belajar puasa masa Rajab, sepanjang tahun pun, kita hanya puasa Ramadhan dan puasa ganti saja. Kalau makan pun kita nak bertambah, takkan lah bab ibadat kita nak kurang-kurangkan pulak kan?"
(mak punya ayat macam lain, saya modified sikit ikut kefahaman saya)

Hmmm, betul kata mak. ALLAHYARHAMAH tok dulu, puasa straight Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Bukan sebab hadith-hadith fadhail sebagainya sebab tok bukan pakar hadith pon, tapi tok puasa sebab dia nak rasa sihat. Kan puasa itu menyihatkan? Lagi satu, orang yang rajin puasa ni, ALLAH sayang. Tok nak ALLAH sayang, tu aje. Jadi, tak salah la saya sebagai cucu tok nak puasa jugak kan?? Supaya ALLAH sayang saya dan saya harap saya ditempatkan di syurga ALLAH nanti dengan golongan rajin berpuasa dan bersama tok.

Ada juga kawan saya bagi jawapan dari Allahyarham mufti Mesir, Sheikh `Atiyyah Saqr:
"I would like to stress the fact that observing voluntary fasting during the sacred months or Al-Ashhur Al-Hurum, including the month of Rajab, is recommended or mandub. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have instructed his Companions (may Allah be pleased with them) to observe voluntary fasting in Al-Ashhur Al-Hurum.

He (peace and blessings be upon him) used to urge his Companions to fast three days of every month. Thus, fasting during the month of Rajab is recommended but there is no authentic hadith that indicates that fasting certain days of Rajab, for example the first day, entails a special reward."

Kata orang bila kita selalu buat amalan tu, amalan tu akan jadi darah daging. Harap2 dengan posa Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ni, amalan posa tu akan jadi darah daging saya. Ameen... Insya ALLAH...

Kalau boleh...

Kalau boleh, aku ingin puaskan hati semua orang...
Kalau aku boleh, aku ingin manusia-manusia sekitar gembira denganku...
Kalaulah aku boleh, aku ingin menyambut huluran tangan-tangan mereka itu...

Tapi aku hanya aku, dan aku tahu aku tak mampu...
Aku tak mampu sambut tangan mereka, tapi bukan niatku membiarkan mereka terus lemas...
Aku telah cuba...

Aku ada matlamat yang lebih besar,
Aku ada tanggungjawab yang lebih aula,
Aku perlu tunaikan tanggungjawabku pada bonda,
Aku perlu lunaskan janji pada ayahanda.

Aku tahu tangan kaki ALLAH kurnia hanya dua,
Aku cuba guna sehabis daya,
Aku sedih dengan manusia yang hanya mencerca,
Tanpa memahami letak duduk suatu perkara.

Tak apalah kata bonda,
Kita buat apa kita suka,
Asal tak langgar syariat DIA,
Kita saja yang tahu siapa kita,
Manusia memang suka mencari cela,
Ayah dan bonda menyokong anakanda,
Yang paling penting, hukum dan nama anakanda jaga.

p/s: MISS U MAK n ABAH!!

Friday, June 22, 2007

Mandom

Sapa penah dengar perkataan ni? MANDOM. Selalu dengar zaman kanak-kanak dulu, abah selalu cakap camtu kat kami kalau nampak kami ni lambat buat keja sikit. Ala-ala slow and kebosanan nak buat keja. Bagi aku, tu la tafsiran yang aku paham. Tapi sejak-sejak lama tak dengar perkataan tu, aku pon dah tak sure apa maksudnya lagi.

Aku sekali lagi dilanda penyakit mandom ni. Programming yang aku buat mula tersekat-sekat dan cam dah jadi satu penyakit kat aku, kalau dah tak jadi, maleh dah nak buat. Pi rehat sat, pahtu baru teruskan. Aku rasa kemandoman aku ni sebab dalam otak dok terpikir nak balik ja. Rindulah kat mak n abah. Tiap kali balik kedah, baru rasa semangat balik nak buat kerja. Dapat tengok muka depa macam henpon baru lepas kena cas bateri. Semangat woooo!!

Satu lagi sebab nak balik Kedah pasal dengar cerita tok su Ali meninggal. Al-Fatihah. Dia pon dah tua. Punca dia meninggal sebab tali perut terbelit dan rosak sepanjang 2 meter. Macam mana terjadi, aku pon tak tau. Maklumla, tak jadi doktor pon, tu la time matrix orang suruh blajaq asik bercinta, kan dah kantoi!! Takpalah, at least tak dapat jadi doktor pon, dapat title DR. pon ok. Insya ALLAH nak habiskan master cepat-cepat dan nak bincang projek phd seterusnya dengan Prof. Yazid. Harap-harap rezeki itu ada.

Pening jugak nak embed QoS dalam queuing data tu. Dengan nak kena pikir pasal WiMAX nyer requirement lagi. Ada sembang dengan Lud Adha gak aritu, n Dilla Hanim. Depa ni antara kawan aku yang blajaq bidang IT jugak. Tapi ntah la, depa lebih maju dari aku. Ok, aku tumpang bangga.

Nak cerita pasal FORKAD. Baru melibatkan diri. Cuba buat sekadar yang termampu. Keluar jumpa KN baru2 ni. Dapat assignment dari dia. Kena jaga sorg saudara baru. So far, ok je. Harap-harap boleh luangkan masa lebih banyak. Yalah, dah berapa tahun tak terlibat dengan masyarakat ni kan? Teringin nak melihat masyarakat Malaysia yang bahagia dan penuh dengan kasih sayang.

Ada jugak join group zaman sekolah dulu yang berjanji sama-sama nak berdakwah untuk Islam. Insya ALLAH kami semua akan teruskan. Tapi macam rasa pelik jugak, ramai yang dulu syadid, sekarang dah kurang. Alhamdulillah. Aku cuba untuk tidak meletakkan sebarang tanggapan kepada sesiapa. Biar aku hadapi depa semua dengan zhon yang nihil. Aku dah malas nak simpan sebarang perasaan marah, kecik hati, dan sebagainya. Bagi aku, kami semua perlu bergerak dengan wajah yang baru dan lebih ceria dan penuh kasih sayang. Kita perlu bawa unsur cinta dalam dakwah kita.

Cuma yang tak best bila dah ramai cam tu kadang2 terkeluar jugak email2 yang rubbish. Aku dah letih, dah cukup sibuk dengan tesis dan pelabagai aktiviti. Aku takde masa nak baca email2 yang bosan dan tak menambah walau sedikit pon ilmu dan iman aku. Aku bukan cuba untuk menjadi terlalu idealistik dengan suasana dunia hari ini, tapi aku cuba menghadkan diri aku dari terlibat dengan hal2 yang boleh memesongkan arah aku. Aku dah pernah terpesong suatu masa dulu dari jalan yang sepatutnya, dan aku tak mahu lagi terjebak dalam jalan tu. Aku nak, biar kita dalam suasana mesra namun masih tidak merepek-repek. Aku bosan dengan manusia yang mengaku sebagai daie dan sebagainya namun masih ada masa dalam hidup mereka untuk merepek-repek. Aku bosan.

Lagu ruang rindu kat bawah ni untuk my dearest abah n mak. Rindu sangat2. Adik akan balik ahad ni. Tak sabar rasanya. Tambah pulak dah 3-4 bulan tak balik. Untuk mak, adik beli garlic spread macam yang mak suka tu. Ada baiknya jugak MYDIN besar tu. Banyak jenis makanan yang sebelum ni takde kat Terengganu dah ada pulak. Macam cheese contohnya. Sebelum ni boleh jumpa cheese yang nak letak dalam roti tu je, sekarang macam2 jenis dah ada. Mozarella, cheddar, Edam dan lain-lain. Lepas ni makin rajin la aku masak pasta. Baru belajar buat garlic pasta. Nanti ada duit lebih, beli cheese tu semua, aku buat.

Pasal aktiviti luaran, sejak2 dah tak ikut team debat ni, aku boleh jadi penasihat jelah. Tapi lebih banyak masa kot yang boleh aku peruntukkan untuk FORKAD. Aku kena blajaq macam mana nak masuk dengan masyarakat dan cuba untuk membuang prasangka dengan depa. Kadang2 depa ni jadi macam-macam sebab sejak kecik jadi mangsa dera, atau memang tiada asas2 agama langsung. Aku cam sedih bila dengar cerita2 KN aritu. Rasa cam bersalah mula masuk dalam hati aku. Aku rasa bersalah jika disebabkan kelalaian aku selama ni yang menjadi antara faktor penyumbang ke arah semakin ramai yang murtad di sekeliling aku selama ni.

Wahai ALLAH, bantulah kami semua, permudahkanlah urusan kami dalam membantu saudara-saudara kami ya ALLAH. Dan KAU tetapkan hati kami di dalam agamaMU ini ya ALLAH. Wahai ALLAH, jadikanlah amalan kami ini hanya semata-mata atas rasa kasih dan sayang kepada saudara-saudara kami dan hanya demi agama MU ya ALLAH. Hanya KAU yang menentukan segalanya dan tempat kami menumpu harap. Ameen ya ALLAH!

Thursday, June 14, 2007

Siri Good Things 1: Be A Morning Person

Posting dalam web Martha Stewart ini mengajak kita menjalani hidup yang lebih sihat dengan menjadi seorang yang suka bangun pagi. Saya akui saya memang cukup liat bangun pagi. Bak kata mak dan kak cik "Jenuh kena cungkil!" Tapi selepas saya mengalami masalah bertangguh yang kronik, saya dinasihat dan dimarahi oleh ahli keluarga saya agar berubah. Saya mula sedikit demi sedikit. Mula dengan membiasakan diri bangun pagi. Ya ALLAH! Susah nak ubah habit ni. Tapi kata orang, kalau kita amal selama 40 hari, amalan tu akan jadi darah daging kita. Insya ALLAH, sama-samalah kita bangun pagi ye.

Antara kebaikan-kebaikan bagun pagi ni:

1. Dapat menyedut udara yang segar.

Udara yang lebih segar pada waktu pagi dapat membantu membuka ruang ke paru-paru dan membekalkan lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Ini sekaligus dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan tubuh lebih segar dan muda.

2. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik.

Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D. Vitamin D dipercayai boleh membantu ke arah kulit yang lebih cantik. Lagi pulak bagi yang tak mau kulit gelap tu boleh la pergi jogging waktu pagi. Tapi kalau jenis tak kisah, pegi la tengah hari. Biar rentung!

3. Tengok tumbuhan hijau.

Kalau mengikut martha, Look At the Blue, tapi saya ikut petua orang tua-tua, tengok tumbuhan hijau lah. Dapat mencerahkan penglihatan dan mengurangkan rabun. Agaknya saya ni sebab susah bangun pagi tu yang power spek makin naik ni. Kalau ikut arwah tok, bangun pagi-pagi ni, nak tengok pokok-pokok hijau kan, sambil tu tolong la siram pokok. Yang ni kak teh rajin la buat. Patut la, mata kak teh dah tak payah pakai spek.

4. Mandi waktu pagi.

Ada orang kata mandi air sejuk waktu pagi boleh menyebabkan selsema dan asthma. Saya tak tau la, tapi abah mandi air suam pon semput jugak. Mandi di waktu pagi ni boleh menggalakkan pembakaran lemak sebab bila sejuk, lemak-lemak kat badan kita akan usaha untuk melindungi kita dari sejuk tu. Jadi, mandi waktu pagi ni jugak boleh menguruskan badan. Satu lagi, ada petua jugak, mandi waktu pagi ni boleh mencerahkan mata.

5. Senaman

Mak dan tok selalu bangun pagi senaman. Saya jugak yang tak reti nak senaman waktu pagi. Biasanya saya pergi gym sebelah petang je. Pagi tu biasanya buat stretching saja. Pakar kesihatan suruh kita buat apa saja senaman termasuk meditasi dan yoga. Tapi percaya tak, dalam solat kita kepada ALLAH menggabungkan kedua-dua unsur ini. Kalaulah kita bangun awal, boleh buat solat-solat sunat dan solat subuh, kita dapat 3 good things, dapat meditasi(menenangkan minda), yoga(regangan, senaman) dan ibadah kepada ALLAH sekaligus. Tapi jangan la solat macam ayam patuk padi. Perlu lengkap la rukun dan tertib. Sekali tomakninah.

6. Merapatkan hubungan keluarga

Bila kita sama-sama bangun pagi, banyak aktiviti dapat kita buat sama-sama. Macam kak teh dengan arwah tok, Tok siram pokok, kak teh sidai baju. Sambil tu boleh sembang-sembang. Mak pulak selalu 'cungkil' saya bangun pagi untuk pergi beli sarapan kat pasar atau pergi dapur buat sarapan. Dapat merapatkan hubungan dengan mak. =) Kalau semua bangun pagi, boleh bahagi-bahagi tugas sekitar rumah tu.

Ni je yang saya dapat pikir dulu. Nanti ada lagi siri GOOD THINGS yang akan menyusul.

Tuesday, June 12, 2007

Good Things

Siapa yang pernah tengok Martha Stewart Show 10 pagi atau 12.45 pagi (ulangan)? Saya suka sangat tengok rancangan tu. Rancangan ni banyak membantu bagi suri-suri rumah. Ada diajar memasak, resepi-resepi baru, hiasan rumah, kraftangan, hiasan taman, kanak-kanak dan untuk perkahwinan. Memang lebih kepada cara barat. Tapi tak salah kalau kita ambik yang baik. Terutamanya bagi isteri-isteri yang dah tak tau nak cuba resepi apa kat rumah tu, nak tambat balik hati suami dah 10 tahun asyik makan ikan goreng masak kicap je kan, apa kata try resepi martha stewart tu? Tapi jangan la buat resepi yang ada letak wine, arak apa segala tu. Pandai-pandai la pilih yang halal.

Satu lagi yang menrik ialah ruangan "Good Things" yang memaparkan Martha ajar penonton perkara-perkara yang baik yang boleh dilakukan. Macam-macam ada.

Ini membuatkan saya terfikir untuk menulis tentang Good Things yang boleh kita sebagai MUSLIM lakukan dalam hidup. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menulis. Kalau ada sebarang kekurangan harap dapat ditegur, ditambah dan dikomen di ruangan komen. Saya tulis sebagai peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Harap kita sama-sama dapat amalkan. Ameen, insya ALLAH.

Sebelum itu, buat sahabat saya, Yan Humayrah, tabahlah dalam hidup. Itulah cabaran bergelar ibu dan isteri. Saya tak mampu nak tolong, saya cuma mampu mendoakan awak dari kejauhan. Insya ALLAH, ALLAH jadikan seorang ibu itu lengkap dengan pelbagai sifat, kekuatan itu ada, cuma awak perlu cungkil dan pupuk. Dalam keadaan berjauhan itu, ALLAH saja yang menjadi kekuatan kita. Macam tu lah yang abang din dan kak cik min rasa. Boleh kontek kak cik min mintak nasihat dari dia. Dia juga manusia dan ibu yang tabah seperti awak. Memelihara dan mendidik anak di kala berjauhan dengan suami. Insya ALLAH, kita sama-sama doakan. Di masa-masa sebeginilah kita lebih perlu meletakkan ALLAH itu terkehadapan dalam setiap usaha. Didoakan Yan berjaya sebagai pelajar, ibu, isteri, hamba dan pendidik. Ameen...

p/s: Saya bangga dikelilingi manusia2 hebat dan ibu-ibu yang tabah macam kak cik min, kak zah, kak albi dan Yan.

Saturday, June 09, 2007

Bingkisan Rindu Anakanda...

Anakanda rindu pada ayah dan bonda di Kedah,
Tapi apakan daya anakanda,
Tuntutan tanggungjawab ini terlalu besar,
Jika anakanda ikutkan hati,
Mahu saja diri ini berangkat pulang menatap dua wajah,
Yang anakanda rindu,
Yang banyak memberi perangsang,pemberi semangat,
Yang berkerut melihat kurang adab anakanda ini,
Yang menegur ketika tersalah tingkah...

Bonda,
Anakanda ingin berlari mendakapmu,
Tapi kaki ini dirantai tuntutan duniawi..

Ayahanda,
Anakanda ingin melutut di hadapanmu,
Memohon kuntuman doa,
Dari lidahmu yang penuh kata-kata hikmah...

Ampunkan anakanda jika tersalah tingkah,
Halalkan segala pemberian,
Doakan agar anakanda ditunjukkan jalan,
Dipermudahkan urusan,
Diterangi hati, dimurahkan rezeki,
Agar dapat kita bertemu lagi,
Sama-sama membuka bingkisan rindu,
Yang disandarkan dengan kasih ILAHI.

Buat bonda terimalah lagu ini:



Buat ayahanda ini untukmu:



Anakanda kirimkan bingkisan rindu!!!

Friday, May 25, 2007

Kenangan Bersama 5 Anak Pak Khassim

Selalu orang buat tag sana, tag sini. Posting kali ni saya nak buat tag sendiri pulak. Orang yang saya tag nanti kena cerita, saat2 paling menarik bersama adik beradik dia.
saya mula dulu. Bagi saya, saya paling teringat masa satu hari tu abah dgn mak keluar pi mana tak taulah. Tinggal kami 5 beradik, abang Yus, kak abi, kak cik, kak teh dan saya.
Kalau tak silap, arwah tok pon ada gak kat rumah tu. Tak tau sapa punya idea, tiba-tiba terkeluar idea paling gila dalam hidup. Kami kena pakai macam lelaki. Kak abi pakai style mat rock balik surau. T-shirt selebet, kain pelikat lusuh abah, pahtu kopiah sapa tah. Memang sebijik macam mat rock.
Kakcik pulak rambut dia tgh panjang time tu. Dia pakai ala-ala cina. Baju batik sheqal, seluar slack kembang, kopiah cina merah kelabu, tak tau dia kutip mana, pahtu siap mekap bedak bertampung putih gila! Kening pulak, tok bagi celak Mekah, kakcik lukis bagi nampak mata dia sepet. Masa amik gambaq, siap buat gaya ala2 kungfu. Hehehehe... Kak cik, masihkah kau ingat?
Kakteh tu jangan tak sangka tau! Dia pon join jugak!! Dia pakai ala2 ustaz kampung baju melayu kelabu abah, kain pelikat dan songkok. Serius ni.. Hensem jugak kakteh! heheheh...
Saya pulak macam tok lebai balik Masjid. Seluar slack hitam abah, baju melayu biru, serban coklat, kopiah putih. Pahtu kakcik lukis misai pakai celak tok bagi. Gila btoi rasa waktu tu. Tah apa yang kami pikir.
Abang yus lagi tak tahan! Dia pakai jubah kakteh kaler hijau lumut dengan tudung serban mak punya. Pahtu wat jalan ala2 ayu ja. Kalau tak silap, gambar2 tu semua ada lagi. Dalam bilik kat rumah di terengganu sekarang pon ada gambar tu. Mak abah tengok pon tergelak2.. Habis baju dan kain pelikat abah kami selongkar. Nasib baik tak kena marah. Bila ingat2 balik, i miss my childhood day...

Orang yang saya tag, kena cerita saat2 paling gila atau happy bersama-sama adik beradik dia. Tak kisah la zaman kanak2 ke dah besar ke. Saja suka2.. boleh le mengimbas saat2 manis.
1. Yan 2. Nuruddin 3. Adam

Saturday, May 12, 2007

Al-'Ilmu fis Sudur

Al-'Ilmu fis Sudur(betul ke tak ejaan?) satu pepatah yang saya belajar di KISAS. Maknanya, ilmu itu perlulah diingat di dalam hati. Ada sambungannya lagi, "wala fi kutub" yang bermaksud, bukan hanya di dalam buku.
Sempena pesta buku baru-baru, saya pergi selama 2 hari berturut-turut. Bagi saya, walaupun akan ada orang kata saya membazir duit dan masa, saya tidak pernah berfikir begitu. Mak dan abah telah ajar dan didik kami adik beradik, duit kita tak kata membazir kalau guna untuk 3 benda, 1. sedekah 2. beli buku 3. makan (hehehe, my favourite). Walaupun mak dan abah takla cakap terus terang macam tu, tapi kami dapat tengok dari perbuatan depa.
Saya nak cerita dari segi buku lah dalam posting ni. Masa kecik, setiap kali datang hari lahir, mak dan abah tak pernah lupa bagi hadiah. Hadiah-hadiah favourite mak dan abah ialah buku, alat tulis, dan pakaian. Tapi paling selalu ialah buku. Secara tak langsung, tindakan mak dan abah ni membuatkan kami semua suka membaca. Punyalah suka membaca, sampai bila abah bawak kami pi jalan-jalan makan angin, saya akan baca nama jalan, nama kedai, signboard, apa-apa aja yang bertulis. Mak dan abah tak pernah marah sebab bising, malahan depa siap tanya lagi kat saya, "Adik, tu kedai tu nama apa?" "tu yang warna hijau tu apa dia?" Pernah satu kali kami pi KL, saya tak ingat darjah berapa, tapi saya berjaga dalam perjalanan. Abah ikut jalan Selama kedah-Selama Perak. Saya excited sebab ni jalan yang tak pernah guna sebelum ni. Saya baca semua tanda jalan yang ada. Waktu balik, mak lena dan abah drive sorang-sorang. Saya tolong abah baca tanda jalan yang saya ingat dalam perjalanan waktu balik. Abah puji saya sebab ingat dan tak sesat jalan. Kalau tak silap saya, di jalan Selama itu ada jambatan timbang. Tapi sekarang, saya dah tak ingat jalan tu sebab dah ada lebuhraya. Heheheh... Sikap mak dan abah yang menggalakkan kami membaca ni banyak membantu kami dalam pelajaran.
Dulu di koperasi sekolah, ada majalah kecik yang ada kartun ala-ala Doraemon. Setiap minggu pasti saya mintak duit dengan mak untuk beli dan mak tak kisah pun bagi duit untuk itu. Kadang-kadang kalau lupa mintak kat mak, saya dengan muka tak malu pi jumpa abah kat bilik guru, mintak tolong belikan. Kandungan dalam majalah tu banyak yang saya masih ingat. Ada satu segmen dalam majalah tu, katanya khalayan kadang-kadang boleh menjadi kenyataan. Dia tunjukkan bahawa tak mustahil satu hari nanti jam tangan kita ada televisyen kecik. Sekarang jam tangan televisyen dah menjadi realiti.

Antara buku-buku yang saya masih ingat, mak dan abah hadiah pada kami ialah Himpunan Kisah-kisah Lelaki dan Wanita Dalam Al-Quran dan Hadith. Kami ada koleksi dari jilid 1 sampai akhir terbitan syarikat Nurulhas. Setiap kali mak abah beli, kami akan paham-paham giliran, mula dengan Kak Abi, Kakcik, Kakteh dan akhir sekali tentunya saya. Tapi kadang-kadang saya suka potong line kakteh. heheheh, dia jarang marah... Ada jugak kisah Nabi Muhammad mak beli satu set, ensiklopedia satu set, buku cerita mak bagi kat kakteh tajuk "Yang di Atas Lebih baik dari yang di bawah", buku kakcik "Setangkai tak Sebau", buku cerita abah bagi "The Rabbit and the Tortoise", buku cerita "Musang yang Bijak", dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakan buku tu dah rosak kerana banjir besar tahun 2005. Sedih...
Sebenarnya, sifat membaca yang kerajaan dok buat kempen tu takkan berjaya kecuali bermula dari rumah. Ibubapa yang harus mulakan dan tanam sifat itu. Kalau ibubapa pun asyik tidur dan tengok tv, astroguide, katalog AVON je waktu lapang, anak-anak lagi la tak buat apa-apa. Kami adik-beradik tak digalakkan baca komik dan kartun. Tengok cerita kartun pun abah tak bagi.(Tapi saya curi-curi tengok) Saya pernah kantoi dalam kelas Pendidikan Islam dengan Ustaz Ismail sebab baca Doraemon pinjam dari Azwan. Saya pon dah tak ingat kat mana Azwan sekarang, tapi dialah supplier Doraemon kelas kami waktu tu. Nak beli takut kat abah, jadi pinjam jelah.
Balik dari sekolah, abah marah saya sampai abah nangis sebab malu dan geram kat saya yang tak bagi tumpuan dalam kelas. Saya taubat dah lepas tu tak buat lagi. Uiksss, bukan senang nak tengok laki menangis, tambah pulak abah saya. Dan yang paling insaf tu sebab saya yang jadi penyebab. Taubat saya tak buat lagi lepas tu. Jadi Azwan dan kurang seorang pelanggan. Muahahaha...
Saya sendiri bila dah ada duit sendiri sekarang ni, saya lebih suka membeli pelbagai buku dan majalah. Saya belajar untuk lebih terbuka sekarang. Saya baca Mingguan Wanita, The Malaysian Women's Weekly, CLEO, Motor Trading, Novel-novel Alaf21, Novel-novel Creative Enterprise. Tapi semua tu saya pinjam. Saya hanya habiskan duit untuk majalah Dewan Masyarakat, MASSA (sayang, dah berkubur), PC Magazine, Novel-novel sastera dan ilmiah, buku-buku motivasi karya Zig Ziglar, John C. Maxwell, Robert T. Kiyosaki, John Fuhrman, David J. Schwartz, Badiuzzaman Said Nursi, novel John Grisham dan beberapa lagi buku yang serius . Saya ingat lagi seorang sahabat di matrikulasi bila saya bercerita tentang buku-buku yang saya baca dan saya suka. Dengan nada mengejek, dia kata pada saya, "Buku-buku yang awak baca itu, buku karangan Yahudi, Kristian dan Sufi! Awak takkan dapat semangat untuk berjuang dengan membaca buku sebegitu!" Tapi, saya dapat buktikan, dengan buku karangan ahli Sufi lah saya belajar berdakwah dengan kasih sayang dan bukan kebencian. Dengan buku karangan orang Yahudi lah saya belajar menghargai manusia di sekeliling, dengan buku karangan orang kristian lah saya belajar memperbaiki kelemahan diri saya. Dan saya tak pernah menyesal atas segala pembacaan saya, sekurang-kurangnya saya tahu, semakin banyak saya membaca, rupanya makin sedikit yang saya tahu tentang ilmu ALLAH, menambahkan lagi semangat saya untuk banyakkan bacaan saya. Untuk kawan yang berkata begitu, kita lihat, hasil karya siapakah yang awak baca untuk membolehkan awak dapat degree dalam Mechanical Engineering itu? Karya Said Hawa atau karya Anthony Croft?
Sehingga hari ini, apa yang paling buatkan saya gembira dan tenang bila balik Kedah, bila melihat buku-buku dan kitab-kitab yang tersusun di dalam almari gergasi kat ruang tengah, dan berbaring bersama mak lepas solat zohor dengan masing-masing diam dan membaca majalah atau akhbar terbaru. Semoga semangat IQRA' dalam keturunan family kita diwarisi kepada anak-anak kita nanti.
Cakap pasal buku terbaru, saya beli buku Computer Network: A system Approach dari Larry L. Peterson and Bruce S. Davie di Book Fair. Best tau, sebab congestion control dan flow control yang Prof Yazid dok cerita saya tak paham-paham tu ada dalam tu. Saya akan cuba habiskan chapter tu dan review dalam tesis saya. Satu lagi saya beli novel Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara. Lain dari novel dia sebelum ni, sebab ada unsur drama macam Usman Awang punya karya Uda dan Dara, tapi buatkan saya tergelak dengan watak Razlan yang tak habis-habis dengan bunker dan paduka ratu yang gatal menggeletis. Saya juga dah habis baca buku Siddharta karya Hermann Hesse yang telah diterjemah oleh Institut Terjemahan Negara. Apa-apa pun, saya harap saya dapat teruskan hobi saya ni dan saya nak cari duit banyak-banyak sebab saya nak buat perpustakaan kat depan tanah lapang depan rumah saya. Jangan gelak! Saya memang suka berangan, tapi mana tau kan? Impian saya boleh jadi kenyataan. Amin!!!

SELAMAT HARI IBU, MAK!! Selamat hari-hari!!

Tuesday, April 03, 2007

Wajah-wajah Comel Yang ku Rindu

Nak buat posting bergambar pulak



Ni gambar Hanna dan adik dia Nuha. Ntah tak ingat berapa tahun umur dia waktu tu. Sekarang dah 5 tahun, Nuha 3 tahun.
Dua2 ni anak Kak Abi. Alamak, lupa pulak, kak abi ada sorang lagi anak, nama dia Najlaa. Tapi gambaq tak dak.



Ni plak Hanna n Muammar. Isk2, geram betoi tgk depa dua ni. Time baik, bukan main laaaa... Time gaduh, tunggang terbalik jugak.
Muammar anak kak cik min. Ada sorang lagi adik nama Ayman.



Ni satu lagi gambaq depa dua. Tengok tu, bukan main peluk2. Tapi sekarang dua2 dah besar, dah tak gaduh2 sangat dah. Dulu Hanna bergaduh coz kedekut permainan, Muammar plak coz suka gigit. Pernah sekali Muammar gigit aku kat tgh belakang, menitik air mata jugak la, sakit wooo. Tajam gigi dia, mana dia asah pun tak tau.
Muammar makan jek jugak, tapi sebelum dia nak makan jek tu, kena lobi habis2an. aduih, mati akal. Kak teh larat la layan depa. Aku?? Surrender! Anak2 menakan suma kata, "Cu garang!!" Garang sangat ke aku? Tapi students aku pon cakap aku garang. Muahahaha, yelah, sape suruh korang tak antar assignment tapi nak markah tinggi?? Belanja McD ari2 pon aku tak layan punye!!



Korek2 dalam hard disk ada jugak gambar Ayman time baby dalam dukungan cik kak Fauwaz yang tahun ni jadi pengawas. Bangga betul dia tu pakai baju biru ye?? Fauwaz dah makin jelita sekarang, dah anak dara. Heheheh.. dah seploh tahun umur dia. 10? maknanya aku 25. Huwaaa!!! Tuanya aku!!


Ni pulak dua orang anak dara Abg Yus yang cantik menawan. Fauwaz dan Widad. 2 lagi anak abg takde gambaq. Ziyad n Ulfa. Cik kak 2 beradik ni suka bergaya, biasa la budak2. Lawak betul teringat dialog Fauwaz dengan Kak Teh, "Teh ma, cu tu kaya ka?" Kak teh tanya,"Awat?"" Dia beli baju kelawaq hadiah kat suma org!"
Kalo cu ni kaya cik kak oiii, cu tak hadiah la baju kelawaq pasar payang tu, cu beli kilang dia terus!! Tambah2 kak cik min tu suka baju kelawaq, tak payah pi beli dah kat Mak Nah Pasar Payang, kita order ja pakai telepon, pahtu depa pos mai ghumah kita, OK dak? hehehe...


Ni Fauwaz, Widad n Hanna. Depa ni bab melawa, serah la kat depa. Tapi best tgk budak2 melawa. Kalo aku balik Kedah ja, depa mula la cari beg mekap aku. Segala benda nak try. Hampa nasib baik betoi cu suka mekap hampa tau!! Teh ma hampa pon cu mekap hari tu. Muahahahaha!! Jangan marah kak teh!! :P



Wajah comel terakhir yang aku rindu....................






















Ni pon dikira comel jugak apa kan?? Hehehehe... Mak n abah, tunggu adik balik malam ni!!!

Nak jumpa wajah2 comel yang dirindui!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP