Ramadhan Di Terengganu
Seingat saya, saya dah 5 kali sambut Ramadhan di Terengganu. 2002, 2003, 2004, 2006 dan 2007 ni. 2005 tak de sebab saya sambut kat Kedah.
Ramadhan di Terengganu ni memang la best, walaupun sedih semua adik beradik balik buka dengan mak abah, tapi suasana di sini yang meriah buat saya terubat jugak. Pagi-pagi bangun sahur tu dalam pukul 4.30 sebab sini subuh awal. Kalau kat Kedah, pukul 5.15 pun boleh makan nasik lagi. Dengar orang surau dekat rumah ni dok zikir dan selawat, sedap je bunyi.
Kedai makan suma memang tutup, kedai non muslim memang tak nampak langsung, pahtu anak2 dara pulak makin ramai pakai tudung dan melonggar kan baju. Alhamdulillah...
Tapi time nak berbuka memang menakutkan, semua pecut keta laju2 n nak langgar orang je. Ye la, semua berkejar nak balik rumah. Kat PARAM (PAsar RAMadhan) tu macam2 kuih dan makanan yang dijual sampai tak terpilih satu hapa pon, last2 balik masak je simple2 kat rumah. Alhamdulillah, kenyang jugak.
Malam lah paling meriah bulan Ramadhan ni. Orang Terengganu rajin beribadat. Saya seronok tengok semua orang berpusu-pusu pergi terawih kat masjid dan surau. Hilang mat-mat rempit yang dok lepak kat simpang depan rumah ni. Dalam masjid pulak, anak2 kecik pandai je pegi duduk saf belakang, tak kacau mak2 depa. Ni dekat masjid KUSZA, masjid Terapung dan Masjid Abidin (masjid Putih). Masjid lain tak tau la cemana.
Ada satu benda nak story, petang sebelum Ramadhan, saya, hanis dan wawa pegi Mydin Mall, beli barang2 stok nak puasa. Humang aiihhh, ramai nya manusia!!! Semua kaunter yang dibuka penuh je orang beratur sampai ke bahagian rempah. Nak jalan pon kena hati2 takut kena sondol dengan troli. Tapi yang kagumnya, malam tu nak terawih, ramai lagi yang sibuk bershopping sampai terlepas maghrib. Kalau yang pompuan tu boleh teka, maybe tengah 'bulan mengambang' kan, ni yang pakcik2 pon ada jugak.
Kami sempat la solat, makan dan shopping sekejap, lepas tu balik nak terawih. Pihak Mydin pon ada sediakan tempat untuk terawih, tapi untuk lelaki je rasanya. Elok la jugak, pakcik2 pegi solat, tinggal makcik2 pegi shopping. Jangan la pulak pakcik2 pegi join makcik2 sekali. Tak lama lagi, orang Terengganu akan bangga lagi sebab sebelah Mydin akan buka Giant pulak. Tapi saya rasa Mydin tetap 'bertakhta di hati' rakyat Terengganu sebab dari sekecik2 barang, sampai sebesar2 barang ada jual kat Mydin Mall tu. Pegilah tengok sendiri..
Memang meriah Ramadhan di Terengganu ni. Saya harap boleh la dikekalkan, jangan la dicemari konsert2 yang macam sebelum2 ni. Saya jugak takmau tengok Terengganu ni tercemar dengan tindakan ganazzz mana2 pihak. Tak payah tuduh2 la, semua orang sudah tau. Cuma hati yang dah hitam je yang masih nak menafi benda tu.
Selamat Berpuasa!!
8 comments:
Alhamdulillah...orang Terengganu pon dah baik2 belaka....
Kakak saja tulis comment kat chu sebab boring nak wat pa.Baca2 blog chu,rasa seronok plak.He3x.....
Cikgu kakak dok tgh wat kerja dia.Kakak la ni guna laptop kat sekolah nie..Cikgu bagi free time,sukati nak wat pa....
Chu,balas tau!!Bye.....
FROM>>>>>>>KAKAK FAUWAZ
ooo... cikgu buat keja, kakak dok main tenet arr??? awat tak pi baca buku?? cu balik kedah 5 hb.. tungguuuu... heheheh
Ramadan di terengganu..jika sis dah lama menyambut di terengganu, saya pula sebagai anak terengganu dah lama tak menyambut di terengganu...nak buat macam mana, demi mencari rezki
Akan tetapi, benar2 harap rakyat dan PEMIMPIN terengganu akan mula sedar..maksiat yang semakin berleluasa perlu dihentikan..
Maydin dan Giant? akan tetapi, SABASUn tetap menjadi pilihan hatikuuuu :D
sabasun mmg best, tapi parking susah.. nak pegi kena pg opis hour...
sian sword, takpe, raya nanti still balik kan? selamat berpuasa untuk awak...
Cikgu kata sukati nak buat apa...kakak bukak la blog cu.Cikgu bagi syarat..bukak tenet boleh..tapi jgn bukak benda yang tak elok.Kakak baca macam macam buku dah..sains,math,b melayu, b inggeris, buku cerita moral, bla..bla..banyak lagi...Kerja dah siap. Boring nak buat pa.
Kakak tunggu cu balik.
ok... cu bawak balik baju kelawar mak peasn untuk hampa 3 beradik
Ye lah..
( Hampa 3 beradik) tu abang jugak ke, takpun ulfa? Baju kelawaq yang cu beli kat terengganu tahun lepas tu dah kecik..lama dah x pakai baju kelawaq..
Ye lah..
( Hampa 3 beradik) tu abang jugak ke, takpun ulfa? Baju kelawaq yang cu beli kat terengganu tahun lepas tu dah kecik..lama dah x pakai baju kelawaq..
Post a Comment