Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, April 23, 2008

Bila Hujan Turun

Pagi tadi hujan turun,
Dalam hati juga turut hujan,
Lantai dan jalan semua basah,
Karpet dalam hati turut basah.

Hujan turun tanpa sedar,
Hujan di hati pun macam tu juga,
Tapi hujan kali ini lain macam bentuknya,
Hujan di luar di sambut penduduk bumi dengan ria,
Hujan di bahagian dalam, membawa duka.

Mungkin hati dah banjir,
Mungkin jugak hati tu dah tenggelam dalam hujan,
Mungkin hati dah hancur sebab ribut taufan kuat,
Tapi dalam hati kan? Sapa yang tahu?

Friday, April 04, 2008

Resah, Resah

SUBHANALLAH!!
Gambar diambil di suatu senja di belakang UMT, di mengabang.



ALLAH YA ALLAH.... Nape resah sangat hati ni. Seorang yang rapat menegur tingkah laku yang agak terlepas laku semenjak dua ini.. Terima kasih... Saya sayang awak..

Hilang siqah. Tapi memang tak penah siqah pown!! Insya ALLAH akan cuba berubah, tambah2 dah menjadi guru dan pembimbing, pendidik ni.. Harap2 tak ada anak2 murid yang mengikut jejak songsang gurunya ini..

ALLAH, ampunkan aku ALLAH...

ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI. WAGHFIRLI KULLI ZANBI WA LI WALIDAYYA.

Tu lah cabaran hari ini kan? Cuba mengekalkan identiti diri dalam arus hedonism. Kadang2 kita hanyut, tapi bila ditegur, wajib bagi kita untuk mengubah dan memperbaiki diri. Dalam tak sedar ada orang memerhatikan. Dalam tak sedar, kita menjadi cerminan.

ALLAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KARIIMUN, TUHIBBUL 'AFWA, FA'FU 'ANNA, BI RAHMATIKA, YAA ARHAMAR RAHIMIIN..

Tuesday, February 19, 2008

Berita Sedih

1. Takziah buat sahabat saya Yan dan Amin, di atas pemergian anakanda yang tercinta Muhammad Abid Hayyan. Insya Allah, dia pasti menanti kalian di syurga sana dengan penuh senyuman.

2. Takziah juga buat keluarga Allahyarham Ustaz Mat Isa Lubuk Kawah. Beliau merupakan guru saya di SMKAK. Guru yang sangat dedikasi dengan menyampaikan ilmu, dan juga dalam bidang dakwah. Guru yang sangat sayang pada anak muridnya dan tak lekang dengan senyuman. Anak beliau, 'Athirah juga sahabat saya. Ustaz Mat Isa juga merupakan kawan abah. Jadi pertalian kami sangat rapat. Semoga ALLAH merahmati roh beliau.

Saya pohon, agar sahabat2 yang membaca posting ini, mari kita hadiahkan Al Fatihah, selawat dan Al Ikhlas sebanyak-banyaknya buat kedua2 si mati. Semoga sampai amalan kita kepada mereka. Buat keluarga mereka, yakinlah janji ALLAH bahawa kematian pasti berlaku dan redhalah kerana sabar dan redha itu memungkinkan kalian dipertemukan semula di akhirat nanti di dalam Jannah. Insya ALLAH...

Wednesday, January 30, 2008

Perginya Seorang Ulama


Hari ini saya dapat SMS dari kak teh. Dato Ishak Baharom telah meninggal Beliau bekas mufti Selangor.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
Saya masih mengingati Allahyarham. Beliau adalah seorang ulama yang genuine. Tutur katanya yang lembut memudahkan saya paham isi kandungan hujah dan perbincangan di Forum Perdana mahupun ceramah beliau.
Beliau dipecat dari jawatan sebagai mufti selepas mengharamkan pertandingan Ratu Cantik di Selangor. Harga yang perlu dibayar oleh seorang pejuang Islam.

Hari ini bumi menangisi pemergian ulama ini. Di akhir zaman Allah akan mencabut ilmu dari muka bumi. Iaitu dengan menjemput ulama-ulama ke sisi NYA. Maka tinggallah kita manusia dengan penuh kejahilan.

Semoga roh beliau dirahmati ALLAH dan disediakan tempat yang istimewa di sisi ALLAH kerana keberanian, keilmuan beliau dan rahmat ALLAH di atas keikhlasan beliau. Amin.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP