Tuesday, June 29, 2004

banyak benda

BANYAK BENDA NAK BUAT...

pemulaan sem ni agak memenatkan, dgn aktiviti akademik dan kokurikulum berjalan dgn serentak.. 3 juali ini aku akan handle pertandingan pidato antara sekolah daerah KT plak. pastu aku ni macam blur2 lagi dgn tajuk2 baru kos aku nih, kena blaja OOD, Linux System Admin, User Interface, Pengurusan Perisian...

tapi alhamdulillah, aku bersyukur sebab ALLAH kurniakan aku rasa heppi dgn kesibukan ni, at least bila aku ada masa free sesikit aku akan jadi lebih menghargai masa... actually, aku btol2 rindu masa kat KISAS dulu, cemana tarbiyahnya, solatnya, susah dah aku nak rasa sekarang semua tu... i really miss my old time :(

tapi setiap sesuatu yang ALLAH jadikan tu pasti ada baik dan buruknya. insya ALLAH aku akan jadi lebih tabah untuk menghadapi masa akan datang ... amiinnn

Thursday, June 24, 2004

rasa best

RASA BEST...

aku rasa best plak ada blog ni sebab aku bleh tulis n luah apa2 yang kadang2 aku takbleh nak cakap sendiri dgn mulut...

minggu ni very sibuk wooo:
AHAD: pendaftaran hostel n amik result
ISNIN: daftar kursus n elektif
SELASA: meeting kelab debat n orientasi hostel
RABU: orientasi hostel n update e -learning
KHAMIS: orientasi hostel, daftar final year projek, solat hajat satu hostel
JUMAAT: perjuampaan dgn PA, sukaneka hostel, penutup orientasi, taip repot
SABTU:shopping day, pi umah walid, type proposal projek

warghhh, busynyerrr, tapi insya ALLAH aku akan cuba manage masa aku sebaik mungkin...

Tuesday, June 22, 2004

kembali menuntut ilmu..

KEMBALI KE KUSTEM..


hari pertama masuk ke kustem penuh dgn keserabutan.. mana nak register subjek, mana nak berebut final projek, mana nak register hostel.. penuh keserabutan, but Alhamdulillah luckily, i managed to do everything in just one day...

one more thing, member2 semua tegur... "Why??? amni nampak makin tembam"... heheheh... itulah korang tak tahu sepanjang 3 bulan bercuti di rumah aku dah berjaya menaikkan berat badan.. muahahahaha.. syok betoi... sebab seblom ni semua org tegur apsal kurus.. heppi nye kawe...

sem ni aku omise dgn diri sendiri, aku nak jadi rajin, nak happy2 selalu, nak selalu update blog n byk lagi... insya ALLAH, aku akan tunaikan..

Thursday, June 17, 2004

hari last...

LAST DAY...

hari ni last day aku praktikal. macam macam perkara jadi kat aku sepanjang kat sini. meh nak list satu2:

1. HAPPY
a)projek aku siap
b)dapat member baru
c)brader Rhassa delight belanja aiskrim 2 kali :D
d)uncle Mama Chop papa grill blanja air :D

2. SEDIH
a) nak tinggal member, cik azman, kak farah yang cun, kak su yang sopan, puan mahiram yang ramah...
b) nak tinggal mak abah
c) tak sempat kumpul ilmu yang banyak di sini

3. LUCU
a)ari semalam, rabu 16 jun bateri keta aku rosak, mapos nak menapak balik jitra? :D
b)lawak2 kenangan yang bebudak ni buat... perghhh!!! tak tahan...
c)hidung, lutfi, kak nora, andalusia, macam2 lagi aaah gelaran yang depa bagi kat staff sini, aku bleh gelak jelaaa...

kesimpulan: walaupon aku dah mula suka di sini, tapi aku perlu meneruskan perjuangan aku di KUSTEM... encik aziz!! tunggu, saya akan huru harakan kustem plak.. yeahh!!! hehhehe...

p/s: lupa nak cakap, abah kuar spital ari ni :D epinye hati!!!

Monday, June 14, 2004

tinggal 3 hari

TINGGAL 3 HARI

tinggal 3 hari lagi sebelum aku habis LI kat UUM ni, nak tak nak aku kena tinggal gak family untuk sambung blajaq. ya lah, ni pon satu bentuk jihad jugak.

dalam masa yang pendek ni pc plak buat hal, sedangkan aku sedaya upya seboleh mungkin nak tolong encik azman abihkan projek nya tu, tapi nak wat cemana, staff bertugas nak baiki pc pon blom mai2 lagi, terpaksa la aku sabaq sat, guna pc mana2 yang kosong dulu. aku dok ingat nak wat dokumentasi sesegera mungkin tapi hasrat tu macam tak dapat terlaksana je...

antara perkara yang aku perlu pentingkan:
1. latar belakang pusat komputer UUM: 1. misi 2.visi 3. gambaq 4. penyelia
2. projek yang aku buat: 1. print screen 2. coding 3. functional and non functional requirements 4. contoh module n files
3. rujukan aku: 1. buku log (yang tahapahapa tuh!!!) 2. laman web phpnuke malaysia 3. phpnuke.org 4. flashnuke

aku harap sangat aku akan dapat result yang cemerlang utk semester akan datang.. amiinn, insya ALLAH

Sunday, June 13, 2004

ABAH MASUK KE SPITAL!!!

Rabu lepas pukul 3.28am, mak kejutkan aku dengan tergesa2... "Adik!!! bangun, tolong hantaq abah pi hospital, abah penat!!"

aku dengan mamai2, bangun tukar pakaian, pastu pi urut2 kaki abah.. kot2 la boleh lega sket... tgk2 tak lega, aku cepat2 start keta... bawak mak abah pi spital jitra..

sampai sana aku tgk abah makin kronik, muka abah seolah2 tak cukup oksigen, macam kalo di beri seluruh oksigen di dunia masih belum cukup... macam paru2 abah seolah2 tak mampu menyimpan oksigen... macam paru2 abah adalah plastik yang bocor... macam tu lah perasaan aku...

aku cukup kagum dgn mak sebab ketenangan mak, memberi semangat pada abah, tak mengeluh walau sedikit pon, sentiasa memberi sokongan dgn pegang tangan abah... terharu aku..

biasa utk pesakit asma seperti abah, diberi hanya satu dos sedutan oksigen akan berkurangan lelahnya, tapi abah diberi hingga 3 dos, itu pon masih lagi belum mencukupi.. tekanan darah abah meningkat 195/158 nadi 115/min dan kandungan O2 dalam darah abah hanya 85... terkejut gak aku, sebab abah tak pernah ada sejarah darah tinggi..

lepas abis kat jabatan kecemasan, abah disorong masuk ke wad lelaki. aku ikut sampai ke katil, sambil tu tangan aku dok pegang tangan abah.

namun alhamdulillah, abah beransur pulih, tapi masih tak dibenarkan keluar oleh doktor atas alasan abah paru2 abah dimasuki virus. aku risau tak terkira, tambahan pulak aku akan bertolak ke tganu 18hb ni, bagi menyambung semester 5... semoga abah akan terus sihat hendak nya.. amiinn...

Monday, June 07, 2004

kepala pening!!!

KEPALA PENING

dua tiga menjak ni tak sempat nak posting apa2 kat dalam blog, sebab terlalu sibuk dengan tugasan yang diberi oleh bos, tapi ALHAMDULILLAH semakin hari semakin dapat aku kuasai ilmu berkaitan php nih.

kat sini aku amik peluang ucapkan terima kasih kepada team php nuke.com.my yang sangat banyak tulun aku, kepada brader neotech, myhelipad, uncle Cyborg-II, slumbermann, gimmiescript, lepak, dll lagi yang tak mampu aku sebutkan di sini...

terima kasih banyak2 kepada korang semua, aku tak mampu berdiri seperti ini tanpa bantuan korang. terima kasih...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP