Showing posts with label OOD. Show all posts
Showing posts with label OOD. Show all posts

Wednesday, August 15, 2007

Lab OOD kedua

Saya kena masuk mengajar hari ini dengan muka yang agak serius. Depa semua diam. Saya bagi salam dan buka majlis dengan Al- Fatihah. Alhamdulillah, selepas dibahagikan kelas, mereka semua agak terkawal. Kami mulakan kelas dengan tenang dan diselit lawak2 penceria kelas oleh beberapa orang. Alhamdulillah, kelas kedua jugak tidak banyak masalah. Saya rasa lega, dan saya bersyukur kepada ALLAH, mereka yang biasa menyakitkan hati saya pada hari ini lebih mesra.

Saya beri kuiz yang perlu dihantar sebelum habis kelas. Menggelabah semua. Tak apa, kuiz sekadar untuk pastikan kedatangan dan supaya tidak ada yang tolong sign bagi pihak kawan. Saya dah paham gerak mereka. Saya dulu pon student juga. Dah boleh tahu siapa yang selalu ponteng, yang pantang digertak nak menangis (lelaki tau!!), dan paling saya suka, kehadiran mereka ke kelas saya dengan pakaian yang kemas dan sangat sopan. Masih ada seorang dua yang pakai tshirt pinjam dari baby 3tahun, tapi saya harap minggu depan mereka tak pakai lagi.

Saya teringat pensyarah2 saya. Encik Ariffin tak suka pelajar perempuan pakai baju ketat. Dia akan suruh balik tukar serta merta. Encik Aziz pulak tak suka pelajar lelaki pakai baju hitam. Nampak ganas dan tak ceria. Mungkin saya jugak terikut2 kedua2 pensyarah ini. Saya akan terus tegur jika pakaian mereka tak menyenangkan. Bukan sebab nak busybody, tapi mengganggu saya yang sedang mengajar di hadapan kelas.

Saya nampak perbezaan beberapa orang dari mereka yang betul2 datang untuk belajar. Saya suka jika saya dapat bantu depa. Insya ALLAH saya akan amalkan seperti guru2 saya masa di KISAS, mendoakan setiap pelajar kesayangannya setiap kali selelsai solat. Saya akan amalkan. Moga2 mereka bukan saja keluar sebagai seorang software engineer, tapi jugak sebagai Muslim dan Mukmin yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai Khalifah ALLAH.

Malam ini saya dapat tidur dengan lena ngantuk kenyit


p/s: untuk sape2 yang nak burdah rancak (rock) tu, ni link untuk download. Klik sini.

Wednesday, August 08, 2007

Karenah Pelajar Yang Tak Tua Tak Muda

Hari ni lab pertama OOD. Pelajar2 kelas ni dalam lingkungan 20 an. Tak la tua sangat dan tak jugak muda. Yang sedang2 saja, nyanyi dangdut ala2 Iwan. Dengan demam yang belum kebah lagi, terpaksa menguatkan suara bagi mengatasi suara depa yang terlebih lantang berbanding saya. Saya bawak cerita tentang Angsa dan Katak. Tak guna kalau pandai, tapi suka berlagak sombong dan membangga diri.

Ada juga di kalangan mereka yang tidak menghormati. Ya, mungkin mereka fikir saya hanya demo/tutor yang hampir sama baya, tapi mereka mungkin jugak lupa, walaupun begitu saya masih guru bagi mereka. Sikap kurang hormat dan bangga diri ini yang menghasilkan pelajar2 IPT yang bijak tapi kurang integriti. Sia-sia saja kempen kerajaan menyemai integriti di kalangan kakitangan awam dan swasta jika masalah ini berpunca semasa masih belajar di sekolah dan di IPT lagi. Buku Pelan Integriti Nasional tu pon, buat membazir saja.

Ada juga yang cuba mencuri2 surf internet. Hairan jugak ya! Punyalah panjang lagi masa untuk cek email dan sebangainya, time lab jugak depa ni nak surf. Nak marah pun, tak tau nak marah macam mana. Saya terfikir, mereka tidak dididik ke kat dalam keluarga? Atau mungkin didikan ibu bapa mereka tu, dicampak ke tanah dan dipijak2 saja?

Semester lepas saya cuba bertolak ansur dengan meringankan beban assignment, tapi sikap melampau hingga En. Zailani pun tak tahu nak cakap apa dah yang depa buat ni, membuatkan saya sakit hati. Agaknya depa ni suka kalau kena marah. Sifat azali dalam diri manusia yang tak suka kena marah dan suka kelembutan tu, dah hilang dalam diri depa. Kena marah pun, kerja yang diberi tak hantar2 jugak.

Saya selalu memulakan kelas dengan Al Fatihah, moga berkat Ummul Kitab itu, dipermudahkan ALLAH segala urusan ilmu, dan ALLAH lembutkan hati2 mereka untuk terima ilmu. Tapi saya sedih bila ada yang tak baca dan gelak2 kat belakang. Tak hormat pada saya tak apa, sebab saya akan tinggalkan mereka satu hari nanti. Tapi, sikap tidak hormat pada Al Quran itu akan mereka bawa sampai bila2, dan dosa itu terus2an dihitung hingga Kiamat. Kita tidak mahu pendidikan terhadap generasi ini hanya pada kulit, di dunia saja. Saya ingin ilmu yang cuba saya kongsi ini, terus2an hingga saat mengadap ALLAH.

Mungkin soalan2 Database, JAVA dan OOD tak ditanya di Padang Mahsyar. Tapi ALLAH akan tanya, di mana masa mudamu dihabiskan? Kenapa tak menghormati guru? Kenapa tak laksanakan amanah ibu bapa, masyarakat, negara dan agama iaitu menuntut ilmu? Adik2 saya ni, tak fikir agaknya, setiap gerak hati, tutur kata dan tingkah laku bahkan gerakan jari menekan keyboard ini akan ALLAH persoalkan nanti. Di hari yang dibekukan lidah2 manusia, di hari yang semua orang menyibukkan diri dengan urusan diri sahaja. Di hari yang dipisah2kan hubungan saudara. Di hari yang hanya amal dan rahmat ALLAH sahaja dikira. Di hari itu, segala kepandaian programming tak mampu untuk hack sistem timbangan yang ALLAH cipta. Tak ada satu virus pon yang akan mampu memadam atau redundant data dalam database amalan2 manusia.

Saya berdoa, moga2 ALLAH lembutkan hati2 mereka, sebagaimana DIA melembutkan besi bagi Nabi Daud, dan semoga hati2 mereka mampu mencerap ilmu2 ALLAH dan menjadikan mereka tunduk dengan kebesaran dan kemuliaanNYA, yang tak ada sebarang batasan ruang dan masa. Wahai Tuhan, semoga Kau lindungi kami dan mereka dari segala sifat2 keji dan permudahkan kami dalam menerima ilmu sehingga kami tunduk tawaduk dengan segala puji kepada MU.
Ameen Ya ALLAH!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP