Saturday, February 02, 2008

Buku Ahadiat Akashah Jadi Teks Rujukan

Syabas Kementerian Pelajaran. Sesuai sangat buku-buku beliau jadi teks rujukan. Maklumla, ada diajar tentang cara-cara bercinta, mengorat, nak membuli orang, nak kelentong supaya tak kantoi dan pelbagai lagi taktik2 nak hidup di atas dunia ni. Tahniah KPM.

Yelah, buat apa letak karya-karya sasterawan negara (SN) yang berat2 tu. Kita jangan menyusahkan otak budak2 ni semua ye tak? Biarla umur remaja ni kita ringankan otak mereka. Ajar benda2 simple dan kaedah2 bercinta aje, kan?

Lepas ni, kita tak payah buat silibus kimia, fizik, bio yang susah2 pulak. Sampai sekolah menengah kita ajar je campur, tolak, darab bahagi. Lagi senang. Cikgu nak tanda kertas jawapan pon tak payah nak pening2 kepala. Maklumla, kita nak bagi semua student lulus kan?? Supaya kita boleh isytihar "Negara Malaysia rakyatnya bijak2, SPM 100% A1" sebab soalan senang2.

Bijak betul mereka ni kan? Lepas ni kalau makin ramai remaja bercinta, ngandung luar nikah, buang anak semua tak kisah dah.. Kita kan menuju ke arah negara maju. Ya, negara maju kadar ngandung luar nikah kan tinggi, so nak jadi negara maju, kenala kita tinggi kan kadar ngandung luar nikah ye dak?

MALAYSIAKU GEMILANG!!

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP