I Want It That Way
Dalam musim-musim exam ni, ramai student yang merungut tak cukup masa nak buat itu ini, nak buat exam nak study dan lain-lain. Lepas tu mula la nak salahkan jadual, nak salahkan pensyarah coz bagi kerja banyak menimbun-nimbun, nak salahkan kawan pasal lambat datang dicussion, nak salah org tu nak salah org ni.
Saya pon pernah melalui zaman pelajar, in fact, sekarang pon masih bergelar pelajar. Dan sehingga ke akhir usia kita akan sentiasa bergelar pelajar. Tapi apa yang membezakan antara manusia yang berjaya dengan yang kurang berjaya ialah sikap individu.
Percaya atau tidak, "I want it that way" lagu yang BSB nyanyi dolu2 tu sebenarnya boleh kita relate dengan life sebagai pelajar ni. Cuba balik pi dengaq lagu tu. Hahaha..
Kita yang akan ubah diri kita. Saya dulu merupakan antara pelajar paling kuat tidur dalam kelas (dan masih kuat tidur.. heheh.. diam2 sudah la..) sampai Cikgu Fatimah SPBT pernah ngadu kat Kak Cik n balik rumah saya kena tadah telinga kena leter dengan semua org. Mak, abah, tok, kak cik, kak teh, kak bi. Abang tak leter coz dia ada kat Sarawak. Pening2... Saya pon tak tau cemana nak explain kat depa.
Tapi berbekalkan semangat I Want It That Way, Alhamdulillah saya berjaya dapat keputusan yang membolehkan saya masuk KISAS. Saya tak ubah kat mana-mana pon, masih kuat tidoq jugak, tapi saya cuba untuk determine time yang kualiti untuk saya buat satu2 benda. Time saya study bila, so time tu mmg saya tak kan amik pot pada apa benda sekalipon yang berlaku kat sekeliling saya. Macam saya bersuluk di dalam dunia saya, menguzlahkan hati dan diri. And I can say that, with that kind of attitude, I can survive in this world.
Bukan kita amik sikap tak peduli pada alam sekeliling. Tak boleh gitew!!! Kita still cakna dengan persekitaran, tapi kita perlu amik masa untuk diri kita sendiri, duduk berseorangan berteman kan alam dan hanya ALLAH sebagai peneman dan study dan siapkan segala kerja kita. Saya memang tak leh study time prep macam kawan-kawan dulu. Time prep adalah untuk habiskan homework. Kadang-kadang saya pi keluaq sorg2 dari asrama SMKAK tu, saya panjat pokok pelam tepi umah warden dan study atas tu sampai letih. Kawan-kawan tak tau. Family tak tau. Buat apa nak tunjuk kita rajin. Biaq kita dan ALLAH ja tau kita prepare atau tak. Tu prinsip saya.
Biaq la org nak kata kita ni pemalas ka, apa ka. Kita ja yang tau kita sedia atau tak. Macam tu jugak masa SPM. Time kawan2 semua study kat prep saya dok nyembang, tapi time rehat petang-ptg tu kita pi la masuk Musolla Al Muqarrabin tu study. Sampai pukul berapa pon takpa. Masa degree pon macam tu. Tapi paling best masa 3rd year. Baru saya jumpa kawan-kawan yang sekepala dan sejenis pemikiran dengan saya. George, Val, Ana, Kong, Amy, Gee Gee and Yanti. Time buat kerja semua sama-sama buat, time huha huha semua kuar sama2 2 bijik kereta, teman George pegi bird watching, pergi hatchery Ana n Val tengok ketam diorang. Fun, really fun. But still, all of us score 3 pointer and above. Not because we are studyholic-nerdy-type person, but because we know how to handle and manage our life.
Its really "I Want It That Way" that put us in the situation we are now. We choose our destiny. Saya tak menafikan qada' dan qadar ALLAH. Tapi ALLAH dah pesan supaya kita berdoa. Insya ALLAH, DIA akan beri yang terbaik. Mungkin sekarang kita rasa cam tak best, but trust me, one day we will be very very very thankful. ALLAH yang jadikan kita, DIA tahu apa yang paling baik untuk kita.
To ALL my student, GOOD LUCK for your exam.
~Ilahi, ANTA maqsudi wa ridhaka mathlubi~
4 comments:
kak amni smkak kan?
saya pun smkak jgk..
akak ade kakak nm amna kan?
kalo slh tlg btulkan..
sy ina..junior 5 thn kot, msti xknal punye, tp sy ingat akk..=)
akak takde kakak nama amna pon.. umno pon takde ;P heheheh... my sisters' name yang kat SMKAK tu mula dengan:
Albi
Asmin
Azma
Amni
tertinggal sorg lg...
aikel..=)
haikel: haha.. takde2...
Post a Comment