Tuesday, February 19, 2008

Berita Sedih

1. Takziah buat sahabat saya Yan dan Amin, di atas pemergian anakanda yang tercinta Muhammad Abid Hayyan. Insya Allah, dia pasti menanti kalian di syurga sana dengan penuh senyuman.

2. Takziah juga buat keluarga Allahyarham Ustaz Mat Isa Lubuk Kawah. Beliau merupakan guru saya di SMKAK. Guru yang sangat dedikasi dengan menyampaikan ilmu, dan juga dalam bidang dakwah. Guru yang sangat sayang pada anak muridnya dan tak lekang dengan senyuman. Anak beliau, 'Athirah juga sahabat saya. Ustaz Mat Isa juga merupakan kawan abah. Jadi pertalian kami sangat rapat. Semoga ALLAH merahmati roh beliau.

Saya pohon, agar sahabat2 yang membaca posting ini, mari kita hadiahkan Al Fatihah, selawat dan Al Ikhlas sebanyak-banyaknya buat kedua2 si mati. Semoga sampai amalan kita kepada mereka. Buat keluarga mereka, yakinlah janji ALLAH bahawa kematian pasti berlaku dan redhalah kerana sabar dan redha itu memungkinkan kalian dipertemukan semula di akhirat nanti di dalam Jannah. Insya ALLAH...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP