Wednesday, September 19, 2007

Sapa Paham?


Who can understand what is the content of this email? I got it from a friend of mine in Turkey, Bro. Omer. But I can't understand Arabic.

Please anybody, please translate it for me. What I can understand is just the wishes for Ramadhan.

Sami Yusuf - Al Mu'allim

Lirik ni untuk kakak fauwaz

Al-Mu'allim
Album : Al-Mu'allim
Munsyid : Sami Yusuf
credit to: http://liriknasyid.com


We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we?ve shamed ourselves
We?ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we?ve wronged ourselves
What will we say in front of him?
O Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he?d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Monday, September 17, 2007

Kisah Bunga Api dan Mercun

Pernah masa umur 5 tahun ke 6 tahun tah kalo tak silap, ada beli bunga api. pahtu nak main bunga api tu dengan kak teh pagi2 raya. Baju raya dah cantik tu, takut mak marah pulak kan bila kena serbuk bunga api. So, kami 2 orang ni sorok2 main bunga api tu dalam stor tempat basuh kain kat belakang rumah. Tengah2 best main dua2 orang, saya terpijak bara bunga api tu. Saya tak pakai kasut sebab stor tu simen ja. Apa lagi menangis la saya sebab kaki dah berlubang. Kakteh menggelabah jugak la... Tapi kami tak bagitau kat sapa2 pon sampai sekarang. Heheheh... tak pasal2 kang kena marah. Kakteh senyap2 ambik minyak gamat tolong letak kat kaki saya. Raya hari tu spoiled sikit la sebab tak boleh pakai kasut raya.

Masa darjah 3 pulak, saya dengan sepupu, kak long pegi beli mercun gasing. Senyap2 balik simpan celah2 lipatan baju kat rak baju kami. Kak long balik sekolah kat Jitra waktu tu sebab mak dia balik bersalin. Seronok rasa nak main mercun tu. Tapi tak tau sapa tolong bagi kantoi dengan abah. Ada la tu sapa2 tu yang repot. Geram sungguh rasanya! Abah pulas telinga dua2 orng. Huhu.. Sedih, dah la 1 biji mercun tu 50sen. Beli 3, tiga2 abah rampas. Yang tak best nya, abah suruh kak cik pulak yang cucuh mercun tu!! Tah puas hati betul laaaaa....

Bila dah besar2 ni, ada jugak main mercun dan bunga api dengan kawan2. Kat matrix pernah, kat KUSTEM pon pernah. Haha, sekali sekala nak jadi budak2 balik. Tapi saya pulak naik risau tengok anak2 menakan main bunga api. Agaknya macam tu la perasaan mak abah dulu kan?

Muammar pon pernah kena bunga api gak. Kat tepi mulut lagi. Heheh.. Dia balik main kat Air Hitam. Nak main kat Jitra tak boleh, abah tak bagi. Lagi pon asap bunga api tu bagi batuk. Cucu batuk, tok wan dia lagiii la batuk kan??

Anyway, ni gambaq masa sambut besday Ziyad. Kartun atas kek tu muka macam muka Ziyad lah. Heheh...

Dari kiri: Syuhada (anak jiran), Nuha (tak sabar nye nak makan kek ni!!), Hanna (tak mandi n pakai baju tido pon buleh makan kek jugak tau!), Didi (nasib baik Didi lagi tinggi dari Hanna), Ziyad (kek ni abg yang punya! Semua kena tunggu abg!), Damya (heee, mya la yang calit sikit aising kek tu, nampak dak?heee...), Muammar (besday aku nanti nak letak toy ni pulak atas kek), Ayman (ish2, geram nih, bila buleh makan ni?), Kakak Fauwaz (tak pa, sabaq, Najlaa bukan makan pon kek, nanti kakak amik kek dia. Hehehe, upah dukung!) dan Najlaa(ait!!Awat ramai sangat orang ari nih?).


Sunday, September 16, 2007

Ramadhan Di Terengganu

Seingat saya, saya dah 5 kali sambut Ramadhan di Terengganu. 2002, 2003, 2004, 2006 dan 2007 ni. 2005 tak de sebab saya sambut kat Kedah.

Ramadhan di Terengganu ni memang la best, walaupun sedih semua adik beradik balik buka dengan mak abah, tapi suasana di sini yang meriah buat saya terubat jugak. Pagi-pagi bangun sahur tu dalam pukul 4.30 sebab sini subuh awal. Kalau kat Kedah, pukul 5.15 pun boleh makan nasik lagi. Dengar orang surau dekat rumah ni dok zikir dan selawat, sedap je bunyi.

Kedai makan suma memang tutup, kedai non muslim memang tak nampak langsung, pahtu anak2 dara pulak makin ramai pakai tudung dan melonggar kan baju. Alhamdulillah...

Tapi time nak berbuka memang menakutkan, semua pecut keta laju2 n nak langgar orang je. Ye la, semua berkejar nak balik rumah. Kat PARAM (PAsar RAMadhan) tu macam2 kuih dan makanan yang dijual sampai tak terpilih satu hapa pon, last2 balik masak je simple2 kat rumah. Alhamdulillah, kenyang jugak.

Malam lah paling meriah bulan Ramadhan ni. Orang Terengganu rajin beribadat. Saya seronok tengok semua orang berpusu-pusu pergi terawih kat masjid dan surau. Hilang mat-mat rempit yang dok lepak kat simpang depan rumah ni. Dalam masjid pulak, anak2 kecik pandai je pegi duduk saf belakang, tak kacau mak2 depa. Ni dekat masjid KUSZA, masjid Terapung dan Masjid Abidin (masjid Putih). Masjid lain tak tau la cemana.

Ada satu benda nak story, petang sebelum Ramadhan, saya, hanis dan wawa pegi Mydin Mall, beli barang2 stok nak puasa. Humang aiihhh, ramai nya manusia!!! Semua kaunter yang dibuka penuh je orang beratur sampai ke bahagian rempah. Nak jalan pon kena hati2 takut kena sondol dengan troli. Tapi yang kagumnya, malam tu nak terawih, ramai lagi yang sibuk bershopping sampai terlepas maghrib. Kalau yang pompuan tu boleh teka, maybe tengah 'bulan mengambang' kan, ni yang pakcik2 pon ada jugak.

Kami sempat la solat, makan dan shopping sekejap, lepas tu balik nak terawih. Pihak Mydin pon ada sediakan tempat untuk terawih, tapi untuk lelaki je rasanya. Elok la jugak, pakcik2 pegi solat, tinggal makcik2 pegi shopping. Jangan la pulak pakcik2 pegi join makcik2 sekali. Tak lama lagi, orang Terengganu akan bangga lagi sebab sebelah Mydin akan buka Giant pulak. Tapi saya rasa Mydin tetap 'bertakhta di hati' rakyat Terengganu sebab dari sekecik2 barang, sampai sebesar2 barang ada jual kat Mydin Mall tu. Pegilah tengok sendiri..

Memang meriah Ramadhan di Terengganu ni. Saya harap boleh la dikekalkan, jangan la dicemari konsert2 yang macam sebelum2 ni. Saya jugak takmau tengok Terengganu ni tercemar dengan tindakan ganazzz mana2 pihak. Tak payah tuduh2 la, semua orang sudah tau. Cuma hati yang dah hitam je yang masih nak menafi benda tu.

Selamat Berpuasa!!

Wednesday, September 12, 2007

Marhaban Ya Ramadhan

Dah lama tak buat posting terbaru. Banyak benda yang nak diceritakan. Semalam pergi TER dengan kawan2 sempena majlis perpisahan tak rasmi ngan Wawa.

Lepas tu pergi makan kat Mydin Mall, di Tastebud Coffee. Sedap jugak makanan kat situ. Minum earl grey tea dan makan sizzling mee.

Saya balik dah nak malam. Tengok Buletin Utama, naik muntah hijau. Paklah buat komen macam dia hanya PM untuk orang UMNO saja. Boleh tak, Pak Lah kaji dulu entang kes amuk kat Batu Buruk tu? Kami yang dok kat Tganu ni lebih tahu hakikatnya. Untuk DJ, awak berjaya membuatkan UMNO hilang udi untuk PRU nanti. Tahniah!!

Pelik jugak kenapa isu2 begini wujud hampir dengan kedatangan Ramadhan. Adakah ini satu petunjuk?

Saya nak ajak, jomlah kita doa sungguh2, mintak sungguh2 dengan ALLAH, tolonglah negara Malaysia kita ni. Tunjukkanlah kami kebenaran, tunjukkanlah kami jalan ketenangan, tunjukkanlah kami 'cahaya bulan purnama' yang terang. Amin...

Dalam Ramadhan ni, kita patut maaf-memaafkan, jadi saya maafkan sesiapa saja yang pernah menyakitkan hati saya, dan saya jugak berharap semua orang dapat maafkan saya. Halalkan segala-gala nya.

Takut bila baca paper dan blog-blog dengan cerita2 sebenar. Dalam paper kita disogok dengan berita gembira, khayal dan 'perancangan artis nak buat baju raya yang sederhana berharga RM2000 saje'. Sampai nak menitis air mata, sebab 'sederhananya' persiapan mereka.

Nak tergelak tengok iklan2 kat TV iklan raya awal sebulan dari bulan puasanya.

Lebih-lebih nak tergelak bila tengok kenyataan menteri-menteri tentang kenaikan harga ayam. Bukan menteri yang ternak ayam, depa makan ayam je. "Harga ayam naik, jangan makan ayam." Apa kata, minyak petrol naik harga, jangan pakai petrol, pakai air. Bil air naik, jangan mandi. Hantaran naik harga, jangan kawin, berzina je ramai2. Yuran naik, jangan belajar, biar semua jadi bodoh. Milo naik harga, jangan minum milo minum air masak. Harga barang semua naik, jangan shopping, berhenti kerja semua, bela ayam, ikan dan tanam sayur.

Bijak2... Menteri-menteri kita pandai bagi solution. Kita memang patut undi depa lagi untuk PRU nanti.

Monday, September 03, 2007

Kalau Tak Mau tolong pun..

Yelah, kalau tak mau tolong pon, tak payah la kuar ayat2 yang menyakitkan hati. Kita tau la awak dah hepi dan bahagia kat negara ujung dunia tu. Kita bukan nak ambik terus harta awak tu. Kita pinjam je sementara awak takde kat sini. Tu pon Prof dah kasi. Tak payah la awak tunjuk kerek macam tu. Kita pon ada hati jugak.
Kalao ada pilihan lain kita mmg tak kan pakai PC ni. Bukan guna duit awak pon, pakai duit Uni jugak. Sudahla, malas nak gaduh2, kita datang nak belajar, bukan kita download benda2 takde pekdah. Kita tau le kat mana letak duduk diri kita. Kita geram ni!!!

Sunday, September 02, 2007

Ulama Tak Ada Adab...

Orang Yaman yang makan Qat tu org biasa, bukan ulama2 dia. Habis tu, ramai orang Melayu ketagih daun ketum, kiranya Tok Peti pon sekaligus tak boleh diterima ka? Ngaji tak habih ni.. Pi balik ngaji balik ok??? Dok kutuk2 pasai tongkat Ali, tok Peti pun minum gak kan?? Hehehehe...

Dengar dan Nilaikan...

Lihat dan bandingkan:
1. Adab
2. Kaedah
3. Ilmu
4. Tawadhuk

Ikut kata wijdan...

Isu Kayu Kokka



Isu Bersalaman Masuk Syurga



  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP