Showing posts with label Keajaiban alam. Show all posts
Showing posts with label Keajaiban alam. Show all posts

Monday, January 21, 2008

Apabila Hati Menjadi Resah


Subhanallah! Bunga dibelakang rumah. Macro mode. Auto focus. K750i

Pagi ini saya serba tak kena. Nak buat kerja serba tak jadi. Hasilnya saya tamatkan kelas awal satu jam. Saya sudah buat perancangan. Saya buat kajian dan pembacaan sebelum saya masuk mengajar. Tapi semuanya serba tak jadi.

"Musim mendung" sebegini jarang-jarang sekali terjadi kepada saya. Biasanya kepala saya hanya bercelaru begini jika terlalu banyak input yang masuk dan perlu melakukan processing dan transmission secara parallel. Saya tidak mempunyai keupayaan parallel processing seperti Intel Core 2 Duo (R) seperti laptop Quek. Output yang terhasil juga adalah sangat sedikit, dengan service time yang panjang sedangkan required response time sepatutnya kecil. Hasil - hasil dari situasi beginilah menyebabkan tugasan menjadi truncated dan bottlenecked.

Saya cuba 'bertapa' di cubicle saya dengan mendengar alunan Burdah, Miskul Ruh dan Elaika. Alhamdulillah, towards end of this day, saya sudah habis tandakan markah kuiz pelajar-pelajar TMK 3108. Mungkin berkat dari nasyid - nasyid itu sendiri yang merupakan doa-doa yang dikarang oleh para ulama. Moga berkat dan menjadi penambah semangat buat saya. Malam ini perlu menghabiskan menanda Kuiz pelajar Project Management.

Selalunya hati kita menjadi resah bila terlalu banyak yang kita fikirkan. Tak apa, memang itu lumrah manusia, terlalu memikirkan pelbagai masalah tanpa memikirkan "Sumber" penyelesai masalah-masalah itu. Kita manusia sememangnya tiada sebarang daya dan upaya untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Hanyalah 1 sahaja jalannya, zikirlah di dalam hati dan berserahlah kepada ALLAH. Segalanya datang daiNYA dan hanya padaNYA juga kita akan menemui jalan penyelesaian.

Saya sentiasa mendoakan agar pelajar-pelajar saya, bukan hanya sekadar menguasai ilmu-ilmu IT tapi juga ilmu akhirat, dan harapan saya agar mereka letakkan segala pergantungan dan harapan hanya pada ALLAH dan meneruskan perjalanan mereka tanpa kegusaran. Ameen Ya ALLAH!

Thursday, June 14, 2007

Siri Good Things 1: Be A Morning Person

Posting dalam web Martha Stewart ini mengajak kita menjalani hidup yang lebih sihat dengan menjadi seorang yang suka bangun pagi. Saya akui saya memang cukup liat bangun pagi. Bak kata mak dan kak cik "Jenuh kena cungkil!" Tapi selepas saya mengalami masalah bertangguh yang kronik, saya dinasihat dan dimarahi oleh ahli keluarga saya agar berubah. Saya mula sedikit demi sedikit. Mula dengan membiasakan diri bangun pagi. Ya ALLAH! Susah nak ubah habit ni. Tapi kata orang, kalau kita amal selama 40 hari, amalan tu akan jadi darah daging kita. Insya ALLAH, sama-samalah kita bangun pagi ye.

Antara kebaikan-kebaikan bagun pagi ni:

1. Dapat menyedut udara yang segar.

Udara yang lebih segar pada waktu pagi dapat membantu membuka ruang ke paru-paru dan membekalkan lebih banyak oksigen ke seluruh badan. Ini sekaligus dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan tubuh lebih segar dan muda.

2. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik.

Cahaya matahari di waktu pagi membekalkan vitamin D. Vitamin D dipercayai boleh membantu ke arah kulit yang lebih cantik. Lagi pulak bagi yang tak mau kulit gelap tu boleh la pergi jogging waktu pagi. Tapi kalau jenis tak kisah, pegi la tengah hari. Biar rentung!

3. Tengok tumbuhan hijau.

Kalau mengikut martha, Look At the Blue, tapi saya ikut petua orang tua-tua, tengok tumbuhan hijau lah. Dapat mencerahkan penglihatan dan mengurangkan rabun. Agaknya saya ni sebab susah bangun pagi tu yang power spek makin naik ni. Kalau ikut arwah tok, bangun pagi-pagi ni, nak tengok pokok-pokok hijau kan, sambil tu tolong la siram pokok. Yang ni kak teh rajin la buat. Patut la, mata kak teh dah tak payah pakai spek.

4. Mandi waktu pagi.

Ada orang kata mandi air sejuk waktu pagi boleh menyebabkan selsema dan asthma. Saya tak tau la, tapi abah mandi air suam pon semput jugak. Mandi di waktu pagi ni boleh menggalakkan pembakaran lemak sebab bila sejuk, lemak-lemak kat badan kita akan usaha untuk melindungi kita dari sejuk tu. Jadi, mandi waktu pagi ni jugak boleh menguruskan badan. Satu lagi, ada petua jugak, mandi waktu pagi ni boleh mencerahkan mata.

5. Senaman

Mak dan tok selalu bangun pagi senaman. Saya jugak yang tak reti nak senaman waktu pagi. Biasanya saya pergi gym sebelah petang je. Pagi tu biasanya buat stretching saja. Pakar kesihatan suruh kita buat apa saja senaman termasuk meditasi dan yoga. Tapi percaya tak, dalam solat kita kepada ALLAH menggabungkan kedua-dua unsur ini. Kalaulah kita bangun awal, boleh buat solat-solat sunat dan solat subuh, kita dapat 3 good things, dapat meditasi(menenangkan minda), yoga(regangan, senaman) dan ibadah kepada ALLAH sekaligus. Tapi jangan la solat macam ayam patuk padi. Perlu lengkap la rukun dan tertib. Sekali tomakninah.

6. Merapatkan hubungan keluarga

Bila kita sama-sama bangun pagi, banyak aktiviti dapat kita buat sama-sama. Macam kak teh dengan arwah tok, Tok siram pokok, kak teh sidai baju. Sambil tu boleh sembang-sembang. Mak pulak selalu 'cungkil' saya bangun pagi untuk pergi beli sarapan kat pasar atau pergi dapur buat sarapan. Dapat merapatkan hubungan dengan mak. =) Kalau semua bangun pagi, boleh bahagi-bahagi tugas sekitar rumah tu.

Ni je yang saya dapat pikir dulu. Nanti ada lagi siri GOOD THINGS yang akan menyusul.

Tuesday, May 22, 2007

Manusia Duplicate Ciptaan ALLAH

Hari ni saya mengikuti satu bengkel yang dipanggil Bengkel Artificial Neural Network (ANN)atau Rangkaian Neural Buatan. Seronok sangat bengkel tu sebab disertai oleh pensyarah2 dan juga pelajar2 postgrad.

APLIKASI NEURAL NETWORK


Neural network ni menyerupai rangkaian saraf dalam otak kita. Macam mana kita memproses maklumat, kita belajar benda baru, kita bertindak balas, itu semua cuba diterjemahkan secara buatan oleh manusia melalui komputer. Macam contohnya, budak kecik mula nak berjalan. Mula dia melangkah dia terjatuh. Jadi saraf dalam otak dia dah ada memori tentang cara jalan dia yang salah sampai terjatuh tu. Jadi budak ni try lagi berjalan berulang-ulang kali sampai lah dia boleh berjalan dan berlari. Hinggalah memori dia dah ingat kaedah2 berjalan. Satu lagi contoh, budak2 kan suka je kacau time kita nak minum air. Walaupun air tu panas, dia tetap nak pegang dan kacau cawan tu. Tapi kita ambik tangan dia yang comel kiut miut tu, letak bagi dia sentuh tepi cawan. Jangan la tekan plak, kang melecur kena kes dera plak. (No tepon teledera 1-800-883040) Bila dia dah sentuh panas tu, kita tarik tangan dia dan cakap, "PANAS!" Memori budak ni akan paham, rasa sakit tu ialah panas. Lain kali dia dah tak berani nak main lagi.

Kepintaran buatan dan rangkaian neural buatan ni cuba nak imitate keadaan dalam otak kita macam contoh tadilah. Tapi dia adalah pengiraan methematics, guna beberapa algorithm dan formula. Banyak dah benda yang direka menggunakan ANN ni. Contohnya robot anjing ni. Boleh bantu orang buta melintas, menyalak bila disentuh, kawal rumah dari pencuri, kalau kita baling bola dia lari untuk tangkap. Cuma rasanya anjing ni taklah najis mughallazoh kot. Nanti kita tanya ulamak ye? Tapi penciptaan anjing robot ni memberi faedah pada golongan yang memerlukan anjing, cumanya alah pada anjing.

gambar robot anjing


NEURON MANUSIA

Gambar neuron manusia


Ni gambar neuron dalam otak manusia. Ada berbilion-bilion neuron ni dalam otak kita. Dan ia berangkai-rangkai dia antara satu sama lain. Dari axon tu dia akan sambung ke dendrite bagi satu neuron yang lain pulak. Ada ruang kecik di antara axon dan dendrite tu. Nama dia synapse. Maklumat yang otak kita dapat, akan dihantar kepada neuton ni lah. Dan dia akan pas-pas ke neuron bersebelahan. Maklumat dihantar dalam bentuk neurotransmitters. Neurotransmitters ni sejenis bahan kimia yang sangat sensitif. Saya pernah baca, semakin kita rajin berfikir (benda2 berfaedah je ye) semakin banyak neurotransmitters ni dihasilkan dan makin banyak neuron yang boleh digunakan dalam otak kita. Antara benda yang boleh halang neurotransmitters ni dari dihantar ialah arak dan dadah.

Gambar Synapse


ARTIFICIAL NEURON

Gambar Neuron Buatan Manusia


Macam mana pun manusia mencuba, tetap tak dapat nak menyamai ciptaan Yang Maha Kuasa. Kami cuba simulate data tadi dengan guna MATHLAB dan digital image processing (DIP). Kami disuruh tulis nombor 1. Pelbagai bentuk nombor 1 ditulis, yelah, tangan lain2, orang lain-lain. Tapi bila kita proses guna ANN dan DIP, masa yang diambil hampir 10 saat. Maha Berkuasanya ALLAH, bila manusia ni tengok imej yang tegak, kita pasti dapat kaitkan dengan nombor 1 atau huruf I atau huruf alif dalam tulisan jawi. Tak sempat nak sekelip mata pun, otak kita ni melalui neuron yang berbilion2 tu dapat dah proses maksud imej. Maira, student Dr. Suzuri buat kajian dalam bidang Intelligent Texture Classification cerita, dalam research dia, perlu tentukan texture tu kayu ke, besi ke, bangunan ke. Jadi, Maira run program, kadang-kadang untuk classified kan benda tu apa kebendanya, makan masa sehingga sehari semalam. Cuba banding dengan otak kita, kita tengok sekilas je, kita dah tau, itu kayu, dawai, bata pasir, bata tanah liat.

NILAI YANG HARUS DIBAYAR

Tapi yang membuatkan saya gerun bila Dr. Suzuri cakap, ANN ni bila dah dilatih dengan pelbagai data dan maklumat, dia akan jadi pandai. Boleh buat macam-macam kerja. Kan ada dah robot yang saintis Jepun cipta tahun lepas, boleh goreng telur. Kesan buruknya nanti, manusia makin ramai yang malas dan jadi obesiti.Kita jadi bergantung kepada robot. Kurang kasih sayang dan interaksi antara manusia dengan manusia, dan dengan alam. Saya risau akan berlaku kemusnahan akibat lalainya manusia ni bila dah diberikan kemewahan dan kemudahan.
Bila si buta deberi anjing robot, kurang rasa ingin membantu dalam hati manusia lain di sekeliling. Bila robot yang masak kat rumah, suami tak rasa lagi 'air tangan isteri', kurang kasih sayang dalam rumah tangga. Robot yang tidurkan anak, hilang kasih sentuhan ibu bapa. Robot ajar ngaji Quran (Boleh ke?) masih ada kah keberkatan ilmu antara guru dan murid?
Saya bimbang sangat. Walaupun teknologi adalah untuk kebaikan, tapi keburukan perlu difikir. Kalau saya, dapat robot seketul kat rumah, saya nak dia kemas rumah dan basuh baju dan pingan mangkuk. Jaga anak dan suami tak boleh la. Kang suami jatuh cinta dengan robot. Hari2 makan 'air tangan' robot!!
Sajalah nak kongsi apa yang saya belajar hari ni. Nak tengok kesan2 akibat terlalu ghairah dengan tekonologi boleh tengok siri cerita Terminator 1, 2, dan 3.

Terminator 1


Satu lagi cerita i-Robot. Pun tentang Artificial Intelligent jugak. Best dan lawak citer ni. Tapi khayalan jelah. Jangan percaya sangat. Cuma, berhati-hati dalam setiap tindakan itu penting, walaupun demi nama sains dan teknologi.

Untuk lebih jelas tentang ANN, sila lawat web ni : Neural Network

Detective Del Spooner dok cari Sonny tak jupe, padahal depan dia je

Thursday, May 17, 2007

Dosa Pada Binatang

Pernah baca tak kisah seorang nenek tua ditaqdir ke neraka sebab kurung kucing sampai mati?
Pasal Nabi Sulaiman alaihissalam suruh hati-hati jalan sebab takut terpijak semut?
Pasal pelacur bani Israel diampunkan dosa kerana bagi makan anjing yang kehausan?
Pernah baca pasal anjing Qitmir yang dijanjikan syurga?

Macam mana kalau kita pernah menganiaya binatang? Macam mana nak mintak maaf kat binatang? Kalau dosa dengan manusia kita perlu mohon ampun dari tuan punya badan, kalau kucing? Macam mana ye?

Nampak ada orang sepak kucing kat kafe tadi. Rasa sedih :'( sedih sangat-sangat. Kucing tu pun lapar macam kita jugak. Dia takde duit nak beli makanan. Apa salahnya baki-baki nasi dan lauk tu bagi kat dia? Sombong betul manusia ni.

Teringat kucing masa darjah 4 nama dia Kurap. Yes, KURAP! Sebab banyak kurap. Tapi kurap dia dah sembuh sebab tok ajar saya suruh letak minyak gamat. Walaupun, Kurap suka jilat minyak gamat tu. Sedap kot, Ntah la.. Tak pernah rasa. Kurap seekor kucing yang mempunyai self esteem yang rendah. Sesuai dengan namanya. Walaupun begitu, saya sayang Kurap. Hadi dan Huda anak Kak Jah pun sayang Kurap. Kak Long Hana pun sayang jugak. Selalu lauk nasi tengah hari yang tak habis kami bagi kat Kurap dan anak-anak dia.

Kurap dengan masalah low self esteem dia tu sangat melucukan. Dia takkan mendekati orang yang tak pernah baik dengan dia. Kurap akan terkencing-kencing jika kita tengking dia. Dia akan menyorok bawah meja aluminium belakang rumah kakJah. Mata dia akan pandang kita dengan penuh persoalan. "Kenapa kau tengking aku?" "Apa salah aku?" Kurap akan jadi cantik jika saya dan kak long tukar nama dia jadi Comel atau Cantik. Tapi dia yang tak nak. Bila kami panggil Kurap, baru dia akan datang. Saya ingat, saya pernah tengking Kurap sebab tak datang bila saya panggil, Kurap terus terkencing kat situ. Kesian pulak saya rasa. =(

Saya rindu kat Kurap. ALLAH ampunkan saya... Saya telah menengking Kurap. Dia juga ada perasaan. ALLAH maafkan saya. Saya terus panggil dia dengan nama yang tidak baik hingga menyebabkan dia mendapat penyakit low self esteem. Kucing yang disepak di kafe tadi rupanya seperti Kurap. Cuma dia tidak berkurap. Seperti gambar kucing ini:

Kucing itu tidak berkurap. Tapi kaler dia serupa. Kurap adalah jenis Calico Cat. Lagi contoh jenis Calico Cat:

Calico Cat biasanya betina. Pernah dengar tak cerita kalau anak kucing jantan 3 warna, bapak kucing akan makan sebab tak mau ada pesaing? Maybe itu jadi sebab kenapa Calico ni banyak betina.
Saya teringin nak jumpa Kurap. Mungkin kalau tak dapat jumpa dia sekalipun (maybe dia dah mati), saya teringin nak bela kucing yang ala-ala Kurap (tapi kali ni tak nak la berkurap) dan takkan panggil nama yang tak elok lagi pada binatang. Mereka pun ada perasaan. Saya tak mahu kucing rasa low self esteem sebab saya pun tak suka rasa begitu.
Betul, tak percaya? Cuba panggil kucing dengan nama yang buruk, confirm dia tak nak datang dekat. Kucing pun ada maruah tau!

Wednesday, March 14, 2007

Bermula Gerhana




















gambar gerhana bulan dari blog Podjokan


Gerhana bulan yang baru2 ni terjadi, sempat saya lihat. Tapi nak solat sunat gerhana tak boleh pulak. Cuti2 Malaysia!!! :">

Saya atas van dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Kawan2 seperti Adib, Musy'ab, Liza, Diba, Afiq, Madie dan Amir nampak la. Dari mula hingga akhir gerhana. Pertama kali tgk. Rasa takjub. Sikit demi sikit bulan tu hilang dari pandangan.

Subhanallah.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP