Wednesday, January 09, 2008

Wahai Masjid, Kamu Juga Makhluk ALLAH


Gambar di atas ialah Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Bersebelahan dengan masjid itu terletaknya Taman Warisan Tamadun Islam yang mana dibina miniature bangunan-bangunan warisan tamadun Islam di seluruh dunia. Maknanya, tak perlu pergi luar negara, datang saja ke Terengganu, awak2 semua boleh tengok bangunan2 yang megah seperti di luar negara.

Seperti biasa, pembinaan 60 buah masjid sepanjang hampir 4 tahun ini tidak menampakkan roh masjid. Saya teringatkan Masjid Sultan Sulaiman di tepi KISAS, jika masjid itu hidup pasti dia akan tersenyum riang kerana dia sentiasa diimarahkan oleh anak2 muda dari KISAS walaupun di waktu subuh yang gelap pekat.

Macam mana pula Masjid Kristal ini ya? Pasti menangis keseorangan di waktu subuh hari, yalah kan, siapa yang berani nak pergi solat pagi2 buta di Pulau Wan Man itu? Terpencil dari orang ramai, pasti tangisan masjid ini meleleh dan mangalir ke kuala sungai di sebelahnya.

Niat asal pembinaan masjid ini bagi menarik pelancongan ke Kuala Terengganu. Seperti Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung yang sentiasa penuh dengan pelancong, namun turut dipenuhi dengan jemaah. Saya suka solat di Masjid Terapung jika berkesempatan. Saya berharap agar Masjid Krristal turut dipenuhi dengan jamaah.



Sebenar2nya yang penting ialah matlamat membina masjid bagi tujuan beribadah kepada ALLAH. Jika untuk menarik pelancong, itu bermakna niat pembinaan telah terpesong. Masih ingat peristiwa Masjid Dhirar yang dibina kaum munafiq? Masjid itu diperintahkan oleh Bagin Rasulullah SAW agar dimusnahkan kerana tujuan pembinaannya ialah untuk menandingi Masjid Nabawi. Padahal Masjid Dhirar dibina dengan batu, pasti lebih cantik berbanding Masjid Nabawi pada masa itu yang hanya terbina dari batang2 pokok tamar.

Pendapat saya, seelok2nya lah sebelum pembinaan masjid2 yang lain selepas ini, para pemimpin berfikirlah dahulu tentang nasib masjid2 yang sedia ada. Tengok saja Masjid Ladang, bocor di sana-sini, karpet yang busuk dan tidak bertukar, penuh dengan najis burung2 yang bertenggeng di atas lampu candeliar.

Masjid Wakaf Tembusu yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Wakaf Tembusu hingga ke Batu Enam pula, sudah hampir 2 tahun masih belum siap pembaikannya. Sudahla ada kesan2 pernah berlaku kebakaran, kawasan solat muslimah pula sangat kecil, tidak ada lampu di perkarangan dan pasti menakutkan jika ingin beriktikaf. Yang paling menyedihkan, para jemaah terpaksa bersolat di luar masjid akibat pembinaan yang memakan masa terlalu lama.

Kenapa Masjid Kristal dengan cepatnya berjaya dibangunkan? Mydin dalam masa tak sampai setahun? Begitu jugak Giant. Yang turut menjadi persoalan dan tanda tanya Pasaraya Hock Kee Seng yang seperti kontena lori itu sempat pula disiapkan pembinaannya sebelum raya. Dalam masa yang sangat singkat!

Cukup2lah membina masjid. Mari kita bina semangat untuk ke masjid pula. Semangat untuk beribadah. Baiki masjid2 yang sedia ada. Saya kira itu yang lebih baik. Jom solat Asar!!

2 comments:

Vann 9:23 PM

Masjid Sultan Sulaiman....kenangan terindah...

amni 9:38 AM

ya, saya setuju

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP