Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, April 19, 2008

Hati Hendak Semua Jadi

Perumpamaan yang semua orang boleh cakap kan? Saya pon kena buang procrastinate saya ni. Tapi semalam berjaya taip 2 perenggan tesis. Okla tu for the start of chapter 2 kan ;-)
Lepas tu dapat analisis coding untuk QoS performance analysis tu.

Petang ni pulak managed to marked all the lab database assignments. Fuh fuh fuh... terbakar tangan coz me"rait" paper tu dengan lajunya dan ditemani coklat Crispy yang sedap dan lagu2 Letto dan BSB. Heheheh.. Lagha2... Akhirnya markah itu di email kepada kak Ina.

And also berjaya menyiapkan lab manual untuk lab database oracle SQL plus yang Encik Zailani nak. Turut berjaya diselesaikan ialah PROFORMA dan LO untuk Software Project Management. Tobat malam ni balik dengan penuh keletihan dan tidoq tanpa sedar.. hahah.. Harap2 hari Rabu tak kantoi bangun lambat la coz kena jaga exam JAVA. huhu..

Esok nak pegi senamrobik. Sebelum pegi India kena pastikan badan sihat n tak lelah2 lagi. Saya juga dah mula proses detox. Tapi jadi lembik tak bermaya. So, saya buat selang sehari lah. Kang turun berat mendadak, pengsan plak. Dah ada sejarah low blood pressure.

Things to do in list : 1. Post buku Muqay n Ust Daud 2. Paper for MyEduSec 3. Paper for MySEC 4. Filed up those papers n letters yang bersiponggang dalam bilik. 5. Amik baju kat kak Gee n Kak Ma 6. Jaga exam 23,24,27 April. 7. Marking papers 8. Skema jawapan n pemarkahan.

Ok AMNI!!! Move up and let get bizieyy!!!!!

Tuesday, August 07, 2007

Posting Cover Cerita Seminggu

Balik kedah 1 week. Best sangat2 cuti kali ni. Tapi tak sempat pi mana-mana sangat coz bz dengan family je. Ada ke patut balik2 ke lab ni depa tanya, "Amni balik bertunang ka?" Muahaha.. gelak guling-guling!! gelakguling

Hari pertama balik tu, dok bz tolong abang Yus bawak baby pi ambik darah coz jaundice. Nasib baik darah dia dah ok.. dah turun sket.. Tapi bengang dengan nurse tu coz picit2 kaki Naseem macam dia perah santan dengan alasan darah takmo kuar banyak. Menangis2 la Naseem. Muka abang Yus dah merah cam bengang ja. Saya plak cam biasa la, bukan buleh tengok orang nangis, dengan saya2 skali kuar ayaq mata.. Huhuhu.. Mengulang kisah bawak Habil pi cucuk, mak dia tak nangis, saya yang bengkak2 mata... Soooo drama queen kan?? malu

Petang tu bawak mak and abah pi tengok tokwan. Sian tokwan tak boleh bangun. Dia suruh urut n sapu2 kaki dia dengan minyak. Sorry la tokwan, adik memang kalo mengurut, sure tekan kuat punya! Tapi tok wan takmo kuat2, mengerang lagi dia.. "Adoila.. adoilaa... sudah, sudah!! HUHUHU!!!" Takpa2, len kali urut tokwan jgn kuat2, tokwan tak tahan sakit. Abah tak pa la...

Cerita pasai makan pulak. Mai mood rajin, cuba resepi dari Lily pulak. Puding Roti. Simple dan sedap. Tapi tak jadi!! Huhuhu!! ketukmejeketukmeje Awat tak jadi? Kurang gula jadi tawar macam makan roti saja. Abang Yus suruh modified, letak air gula merah macam makan puding karamel. Or letak aiskrim cam banana split. OK la, boleh la nak dimakan. Tapi kak teh tu, tawar2 pon puji kata sedap! Bodek ka?? jelir

Ada satu hari tu malas nak masak sayur2 yang dibeli dari pasar, so suggest kat mak, buat gulai daun Juaq saja. Sudahnya, kakteh yang kena buat. Hehehehe.. Ok2, sedap laaa... Tambah lagi dengan Daun Ginseng Masak Kicap. Semua ulam2 amik sekitar rumah saja. Jimat hari tu. Ada jugak masak Tempe+Suphun+Kentang. Hmm, masa buat yang tak garing habis licin, bila buat yang garing tak habis pulak sebab abah sakit gusi kalau garing n keras. Sian abah.

