Wednesday, September 12, 2007

Marhaban Ya Ramadhan

Dah lama tak buat posting terbaru. Banyak benda yang nak diceritakan. Semalam pergi TER dengan kawan2 sempena majlis perpisahan tak rasmi ngan Wawa.

Lepas tu pergi makan kat Mydin Mall, di Tastebud Coffee. Sedap jugak makanan kat situ. Minum earl grey tea dan makan sizzling mee.

Saya balik dah nak malam. Tengok Buletin Utama, naik muntah hijau. Paklah buat komen macam dia hanya PM untuk orang UMNO saja. Boleh tak, Pak Lah kaji dulu entang kes amuk kat Batu Buruk tu? Kami yang dok kat Tganu ni lebih tahu hakikatnya. Untuk DJ, awak berjaya membuatkan UMNO hilang udi untuk PRU nanti. Tahniah!!

Pelik jugak kenapa isu2 begini wujud hampir dengan kedatangan Ramadhan. Adakah ini satu petunjuk?

Saya nak ajak, jomlah kita doa sungguh2, mintak sungguh2 dengan ALLAH, tolonglah negara Malaysia kita ni. Tunjukkanlah kami kebenaran, tunjukkanlah kami jalan ketenangan, tunjukkanlah kami 'cahaya bulan purnama' yang terang. Amin...

Dalam Ramadhan ni, kita patut maaf-memaafkan, jadi saya maafkan sesiapa saja yang pernah menyakitkan hati saya, dan saya jugak berharap semua orang dapat maafkan saya. Halalkan segala-gala nya.

Takut bila baca paper dan blog-blog dengan cerita2 sebenar. Dalam paper kita disogok dengan berita gembira, khayal dan 'perancangan artis nak buat baju raya yang sederhana berharga RM2000 saje'. Sampai nak menitis air mata, sebab 'sederhananya' persiapan mereka.

Nak tergelak tengok iklan2 kat TV iklan raya awal sebulan dari bulan puasanya.

Lebih-lebih nak tergelak bila tengok kenyataan menteri-menteri tentang kenaikan harga ayam. Bukan menteri yang ternak ayam, depa makan ayam je. "Harga ayam naik, jangan makan ayam." Apa kata, minyak petrol naik harga, jangan pakai petrol, pakai air. Bil air naik, jangan mandi. Hantaran naik harga, jangan kawin, berzina je ramai2. Yuran naik, jangan belajar, biar semua jadi bodoh. Milo naik harga, jangan minum milo minum air masak. Harga barang semua naik, jangan shopping, berhenti kerja semua, bela ayam, ikan dan tanam sayur.

Bijak2... Menteri-menteri kita pandai bagi solution. Kita memang patut undi depa lagi untuk PRU nanti.

17 comments:

Anonymous 10:59 AM

Salam

OOooo Bulan Purnama....

Nak tanya sikit, sekarang ni dah ada ke Penyu yang mendarat kat sana ??.

amni 8:14 AM

salam.. cik nony, kat rantau abang dah takde.. kat paka ada lagi sikit2... pahtu kat pulau2 ada jugak la lagi... :D

Anonymous 8:52 AM

TER tu apa?

Anonymous 11:11 AM

Tak tahu ke TER tu apa..
Kalau tak tahu..
Ana pun tak tahu juga..
KwaKwaKwaKwa...

amni 3:29 PM

TER tu terengganu endurance resort.. nanti kakak mai cni cu bawak pi ok??? best tau situ.. ada kuda.. hehhe

Anonymous 8:41 AM

Cu pernah pegi ka? Kakak teringin nak pi tapi bila? Cuti panjang nie ayah nak bawak pi Cameron Highlands coz tak pernah pi lagi.Tapi kalau tak pi TERENGGANU ENDURANCE RESORT...rugi jugak...Cuti penggal bleh tak pi Terengganu?Nak pi ngan sapa? Cu bawak na...Kalau tak dan camna?Pening.....pening.....

Anonymous 8:54 AM

Cu ada lirik nasyid nyanyian Sami Yusuf yang tajuk dia "Al-Mu'allim" tak?Tadi kakak try cari dlm LIRIK NASYID tak dak pun...Tlg cari sat kat mana2..Pastu kalau dah ada balas balik dan bagitau kakak cu letak kat mana.Chu balas dalam tajuk "Marhaban Ya Ramadhan"tau..Sebab kakak suka lagu tu...

Anonymous 8:55 AM

Cu ada lirik nasyid nyanyian Sami Yusuf yang tajuk dia "Al-Mu'allim" tak?Tadi kakak try cari dlm LIRIK NASYID tak dak pun...Tlg cari sat kat mana2..Pastu kalau dah ada balas balik dan bagitau kakak cu letak kat mana.Chu balas dalam tajuk "Marhaban Ya Ramadhan"tau..Sebab kakak suka lagu tu...

amni 10:01 AM

lepas pi Cameron, ajak ayah singgah tganu. dekat dah tu cameron dgn tganu kan???

pasal lirik tu, nanti cu cari insya ALLAH..

best tau, mai la tganu, cu bawak pi tempat best2... mai dok umah sewa cu pon tak pa. heheh

Anonymous 12:44 PM

Tengkiuu...

Coconut Shake...rindunye.....

Anonymous 12:56 PM

Oppss..lupa plak..

I wish you a very happy birthday yang ke 2 puluh brape tah...heheheh

Daripada : kakak fauawz dan keluarga

Anonymous 12:58 PM

Chu!!!!
Tima kasih!!!
Kakak dah jumpa dah lagu tu!!!!!

Thank you very muchhhhh!!!!!!!

amni 1:05 PM

thanx 4 ur wishes... nanti cu balik kita buat coconut shake nak??

Anonymous 4:01 PM

Sama-sama...

seronok sebab dapat makan coconut shake.Lama dah x makan. Chu buat sedap2 tau!

Anonymous 8:51 AM

Salam atasmu, Wahai sebaik-baik waktu untuk ditemani, wahai bulan yang teragung dari sekian hari dan waktu lainnya.

Keselamatan bagimu, engkau bulan yang tak di benci dalam bersahabat dan yang tak dicela dalam berkawan.

Keselamatan bagimu, wahai bulan yang dinanti-nanti kedatangannya, dan ditangisi sebelum habis masanya.

Sahabat yang akan meninggalkan kita (Ramadhan).

Anonymous 10:18 AM

Salam…

Macam sodap je coconut shake tu..

Macam mana ye cara nak buatnya..
nyor muda dah ada ni nak boh apa lagi ??..

amni 1:50 PM

senang je. air kelapa muda + isi + gula 1 sudu besar + susu cair sikit, pahtu blend sampai hancur.
lepas tu tuang dalam cawan, masuk ais ketul pahtu masuk aiskrim vanilla.

jadilah coconut shake..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP