Perjalanan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2
13/5/2006
Semua peserta debat dikehendaki berkumpul pada pukul 7.45 pagi di dewan untuk pengumuman tajuk, pengundian dan lain-lain. Para hakim pula perlu ke bilik hakim untuk pembahagian bilik penjurian.
Pada pandangan yang pertama memang tak nampak bezanya debat ini dengan pertandingan debat yang lain di Malaysia. Tapi bila dihalusi dengan pandangan mata kasar, nampak sangat besar perbezaan dengan debat MADUM yang lain. Abang Achoy, Abang Anep, Abang Zahirin dan Kak Ecah pon jadi hakim juga. Hairan betul:
1. Kenapa abang Achoy sebagai Ketua Hakim tak susun senarai penghakiman?
2. Kenapa Miss Shikin dari UiTM dungun yang susun?
3. Kenapa ramai sangat hakim dari bekas pendebat UiTM Dungun?
4. Kenapa instructor debat UiTM Dungun si Mufsi or Musfi tu jadi hakim untuk match yang UiTM Dungun?
5. Banyak lagi persoalan yang timbul.
Saya tak mahu ceritakan tentang match yang KUSTEM lawan. Saya akan ceritakan match yang saya jadi hakim sahaja, kerana saya tidak tahu pengalaman pendebat yang lain.
PUSINGAN 1: UiTM Terengganu C(kerajaan) vs UIAM Pahang (pembangkang)
Tajuk: Malaysia Adalah Negara Lembut
Yang ni tak banyak komen la. Tak dinafikan UiTM C dapat membuktikan kes dengan jelas. Mereka dapat tunjukkan Malaysia adalah negara berdiplomasi apabila menyelesaikan masalah pertikaian antarabangsa melalui rundingan. Point yang membolehkan UiTM Dungun C ni menang adalah kekuatan yang terletak pada Menteri Pertahanan atau pendebat ketiganya. Beliau katakan "Jika Malaysia bukan sebuah negara lembut, jika ada masalah sudah pasti tiada rundingan. Terus sahaja isytiharkan perang."
Very good point!! Saya rasa masih ada peluang untuk UIAM Pahang menang jika mereka tak ikut pendefinisian konsep dan skop yang UiTM Dungun C nak bawa. Boleh je pihak pembangkang cakap nak berdebat atas isu dalam negara. Isu SUHAKAM, ISA, JI, KMM yang mana kerajaan terus tahan tanpa menyoal. Di sinilah letaknya cabaran berfikir kritis dan kreatif pada pendebat.
UiTM Terengganu C menang juri 3-0. Saya pon rasa mereka memang layak menang.
Dan lain2 perlawanan yang saya hakimi, UDM(KUSZA), UiTM Pahang, UiTM Kelantan, KIAS dan lain-lain. Saya dah tiada mood mahu mengulas ttg debat PISZA, kerana bagi saya selagi pihak penganjur iaitu UiTM Dungun tidak menaikkan mutu pengadilan tiada lagi pasukan yang akan menghantar peserta. Kami sebagai pasukan-pasukan yang bertanding sangat-sangat berharap agar pihak penganjur tidak meletakkan bekas pendebat, pelajar dan pensyarah mereka sendiri sebagai hakim bagi perlawanan yang disertai oleh UiTM Dungun kerana ini akan menimbulkan sifat bias dan tidak adil bagi pasukan lain.
Malam persembahan tidak saya hadiri. Namun dari cerita yang saya dengari, KUSTEM membuat persembahan diiringi tepukan gemuruh pasukan lain iaitu lagu dari Sheila on 7 "Berhenti Berharap" manakala UiTM Dungun dengan lagu Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia." Agaknya, mereka mahu terus berahsia, dan tiada ketelusan dalam mengadili pertandingan-pertandingan yang akan datang.
Sebagai mengakhiri posting saya, kemungkinan untuk IPT lain menghantar penyertaan pada tahun-tahun akan datang adalah sangat tipis. Dan kemungkinan UiTM Dungun akan berseorangan dalam penganjuran yang akan datang.
4 comments:
si mufshi tu bukannya instructor debat uitm dungun.....nntah siap pulak yang lantik dia......masa dia kena jadi supreme judge...aku bangkang pada miss shikin...and miss shikin pun tak kenal dia.....tetina jer datang dan mengatakan bahawa dia adalah debaters?..perlu ker...yang aku tahu...sorang pendebat dungun bahasa inggeris namanya "arif" yang bawa...adik angkatlah konon...takde manenyer.......
yang penting si mufshi tu perlu dipertikaikan kehakiman dia....setahu aku di uum...dia memang debaters...tapi di antara yang tidak pandai berdebat.......
apa2 pun....tahniah pada dungun kerana anjurkan debat ni.....
pasal management tu memang tak di nafikan sedikit bias...tapi apa nak buat.....pengalaman aku...bukan kat dungun jer debat ader bias....sampai royal debate and australian debate pun bias ni memang ader....apa yang pasti...kita sebagai pendebat kena perform yang the best.......
chayok-chayok...
adios..
Assalamualaikum....
Saya tertarik dengan coretan isi hati seorang hakim, sebagai salah
seorang yang terlibat dlam pertandingan PDPSZA 06,saya
bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan..
>Pertama kali,saya ingin menyatakan di sini, PDPSZA ini bukan untuk
syok sendiri mahupun ingin menunjukkan UiTM Terengganu nie hebat,
tapi sebagai satu platform untuk merapatkan uhkwah antara IPT Pantai
Timur dan ini merupakan satu-satunya pertandingan debat pantai timur,
tapi
malangnya usaha yang murni ini tidak difahami oleh segelintir pihak (
xtahu
nape )
>Untuk pengetahuan semua, pasal hakim tue, saya telah mewajibkan satu
team hantar satu hakim, tapi banyak pasukan yang hantar lebih dari
satu team, hanya hantar satu hakim sahaja dan ade yang x hantar hakim
langsung, ini satu masalah besar???
>untuk makluman semua, saya yang bertanggungjawab memanggil ex-
debaters dungun untuk menjadi backup hakim,alhamduliah mereka datang
dan mereka datang bukan untuk menjadi hakim sebenarnya,tapi untuk
melihat perkembangan debat di sini hampir 6 tahun mereka
tinggal,untuk mengatasi masalah di ats,terpaksa jugak menjadi hakim
dan mereka ini Professional dari sege berfikir, maka tidak adil kita
mengatakan mereka ini bias, pertama ade jugak hakim dari dungun tidak
memihak kepada Dungun dan mereka ini tidak berkepentingan dengan
pendebat-pendebat UiTM Terengganu, ini kerana mereka pertama kali
berjumpa dan mereka tidak melatih mereka mahupun duduk bersama semasa
kurantin...jika ini memjadi persoalan kepada mereka yang xpuas ati,
saya xtahula
>tentang trainers dari UUM tue, saye no komen coz saya tidak tahu
psal tue????
>akhir kata, saya begitu optimis PDPSZA ini dapat menjadi platform
untuk IPT/IPTS pantai timur untuk berkongsi ideal dan merapatkan
ukhwah sesama sendiri..saya tidak tahu kenape menang/kalah menjadi
persoalan, bukan itu objektif PDPSZA.
>andai kata bukan UiTM Terengganu yang menang, adakah semua ini akan
timbul???saya akui penganjuran kali ini agak kelam-kabut,tapi
insyaAllah segala kelemahan itu akan kami baiki dan terima kasih
kepada mereka yang telah datang ke UiTM Terengganu
>Percayalah sesungguhnya kami tidak merancang untuk UiTM Terengganu
menang dan ini semua tentuan ilahi yang MAHA ESA.
>mohon maaf jika ade ketelanjuran kata,
tima kasih buat si pengomen yang tiada nama =)
rasa saya dari dahulu sudah dikomplen oleh setiap peserta, namun takde nampak pembaharuan dari pihak penganjur.. bukan dari KUSTEM saja, dari seluruh peserta lain kecuali UiTM dungun..
saya berharap UiTM dungun dapat ambil iktibar. kalau hakim tidak mencukupi, sediakan hakim back up. mungkin boleh jemput instructor debate sek. men. sains dungun. mereka juga hebat kerana s.m.s. dungun merupakan pesaing hebat dalam debat piala perdana menteri... apa-apa pun, sama2 lah kita peringkat kan hidup kita...
untuk makluman semua, saya yang bertanggungjawab memanggil ex-
debaters dungun untuk menjadi backup hakim,alhamduliah mereka datang
dan mereka datang bukan untuk menjadi hakim sebenarnya,tapi untuk
melihat perkembangan debat di sini hampir 6 tahun mereka
tinggal,untuk mengatasi masalah di ats,terpaksa jugak menjadi hakim
dan mereka ini Professional dari sege berfikir, maka tidak adil kita
mengatakan mereka ini bias, pertama ade jugak hakim dari dungun tidak
memihak kepada Dungun dan mereka ini tidak berkepentingan dengan
pendebat-pendebat UiTM Terengganu, ini kerana mereka pertama kali
berjumpa dan mereka tidak melatih mereka mahupun duduk bersama semasa
kurantin...jika ini memjadi persoalan kepada mereka yang xpuas ati,
saya xtahula
masalah di sini, bukan sama ada mereka kenal dengan pendebat atau tidak, ini adalah sentimen pasukan. kita ambil satu contoh, katakan seorg hakim itu bekas pendebat UDM-KUSZA misalnya, tapi beliau rapat dengan KUKTEM. pernah bersama keluar makan, berbincang dan susah senang bersama dalam pelbagai debat.manakala sejak azali lagi diketahui UiTM dungun dan UDM adalah musuh di pentas debat, dan di final, KUKTEM bertemu UiTM dungun. boleh kah menjadi profesional dan mengetepikan sentimen persahabatan??
anda tidak merancang untuk menang pada kata-kata anda, tapi anda sudah pasti berharap untuk menang, dan perbuatan serta tindak tanduk pihak anda telah menjelaskan maksud sebenar. sesunggahnya kami semua amat kecewa.
tgk sahaja apa berlaku dalam dewan semasa final. saya pasti pihak penganjur sendiri memahami perkara asasnya kan??
sama-samalah kita berbah ke arah lebih baik..
Post a Comment