Hari apatah tak ingat, try buat kuih keria pulak. Isk2, terlajak tepung sikit. Jadi liat. Tapi rasa dia okla. Cuba nak buat frosting macam Kak Eyta ajar, tapi tak tunggu sampai betul2 pekat air gula tu dah masuk kuih, so, frosting tak jadi berkeping2, tapi jadi gula halus pulak. HUH! 2 kali tak jadi!! Takpa, abah n mak makan jugak dan cakap lain kali buat lagi. Lagi sikit lagi, jadi lah tu.. Semangat ni. Kak teh pon tolong so rasa semangat sket.

Hari Jumaat teman kakcik n anak2 menakan pi Aloq Staq beli buku n hadiah untuk besday Najlaa. Jadi bendahari untuk kak Zah. hehehe... Tolong atur duit untuk belanja anak-anak. Nasib baik cukup. Dan sebagai bendahari yang punyai kuasa veto ke atas kewangan Kakak, Abang dan Didi, saya kontrol duit depa untuk benda2 yang betul2 penting saja. Abang Ziyad cam biasa la, nak konar2 jugak. Huhuhu... Takde2, Cu dengan garangnya takbole telah menetapkan hanya buku2 yang berfaedah saja boleh dibeli. Buku Disney, Katun2 tak boley!! Novel cintan2 tak boley!! Kakak beli buku motivasi, Didi beli kamus bergambar dan buku kisah tauladan dan lastly Abang Ziyad beli buku Crossword Puzzle untuk improve English dia dan 1 buku kisah remaja Islam ke kalau tak silap. Haha.. Sungguh VETO diriku, seperti US yang menguasai IMF hingga PBB pon tabley buat apa2... Hahah... setansetan Saya pon beli satu buku, tu pon hutang dulu dengan kakteh. Huhu.. Personality Plus, by Florence Littauer. Dah habis baca. Dan akan diamalkan insya ALLAH.. Saya akan lebih menghargai orang-orang disekeliling saya lepas ni. Another Paradigm Shift, cuma harap tak jadi hangat2 tahi lembu depan Taman Desa Perwira, Pantai Tok Jembal dahle.. sengihnampakgigisengihnampakgigi

Merancang dengan kakteh nak pi KL dengar kuliah Habib Salim, tapi demam dan selsema. Blood pressure rendah. 100/60. Patut pening2, maybe bz sangat n dok ngadap pc kat kampus dari pagi sampai tengah malam. Harap2 kakteh balik nanti tolong cerita na??

Pagi ni nak start keta nak mai kampus, tiba2 keta bunyi dengan sangat kuat. Tension nya!! Rupanya bateri dah kong. Tableh nak buat apa laaa... Melayang RM130. Tu pon pinjam dari anis, coz UMT lom bank in duit bulan Julai. Apala... UMT ni bab mintak duit nak cepat2, bab nak bagi duit, ade je alasan nya. Tak caya, try tanya Loque, nak pi present paper kat International Conference wakil U pon kena pakai duit sendiri. Takde bajet. Dah dok perabih bajet kat karpet baru, cat baru dll. Mana nak ada duit nak bagi untuk student kan? Even budak2 debat nak pi debat Alam Sekitar baru ni pon depa kata pegi sendiri, takde transport. Bas parking banyak2 depan BS tu buat tukun tiruan laaa... Berkarat la kat situ. Beli coaster sampai 2 bijik, tapi driver tanak tambah. Macam mana student nak buat aktiviti? Terpaksa team UMT tumpang satu bas nak pegi UPM. Hampeh!! Sian adik2 ku itu.

Kalau nak cerita lagi, panjang lagi. Tangan dah letih menaip. Tapi nak mintak la bantuan dari sesapa yang sudi dan ada duit lebih nak bagi kat FORKAD (Front Anti Murtad) Terengganu. Sebab nak agih bantuan pada umat Islam yang memerlukan. Sian sangat ni. Sampai ada di antara depa ni terima bantuan dari gereja. Kesian pada saudara seIslam kita. Sebarang sumbangan boleh kontek saya kat email : zirwatulhanna (at) yahoo (dot) com. Insya ALLAH ada saham kita kat akhirat kerana nak selamatkan aqidah sedara2 kita ni. Ehem.. Rasanya ada kot yang tak bayar zakat pendapatan lagi kan?? Boleh la sumbang2 kan ye?? Terima kasih.

p/s: Boleh jugak refer kat blog amdang81.

Saturday, May 12, 2007

Al-'Ilmu fis Sudur

Al-'Ilmu fis Sudur(betul ke tak ejaan?) satu pepatah yang saya belajar di KISAS. Maknanya, ilmu itu perlulah diingat di dalam hati. Ada sambungannya lagi, "wala fi kutub" yang bermaksud, bukan hanya di dalam buku.
Sempena pesta buku baru-baru, saya pergi selama 2 hari berturut-turut. Bagi saya, walaupun akan ada orang kata saya membazir duit dan masa, saya tidak pernah berfikir begitu. Mak dan abah telah ajar dan didik kami adik beradik, duit kita tak kata membazir kalau guna untuk 3 benda, 1. sedekah 2. beli buku 3. makan (hehehe, my favourite). Walaupun mak dan abah takla cakap terus terang macam tu, tapi kami dapat tengok dari perbuatan depa.
Saya nak cerita dari segi buku lah dalam posting ni. Masa kecik, setiap kali datang hari lahir, mak dan abah tak pernah lupa bagi hadiah. Hadiah-hadiah favourite mak dan abah ialah buku, alat tulis, dan pakaian. Tapi paling selalu ialah buku. Secara tak langsung, tindakan mak dan abah ni membuatkan kami semua suka membaca. Punyalah suka membaca, sampai bila abah bawak kami pi jalan-jalan makan angin, saya akan baca nama jalan, nama kedai, signboard, apa-apa aja yang bertulis. Mak dan abah tak pernah marah sebab bising, malahan depa siap tanya lagi kat saya, "Adik, tu kedai tu nama apa?" "tu yang warna hijau tu apa dia?" Pernah satu kali kami pi KL, saya tak ingat darjah berapa, tapi saya berjaga dalam perjalanan. Abah ikut jalan Selama kedah-Selama Perak. Saya excited sebab ni jalan yang tak pernah guna sebelum ni. Saya baca semua tanda jalan yang ada. Waktu balik, mak lena dan abah drive sorang-sorang. Saya tolong abah baca tanda jalan yang saya ingat dalam perjalanan waktu balik. Abah puji saya sebab ingat dan tak sesat jalan. Kalau tak silap saya, di jalan Selama itu ada jambatan timbang. Tapi sekarang, saya dah tak ingat jalan tu sebab dah ada lebuhraya. Heheheh... Sikap mak dan abah yang menggalakkan kami membaca ni banyak membantu kami dalam pelajaran.
Dulu di koperasi sekolah, ada majalah kecik yang ada kartun ala-ala Doraemon. Setiap minggu pasti saya mintak duit dengan mak untuk beli dan mak tak kisah pun bagi duit untuk itu. Kadang-kadang kalau lupa mintak kat mak, saya dengan muka tak malu pi jumpa abah kat bilik guru, mintak tolong belikan. Kandungan dalam majalah tu banyak yang saya masih ingat. Ada satu segmen dalam majalah tu, katanya khalayan kadang-kadang boleh menjadi kenyataan. Dia tunjukkan bahawa tak mustahil satu hari nanti jam tangan kita ada televisyen kecik. Sekarang jam tangan televisyen dah menjadi realiti.

Antara buku-buku yang saya masih ingat, mak dan abah hadiah pada kami ialah Himpunan Kisah-kisah Lelaki dan Wanita Dalam Al-Quran dan Hadith. Kami ada koleksi dari jilid 1 sampai akhir terbitan syarikat Nurulhas. Setiap kali mak abah beli, kami akan paham-paham giliran, mula dengan Kak Abi, Kakcik, Kakteh dan akhir sekali tentunya saya. Tapi kadang-kadang saya suka potong line kakteh. heheheh, dia jarang marah... Ada jugak kisah Nabi Muhammad mak beli satu set, ensiklopedia satu set, buku cerita mak bagi kat kakteh tajuk "Yang di Atas Lebih baik dari yang di bawah", buku kakcik "Setangkai tak Sebau", buku cerita abah bagi "The Rabbit and the Tortoise", buku cerita "Musang yang Bijak", dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakan buku tu dah rosak kerana banjir besar tahun 2005. Sedih...
Sebenarnya, sifat membaca yang kerajaan dok buat kempen tu takkan berjaya kecuali bermula dari rumah. Ibubapa yang harus mulakan dan tanam sifat itu. Kalau ibubapa pun asyik tidur dan tengok tv, astroguide, katalog AVON je waktu lapang, anak-anak lagi la tak buat apa-apa. Kami adik-beradik tak digalakkan baca komik dan kartun. Tengok cerita kartun pun abah tak bagi.(Tapi saya curi-curi tengok) Saya pernah kantoi dalam kelas Pendidikan Islam dengan Ustaz Ismail sebab baca Doraemon pinjam dari Azwan. Saya pon dah tak ingat kat mana Azwan sekarang, tapi dialah supplier Doraemon kelas kami waktu tu. Nak beli takut kat abah, jadi pinjam jelah.
Balik dari sekolah, abah marah saya sampai abah nangis sebab malu dan geram kat saya yang tak bagi tumpuan dalam kelas. Saya taubat dah lepas tu tak buat lagi. Uiksss, bukan senang nak tengok laki menangis, tambah pulak abah saya. Dan yang paling insaf tu sebab saya yang jadi penyebab. Taubat saya tak buat lagi lepas tu. Jadi Azwan dan kurang seorang pelanggan. Muahahaha...
Saya sendiri bila dah ada duit sendiri sekarang ni, saya lebih suka membeli pelbagai buku dan majalah. Saya belajar untuk lebih terbuka sekarang. Saya baca Mingguan Wanita, The Malaysian Women's Weekly, CLEO, Motor Trading, Novel-novel Alaf21, Novel-novel Creative Enterprise. Tapi semua tu saya pinjam. Saya hanya habiskan duit untuk majalah Dewan Masyarakat, MASSA (sayang, dah berkubur), PC Magazine, Novel-novel sastera dan ilmiah, buku-buku motivasi karya Zig Ziglar, John C. Maxwell, Robert T. Kiyosaki, John Fuhrman, David J. Schwartz, Badiuzzaman Said Nursi, novel John Grisham dan beberapa lagi buku yang serius . Saya ingat lagi seorang sahabat di matrikulasi bila saya bercerita tentang buku-buku yang saya baca dan saya suka. Dengan nada mengejek, dia kata pada saya, "Buku-buku yang awak baca itu, buku karangan Yahudi, Kristian dan Sufi! Awak takkan dapat semangat untuk berjuang dengan membaca buku sebegitu!" Tapi, saya dapat buktikan, dengan buku karangan ahli Sufi lah saya belajar berdakwah dengan kasih sayang dan bukan kebencian. Dengan buku karangan orang Yahudi lah saya belajar menghargai manusia di sekeliling, dengan buku karangan orang kristian lah saya belajar memperbaiki kelemahan diri saya. Dan saya tak pernah menyesal atas segala pembacaan saya, sekurang-kurangnya saya tahu, semakin banyak saya membaca, rupanya makin sedikit yang saya tahu tentang ilmu ALLAH, menambahkan lagi semangat saya untuk banyakkan bacaan saya. Untuk kawan yang berkata begitu, kita lihat, hasil karya siapakah yang awak baca untuk membolehkan awak dapat degree dalam Mechanical Engineering itu? Karya Said Hawa atau karya Anthony Croft?
Sehingga hari ini, apa yang paling buatkan saya gembira dan tenang bila balik Kedah, bila melihat buku-buku dan kitab-kitab yang tersusun di dalam almari gergasi kat ruang tengah, dan berbaring bersama mak lepas solat zohor dengan masing-masing diam dan membaca majalah atau akhbar terbaru. Semoga semangat IQRA' dalam keturunan family kita diwarisi kepada anak-anak kita nanti.
Cakap pasal buku terbaru, saya beli buku Computer Network: A system Approach dari Larry L. Peterson and Bruce S. Davie di Book Fair. Best tau, sebab congestion control dan flow control yang Prof Yazid dok cerita saya tak paham-paham tu ada dalam tu. Saya akan cuba habiskan chapter tu dan review dalam tesis saya. Satu lagi saya beli novel Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara. Lain dari novel dia sebelum ni, sebab ada unsur drama macam Usman Awang punya karya Uda dan Dara, tapi buatkan saya tergelak dengan watak Razlan yang tak habis-habis dengan bunker dan paduka ratu yang gatal menggeletis. Saya juga dah habis baca buku Siddharta karya Hermann Hesse yang telah diterjemah oleh Institut Terjemahan Negara. Apa-apa pun, saya harap saya dapat teruskan hobi saya ni dan saya nak cari duit banyak-banyak sebab saya nak buat perpustakaan kat depan tanah lapang depan rumah saya. Jangan gelak! Saya memang suka berangan, tapi mana tau kan? Impian saya boleh jadi kenyataan. Amin!!!

SELAMAT HARI IBU, MAK!! Selamat hari-hari!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP