Semoga Sinar Keimanan Itu Menerangi Hati-hati Setiap Insan Yang Memerlukan...
Linkbar
Thursday, July 12, 2007
Sunday, July 08, 2007
Good Things 4: Belajar Memaafkan
Mesti dalam hidup kita pernah kita buat silap yang mengharap orang memaafkan sangat kesilapan kita. Dan kita harap orang tak akan ungkit2 lagi kesilapan tu dan kita juga akan cuba untuk tak lagi ulangi kesilapan yang sama.
Tapi bercakap taklah semudah nak melakukan. Dalam setahun ini dan terutamanya seminggu ini, saya betul-betul belajar untuk 'salamatus sadri' dan memaafkan orang. Walaupun insan itu sangat-sangatlah menyakitkan hati saya dan saya telah cuba bertolak ansur atas sikapnya selama setahun ini. Saya jadi heran jugak, tak ke dia sedar, sepanjang dia di sini, dia telah menyakiti hati ramai orang yang menyayangi dia dan yang betul-betul ikhlas dengan dia?
Si Dia yang saya maksudkan ini telah menfitnah dan memburuk-burukkan saya di pandangan mata junior dan student-student saya sehingga ke tahap student saya naik takut nak datang tanya soalan berkenaan subjek yang saya ajar. Yang membuatkan saya lagi naik angin betul semalam sampai saya tak boleh tidur hingga pagi ialah sikap kurang diajarnya dia dan tak bersyukurnya dia pada ALLAH dan berterima kasih pada kami yang telah banyak kali menyelamatkan dan tolong dia dari sikap dia yang penting diri tu. Saya cuba tahankan sudah hampir setahun, dah banyak air mata saya tumpah.
Di kalangan kawan-kawan dia, si dia ini cerita seolah-olah saya melakukan penderaan fizikal dan emosi pada dia sedangkan saya sedikit pun tak pernah usik dia. Saya hargai dia dan masak untuk dia, saya tolong dia dalam pelajaran, tapi macam ni balasan dia kepada saya. Sesungguhnya saya memang sangat-sangat kecewa dan marah dengan manusia ini. Apabila saya dengar fitnah-fitnahnya, seolah-olah saya lebih jahat dari Rika Sumanto dan dia lebih baik berbanding Alya Bawang Putih! Saya menggeletar seluruh tubuh menahan marah. Saya ditenangkan oleh sahabat-sahabat dan adik-adik di lab ini. Kalau diikutkan hati, saya nak pergi belasah dia puas-puas dan buat announcement tentang segala penipuan dia.
Tapi, saya tahu, kalau saya buat macam itu, serupalah saya macam dia jugak. Saya akan kelihatan macam Mr. Bean di pandangan mata orang. Dan yang penting, saya harap dengan saya lupakan kesilapan dan segala keburukannya, ALLAH akan ampunkan dosa-dosa saya dan menutup aib saya di mata manusia yang lain di Padang Mahsyar. Ameen.
Bukanlah saya ini malaikat atau dewa-dewi dari syurga di langit lazuardi (ni pinjam ayat Zen), tapi saya cuba belajar untuk memaafkan. Bila saya cerita pada mak pun, mak yang sentiasa 'salamatus sadri' itu, akan cakap, "Adik, takpa lahhh.. Biaqlah kat dia.. Insya ALLAH, doakan bagi dia berubah. Adik kena belajaq sabaq dan memaafkan." Rupanya berkat doa mak yang tak putus-putus tu, saya mampu meng'kool'kan diri. Saya jadi dah tak kisah, dan saya gembira sebab dia dah tak dak dalam hidup saya. Saya tak disusahkan lagi, dan life must go on as suppose to be.
Good things di sini, belajarlah memaafkan dan lepaskan apa yang terpendam. Sebab bila kita cuba nak balas balik perbuatan manusia tu, sampai bila hidup kita akan kembali tenteram dan aman kan?
Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).
Rasulullah juga ampunkan kaum kafir Makkah yang pernah menyakiti Baginda semasa Fathul Makkah. Jadi siapalah saya untuk hold all the grudges kan? Sekarang saya dah boleh tersenyum dan yang paling best Prof Yazid nak beli PC baru untuk saya buat network!! Tak payah guna PC buruk saya lagi. Macam lirik Apa-apa Saja dari kumpulan Aboi yang glamer sangat dulu tu, "Buat apa gaduh-gaduh sama kita, Malaysia kita ini kecik aja, Kalau semua nak gaduh sapa nak jaga!" YAY!!
Posted by amni at 10:50 PM 2 comments
Labels: Good Things, tazkirah, Ukhuwah
Thursday, July 05, 2007
Good Things 3: Hargai Kawan Anda
Dah 2 malam saya tengok TV cerita berkaitan friendship. Selasa malam, saya tengok cerita The Hurricane, pelakon utama Denzel Washington. Cerita tentang peninju kulit hitam yang dianiayai dan meringkuk dalam penjara selama 20 tahun dan kawan-kawan rapat dia tak pernah putus asa untuk menyelamatkan dia. Malam Rabu pula, saya tengok cerita cina tajuk Prison on Fire. Best jugak. Yang berlakon ialah Chow Yuen Fatt. Cerita ni tentang politik dan persahabatan dalam penjara.
Good Things yang saya nak cerita hari ini tentang menghargai kawan. Saya bersyukur sebab saya mempunyai begitu ramai kawan dan mereka datang dari pelbagai negeri, bangsa dan agama. Saya mula berkawan sejak kecil dengan jiran-jiran dan yang paling saya rapat masa saya kecik ialah Hasni, Syimah, Ida dan Sarah. Bila zaman sekolah bermula di SKJ, saya mula rapat dengan Salwa, Dilla, Mardiana, Acik dan ramai lagi.
Saya masuk ke SMKAK dan saya mula rapat dengan Raihan. Persahabatan kami kekal hingga sekarang. Walaupun ada beberapa perkara yang saya kurang senang dengan dia, tapi sikap kami yang serupa iaitu menghargai kawan membuatkan kami rapat hingga sekarang. Raihan banyak membantu dari segi pelajaran, emosi dan kewangan. Raihan juga kawan yang berjaya menaikkan self esteem saya. Dia menggalakkan saya bercakap, meluahkan perasaan. Saya mampu bercerita apa saja dengan Raihan. Terima kasih Raihan, I LOVE U!
Di KISAS, saya bertemu dengan ramai lagi manusia dari pelbagai negeri. Pelbagai ragam manusia saya hadapi. Situasi di KISAS juga banyak membentuk saya menjadi diri saya yang sekarang. Hidup di KISAS yang kebanyakan pelajar yang lama tahu, mendidik kita supaya pandai dalam survivor. Kita perlu bijak memilih kawan. Saya berkawan dengan semua golongan. BADAR, KP, MANDS, orang perseoranagn dan lain-lain. Di KISAS saya cuba mencari identiti saya sendiri. Kawan-kawan banyak membentuk fikrah saya.
Di KMNS pula, saya menyertai golongan yang mungkin boleh dikatakan merasa diri seperti posting Tawel. Bukan menuduh tapi itulah kenyataannya. Kami cuba mengislahkan suasana di sana sedangkan dalam hati kami, masih merasa kami yang terbaik berbanding orang lain. Namun taqdir ALLAH di sini saya mengenali Marliana, dia antara insan yang banyak membantu dan hingga kini saya boleh katakan selain Raihan, Marliana lah teman terbaik saya. Terima Kasih RABBI. Marliana dan saya sama-sama menyertai kumpulan itu. Kami bergerak dan cuba memperbaiki waqi' di KMNS. Tapi di saat saya dan sahabat2 yang lain mula merasa holier than thou, Marliana akan mendekati saya dan dari kata-katanya yang lembut dan penuh bermakna, saya menyedari saya tidak patut menanamkan sikap itu dalam hati saya. Saya cuba masuk dan bergaul dengan kelompok yang lain, dan saya berjaya. Saya menjalin hubungan yang baik dengan Yan, hingga sekarang. Saya pernah jatuh tangga surau semasa di KMNS dan pinggang saya sakit. Saya tak mampu berjalan jauh apatah lagi jalan untuk naik ke blok kediaman saya di C3 yang berbukit. Marliana mendukung saya di belakangnya selepas kami habis program kawad kaki. Marliana bantu saya dalam menyelesaikan assignment, eksperimen dan fotostat nota-nota bila saya sakit pinggang dan tak dapat ke kuliah. Saya tak mampu nak bayar budi Mar pada saya. Cuma saya mampu doakan agar Mar bahagia dunia dan akhirat.
Di KUSTEM, saya ditempatkan sebilik dengan Mar jugak. Macam-macam yang kami hadapi dan pelbagai orang yang menyelit di celah-celah hubungan kami. Tapi Alhamdulillah, saya dan Mar masih terus bersahabat hingga sekarang. 2 minggu mendaftar di KUSTEM, saya jatuh basikal dan tangan kiri saya patah. Mar menguruskan saya, membasuh baju saya, suapkan saya makan, tukarkan pakaian saya dan macam-macam lagi budinya pada saya. Pernah juga tangan Mar luka sebab mengelupas guna sabun basuh yang tak sesuai dengan kulit dia. Mar tak dapat makan. Saya suapkan Mar makan. Nak pegang sudu pun Mar tak mampu. Saya sangat sayang dengan Mar. Bulan lepas Mar datang ke Terengganu semata-mata ingin melawat saya. Saya terharu. Kami bersembang sampai pukul 4.30 pagi. Saya bawak Mar jalan-jalan sekitar Terengganu dan melawat Baie di rumahnya di Marang.
Mar cakap dia dan Abang Man akan datang ke sini hari ini. Saya tak sabar nak sambut kedatangan Mar. Dia sahabat saya yang terbaik, yang setia dan yang mulia. Sahabat saya ini masih single tau! Hehehehe... Saya harap Mar akan berjumpa dengan lelaki yang semulianya juga. Saya harap Mar dan Raihan juga kawan-kawan saya yang lain, sama ada kenal di alam realiti mahupun alam siber akan turut menghargai persahabatan kita. Kerana insya ALLAH, persahabatan yang ikhlas dan saling menyayangi antara satu sama lain kerana ALLAH itu, pasti membuahkan pahala dan kita juga akan dicintai ALLAH.
Good things yang kita boleh buat, telefon kawan kita, sms, email atau apa-apa saja untuk rapatkan balik ukhuwah kita. Insya ALLAH, jika hubungan kita semata-mata kerana ALLAH, hidup kita akan sentiasa diberkati. Bak kata Linda Onn dalam ERA.fm, "Kalau anda ada kawan, hubungi kawan anda sekarang. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Hargailah kawan anda."
Posted by amni at 2:49 PM 8 comments
Labels: Good Things, tazkirah, Ukhuwah
Sunday, June 17, 2007
Siri Good Things 2: Memelihara Adab
Semalam saya ke rumah Cikgu Sabri, lecturer saya semasa degree dahulu. Memang rapat dengan family dia dan isteri dia saya panggil Ummi. Kami berbual tentang akhlak dan adab terutamanya bagi masyarakat melayu dan umat Islam. Memang best sembang dengan mereka sebab banyak input-input baru yang saya dapat.
Satu benda yang kami bualkan dengan agak panjang ialah tentang semakin hilangnya adab dalam masyarakat kita. Terutamanya bagi yang membawa imej sebagai seorang pejuang Islam yang sepatutnya menjadi contoh bagi orang-orang yang baru memeluk Islam ataupun yang sudah lama Islam, tapi baru nak berjinak-jinak dengan Islam.
Saya ada melawat pelbagai laman web yang menulis tentang Islam, tentang ingin memperjuangkan Islam, tentang politik dan sebagainya yang Islamik, tapi saya cukup-cukup terkilan dengan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang mereka gunakan di dalam tulisan mereka. Sepanjang saya hidup dan belajar tentang ilmu-ilmu Islam, saya menemui pelbagai contoh bahawa pendakwah yang memelihara adab dan tutur kata lebih dihormati dan diikut oleh ramai org.
Ada golongan yang mendakwa memperjuangkan Al-Quran dan Sunnah namun mereka tidak mengikut sunnah Rasulullah yang utama dalam memelihara percakapan dan perbuatan. Ya! Memang Nabi kita maksum, sedangkan kita manusia biasa, tapi memelihara mulut, tangan, kaki, lidah dan anggota badan kita boleh kita lakukan dengan kehendak sendiri kan? Tiada satu nas pun yang saya temui menyatakan Nabi memaki hamun orang yang tak nak ikut dakwah dia. Sedangkan kita dengan selamba saja sudah melabelkan seseorang itu babi, monyet, setan, iblis, laknatullah, firaun dan sebagainya!
Macam mana orang nak ikut dakwah kita kalau perkara-perkara kecil macam tu pon kita tak boleh nak jaga? Nak kontrol mulut sendiri pon tak dapat, ni kan pulak nak kontrol umat dan negara? Cara penulisan tu kasar sangat lah! Satu contoh ye, dari sebuah web saya petik ayat forumer dia "kita tengok..saper hebat?? mangkuk hayun nie ker...Tuhan?? " Pada pendapat saya, tak perlulah nak melabelkan sesiapa pon sebagai "mangkuk hayun". Saya sebagai pembaca rasa sakit hati dan tak boleh nak terima walaupun apa yang dia maksudkan tu memang benar.
Cuba kita renungkan ayat ALLAH ni.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
Surah Al-Hujuraat, Ayat 11
Saya rasa, sudah cukuplah kita mengotorkan mulut kita dengan mencaci mencerca orang lain walaupun mereka melakukan salah. Kita tegur adalah lebih baik, bukan dengan cara memaki hamun. Good things di sini, sambil-sambil kita berdakwah, janganlah adab kita kita lupakan kerana sebagai manusia, kita dinilai oleh orang yang kita dakwah itu dari luaran. Kalau luaran kita tiada adab, lari semua mad'u kita. Mungkin kita tak sedar, kita ingat kita dah cuba nak tarik orang ke arah Islam, tapi, sebenarnya kitalah punca mereka lari dari Islam akibat kurangnya adab kita.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Posted by amni at 12:03 PM 0 comments
Labels: Good Things, islam hadhari, politik, tazkirah
Thursday, June 14, 2007
Siri Good Things 1: Be A Morning Person
Posting dalam web Martha Stewart ini mengajak kita menjalani hidup yang lebih sihat dengan menjadi seorang yang suka bangun pagi. Saya akui saya memang cukup liat bangun pagi. Bak kata mak dan kak cik "Jenuh kena cungkil!" Tapi selepas saya mengalami masalah bertangguh yang kronik, saya dinasihat dan dimarahi oleh ahli keluarga saya agar berubah. Saya mula sedikit demi sedikit. Mula dengan membiasakan diri bangun pagi. Ya ALLAH! Susah nak ubah habit ni. Tapi kata orang, kalau kita amal selama 40 hari, amalan tu akan jadi darah daging kita. Insya ALLAH, sama-samalah kita bangun pagi ye.
Antara kebaikan-kebaikan bagun pagi ni:
1. Dapat menyedut udara yang segar.
Udara yang lebih segar pada waktu pagi dapat membantu membuka ruang ke paru-paru dan membekalkan lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Ini sekaligus dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan tubuh lebih segar dan muda.
2. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D. Vitamin D dipercayai boleh membantu ke arah kulit yang lebih cantik. Lagi pulak bagi yang tak mau kulit gelap tu boleh la pergi jogging waktu pagi. Tapi kalau jenis tak kisah, pegi la tengah hari. Biar rentung!
3. Tengok tumbuhan hijau.
Kalau mengikut martha, Look At the Blue, tapi saya ikut petua orang tua-tua, tengok tumbuhan hijau lah. Dapat mencerahkan penglihatan dan mengurangkan rabun. Agaknya saya ni sebab susah bangun pagi tu yang power spek makin naik ni. Kalau ikut arwah tok, bangun pagi-pagi ni, nak tengok pokok-pokok hijau kan, sambil tu tolong la siram pokok. Yang ni kak teh rajin la buat. Patut la, mata kak teh dah tak payah pakai spek.
4. Mandi waktu pagi.
Ada orang kata mandi air sejuk waktu pagi boleh menyebabkan selsema dan asthma. Saya tak tau la, tapi abah mandi air suam pon semput jugak. Mandi di waktu pagi ni boleh menggalakkan pembakaran lemak sebab bila sejuk, lemak-lemak kat badan kita akan usaha untuk melindungi kita dari sejuk tu. Jadi, mandi waktu pagi ni jugak boleh menguruskan badan. Satu lagi, ada petua jugak, mandi waktu pagi ni boleh mencerahkan mata.
5. Senaman
Mak dan tok selalu bangun pagi senaman. Saya jugak yang tak reti nak senaman waktu pagi. Biasanya saya pergi gym sebelah petang je. Pagi tu biasanya buat stretching saja. Pakar kesihatan suruh kita buat apa saja senaman termasuk meditasi dan yoga. Tapi percaya tak, dalam solat kita kepada ALLAH menggabungkan kedua-dua unsur ini. Kalaulah kita bangun awal, boleh buat solat-solat sunat dan solat subuh, kita dapat 3 good things, dapat meditasi(menenangkan minda), yoga(regangan, senaman) dan ibadah kepada ALLAH sekaligus. Tapi jangan la solat macam ayam patuk padi. Perlu lengkap la rukun dan tertib. Sekali tomakninah.
6. Merapatkan hubungan keluarga
Bila kita sama-sama bangun pagi, banyak aktiviti dapat kita buat sama-sama. Macam kak teh dengan arwah tok, Tok siram pokok, kak teh sidai baju. Sambil tu boleh sembang-sembang. Mak pulak selalu 'cungkil' saya bangun pagi untuk pergi beli sarapan kat pasar atau pergi dapur buat sarapan. Dapat merapatkan hubungan dengan mak. =) Kalau semua bangun pagi, boleh bahagi-bahagi tugas sekitar rumah tu.
Ni je yang saya dapat pikir dulu. Nanti ada lagi siri GOOD THINGS yang akan menyusul.
Posted by amni at 12:50 PM 4 comments
Labels: family, Good Things, Keajaiban alam, tazkirah