Subhanallah! Bunga dibelakang rumah. Macro mode. Auto focus. K750i
Pagi ini saya serba tak kena. Nak buat kerja serba tak jadi. Hasilnya saya tamatkan kelas awal satu jam. Saya sudah buat perancangan. Saya buat kajian dan pembacaan sebelum saya masuk mengajar. Tapi semuanya serba tak jadi.
"Musim mendung" sebegini jarang-jarang sekali terjadi kepada saya. Biasanya kepala saya hanya bercelaru begini jika terlalu banyak
input yang masuk dan perlu melakukan
processing dan
transmission secara
parallel. Saya tidak mempunyai keupayaan
parallel processing seperti
Intel Core 2 Duo (R) seperti laptop Quek. Output yang terhasil juga adalah sangat sedikit, dengan
service time yang panjang sedangkan
required response time sepatutnya kecil. Hasil - hasil dari situasi beginilah menyebabkan tugasan menjadi
truncated dan
bottlenecked.
Saya cuba 'bertapa' di cubicle saya dengan mendengar alunan Burdah, Miskul Ruh dan Elaika. Alhamdulillah, towards end of this day, saya sudah habis tandakan markah kuiz pelajar-pelajar TMK 3108. Mungkin berkat dari nasyid - nasyid itu sendiri yang merupakan doa-doa yang dikarang oleh para ulama. Moga berkat dan menjadi penambah semangat buat saya. Malam ini perlu menghabiskan menanda Kuiz pelajar Project Management.
Selalunya hati kita menjadi resah bila terlalu banyak yang kita fikirkan. Tak apa, memang itu lumrah manusia, terlalu memikirkan pelbagai masalah tanpa memikirkan "Sumber" penyelesai masalah-masalah itu. Kita manusia sememangnya tiada sebarang daya dan upaya untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Hanyalah 1 sahaja jalannya, zikirlah di dalam hati dan berserahlah kepada ALLAH. Segalanya datang daiNYA dan hanya padaNYA juga kita akan menemui jalan penyelesaian.
Saya sentiasa mendoakan agar pelajar-pelajar saya, bukan hanya sekadar menguasai ilmu-ilmu IT tapi juga ilmu akhirat, dan harapan saya agar mereka letakkan segala pergantungan dan harapan hanya pada ALLAH dan meneruskan perjalanan mereka tanpa kegusaran. Ameen Ya ALLAH!