Friday, December 23, 2005

ayaq bah teruk!!!!

pagi ni sampai kedah, isk tgk ayaq bah teruk sangat... pi masuk rumah, bahagian dapoq tu selut n lumpur bau telur tembelang... tebal 1 inci lebih... sedih tgk CPU n barang2 semua musnah... kerugian yg aku agak dalam rm20 000.. ntah laaa, mak abah tak mo pikir pasal kerugian, yelah semua tu kan keja ALLAH... ntah ke balasan, ntah ke ujian, ntah ke bala atau peringatan... kuarga aku terima semua tu...

mak, abah, tok, kakcik n family, kakzah n family, pahtu kakbi n family selamat.. depa selamat... aku bersyukur jak... masa depa cerita, ari banjir tu bukan ujan pon.. tapi air naik dalam 2 jam je dah tenggelam sampai paras dada lelaki dewasa.. abah aku dalam penat2 dia tu masih upaya harung banjir, tok pulak bang din dokong rentas air banjir ditemani fauwaz. ngeri bila pk pk kan...

oklah, ada cerita lagi aku tulis lagi eh???

p/s: sori lama tak update.. tadak citer best...

Wednesday, July 20, 2005

di mana - mana cinta....

setelah saya melihat, kurangnya cinta sesama manusia, saya salin semula sajak saya sebelum ini di sini

-------------------------------------------------------

CINTA ITU KITA YANG RASA

sejak mula dicipta kerana cinta
hasil cinta ibu dan bapa
dari cinta itu tumbuh mekar dan subur
letak cinta di hati nan luhur

kerana cinta aku berdiri
mahu ku bukti
kerana cinta aku bisa bangun semula
di situ kuat cintaNya

terasa cinta hingga ke seluruh liang roma
memenuhi selirat lingkar urat minda
cinta... kita yang rasa
pada yang alami
terbang tak berhenti

cinta itu yang memelihara
yang mendorong hikmah
menolak buntu berganti pasrah
tawakal kerana yakin
cinta pasti berbalas

kerana
aku wujud
atas dasar cinta
aku bangun atas kekuatan cinta
aku mati moga diiringi cinta
langkahan ku disambut cinta

benarkan kataku???
di mana mana cinta

surat muslimah penjara abu gharib

Subject: Sebuah surat dari penjara Abu Gharib

Surat Fatimah menggemparkan kota Baghdad

Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di
daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan
dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya dengan tujuan
menangkap saudaranya. Namun kerana mereka tidak dapat menjumpainya, pasukan
AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar
dari penjara Abu Gharib. Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan
wanita akibat perbuantan tentera AS. Surat ini segera tersebar dan
menghebohkan kota Baghdad dan mengirimkan gelombang yang akan terus
berlanjut ke seluruh bumi Iraq.

Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

***********************************
Bismillahirrahmanirrahiim.

*Say He is God the One; God the Source (of everything); Not has He
fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him*
- Surat 112, Al-Ikhlas

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini kerana mempunyai erti yang mendalam bagi
saya dan menimbukan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Wahai saudaraku mujahidin di jalan Allah. Apakah yang dapat aku katakan
kepadamu?

Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan
yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh
kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan di
leher-leher kami.
Allahu Akbar.

Tidakkah engkau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami?
Betulkah engkau tidak tahu ini terjadi pada kami?
Kami saudaramu dan Allah akan meminta tanggung-jawab mu tentang kejadian
ini kelak.

Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan dipenjara ini kecuali mereka
mendatangi salah seorang dari kami untuk melepaskan nafsu syaitannya.
Padahal kami selalu menjaga kehormatian kami kerana takut kepada Allah.

Takutlah pada Allah!
Bunuhlah kami bersama mereka!
Hancurkan mereka bersama kami!

Jangan biarkan kami di sini agar mereka boleh bersenang-senang memperkosa
kami. Sesungguhnya ini adalah satu perbuatan dosa besar di sisi Allah.
Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkanlah (jangan serang) tank dan
pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Gharib.

Saya saudaramu kerana Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan
kali dalam satu hari. Bolehkah kamu bayangkan? Bayangkan salah satu adik
atau anak perempuan kamu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya
belum bernikah. Semuannya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka
melarang kami untuk bersolat. Mereka mengambil pakaian kami dan membiarkan
kami telanjang.

Pada saat surat ini ditulis, seorang diantara kami telah membunuh dirinya
setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentera memukulnya di dada dan di
paha setelah memperkosannya lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian membunuh
dirinya dengan memukul kepalanya ke tembok penjara. Dia sudah tidak
sanggup lagi menerima kekejaman mereka keatas dirinya.

Meskipun membunuh diri dilarang oleh Islam, saya amat memahami perasaannya
yang dilaluinya. Saya hanya berharap semuga Allah mengampuninya.
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

Saudaraku, saya kataka padamu lagi, takulah pada Allah.
Hancurkan kami bersama para tentera itu agar kami dapat berehat dalam
damai.

Tolonglah kami...
Tolonglah kami...
Tolonglah kami...
Waa Mu'tasimah !

*******************************
Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah
belum berakhir.
Hatta mataa haadza s-sukuut !

Ini yang sudah sekian kalinya terjadi. Entah berapa lagi akan segera
menyusul. Kelmarin, hari ini dan esok. Begitu seterusnya.

Ya Rabb nasyku ilaika da'fa quwwatina
Wa qillata hilllatina
Allahumma n-shurna nashran adziima
Alluma 'alaika bil haaula l-kuffar
Allahuma'alaika biman adzaa l-muslimin.

Sebarkan agar semuanya dapat mengetahui.

Wednesday, June 15, 2005

hikmah doa makan

kemarin, mak buat bihun sup n soto.. apa lagi, saya mmg suka benor dgn bihun sup, terus ambk banyak2.. dah suap 3 kali, tetiba teringat, laa, lupa baca doa makan.. so stop jap.. pas tu nak sambung makan balik, tetiba nampak telur lalat. eee yuck, org kedah kata renga... geli btoi!!!

bila pk pk balik, itulah hikmah kita baca doa makan.. Allahumma baariklana fi maa razaqtanaa waqina 'azaabannar... supaya ALLAH berkati makan dan rezeki kita... bayang kan apa jadi kat saya kalo tak baca doa tadi??? huarghhh, sure lalat dah buat sarang dalam perut...

Sunday, June 12, 2005

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!

dah lama tak menulis, kekok pulak rasa tangan ni. baru2 ni berborak dengan kak cik, menceritakan perancangan yahudi. nampak gaya dengan "DEMAM AF" yang dialami penduduk malaysia sekarang, hampir berjaya rancgn2 yahudi tu. nak kata kt sapa? saya sendiri tercongok mengadap TV ari2. berjaya akhirnya.. hiburan boleh, ceramah boleh. tudung boleh, bukak bogelboleh. dosa boleh, pahala boleh. syurga boleh neraka boleh. MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!! inilah Islam hadhari yg dr. mashitah sokong2 sgt tu. nampak berubah btol muka dr. mashitah masa kat perkampungan hadhari hari tu coz ada peserta yg tanya ttg hadharah islamiyyah pulak... muakakakakka...

saya rasa yg senang ginilah, tak payah nak islam itu, islam ini... ISLAM!!! cukup.. titik

Friday, June 03, 2005

Alumni KISAS

JEMPUTAN KE SAMBUTAN JUBLI EMAS KOLEJ ISLAM DAN MAJLIS SANTAPAN DIRAJA KOLEJ ISLAM
Sejarah pendidikan negara telah merakamkan wawasan, keprihatinan, minat serta pengorbanan al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dalam membuka jalan ke arah kejayaan cemerlang Kolej Islam dalam pelbagai bidang sejak penubuhannya dalam tahun 1955. Baginda bukan sahaja memberikan bantuan kewangan kepada projek Kolej ini, tapi lebih dari itu memperkenankan Istana Jameiyah diwaqafkan untuk tujuan yang murni ini. Kolej Islam Sultan Alam Shah (dahulunya Kolej Islam Malaya dan Kolej Islam Kelang) adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang ulung di negara ini telah banyak melahirkan agamawan, pemimpin, pendidik, teknokrat, saintis, ekonomis dan sebagainya. Justeru itu, PIBG KISAS dan Persatuan Alumni Kolej Islam, Kelang, Malaysia (ALKIS) mengorak langkah mengadakan Sambutan Jubli Emas Kolej Islam dan Majlis Santapan Diraja Kolej Islam sebagai tanda penghargaan yang tinggi kepada para dermawan yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Kolej Islam ini.
Antara tujuan Sambutan Jubli Emas ialah
1. Untuk mengimbau kembali nostalgia penubuhan Kolej Islam dan seterusnya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada individu- individu dan organisasi yang terlibat dalam penubuhan Kolej Islam terutama al-Marhum Sultan Hisamudin, Majlis Raja-raja, pemimpin- pemimpin, dan para pendidik.
2. Untuk menghimpunkan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Kelang (KIK), dan Malaya (KIM) buat julung-julung kalinya di bawah satu badan Alumni yang diberi nama ALKIS.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Majlis Sambutan Jubli Emas Kolej Islam Tarikh: 18 Jun 2005 Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari Tempat: Dewan Besar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang.
Majlis Santapan Diraja Jubli Emas Kolej Islam Tarikh: 18 Jun 2005 Masa: 8.00 – 11.00 malam Tempat: Sunway Convention Center, Bandar Sunway..
PIBG KISAS dan ALKIS menjunjung kasih DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan yang Dipertuan Negeri Selangor sebagai Penaung Sambutan Jubli Emas kerana berkenan untuk mencemar duli ke kedua-dua majlis tersebut.
PIBG KISAS dan ALKIS turut menjemput Ibu Bapa, guru, bekas guru dan bekas pelajar Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Kelang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk memeriahkan lagi Majlis tersebut. Untuk maklumat lanjut dan tempahan ke Majlis Santapan Diraja berharga RM150 seorang (Bayaran adalah untuk Sumbangan Dana ALKIS dan PIBG KISAS), sila hubungi Hj. Jaafar (019-3160874), Sabki (019-3500903) sebelum atau pada 5 Jun 2005. Maklumat lanjut dan borang tempahan online juga boleh didapati di Laman Web ALKIS di
http://www.alumni3ki.org/
.
ANDA BOLEH MEMBANTU
1. Pihak kami memohon kerjasama pihak moderator dan pengguna e- groups untuk menghebahkan Majlis Sambutan di atas ke e-groups ex- Kolej Islam dan email kepada rakan-rakan ex-Kolej Islam batch masing- masing.
2. Hadir ke kedua-dua majlis di atas. Tempah tiket ke Majlis Santapan Diraja secepat mungkin sebelum kehabisan. Jualan berdasarkan "First come, first server". Anda digalakkan hadir bersama pasangan dan keluarga ke Majlis tersebut.
3. Bagi tokoh-tokoh korporat, pemilik-pemilik syarikat dan yang berkemampuan, anda boleh sponsor Meja Makan (RM1000.00 semeja). Majlis dijangka akan dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengarah Pendidikan Negeri dan ketua-ketua agensi kerajaan.
4. Sponsor cetakan buku "50 Tahun Kolej Islam" yang kosnya dianggarkan berjumlah RM105,000.00. Buku tersebut akan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor. Sila hubungi Hj Jaafar (019-3160874) untuk tujuan sumbangan bagi kedua-dua maksud di atas.
5. Ex-Kolej Islam yang bekerja dengan pihak media, boleh membuat hebahan melalui media masing-masing sebelum dan ketika majlis berlangsung. Temuramah dengan pihak PIBG KISAS dan ALKIS sebelum majlis berlangsung amat dialu-alukan. Sila hubungi Amzari (012-9123959) untuk tujuan hebahan dan publisiti.
6. Ex-Kolej Islam yang memiliki, menyelenggarakan portal, web, blog sama ada berbentuk komersil atau peribadi boleh menyiarkan ikon dan banner majlis sambutan di atas. Copy dan paste tag HTML berikut ke web anda

Ikon:
atau email amzari79@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
7. SMS semua rakan ex-Kolej Islam dalam senarai telefon bimbit anda untuk hadir ke kedua-dua majlis di atas. Standard SMS yang dicadangkan ialah:
Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS) menjemput semua lepasan KI ke Majlis Santapan Diraja pd 18/6/05. Hubungi Hj Jaafar 019- 3160874 atau lawati
http://www.alumni3ki.org/ utk tempahan. Fwdkn ke batch msg2.
Bantuan dan kerjasama anda semua dalam menjayakan Majlis ini kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Amzari bin Abu Bakar Jawatankuasa Perhubungan Awam Majlis Santapan Diraja Kolej Islam Sempena Sambutan Jubli Emas.
b/p Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Islam Sultan Alam Shah Persatuan Alumni Kolej Islam, Kelang, Malaya (ALKIS) 12 Mei 2005
Sambutan Jubli Emas Kolej Islam pada 18hb Jun 2005

Monday, March 28, 2005

sudah presentation

saya dah abih present, ni terus login nak tulis dalam blog. lega rasanya, pas ni just tulis tesis saja...
saya surf ke web www.mahasiswanegara.net dan jumpa artikel ni, saya rasa boleh berkongsi dengan semua.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISLAM DAN DEMOKRASI - ANWAR IBRAHIM

Sejarah Melayu, Babad Tanah Jawa dan lain-lain bahan histografi rantau ini mengandungi fakta sejarah yang di saluti dengan metos dan lagenda yang mencerminkan peninggalan pandangan hidup, weltanschauung, zaman pra-Islam.

Justeru itu setengah sarjana Barat seperti Van Leur dan Schrieke cuba memperkecilkan peranan Islam dengan mengatakan bahawa Islam hanyalah sekadar lapisan kulit tipis, thin veneer, yang menutupi kenyataan Hindu dalam kepercayaan dan kehidupan masyarakat rantau ini. Tetapi kajian yang lebih ilmiah terhadap sejarah intelektual rantau ini akan menampilkan kenyataan bahawa Islam bukan sekadar membawa perubahan dalam rupa tetapi ada juga pada jiwa umat rantau ini.

Apabila kita meneliti tulisan-tulisan Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri, jelaslah bahawa Islam membawa revolusi rohaniah dan akliah. Revolusi rohaniah dan akliah membebaskan umat rantau ini dari belenggu tahayul dan khurafat kepada pemikiran rasional. Islam menggilap akal umat rantau ini untuk meneroka alam pemikiran sejagat, dunia falsafah dan pemikiran murni. Dengan penulisan Bustanul Salatin Nuruddin al-Raniri me mulakan kesedaran sejarah dalam bentuk baru, iaitu sejarah yang dibina dari fakta sebagaimana yang kita fahami hari ini dan bukannya sejarah yang dipenuhi dengan metos dan lagenda.

Tetapi kedatangan Islam bukan sekadar membentuk pandangan hidup baru yang mengutamakan peranan akal dan pemikiran rasional. Revolusi rohaniah dan akliah ini juga kemudiannya menggerakkan transformasi sosial, iaitu secara beransur-ansur meletakkan asas susunan baru kemasyarakatan dan urusan kenegaraan yang mementingkan kemuliaan darjat insan. Justeru itu pada kita Islamlah yang pertama kali memperkenalkan kepada kita di rantau ini kepada cita-cita keadilan sosial dan pembentukan masyarakat madani, civil society yang bersifat demokratis.

Bukan itu sahaja, Islam membentuk satu susunan politik dan kebudayaan serantau, a regional geo-political and cultural order. Selama 400 tahun sebelum imperialisme Barat menguasai rantau ini, alam Melayu-Indonesia membentuk satu rangkaian sistem geo-politik maritim yang ber-asaskan gabungan nilai-nilai Islam dan kebudayaan tempatan. Islam tidak berakhir dengan jatuhnya Melaka ke tangan Portugis. Islam membina empayar Johor-Riau, Kesultanan Sulu, Acheh, Sulawesi dan sebagainya. Setiap entiti politik ini berhubung antara satu dengan lain dalam satu perdagangan maritim yang berkisar antara selat-selat Melaka, Sunda, Sulawesi dan Laut Sulu. Kota-kota seperti Acheh, Ampel, Jambi, Patani tumbuh menjadi pusat politik, ilmu dan kebudayaan. Islam menyempurnakan sifat-sifat persendirian, keperibadian sendiri dan faham kebangsaan masyarakat Melayu-Indonesia.

Sementara kita mengakui sumbangan besar Islam di rantau ini ia tidak bermakna bahawa tugas Islam di rantau ini sudah selesai. Bahkan kita masih menyaksikan bagaimana masih tampak dengan nyata pertentang-an antara realiti masyarakat deng-an cita-cita Islam. Meskipun Islam telah membawa revolusi rohaniah dan pemikiran, di kalangan masyarakat awam tahyul dan pemikiran tidak rasional masih berleluasa. Sepanjang zaman kesultanan di alam Melayu-Indone-sia feodalisme begitu mengong-kong. Sebahagian besar cita-cita sosial Islam seperti kekudusan diri manusia dan harta belum dapat dihayati sepenuhnya. Baik dalam Sejarah Melayu mahupun dalam tulisan-tulisan Abdullah Munshi kita dapat mengesan bagaimana hak individu sering dicabul dan harta rakyat dirompak oleh pemerintah. Meskipun syariah Islam meletakkan asas-asas pemerintahan undang-undang, rule of law dan prinsip keperlembagaan constitutionalism untuk mengikat penggunaan kuasa kepada prinsip moral dan undang-undang, ajaran ini hampir tidak hidup dalam masyarakat Melayu-Indonesia di zaman kesultanan. Unsur-unsur pendewaan dan ketaatan membuta tuli diberikan penilaian yang tinggi mengatasi nilai-nilai kebenaran dan keadilan. Bahkan ini berlaku di hampir keseluruhan dunia Islam.

Di sinilah kita merasakan bahawa umat Islam di Asia Tenggara mempunyai kemungkinan besar untuk memberikan peng-arahan baru kepada umat Islam sedunia. Islam sampai dan berkembang sebagai satu sistem politik dan kebudayaan di zaman kuasa Islam berada di puncaknya dan sedang menuju zaman surutnya. Ketika Kesultanan Melayu di zaman kegemilangannya, umat Islam diusir dari Sepanyol oleh Reconquista Ferdinand dan Isabella. Kecuali Mulla Sadra, itupun kesan pemikirannya terbatas di dunia Parsi, tiada aliran pemikiran baru yang muncul. Sains dan teknologi mundur. Justeru itu Islam di Asia Tenggara belum pernah mencipta sesuatu yang gemilang untuk umat.

Sekarang adalah masanya kita memberikan sumbangan tersebut.

Saya melihat persoalan besar umat Islam dewasa ini sebagai cabaran membentuk masyarakat madani. Yang kita maksudkan dengan masyarakat madani ialah sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadi keterdugaan atau predictability serta ketelusan atau transparency system. Sifat-sifat begitu penting sekali kerana tiada siapa yang terdorong melakukan pelaburan atau investasi sekiranya tidak terjamin pelaburannya. Sistem sosial dan ekonomi yang tidak telus serta diserang budaya rasuah yang berleluasa bukan sahaja menghindar masuknya investasi tetapi juga menindas golongan terbanyak.

Kemelut yang dideritai oleh umat semasa seperti meluasnya keganasan, sikap melampau dan tidak tasamuh; kemiskinan dan kemelaratan; ketidakadilan dan kebejatan sosial, kejahilan, kelesuan intelektual serta kemuflisan budaya adalah manifestasi krisis masyarakat madani. Krisis masyarakat madani ini digambarkan oleh Abdul Rahman al-Jabarti, sejarawan Islam yang menyaksikan penaklukan Mesir oleh Napoleon di abad ke-18. Beliau menggambarkan masyarakat yang telah kehilangan daya. Tiada sepucuk meriam pun yang berfungsi untuk menahan kemaraan tentera laut Perancis dari mendekati pelabuhan Iskandariah. Hanya ketakutan kepada kekuasaan yang menjamin peraturan. Apabila para pasha melarikan diri dari tentera Napoleon, rusuhan, pecah rumah, percurian dan jenayah berlaku serta merta. Tiada lagi prinsip moral dan disiplin untuk meneruskan kestabilan dan peraturan.

Kemelut ini kita saksi di kalangan masyarakat Islam baik di Asia mahupun Afrika, seolah-olah umat terjerumus kepada salah satu kezaliman, kezaliman akibat kediktatoran atau kezaliman yang timbul dari runtuhnya atau ketiadaan order politik serta peminggiran rakyat dari proses politik.

Mengapa gusar dengan demokrasi

Ada kalangan yang mengungkit dengan rasa gusar kononnya kebebasan dan demokrasi yang merupakan inti kepada masyarakat madani tidak serasi dengan masyarakat Asia dan akan menimbulkan ketegangan sosial. Pandangan sedemikian amat meleset, muncul dari mulut penguasa rakus dan zalim yang gentar dengan suara rakyat.

Kita tidak mendukung kebebasan mutlak, seolah-olah vox populi vox dei, suara rakyat adalah suara Tuhan, yang menggadaikan prinsip agama, moral dan undang-undang sebagai sesuatu yang relatif kepada tuntutan rakyat.

Adalah munasabah jika ada yang membangkitkan kebimbangan sedemikian kerana bahaya suara majoriti yang membelakangkan hukum dan diperalatkan untuk bertindak zalim, terutamanya terhadap golongan minoriti; sepertimana yang diungkapkan oleh demokrat Jefferson sebagai "tyranny of the majority".

Maka memadailah kita dengan gagasan demokrasi, vox populi, suara rakyat suara keramat yang tunduk kepada hukum dan pertimbangan moral; berani terhadap kemuliaan insan dan keadilan, serta benci terhadap kezaliman dan rasuah.

Pegangan hidup yang sedemikian akan menjamin negara dari dipimpin oleh segelintir penguasa yang bermaharajalela tanpa diimbangi oleh kekuatan hukum dan teguran rakyat.

Kita rumuskan bahawa kalangan yang melahirkan penentangan terhadap demokrasi dan kebebasan didorong oleh nafsu serakah untuk berkuasa mutlak dan takut akan kezaliman dan rasuah dibongkar.

Thursday, March 24, 2005

akhir sudah

dah abis dah exam, dah abih dah sem... tapi projek lom abis, nak present ahad ni dah, ketaq lutut, nak make up sistem lagi, tesis lagi... doakan agar DIA bagi saya kekuatan

Tuesday, February 08, 2005

i'd ask if i care...

22 tahun, bukan... hampir 23 tahun ku kenali dia, sangka ku betul - betul sudah ku kenal dia, rupanya silap fikirku itu. dia yang selama ini aku sangka yang buruk- buruk belaka, tapi kepulangan ku kali ini merubah segala yang terhijab.

biar ku mulakan kalam ini menyatakan apa tujuan dan hadaf ku mencoret,biar pun aku pendebat terbaik dalam pertandingan, namun bila tiba masa untuk meluah kata - kata kadang terkaku jua lidah ku... berkali kali cuba aku berbicara dengan dia, tapi apa yang terjadi cerita lain jua yang terkeluar.

hingga terjadi satu perkara itu, ku rasa biar ku pendam sahaja rasa di hati agar tidak melukakan dia, dan merenggangkan hubungan kami, namun aku catatkan jua sekiranya aku atau dia pergi dahulu masih terdapat kenangan yang tersurat di atas segala yang tersirat.

dia, pernah ku marahi kerana lainnya pemikiran kami. jarak umur yang memisahkan, dan mungkin jua pengalaman yang berlainan, situasi yang semakin memberatkan. pernah ku tengking dia sedangkan niat nya hanya ingin membetuli kesalahanku. ya ALLAH, apa yang telah aku lakukan?

ku memberontak dalam hati atas segala nasihat, muka ku biasa2 saja, tapi dalam hatiku yang busuk ini, penuh cercaan, nista dan kata yang jika terdengar oleh telinga nya bisa membuat luluh hatinya... bagaimana harus ku hadapi murka ALLAH di hadapan kelak... ampunkan aku..

dia pernah memarahi aku dalam telefon, atas beberapa kedegilan yang pernah aku lakukan, dasar anak degil, aku terus sahaja meletakkan telefon tanpa pamit. bukan niat ku berkurang ajar, tapi ringan sahaja tangan ku mematikan panggilan itu..

peristiwa raya yang lepas paling tak dapat aku lupa, hingga ke saat ini aku menyesali keceluparan mulut ku kerana terlalu petah menjawab. nasi sudah menjadi bubur, namun patut nya aku bersyukur kerana dengan peristiwa itu membuatku semakin cuba merapati dia, memerhatikannya, mengenali dan menyelami isi hatinya, mungkin dia tak sedar kerana aku sekadar memerhati. walau tak ku tinggikan lafaz bicara, tapi kata-kata itu menyebabkan dia terdiam dan tidak menegur aku selama 2 hari. ketahuilah kakak, aku tersiksa sebenarnya!!

aku sendiri tidak menyangka ayat itu bisa merenggangkan kami, "sudahlah, malas nak dengar!" tak ku lafaz dengan tinggi nada, biasa sahaja aku rasa, tapi sebenarnya bagi dia umpama gegaran gempita membelah dada dan ikatan ukhuwah kami. esoknya ku gagahkan diri dengan linangan air mata, menghantar pesanan ringkas lewat teknologi yang ada. "sorry for being rude last night." tangan tak ku hulur, senyum tak ku beri, manakan lembut hatinya, hati kakak itu. aku si adik yang tak tahu menyerah kalah, aku tersiksa. siksa sebenarnya, tapi dek kerana kerasnya hati akibat tempekan dosa, tak cuba aku canaikannya dengan iman yang secarik cuma. aku hanya mampu melafaz, "selamat hari raya, adik minta maaf."

lembut hatinya bukan bayangan di bibir, aku yang selalu tersalah tafsir akibat ego, riya, ujub takabbur dan sum'ah. dalam diam aku menyanjunginya kerana dari dulu hingga kini dia banyak mencorakkan aku. dia banyak membantu dari segi psikologi dan kewangan. dia dan suaminya. bukan, ini bukan satu sanjungan atau bodekan yang di salahtafsirkan. bukan tujuan ku mengaut pujian atau apa - apa ganjaran dunia, ini luahan hati aku. hati si adik itu.

walaupun aku tahu banyak kekurangan yang terpamer dalam dirinya, kelebihan yang terdapat dan yang tersembunyi itu masih cuba kuintai dan ku rakamkan dalam gambaran sanubari aku. apa perlu aku menyebut kekurangan sedangkan kelebihan yang ada menutup kekurangan itu, cuma hati-hati yang jelik sahaja cuba menafikan kebaikan yang terpamer.

dia masih bersahaja. seingat aku, tak pernah dia meninggi diri, aku selalu tersalah tafsir perihal ini. dia sayang kan aku, tentunya, aku adiknya. contoh terdekat yang dapat diberi pasti diri sendiri. ah hati, kenapa terhijab sebegini, penangan dosa barangkali? apa yang dapat aku perhati, tuturnya bersama ibu begitu hati-hati sekali. nah, kalau lah dia begitu jelik, masih adakah hormat pada manusia mulia bergelar ibu. hanya manusia yang menyanjungi ibunya juga menjadi manusia yang mulia.

aku tidak menuding jari mempersalah sesiapa, satu jariku tertuding pada lain manusia, empat yang lainnya menunjuk padaku kembali. salahnya dari aku, terlalu pertahankan ego. rasakan pabila kebenaran itu terserlah. biarlah apa kata manusia lainnya, akan aku cuba kenali dia, memahaminya, membantu seadanya, jika aku termampu, jika aku lelah di hujung perjalanan langkahan ini, aku hanya mampu berharap, agar insan yang dahulu ku pandang jelik dengan sebelah mata (walaupun ini tidak dia sedari, tapi aku menyesal amat), masih sudi menerima dan mengakui aku adiknya, adik yang hanya tahu meminta tidak pandai memberi, yang tahu mengungkit, tidak pandai mentafsir, adik yang nampak biasa tapi akulah adiknya yang busuk hati tidak tahu bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai, tidak tahu menterjemah kata hati seorang kakak.....

andai dia terbaca atau sesiapa jua, ku mohon agar tersampai di hatinya, maafkan aku, aku hanya insan biasa yang tak pandai menilai insan lain. maafkan aku, "i'd ask if i care", membuatkan aku semakin mengenalinya...


Thursday, January 13, 2005

kembali...

hari ni berkejar ke CC untuk buat online quiz, malang sungguh, dah tiba tarikh tutup... tu lah... lain kali saya tak boleh buat keja last minit...

minggu ni saya pergi melawat ein... dia sakit, kena operate, saya sayang betul dgn dia, as my ex room mate... masa saya tiba, dia cakap yg dia sangat terharu jumpa saya setelah 3 tahun tak jumpa...

inilah kuasa ALLAH.. kalo bukan kerana sakit demam, mungkin lambat lagi saya akan jumpa dgn dia...harap2 ein semakin sembuh... rindu nak lihat ein ketawa semula, hari tu ein tak dapat gelak puas2 coz baru satu hari dibedah...

dah beberapa minggu mak njang saya masuk ke hospital, koma kerana kemalangan.. sedih saya lihat wajah mak, abah dan tok... 2 minggu lepas pulang ke rumah di jitra, saya nampak tok baca yaasin malam tu sampai 5 kali.. tabah betul tok ni... saya bersyukur, walaupon abah sakit2, bila dia balik dari KL melawat mak njang, dia kelihatan tenang, mungkin semangat yg diberi oleh abg din, abg yus dan lain2... dan mungkin juga tawakkal abah yang kuat... apa yg penting, sekarang saya mahu semua org di sekeliling saya gembira, terutama mak dan abah saya...

saya dapat gaji untuk bulan ni, hepi betol... hehhee... insya ALLAH saya akan gunakan ke arah kebaikan, harap2 saya tak membazir lagi... tapi pelik jugak, duit keluar macam air je, habis macam tu je... yg saya tau selain makan dan fotostate saya tak gunakan ke arah lain... oh ya, saya kena beli majalah setiap bulan dan paper setiap hari sebab ada tugasan bagi subjek computer auditing... tapi takkan lah banyak sangat??? tak pe, pas ni saya cek balik bajet (pinjam ejaan che det ;=) exPM) saya selama satu sem ni...

ada cerpen nak saya paparkan, tapi masih tersimpan dalam hard disk... mungkin dalam seminggu dua lagi muncul lah di blog ni... pc saya dah diupgrade, untuk seorg yg berbajet kecik macam saya, cukup lah processor 2.0 GHz, memory512mb dan hard disk 80 GHz... risau gak saya, byk2 karang nak install game aje.. zuma deluxe pon baru level 9-5 je... saya memang tak pandai main game2 ni, setakat solitaire dan freecell tu boleh laa....

buat pelawat semua, saya berharap dapat doakan buat mak njang saya agar ALLAH berikan beliau kesihatan yang baik, begitu juga buat ein, semoga dapat ein teruskan sesi latihan industri lepas ni... itu saja, hingga bertemu lagi... =)

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP