Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Wednesday, April 23, 2008

Bila Hujan Turun

Pagi tadi hujan turun,
Dalam hati juga turut hujan,
Lantai dan jalan semua basah,
Karpet dalam hati turut basah.

Hujan turun tanpa sedar,
Hujan di hati pun macam tu juga,
Tapi hujan kali ini lain macam bentuknya,
Hujan di luar di sambut penduduk bumi dengan ria,
Hujan di bahagian dalam, membawa duka.

Mungkin hati dah banjir,
Mungkin jugak hati tu dah tenggelam dalam hujan,
Mungkin hati dah hancur sebab ribut taufan kuat,
Tapi dalam hati kan? Sapa yang tahu?

Friday, April 04, 2008

Resah, Resah

SUBHANALLAH!!
Gambar diambil di suatu senja di belakang UMT, di mengabang.



ALLAH YA ALLAH.... Nape resah sangat hati ni. Seorang yang rapat menegur tingkah laku yang agak terlepas laku semenjak dua ini.. Terima kasih... Saya sayang awak..

Hilang siqah. Tapi memang tak penah siqah pown!! Insya ALLAH akan cuba berubah, tambah2 dah menjadi guru dan pembimbing, pendidik ni.. Harap2 tak ada anak2 murid yang mengikut jejak songsang gurunya ini..

ALLAH, ampunkan aku ALLAH...

ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI. WAGHFIRLI KULLI ZANBI WA LI WALIDAYYA.

Tu lah cabaran hari ini kan? Cuba mengekalkan identiti diri dalam arus hedonism. Kadang2 kita hanyut, tapi bila ditegur, wajib bagi kita untuk mengubah dan memperbaiki diri. Dalam tak sedar ada orang memerhatikan. Dalam tak sedar, kita menjadi cerminan.

ALLAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KARIIMUN, TUHIBBUL 'AFWA, FA'FU 'ANNA, BI RAHMATIKA, YAA ARHAMAR RAHIMIIN..

Monday, March 31, 2008

Hati Seorang Guru...

Kadang-kadang menjadi seorang guru itu menuntut seluruh kekuatan hati yang mampu dikerah. Apabila kita terpaksa bertegas dalam sesetengah perkara, namun bila memandang wajah yang sayu dan mata yang penuh mengharap itu, hati guru jadi tergugat. Guru perlu bertegas.

Murid itu kadang-kadang ada nakalnya. Kita perlu membimbing. Namun kadang-kadang perlu juga diberi hukuman. Hati guru kadang-kadang sakit. Namun perlu menjadi pemaaf. Kerana guru perlu sedar, jika pudar redha guru, masa depan murid pasti kabur.

Selalunya, guru perlu mengorbankan masa, tenaga, kewangan dan perasaan demi muridnya. Murid selalu hanya tahu meminta dan menerima. Tapi biasanya guru sedar situasi yang berlaku. Tak apa, hidup ini umpama roda. Jika sekarang murid hanya tahu meminta dan menerima, guru itu selalu berdoa agar suatu hari nanti murid-muridnya akan menjadi manusia yang tahu memberi dan menghargai manusia-manusia lain di sekelilingnya.

Seorang guru perlu sentiasa mengharap, berdoa dan menyerahkan seluruh pengharapan pada ALLAH, kerana guru perlu sedar, untuk menyambung dan memastikan hubungan antara guru dengan murid berjalan dengan sempurna, hanya ALLAH tempat letak harapan tertinggi.

Tak apalah, sabarlah, tenanglah... Terima sahaja.. antara kata-kata yang selalu diulang tayang di dalam hati seorang guru. Kerana kasih sayangnya yang tinggi terhadap para pelajarnya. Guru tidak pernah mengharap agar murid memahami dirinya, namun jika murid itu juga ikhlas dan memberi sedikit sahaja kefahaman di atas kesulitan guru, pastilah murid itu akan didoakan, akan dihargai dan disayangi dengan seluruh hatinya.

Hakikatnya, segala bentuk hubungan di atas dunia bersandarkan cinta kepada ALLAH. Kasih guru pada murid, sayang murid pada guru, segala sesuatu perlu kembali kepada ALLAH. Semoga semua guru dan murid di atas muka bumi ini akan dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama berteraskan mahabbah dan cinta NYA. Semoga semua murid-muridku berbahagia dengan kehidupan mereka, dan menjadi penyumbang terbesar di dalam agama dan bidang masing-masing. Amin Ya ALLAH!!

Monday, January 21, 2008

Apabila Hati Menjadi Resah


Subhanallah! Bunga dibelakang rumah. Macro mode. Auto focus. K750i

Pagi ini saya serba tak kena. Nak buat kerja serba tak jadi. Hasilnya saya tamatkan kelas awal satu jam. Saya sudah buat perancangan. Saya buat kajian dan pembacaan sebelum saya masuk mengajar. Tapi semuanya serba tak jadi.

"Musim mendung" sebegini jarang-jarang sekali terjadi kepada saya. Biasanya kepala saya hanya bercelaru begini jika terlalu banyak input yang masuk dan perlu melakukan processing dan transmission secara parallel. Saya tidak mempunyai keupayaan parallel processing seperti Intel Core 2 Duo (R) seperti laptop Quek. Output yang terhasil juga adalah sangat sedikit, dengan service time yang panjang sedangkan required response time sepatutnya kecil. Hasil - hasil dari situasi beginilah menyebabkan tugasan menjadi truncated dan bottlenecked.

Saya cuba 'bertapa' di cubicle saya dengan mendengar alunan Burdah, Miskul Ruh dan Elaika. Alhamdulillah, towards end of this day, saya sudah habis tandakan markah kuiz pelajar-pelajar TMK 3108. Mungkin berkat dari nasyid - nasyid itu sendiri yang merupakan doa-doa yang dikarang oleh para ulama. Moga berkat dan menjadi penambah semangat buat saya. Malam ini perlu menghabiskan menanda Kuiz pelajar Project Management.

Selalunya hati kita menjadi resah bila terlalu banyak yang kita fikirkan. Tak apa, memang itu lumrah manusia, terlalu memikirkan pelbagai masalah tanpa memikirkan "Sumber" penyelesai masalah-masalah itu. Kita manusia sememangnya tiada sebarang daya dan upaya untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Hanyalah 1 sahaja jalannya, zikirlah di dalam hati dan berserahlah kepada ALLAH. Segalanya datang daiNYA dan hanya padaNYA juga kita akan menemui jalan penyelesaian.

Saya sentiasa mendoakan agar pelajar-pelajar saya, bukan hanya sekadar menguasai ilmu-ilmu IT tapi juga ilmu akhirat, dan harapan saya agar mereka letakkan segala pergantungan dan harapan hanya pada ALLAH dan meneruskan perjalanan mereka tanpa kegusaran. Ameen Ya ALLAH!

Wednesday, January 09, 2008

Wahai Masjid, Kamu Juga Makhluk ALLAH


Gambar di atas ialah Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Bersebelahan dengan masjid itu terletaknya Taman Warisan Tamadun Islam yang mana dibina miniature bangunan-bangunan warisan tamadun Islam di seluruh dunia. Maknanya, tak perlu pergi luar negara, datang saja ke Terengganu, awak2 semua boleh tengok bangunan2 yang megah seperti di luar negara.

Seperti biasa, pembinaan 60 buah masjid sepanjang hampir 4 tahun ini tidak menampakkan roh masjid. Saya teringatkan Masjid Sultan Sulaiman di tepi KISAS, jika masjid itu hidup pasti dia akan tersenyum riang kerana dia sentiasa diimarahkan oleh anak2 muda dari KISAS walaupun di waktu subuh yang gelap pekat.

Macam mana pula Masjid Kristal ini ya? Pasti menangis keseorangan di waktu subuh hari, yalah kan, siapa yang berani nak pergi solat pagi2 buta di Pulau Wan Man itu? Terpencil dari orang ramai, pasti tangisan masjid ini meleleh dan mangalir ke kuala sungai di sebelahnya.

Niat asal pembinaan masjid ini bagi menarik pelancongan ke Kuala Terengganu. Seperti Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung yang sentiasa penuh dengan pelancong, namun turut dipenuhi dengan jemaah. Saya suka solat di Masjid Terapung jika berkesempatan. Saya berharap agar Masjid Krristal turut dipenuhi dengan jamaah.



Sebenar2nya yang penting ialah matlamat membina masjid bagi tujuan beribadah kepada ALLAH. Jika untuk menarik pelancong, itu bermakna niat pembinaan telah terpesong. Masih ingat peristiwa Masjid Dhirar yang dibina kaum munafiq? Masjid itu diperintahkan oleh Bagin Rasulullah SAW agar dimusnahkan kerana tujuan pembinaannya ialah untuk menandingi Masjid Nabawi. Padahal Masjid Dhirar dibina dengan batu, pasti lebih cantik berbanding Masjid Nabawi pada masa itu yang hanya terbina dari batang2 pokok tamar.

Pendapat saya, seelok2nya lah sebelum pembinaan masjid2 yang lain selepas ini, para pemimpin berfikirlah dahulu tentang nasib masjid2 yang sedia ada. Tengok saja Masjid Ladang, bocor di sana-sini, karpet yang busuk dan tidak bertukar, penuh dengan najis burung2 yang bertenggeng di atas lampu candeliar.

Masjid Wakaf Tembusu yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Wakaf Tembusu hingga ke Batu Enam pula, sudah hampir 2 tahun masih belum siap pembaikannya. Sudahla ada kesan2 pernah berlaku kebakaran, kawasan solat muslimah pula sangat kecil, tidak ada lampu di perkarangan dan pasti menakutkan jika ingin beriktikaf. Yang paling menyedihkan, para jemaah terpaksa bersolat di luar masjid akibat pembinaan yang memakan masa terlalu lama.

Kenapa Masjid Kristal dengan cepatnya berjaya dibangunkan? Mydin dalam masa tak sampai setahun? Begitu jugak Giant. Yang turut menjadi persoalan dan tanda tanya Pasaraya Hock Kee Seng yang seperti kontena lori itu sempat pula disiapkan pembinaannya sebelum raya. Dalam masa yang sangat singkat!

Cukup2lah membina masjid. Mari kita bina semangat untuk ke masjid pula. Semangat untuk beribadah. Baiki masjid2 yang sedia ada. Saya kira itu yang lebih baik. Jom solat Asar!!

Sunday, December 02, 2007

Prof Kamil, Debat Diraja, Family DEMI, Adab dan Santun

Dah seminggu tak blogging. Pegi Royal Debate di UiTM Shah Alam. So, kena rangkumkan posting kali ni selama seminggu.

1. Prof Kamil jemput ke rumah dia. Sempena saya pergi ke Shah Alam, sempat lah singgah makan2. Paling best sekali Cheese Cake kak Roza. Puding tu pon best. Layanan? 5 star! Thanks Prof Kamil n Family.

2. Seminggu di UiTM untuk Royal Debate. Jadi juri untuk debat BM. Saya melihat peningkatan yang agak ketara bagi UMP dan USIM. Ditakdirkan UIAM menang melawan UM di final. Tahniah UIAM. Namun, jauh di sudut hati saya, saya kurang senang dengan kebongkakkan pendebat di sesi penggulungan. Ada sesetengah orang cakap itu adalah keyakinan. Namun saya berpendapat itu adalah kebongkakkan apabila kenyataan itu diluahkan pada akhir penggulungan. Semua yang ke sana tahu apa dan siapa yang saya maksudkan. Selaku seorang bekas pendebat dan kini ahli Alumni Debat Malaysia (ADAM), saya rasa pendebat2 tidak perlu bersikap angkuh dan sombong walaupun anda terpilih sebagai Idol Mahasiswa sekalipun, jika anda merendah diri, di sisi ALLAH itu yang lebih utama. Mungkin adik2 pendebat tidak sedar, dalam kita berdebat, pelbagai faktor lain perlu diambil kira. Isu ini akan saya sentuh sekejap lagi.

3. Kelab DEMI UMT lebih dikenali di kalangan ahli2nya sebagai Keluarga atau Family Demi.
Alhamdulillah, dari dulu hingga sekarang ukhuwah dan persaudaraan ahli2nya masih lagi kukuh. Cuma jika ada selisih faham tu, haruslah ditangani dengan cara yang bijaksana. Saya bersyukur dengan wujudnya Family DEMI ni. Sebab hari tu saya dan adik2 ni keluar ke Monsoon Cup sebab banyak gerai yang buat sale. Tapi 2 kejadian sedih menimpa saya. Kasut saya baru beli di Vinci Mid Valley last sunday RM45 hilang di tangga Masjid Abidin. Menangis saya masuk kereta tanpa kasut. Zenita dan DJ teman saya pegi beli kasut baru kat VISS. Melayang RM39. Lepas makan malam kat Mayang Village, kami nak balik ke hostel. Tiba dekat kereta, bumper kereta saya jatuh ke bawah kesan langgar dan lari. Sekali lagi saya nangis kat situ. Fizah, Zenita, DJ dan Fadz yang pujuk saya. Sedihnye!!!! Nape orang2 kat Terengganu hari ni jahat? Dah la curi kasut kat masjid, pahtu langgar lari pulak kereta saya! Masa saya langgar keta pakcik mana tah pakai keta sewa dulu, saya tunggu sampai pakcik tu datang dan bayar gantirugi tau! Dosa la korang! Saya dah maafkan pencuri dan pelanggar tu. Tapi hati saya sedihla sebab nampak sangat masyarakat Malaysia tak beramadun dan tak bertanggungjawab. Patut ramai orang suka tulis surat layang dan jadi anonymous di blog2. patutnya kita berani menyatakan nama kita. Takpelah, buat si pencuri dan pelanggar, saya maafkan kamu. Tapi kamu jawablah depan ALLAH nanti di padang Mahsyar kerana kamu berlaku zalim pada orang terutama student sengkek macam saya. Huwaaaaaaaaaa!!! Buat adik2 DEMI, thanx a lot. Moga ukhuwah kita kekal selamanya.

4. Santun dan Adab. Ini antara nilai2 yang semakin hilang dalam diri kita. Terutamanya dalam generasi pendebat zaman ini, yang konon2nya mengatakan kita harus praktis sokmo berdebat dengan belajar membidas dan melaser. Sesungguhnya adik2, pemahamanmu itu salah, laser melaser itu bukan membentuk generasi pendebat yang baik, tapi melahirkan manusia yang kurang ajar dan biadab. Contoh: Kakak A menyatakan, "Cantiknya baju anak dara ni." Kakak B menjawab, "Habis, yang bercakap tu tak ada dara kah?" Malunya adik2.. Adakah itu contoh bidasan yang tepat dan wajar sesuai dengan ilmu selaku pendebat dan muslimah? Isu dara atau tidak seseorang itu isu maruah. Tambahan diucap dihadapan lelaki ajnabi. Hilang sudahkah rasa malumu? Sekiranya anda ingin membidas sekalipun, cukplah sekadar mengatakan, "Itu puji ke perli tu?Heheh" Sekurang2nya tiada hati yang terguris. Sebagai pendebat kita diajar dan dilatih untuk menilai dan mempersoalkan segala kesilapan dan kelemahan pihak lawan. Namun, yang menjadi pengamalan para pendebat Junior ini, ialah mengutuk2 kekurangan fizikal. Bila kita mepersoalkan kekurangan fizikal seseorang sekaligus kita mempersoalkan hasil ciptaan ALLAH. Kita selaku pendebat belajar membidas kesalahan fakta, bukan saiz badan, warna kulit, bentuk hidung, suara mahupun kelemahan peribadi manusia.
Jadilah pendebat yang bijak, beradab dan bersantun. Menghormati orang akan membuatkan kita dihormati. Mengeji orang akan membuatkan kita dikeji. Jadi lah Mahasiswa yang pandai berdebat dan intelek. Sesuai dengan nama keluarga kita, Keluarga DEbat dan Mahasiswa Intelektual, UMT.

Monday, November 19, 2007

Perkara Penyebab Pening Pala (4P)

Antara 4P yang saya kena buat ialah marking assignment students. Tambah pening lagi bila assignment tu bukan saya yang bagi. Jadi saya tak paham objektif assignment tu. Tapi kena mark jugak.

Nasib bab2 simulation, processing time, arrival time semua tu ada relevan jugak dengan tesis saya. Huhu.. Bagi hari ni expect me to finish by 1st Dec. Apekah signifikan nya? Acewah, pinjam perkataan Prof Kamil =)

Insya ALLAH, saya akan cuba habiskan sebelum bertolak ke UiTM Shah Alam pada 22 malam nanti. Esok perlu mengadap Prof Yazid lagi. Untuk tunjukkan hasil keberjayaan coding single server tu. Taktau kat mana dia nak embed parallel processing. And maybe kena belajar MPI lepas ni. Kena menuntut dengan En. Nordin ni, bertapa 2-3 bulan, tanpa update blog, cek email dan SMS. Huhu..

Harap2 lepas Cikgu Sabri balik dari UKM nanti nak belajar queuing theory macam Reeds Solomon tu. Dok baca2 sampai keluaq ayaq mata. Tak paham jugak. Kenapakah otak ku semakin lambat nak paham theory2 ni semua??? Tidak!!! Jizz, Jizz, Klong Klong!! Kata Acehand. Amni, itu tandanya amal kurang. Kurang zikir dan solat hajat. Insaf2..

Ingat tak dulu masa nak PMR? Mak abah ketuk2 tak jalan, kakteh, kak cik, kakbi tolak2 tak gerak. Demo dok tau, kawe nih bukkey nok ceghito ko sappo2. Kawe ado jugak gi blaja pettey2. Tapi kawe tok leh nok study bilo ghama oghe. Kawe jadi seghupo tercabar! Makonyo, kawe tido jah depey oghe. Blakey2 oghe kawe study jah. Gitulaaahhh...

Makanya, untuk mengelakkan 4P ni terjadi, kawe buwak kijo koho-koho. Buwak sa sa. Peghabih hok marking paper ni sa, pahtu gak gi UiTM, beley wak kijo hok Prof buwi. Pah sapa Tganu, continue marking paper sapa 2 Dec. Ahaks... Kena mitok tulong ko Kak Mas jugok ning!

p/s: mahapkan le language klatey ku ini. tgh praktis slow! Kata org, pelan2 kayuh.. hihi..

Wednesday, October 17, 2007

Ya Rabbi, Tautkanlah Ukhuwah...

Saya petik dari blog prof Kamil:

Saya tidak dapat menerima jika sesama adik-beradik mempunyai protokal dan perasaan membesarkan diri. Apatah lagi jika mempunyai perasaan tidak selesa di rumah ibu-bapa sendiri dan mahu dilayani seolah-olah mereka adalah pembesar negara.

Menantu juga perlu mempunyai sikap terbuka. Perkahwinan membawa ikatan keluargaan yang lebih besar. Menerima suami [isteri] harus disertai dengan pakej keluarga. Barulah kebahagian, kesejahteraan dan kecintaan berkekalan.


Benar, benarlah. Tidak perlu merasa diri sebagai tetamu di rumah ibu bapa sendiri walau sudah berkahwin dan mempunyai rumah sendiri. Tidak perlu mengharap layanan seperti raja. Sepatutnya semua tugas di rumah di lakukan bersama-sama. Apatah lagi di musim perayaan ini.
Menantu keluarga juga perlu sedar, mereka adalah sebahagian dari keluarga itu. Segala urusan, tugasan dan kerja2 rumah seharusnya diambil peduli. Tidak perlu harus disuruh2. Menantu bukan orang asing. Tambahan pula jika suasana rumah sememangnya memerlukan kudrat menantu.

Di musim perayaan ini, dalam niat di hati ingin bergembira, namun pasti ada yang jauh di sudut hati terguris atas sikap dan kata2 yang tidak sepatutnya. Semua orang harus peka dan merasa taklifan masing-masing. Kedewasaan ini mengajar aku menjadi pemerhati...

EIDUL MUBARAK... Semoga bertemu lagi ya Ramadhan..

Tuesday, October 02, 2007

Pilihanraya Kampus - Suram dan Muram Lagi Malu...

Diumumkan... Saya baru lepas mengundi!!!

Saya seumur hidup tak tahu pun rupanya pelajar master dan Phd kena jugak mengundi dalam pilihanraya kampus. Saya pergi pun sekadar nak tunjukkan sokongan saya pada adik tersayang saya, Erny Haslina yang jadi calon Umum. Rupanya masih kena mengundi. Sepanjang 5 tahun di sini, saya mangundi pada tahun 1 dan 2 sahaja. Tahun ke3 hampir tiada pertandingan sebab kebanyakan calon menang tanpa bertanding. Tahun ke 4 saya balik kampung waktu PRK.

Saya melangkah ke Dewan Sultan Mizan dalam keadaan terpinga-pinga bila diberitahu saya pelajar siswazah pertama yang datang mengundi. Ada sorang staf yang jaga kaunter untuk pelajar siswazah, datang dan salam dengan saya sambil ucapkan tahniah. Malu pun ada. Heheh...

Lepas tu bila saya nak ambil giliran mengundi, nama saya tak ada dalam senarai pelajar siswazah. Haaa, sudahh... Saya tiap-tiap semester tak pernah miss pendaftaran hari pertama sebab ada jamuan makan dan dapat goody bag tau!! Rupanya SPR salah label, patutnya depa letak lah label tu untuk pelajar Aquatrop dan INOS saja. Macam saya ni, bawah FST. Saya pun jadi bingung jugak ni. Depa ni nak bagi aku ngundi ke tak? Kang aku balik kang!!

Tiba-tiba pegawai belia dan sukan, En. Rafee datang tepi saya. "Terima kasih datang mengundi, Lama saya tak nampak awak. Bila nak kawen? Jangan lupa jemput ye?" Huk Alooo... Soalan bonus tu lagi.. Jawapan bijak dari seorang pelajar master IT pun kuar dari mulut ini, "Saya just nak tunaikan tanggungjawab saya je. Insya ALLAH, rancangnya tahun depan nak kawen, kalo en. rafee nak sponsor, lagi cepat. Heheheh..."

Lepas sorang, sorang datang tegur. Yang tak pernah kenal pon datang tegur. Glamer sekejap kat situ. Pak guard-pak guard pon datang tepi saya. Semua macam kagum tengok saya pegi ngundi. Uishhh.. Malunyaaaa... Prof. Majid TNC HEP pun datang cakap terima kasih. Aiiyyakk.. Kenapa ni?? Nak buat macam mana, pelajar siswazah UMT tak tahu pun kena ngundi. Saya pun nasib baik Erny yang bagitahu. Kalo tak, sekarang ni saya sure dah pergi shopping di Giant baru dengan Kak Eyta. Heheheh..

Saya layan lah kejap staff-staff tu sembang. En. Badrul ada, En. Syahrul, En. Rafee, Kak Syimah dan ramai lagi staff HEP baru yang saya tak tahu nama. Lepas tu masa nak balik naik keta, en. wan azmani pun ada kat tepi tiang besar tu. Saya malu sangat. Saya satu satunya pelajar siswazah yang mengundi!! Hahaha.. Tu yang jadi tumpuan ramai.

Suram betul suasana dalam dewan tu. Dah la tak kenal mana sangat pun. Saya cuma kenal 2 orang calon, Erny dan Ainun. Yang lain tu saya main klik aje. Dalam hati berdoa, "Ya ALLAH, semoga pilihan aku ni membawa kebaikan dan keberkatan kepada seluruh penghuni UMT."

Ada juga orang mempertikaikan sistem pemilihan secara elektronik ni. Saya tak mahu la nak memihak kepada sapa-sapa. Tapi sebagai seorang pelajar IT, saya tahu keselamatan sistem ini sangat terjamin. Lagipun, pereka sistem ini ialah pensyarah saya yang dihormati, En. Sharif Manaf, dan saya sangat yakin dengan ketelusan dia. Data memang boleh diubah-ubah, tapi hanya pentadbir sistem yang ada kuasa untuk buat semua tu. Saya yakin dengan integriti En. Sharif. Dia pun ada sekali kat DSM tadi.

Masa saya bertanding untuk jawatan NYD MPP di KMNS dulu macam lagi meriah je PRK. Ni kat kampus besar pun tak semeriah tu. Maybe sebab UMT ni kecik je, tak macam UNI lain. Yang lagi tambah muram, ramai pelajar tak nak mengundi. Alasan? Tak kenal calon, malas, undi pun bukan dapat apa-apa (tapi masa saya 3rd year HEP buat kenduri pulut durian dan sate, saya lah tukang perabih. Heheh), dan macam-macam lagi.

MPP pulak bila dah menang tu, jadi kerek semacam. Asik melepak kat depan kaunter HEP, pahtu orang yang nak masuk urusan dengan HEP pun rasa terganggu, siap ditanya-tanya lagi apa urusan kita kat situ. EH!! Sukati saya la nak pergi HEP buat apa pun! Seingat saya, masa Rais jadi YDP MPP je baru rasa nikmat ada MPP. Baru nampak ada aktiviti kat kampus, baru nampak MPP ialah kawan mahasiswa. Sebelum-sebelum ni, MPP macam musuh je. Bosan!!

Yang lagi lawak tu, ada la masa saya 3rd year jugak, ada bekas calon MPP yang tak menang, HEP lantik jadi JKPP. Dia dan makwe dia kena tangkap khalwat. Masuk harian Metro lagi. Dan didakwa kat mahkamah syariah pun. Tapi takde tindakan pun diambil ke atas dua2 tu. Boleh je habiskan pelajaran dengan gembiranya. Patut HEP gantung atau buang kan? Entah la...

Saya rasa macam dah merepek2 saya tulis ni. Dari isu PRK sampai isu calon PRK. Heheh.. Yang penting sekali, semua mahasiswa patut turun mengundi walaupun tak kenal. Haha.. YES!!! Jumaat ni saya balik Kedah.. Tak sabar rasanya. Dah habis dah shopping raya. Serunding ayam dan ikan pon dah beli. Baju kelawar kak cik, kak zah dan anak2 dah beli, tudung maksu dah beli. Tudung saya je belum. Tahun ni tema apa tah? Tapi baju saya kaler hijau petronas, plain color. Maybe nak pegi Syurga Tudung kat Batu 6 beli tudung yang saya berkenan tu. Kenapa la tudung saiz besar tak secantiktudung kecik2? Ramai orang suka pakai tudung kecik ke sekarang? Esok lah lepas ngajar nak pergi tengok kejap lah. Harap-harap ada la yang berkenan.

OK! Selamat berpuasa dan PRK.

Monday, October 01, 2007

Kalau ALLAH Izinkan...

Saya baru lepas baca blog Kereta Mayat, memang ngeri baca blog dia. Macam ada mayat tengah usha2 saya kat tepi ni, macam malaikat maut tgh renung saya dan bajet2 bila la masanya nak ambik nyawa budak Amni nih... Saya betul-betul ngeri. Tambah lagi ngeri bila saya baca artikel ni:
http://keretamayat.blogspot.com/2006/02/kenapa-org-masuk-neraka.html

Quote sikit:

Sabda Nabi s.a.w(plus-minus): “kalau semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah tauhid”

Korang paham tak?
Cuba renung ayat ni pulak(versi ulangan)

“KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA NAK, BILA KEINGINAN KITA SAMA DENGAN KEINGINAN ALLAH…

KITA TAK DAPAT HALANG APA YANG KITA TAK SUKA DATANG PADA KITA APABILA ALLAH NAK IANYA DATANG KEPADA KITA”


Saya jadi insaf.. Jadi adakah selama ni saya tak dapat apa yang saya nak kerana ALLAH tak nak perkara tu jadi pada saya? Saya kurang amalan, saya pendosa, saya cuai, saya lalai, saya mintak ampun Ya ALLAH...

Macam mana untuk kita tahu sama ada kehendak kita sama dengan kehendak ALLAH? Macam mana kita nak capai apa yang kita inginkan selepas kita usaha dengan sepenuh daya dan berdoa?

Macam mana seorang Noor Amni layak untuk terus bernafas atas muka bumi ini dengan terus melakukan dosa-dosa? Adakah itu juga kehendakNYA?

Ada sesiapa boleh tolong jawab? Saya tidaklah sehingga mahu menghilangkan penggantungan dan pengharapan saya kepada Rahmat dan Kasih sayang DIA yang MAHA ESA...

ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI...


===========================================================

UPDATED!!

Saya dapat dah jawapan kepada persoalan saya di atas, pun dalam blog kereta mayat jugak. (dia ni jawab kena dengan logik dan kena dengan hati saya.)

So THE MORAL OF THE STORY IS: mengapa Allah tak Pilih korang untuk buat amal kebaikkan, buat amal soleh?mengapa? sebab korang tak tunjukkan yg korang ni perlu pada ugama, korang kena tunjukkan pada Allah yg korang akan mati tanpa-Nya, korang sanggup buat apa saje untuk-Nya..ini tidak! ! korang ingat korang kaya korang boleh Bantu Allah? Allah tak perlukan korang punya harta, rupa! pangkat, Allah mahu lihat kesungguhan korang harap/takut padaNya..Allah nak korang Menangis, merayu, merintih padaNya..Allah nak korang bertasbih memujinya, Allah nak korang Berjuang di jalannya dengan Harta, Diri dan Masa yg Allah bagi pinjam kat korang, sampai masa ambil balik! itulah maksud cinta ugama dan kerana inilah maka ramai org Allah tak Pilih jadi ahli syurga..korang tak tunjukkan yg korang ni ingin yg Amat Sangat pada Allah/shurga Allah….Tunjukkanlah wahai sahabat akan kecintaan korang(termasuk aku ) pada Allah!!!

That’s why firaun, Qarun, Haman, namrud pergi mampus dengan korang punya harta, punya tahta, Allah tak perlu semua itu…Agama telah Hebat dengan kekuatan dalaman, tak perlu pada kekutan luaran,,,ingat senjata kita org islam: Daqwah dan Doa…..!


Jom kita USAHA, DAKWAH DAN DOA!!

Monday, August 20, 2007

Nervous Breakdown!!

Banyak benda jadi hari ni.

1. Bincang ngan En. Zai tadi kena submit paper untuk seminar postgraduate sebelum 1 Sept. Seminar pada 11 Sept. Format IEEE. Nak wat tajuk apa ye? (sapa2 pandai network, TOLONG!!)

2. Pejam celik pejam celik lagi 4 bulan kena habiskan master. Kalau tak, akan timbul masalah kewangan. Lepas ni dah kena jimat cermat. Tak boleh balik Kedah selalu. Insuran keta bulan Nov. Road tax lagi. Terpaksa cari keje part time plak. En. Zai nak tolong. Tapi ajar Database sem depan tu just dapat RM600 je. Kena la ikat perut. Nak bayar keta n nak saving utk kawin lagi. Prof Yazid ada cakap suruh jadi RA dia. RM1500. Harap2 dapat la.

3. He say sumthing yang menakutkan!! Nak nangis!!! Too early laa.. Banyak lagi cita2 tak tercapai nih. Cana nih.. nangihnangih

4. Stuck dengan analysis. PC wat hal lagi. Tak detect hard disk plak!!! marahmarah

5. Student 'menari ronggeng' coz kelas kena batal 2 minggu berturut2 sebab nak pegi konvo kak teh. Heheh.. Hepi ye?? Nah, amik korang assignment untuk 2 minggu. Hahaha... setansetan Don't play play with me sengihnampakgigi

6. Nak stop blog coz nak tumpu writing thesis. Tapi, blog ni lah tempat nak lepaskan segala yang terbuku. Nak mengelak dari buang masa mungkin kena stop blog hopping. Huhu...

7. Rabbi Yassir, wala tu'assir. Rabbi tammim wa kammil bil khayr.. Ilahi Anta maqsudi wa ridhaka mathlubi, waghfirli kulli zanbi..

8. Insaf tgk ada satu family OKU pagi tadi naik motor roda 3. 4 beranak. Anak 2 org bawak motor. Bawak mak ayah kat compartment tepi kiri motor dia. Huhu... Nak nangess.. Rasa cam nak bagi tumpang aje. Tapi haluan lain2.

9. Nak dengar nasyid arab best2 boleh bukak blog saya lagi satu. Blog Lirik Nasyid.

10. Abah cakap kalo rindu cepat2 balik jumpa abah. Balik peluk abah n teman abah. Huwaaaaaaaa!! Lagi la breakdown arini. Huwaaaa!! Nak balik recharge semangat la depan mak abah.

11. Makna nervous breakdown dari web http://www.mayoclinic.com/health/nervous-breakdown/AN00476:

The term "nervous breakdown" is used by the public to characterize a wide range of mental illnesses. Nervous breakdown is not a medical term and doesn't indicate a specific mental illness. Generally, the term describes a person who is severely and persistently emotionally distraught and unable to function at his or her normal level.

Often, when people refer to having a nervous breakdown, they're describing severe depression. Signs and symptoms of severe depression include:

  • Agitation or restlessness
  • Difficulty or inability to stop crying
  • Sleeping difficulties
  • Dramatic appetite changes
  • Indecision

The causes of mental illness usually aren't clear. But these factors may play a role:

  • Stress
  • Drug and alcohol use
  • Coexisting medical conditions, such as thyroid disorders and certain vitamin deficiencies
  • Genetics

Currently having all those 5 symptoms. Too much stress. Too much pressure. Too much hope. Too much work. I think I must have a break. I must go somewhere else where only me, and mother nature. I must recharge to survive.
ALLAH! Help me!Please help me, your poor slave..

Wednesday, August 15, 2007

Lab OOD kedua

Saya kena masuk mengajar hari ini dengan muka yang agak serius. Depa semua diam. Saya bagi salam dan buka majlis dengan Al- Fatihah. Alhamdulillah, selepas dibahagikan kelas, mereka semua agak terkawal. Kami mulakan kelas dengan tenang dan diselit lawak2 penceria kelas oleh beberapa orang. Alhamdulillah, kelas kedua jugak tidak banyak masalah. Saya rasa lega, dan saya bersyukur kepada ALLAH, mereka yang biasa menyakitkan hati saya pada hari ini lebih mesra.

Saya beri kuiz yang perlu dihantar sebelum habis kelas. Menggelabah semua. Tak apa, kuiz sekadar untuk pastikan kedatangan dan supaya tidak ada yang tolong sign bagi pihak kawan. Saya dah paham gerak mereka. Saya dulu pon student juga. Dah boleh tahu siapa yang selalu ponteng, yang pantang digertak nak menangis (lelaki tau!!), dan paling saya suka, kehadiran mereka ke kelas saya dengan pakaian yang kemas dan sangat sopan. Masih ada seorang dua yang pakai tshirt pinjam dari baby 3tahun, tapi saya harap minggu depan mereka tak pakai lagi.

Saya teringat pensyarah2 saya. Encik Ariffin tak suka pelajar perempuan pakai baju ketat. Dia akan suruh balik tukar serta merta. Encik Aziz pulak tak suka pelajar lelaki pakai baju hitam. Nampak ganas dan tak ceria. Mungkin saya jugak terikut2 kedua2 pensyarah ini. Saya akan terus tegur jika pakaian mereka tak menyenangkan. Bukan sebab nak busybody, tapi mengganggu saya yang sedang mengajar di hadapan kelas.

Saya nampak perbezaan beberapa orang dari mereka yang betul2 datang untuk belajar. Saya suka jika saya dapat bantu depa. Insya ALLAH saya akan amalkan seperti guru2 saya masa di KISAS, mendoakan setiap pelajar kesayangannya setiap kali selelsai solat. Saya akan amalkan. Moga2 mereka bukan saja keluar sebagai seorang software engineer, tapi jugak sebagai Muslim dan Mukmin yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai Khalifah ALLAH.

Malam ini saya dapat tidur dengan lena ngantuk kenyit


p/s: untuk sape2 yang nak burdah rancak (rock) tu, ni link untuk download. Klik sini.

Saturday, August 11, 2007

Burdah Imam Al-Busiri

Saya dapat burdah ni dari kakteh. Tapi burdah dia lain sket. Ni burdah rancak sikit. Yang kat blog kakteh lebih lembut dan mendayu2.. Biasa lah, adik dia ni rock sket, so burdah pon nak yang rock jugak. Hahaha...











Ni translation dalam english

Chapter five
Concerning the blessedness of the invitation (calling towards Islam) of Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam


1. The trees answered his call, prostrating.
2. Walking towards him on shins (truck) without feet.
3. It is though writing lines that were written.
4. With their branches, calligraphically writing of his perfection.
5. Like the cloud following him wherever he went.
6. Sheltering him from the intense heat, (as that) of an oven in the blazing summer.
7. I take an oath (of truth) by the moon that was split, it bears.
8. A connection with his heart (which shows) the truth of my oath.
9. What excellence qualities and noble deeds the cave contained (in it).
10. While every eye (of the disbelievers) was blind him.
11. The truth (sidq) and the true(siddique) in the cave were not seen (by the disbelievers).
12. And they were satiny "There is no one in the cave".
13. They thought a wild dove and a spider would not
14. Lay an egg, or spin a web for the best of creation.
15. The protection of Allah (made him) dispensed with double.
16. From armours and high forts.
17. Whenever time caused me any distress and I took refuge in him.
18. I receive shelter from him which was not misused.
19. I did not ask for the wealth of the two worlds from his hand.
20. But I received a great gift the best hand that was ever kissed.
21. Do not deny that his dreams are revelations (wahi), for verily his
22. Heart does not sleep, when eyes sleep.
23. And this was at (the period of) puberty of his prophet hood.
24. At that time dreams cannot be denied.
25. Great neither are the blessings of Allah that wahi are nor earned.
26. Nor was any Nabi accused (of lying when) giving knowledge of the unseen.
27. His miracles are (completely) clear, not hidden from anyone.
28. Without it justice cannot be established amongst people.
29. How often has his hand granted freedom (cure) from disease by (his) touch.
30. And set free the insane from the chains (fetters) of insanity.
31. He revived the starving year (of famine) through his dua.
32. Until it resembled a white spot on black times.
33. By means of a cloud which rained so abundantly, you would think large rivers
34. Gushing forth from the sea or like the torrential flood of Arim.

Jom kita semai cinta Rasul!!


p/s: Episod last Mutiara Hati Isnin ni 5.30 ptg.. Jangan mis.. kenyit

Wednesday, August 08, 2007

Karenah Pelajar Yang Tak Tua Tak Muda

Hari ni lab pertama OOD. Pelajar2 kelas ni dalam lingkungan 20 an. Tak la tua sangat dan tak jugak muda. Yang sedang2 saja, nyanyi dangdut ala2 Iwan. Dengan demam yang belum kebah lagi, terpaksa menguatkan suara bagi mengatasi suara depa yang terlebih lantang berbanding saya. Saya bawak cerita tentang Angsa dan Katak. Tak guna kalau pandai, tapi suka berlagak sombong dan membangga diri.

Ada juga di kalangan mereka yang tidak menghormati. Ya, mungkin mereka fikir saya hanya demo/tutor yang hampir sama baya, tapi mereka mungkin jugak lupa, walaupun begitu saya masih guru bagi mereka. Sikap kurang hormat dan bangga diri ini yang menghasilkan pelajar2 IPT yang bijak tapi kurang integriti. Sia-sia saja kempen kerajaan menyemai integriti di kalangan kakitangan awam dan swasta jika masalah ini berpunca semasa masih belajar di sekolah dan di IPT lagi. Buku Pelan Integriti Nasional tu pon, buat membazir saja.

Ada juga yang cuba mencuri2 surf internet. Hairan jugak ya! Punyalah panjang lagi masa untuk cek email dan sebangainya, time lab jugak depa ni nak surf. Nak marah pun, tak tau nak marah macam mana. Saya terfikir, mereka tidak dididik ke kat dalam keluarga? Atau mungkin didikan ibu bapa mereka tu, dicampak ke tanah dan dipijak2 saja?

Semester lepas saya cuba bertolak ansur dengan meringankan beban assignment, tapi sikap melampau hingga En. Zailani pun tak tahu nak cakap apa dah yang depa buat ni, membuatkan saya sakit hati. Agaknya depa ni suka kalau kena marah. Sifat azali dalam diri manusia yang tak suka kena marah dan suka kelembutan tu, dah hilang dalam diri depa. Kena marah pun, kerja yang diberi tak hantar2 jugak.

Saya selalu memulakan kelas dengan Al Fatihah, moga berkat Ummul Kitab itu, dipermudahkan ALLAH segala urusan ilmu, dan ALLAH lembutkan hati2 mereka untuk terima ilmu. Tapi saya sedih bila ada yang tak baca dan gelak2 kat belakang. Tak hormat pada saya tak apa, sebab saya akan tinggalkan mereka satu hari nanti. Tapi, sikap tidak hormat pada Al Quran itu akan mereka bawa sampai bila2, dan dosa itu terus2an dihitung hingga Kiamat. Kita tidak mahu pendidikan terhadap generasi ini hanya pada kulit, di dunia saja. Saya ingin ilmu yang cuba saya kongsi ini, terus2an hingga saat mengadap ALLAH.

Mungkin soalan2 Database, JAVA dan OOD tak ditanya di Padang Mahsyar. Tapi ALLAH akan tanya, di mana masa mudamu dihabiskan? Kenapa tak menghormati guru? Kenapa tak laksanakan amanah ibu bapa, masyarakat, negara dan agama iaitu menuntut ilmu? Adik2 saya ni, tak fikir agaknya, setiap gerak hati, tutur kata dan tingkah laku bahkan gerakan jari menekan keyboard ini akan ALLAH persoalkan nanti. Di hari yang dibekukan lidah2 manusia, di hari yang semua orang menyibukkan diri dengan urusan diri sahaja. Di hari yang dipisah2kan hubungan saudara. Di hari yang hanya amal dan rahmat ALLAH sahaja dikira. Di hari itu, segala kepandaian programming tak mampu untuk hack sistem timbangan yang ALLAH cipta. Tak ada satu virus pon yang akan mampu memadam atau redundant data dalam database amalan2 manusia.

Saya berdoa, moga2 ALLAH lembutkan hati2 mereka, sebagaimana DIA melembutkan besi bagi Nabi Daud, dan semoga hati2 mereka mampu mencerap ilmu2 ALLAH dan menjadikan mereka tunduk dengan kebesaran dan kemuliaanNYA, yang tak ada sebarang batasan ruang dan masa. Wahai Tuhan, semoga Kau lindungi kami dan mereka dari segala sifat2 keji dan permudahkan kami dalam menerima ilmu sehingga kami tunduk tawaduk dengan segala puji kepada MU.
Ameen Ya ALLAH!

Thursday, July 26, 2007

Cikgu Pukul Anak: Wajar ke?

Selalu sangat dengar tentang pukul-pukul pelajar ni. Jadi isu negara pulak. Nak tangani masalah disiplin kena kerjasama semua pihak. Kerajaan, sekolah, guru dan ibu bapa. Semua pihak kena jalankan tanggungjawab masing-masing n tak boleh tuding sana, tuding sini.

Cuba cek balik, cikgu tu takkan tak pasal-pasal dia nak marah budak kalau budak tak buat salah? Mesti ada sebab. Budak2 pulak, dia buat salah pun mesti ada sebab jugak. Takkan tak pasal-pasal dia nak ponteng kelas, tak buat kerja rumah dan sebagainya? Kita kena cek semua benda. Mungkin dia tak siap kerja sekolah sebab sibuk tolong mak kat rumah, jaga adik, buat kuih dan lain-lain. Mungkin jugak pengaruh kawan macam dalam iklan kat ERA.fm.

Kita kena cek satu-satu semua masalah ni. Cikgu pulak nak pukul pun kena tengok la pukul kat mana. Kalau main tampar kat muka mmg tak boleh terima la.. Buatnya sekali tampar terus pekak budak tu nanti. Kalau nak pukul pun agak-agakla... Jangan la sampai patah riuk budak tu. Teringat abah pernah cerita, ibu bapa zaman dulu, kalau hantar anak pergi sekolah jumpa cikgu, dia akan cakap, "Cikgu, kalau anak saya ni ada buat salah, tak nak dengar kata, pukul aje cikgu. Jangan sampai patah sudah le!"

Acah aje tu, sebenarnya cikgu pun tak sampai hati nak pukul kecuali melampau sangat. Cikgu-cikgu zaman saya dulu pun, pukul-pukul sayang je. Cuma nak ajar agar rasa takut dan hormat. Cikgu Barishah dulu suka pukul pakai pembaris panjang satu meter. Cikgu Gayah suka pulas pusat.. Uiiii... gerunnn... Nasib baik tak pernah kena. Kalau arwah cikgu Gayah suruh hafal sifir, biar la tunggang terbalik macam mana pun, nak jugak hafal, tak pasal2 kena pulas pusat nanti. Naik darjah 3, dengan cikgu Halim pulak. Pon jenis ketuk tangan pakai pembaris 1 meter. Darjah 4, abah sendiri ajar. Heheheh.. Memang tableh main2 la... Tapi Sir Rahim garang jugak. Kena jemur luar kelas kalau tak siap homework. Rasanya, biasa je cikgu denda ni. Untuk mendisiplinkan budak jugak kan??

Saya dulu pernah kena kurung kat luar rumah. Lepas pukul 7 memang dah kena masuk rumah. Satu hari tu ralit main dengan hadi dan huda. Kena kurung kat luar rumah sama-sama ngan sepupu, kak long. Menangis-nagis merayu kat mak nak masuk. Mak tak bukak. Kakak-kakak pon dok senyap dalam rumah, abah pon pakat sekali dok diam tak bukak pintu. Huhuhu.. Rasa macam kena abandon betul waktu tu. Tapi memang insaf la... Taubat dah tak buat. Sebelum pukul 7, memang masuk dok senyap dalam rumah prepare untuk maghrib. Sampai sekarang jadi amalan. Pukul 7, memang masuk rumah.

Untuk menyelesaikan perkara ni, ibu bapa dan guru serta pihak sekolah perlu ada hubungan yang erat. Walaupun abah ngajar sekolah yang sama dengan saya dulu, abah tak bagi muka. Kalau silap, tetap silap. Kalau balik ngadu kat mak, mak tambah lagi kena cubit. Padan muka.

Tak caya cuba tengok balik cerita 'Anakku Sazali' kalau anak ni kita tak ajar betul2, asik ok ok kan je cakap dia.. Last2 jadi macam Sazali la.. "Bapak hanya percaya apa sahaja yang Sazali katakan.." "Kerana bapaklah Sazali jadi begini!" "Apa yang bapak tahu hanyalah berkata "Anakku Sazali..."!!" "Sazali mahu duit, bapak bagi, apabila Sazali besar..." dah dah.. sambung sendiri..

Nak ke anak2 kita jadi macam Sazali?? Kalau taknak ape lagi, balik la jenguk anak2 kat rumah dan bina hubungan dengan pihak sekolah. Ingat la, anak-anak pewaris bukan sekadar di dunia, tapi amanah yang akan dipersoal di akhirat.



p/s: Dari kiri: mad nor(anak raihan), nuha, hanna, cu :D oh ya.. nama anak sedara baru, naseem wajdi. ntah sapa kasi.. oklah, sedap nama tu. tak sabar nak balik tengok baby baru!

Tuesday, July 24, 2007

World of Peace!!

Selalu bila saya balik dari lab tengah-tengah malam, dah takde cerita apa yang tinggal kat tv. Biasanya ada Martha Stewart Living dan Bicara Mufti aje. Tapi sementara nak tunggu mata ngantuk tu, layan lah dulu. Boleh la dari takde kan!!

Semalam saya balik dari lab pukul 11.30 selepas mengalter blog Muna, saya buka tv nak tengok citer apa yang ada. Nasib baik ada CSI. Lepas CSI saya sambung tengok Martha Stewart ajar buat White cake yang nampak sedap. Saya plan nak balik buat nanti masa raya. Yummm!! Sure Hanna, Mu'ammar, Ayman dan Nuha akan 'membantu' saya di dapur dengan jayanya seperti tahun-tahun lepas. Heheheh...

Tetamu undangan Martha semalam ialah Sharon Stone. Dia cerita macam-macam. Tapi yang paling menarik perhatian saya, dia dijemput ke Israel oleh Simon Perez Peace Foundation. Di sana dia terlibat dalam kempen anti perang. Macam pelik pulak ye, Zionis ni yang mulakan perang, depa pulak anjur kempen anti perang. Tapi, mungkin jugak rakyat Israel sendiri yang tak nak perang ni dan anjurkan kempen tu, kerajaan dia nak perang. Rasa cam insaf la pulak kan. Kat negara sendiri buat demo anti perang, kena sembur ngan FRU pulak.

Bila dah habis cerita Martha Stewart Living tu, buka TV 1 sebab ada Bicara Mufti. Eh eh, tau tak sapa?? Mufti Perlis la... Pening-pening.. Tok mufti tak habis2 dok suruh kita sendiri kaji hadith dan quran, mintak kita sendiri buat penilaian. Saya tak kata dia salah. Dah mmg tugas mufti tu untuk kaji semua2 tu, kami yang rakyat ni ikut ja lah.. Lagipun apa guna ada ulama kalau bukan sebagai port utk rujukan?

Takkan kami2 yang tak paham bahasa arab setakat tahu makna bismillah, assalamualaikum, syukran, afwan ni nak tafsir hadith tok mufti oiii.. Jangan la buat kami ni pening. Kami ni harap sangat tok mufti yang jelaskan kat kami. Tok mufti cakap jangan asik ikut amalan ulama dulu2 tak semestinya betul, mesti ikut cara solat Nabi. Tapi kami ni nabi pon tak penah tengok, macam mana nak tau cara solat nabi? Of coz kami kena rujuk ulamak jugak. Tapi antara ulama tahun 1428 hijrah dengan ulama tahun 100 hijrah sapa lagi dekat dengan nabi? Sapa lagi rapat dengan tabiin dan tabiin tu rapat ngan sahabat nabi?

Tok mufti oi, kami ni balik penat-penat dari kerja, nak dengar jugak tentang macam mana kami nak susun hidup kami ke arah nak menyatukan ummah, ke arah nak selamat kan aqidah. Kami tak mau dok dengaq tuduh sana sini, kutuk ulamak itu ini. Kami dah pening dok pikiaq pasai apa la coding kami tak jalan-jalan, pasai apa simulation kami stuck, kami jadi tambah pening bila tok mufti suruh kami pi kaji hadith pulak. Tadi cakap jangan asik ikut ajaran ulama, habis tu kami nak ikut sapa lagi? Takkan kami nak ikut kata hati sendiri? Kalau ikut kata hati, tak solat pon ok kan??

Sebelum ni tengok bicara mufti tu, rasa sejuk ja hati ni. Dengar nasihat-nasihat iman, even Noh Gadut yang time Forum Perdana tak best tu, time Bicara Mufti jadi best pulak. Macam mana nak tambah iman, nak kekalkan iman, nak seimbang dunia dan akhirat, nak wujudkan individu muslim, usrah muslim, masyarakat muslim. Saya tak mau pening-pening kepala pikir orang nu salah, orang ni tak betul.

Sudahlah tok Mufti, WORLD PEACE!! Saya nak tidur dulu...

Wednesday, July 18, 2007

Puasa Sunat

Ya, memang saya ada terima email dari kawan saya tentang puasa Rajab yang tidak ada asal suruhannya dari hadith2 Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam.
Ya, memang saya faham apa yang cuba dikatakan oleh artikel 'kopi pasta' itu. Tiada nas menyuruh kita puasa pada bulan Rajab.

Saya tidak berniat untuk bertelagah dengan beliau mahupun cuba mempertikaikan kata-kata beliau yang saya hormati. Tapi selaku seorang insan yang telah ditarbiyah oleh bunda dan ayahanda tercinta sejak kecil lagi tentang kemuliaan Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ini, saya cuba untuk memperjelas dari sudut pandangan mata saya yang berspek tebal ini. :D

Daripada apa yang saya faham, artikel itu sekadar untuk memberitahu betapa hadith ini palsu, dan hadith itu dhaif. Mungkin bagi orang yang biasa pergi ngaji ngan tok2 guru dan paham sanad2 hadith, dia boleh paham yang tersirat. Tapi bagaimana dengan kawan-kawan kita yang tidak ngaji agama, yang baru belajar2 nak kenal Islam. Kawan-kawan saya bila baca email tu, perkara pertama yang ditimbulkan ialah, "Habis akak, salah la ye posa Rejab ni? Kita posa ni dosa ke sebab Nabi tak buat? Bid'ah la kita ni ye, kak?"

Kesian kan kat kawan-kawan saya, dalam nak buat ibadah, jadi berdosa pulak sebab bid'ah dan amal hadith dho'if. Kesian kan?? Jadi, saya menelefon bonda saya yang tercinta untuk bertanya sebab saya sendiri bukanlah orang terbaik untuk menjawabnya.

"Adik, nak puasa, pauasa jelah. Bab pahala biarlah ALLAH yang uruskan. Kerana Asal suatu ibadah itu kerana ALLAH dan kita beribadah untuk mendekatkan diri padaNYA. Lagi pulak, kalau kita saja-saja nak puasa, tak kisah la bulan berapa pun, kerana ALLAH dan tambahan pula kita menghormati bulan Rajab yang mana dalam bulan itu berlakunya Isra' dan Mikraj, takkan ALLAH nak murka pulak?"
"Adik, anggap ja puasa kerana ALLAH, bukan kerana hadith begini dan begitu. Kalau kita tak puasa, tak belajar puasa masa Rajab, sepanjang tahun pun, kita hanya puasa Ramadhan dan puasa ganti saja. Kalau makan pun kita nak bertambah, takkan lah bab ibadat kita nak kurang-kurangkan pulak kan?"
(mak punya ayat macam lain, saya modified sikit ikut kefahaman saya)

Hmmm, betul kata mak. ALLAHYARHAMAH tok dulu, puasa straight Rajab, Syaaban dan Ramadhan. Bukan sebab hadith-hadith fadhail sebagainya sebab tok bukan pakar hadith pon, tapi tok puasa sebab dia nak rasa sihat. Kan puasa itu menyihatkan? Lagi satu, orang yang rajin puasa ni, ALLAH sayang. Tok nak ALLAH sayang, tu aje. Jadi, tak salah la saya sebagai cucu tok nak puasa jugak kan?? Supaya ALLAH sayang saya dan saya harap saya ditempatkan di syurga ALLAH nanti dengan golongan rajin berpuasa dan bersama tok.

Ada juga kawan saya bagi jawapan dari Allahyarham mufti Mesir, Sheikh `Atiyyah Saqr:
"I would like to stress the fact that observing voluntary fasting during the sacred months or Al-Ashhur Al-Hurum, including the month of Rajab, is recommended or mandub. The Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have instructed his Companions (may Allah be pleased with them) to observe voluntary fasting in Al-Ashhur Al-Hurum.

He (peace and blessings be upon him) used to urge his Companions to fast three days of every month. Thus, fasting during the month of Rajab is recommended but there is no authentic hadith that indicates that fasting certain days of Rajab, for example the first day, entails a special reward."

Kata orang bila kita selalu buat amalan tu, amalan tu akan jadi darah daging. Harap2 dengan posa Rajab, Sya'aban dan Ramadhan ni, amalan posa tu akan jadi darah daging saya. Ameen... Insya ALLAH...

Kalau boleh...

Kalau boleh, aku ingin puaskan hati semua orang...
Kalau aku boleh, aku ingin manusia-manusia sekitar gembira denganku...
Kalaulah aku boleh, aku ingin menyambut huluran tangan-tangan mereka itu...

Tapi aku hanya aku, dan aku tahu aku tak mampu...
Aku tak mampu sambut tangan mereka, tapi bukan niatku membiarkan mereka terus lemas...
Aku telah cuba...

Aku ada matlamat yang lebih besar,
Aku ada tanggungjawab yang lebih aula,
Aku perlu tunaikan tanggungjawabku pada bonda,
Aku perlu lunaskan janji pada ayahanda.

Aku tahu tangan kaki ALLAH kurnia hanya dua,
Aku cuba guna sehabis daya,
Aku sedih dengan manusia yang hanya mencerca,
Tanpa memahami letak duduk suatu perkara.

Tak apalah kata bonda,
Kita buat apa kita suka,
Asal tak langgar syariat DIA,
Kita saja yang tahu siapa kita,
Manusia memang suka mencari cela,
Ayah dan bonda menyokong anakanda,
Yang paling penting, hukum dan nama anakanda jaga.

p/s: MISS U MAK n ABAH!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP